Tip Cukupkan Duit Belanja Keluarga Setiap Bulan

Bukan senang nak jadi pasangan yang bijak handle bab ekonomi rumah tangga, tetapi nak tak nak anda patut tahu cara cukupkan duit belanja dengan cara paling berkesan. Seronok tarik barang waktu membeli barang dapur, sekali tengok bil yang kena bayar, terus rasa menyesal. Ini kes ambil barang ikut kehendak!

Adakah anda pernah sedar, berapa banyak bajet keseluruhan yang dibelanjakan untuk membeli barangan dapur dan barangan runcit? Berbelanja membeli barangan keperluan ini memang tidak dapat dielakkan. Tetapi terdapat beberapa cara untuk menjadikannya anda mampu melakukannya.

Berikut adalah tip menjimatkan perbelanjaan membeli-belah barangan dapur dan barangan runcit untuk berjimat:

1. Setiap kali keluar membeli barang, pastikan perut anda penuh. Ini dapat mengelakkan anda kurang membeli makanan ringan atau barang yang anda tidak perlukan. Cara ini juga dapat memastikan anda beli barangan dapur dan barangan runcit yang memang anda perlukan sahaja.

2. Biasakan membuat senarai barang yang ingin dibeli. Kekal kepada senarai itu terutamanya jika anak-anak ada sama ‘membantu’ dalam membeli-belah.

3. Rancang hidangan atau menu makanan untuk seminggu sebelum anda membeli-belah. Beli barang yang ada dalam hidangan atau menu. Mula merancang makanan untuk tiga atau empat hari jika anda rasakan seminggu itu terlalu lama.

4. Beli barang sekali seminggu sahaja. Ini kerana anda cenderung berbelanja lebih jika anda setiap hari ke kedai atau beberapa kali ke kedai dalam masa seminggu

5. Berbelanjalah di kedai yang biasa anda kunjungi apabila berasa letih, stres atau ketika mahu cepat. Anda sudah pasti akan menjumpai barangan yang diperlukan dengan cepat dan mudah.

Rancang terlebih dahulu barangan dapur

1. Rancang hidangan atau menu makanan supaya anda ada makanan lebih yang boleh dijadikan bekalan untuk makan tengah hari keesokan harinya. Atau sejuk beku makanan lebih untuk dijadikan hidangan cepat pada hari-hari berikutnya.

2. Buat bekal sendiri. Beli makanan ringan atau salad dalam kuantiti besar. Bungkus dan jadikan bekal yang boleh dijadikan sebagai makanan segera yang mudah dibawa ke mana sahaja.

3. Bersih dan susun peti sejuk dan almari menyimpan makanan sebulan sekali. Guna barang yang anda beli dan masih ada dalam simpanan sebelum anda membeli barang baru. Ini juga dapat mengelakkan anda daripada membeli barang yang sama yang masih ada dalam simpanan.

4. Jika anda menyimpan barang atau makanan, periksa tarikh luput makanan itu bagi mengelakkan anda mengguna atau menyimpan barang atau makanan yang tidak boleh digunakan lagi.

5. Luangkan masa sekali seminggu untuk mencuci dan memotong sayur-sayuran dan buah-buahan. Ini akan mempercepatkan penyediaan makanan. Cara ini juga boleh membantu anda menyediakan snek atau makanan ringan yang mudah dibawa ke sana-sini.

Beli barang secara bajet

1. Jangan beli makanan ringan kerana ia lebih mahal dan kurang menyihatkan.

2. Jadi kreatif dan cuba makanan baru. Anda mungkin bertemu dengan makanan murah yang anda suka.

3. Membeli-belah dengan kalkulator dapat membantu anda mengetahui jumlah wang yang perlu dikeluarkan untuk membeli barang. Jika anda membeli-belah dengan anak-anak, berikan mereka kerja untuk mengira berapa banyak yang dibeli. Cara ini juga dapat membantu anda merancang dalam berbelanja.

4. Beli barangan yang tidak boleh dimakan seperti sabun basuh atau beg sampah di kedai yang menawarkan harga murah.

5. Sentiasa periksa harga barang untuk mengetahui sama ada barang tersebut ada tawaran harga murah atau diskaun. Jika ada kupon, boleh gunakan. Anda juga boleh menggunakan apps membeli-belah yang terdapat dalam telefon pintar anda.
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. TQ
Sumber: petua ibu

(Video & Gambar) kemunculan seekor buaya di tebing sungai berhampiran tol Lebuhraya Damansara-Puchong (LDP)


Pagi tadi pengguna jalan raya Lebuhraya Damansara-Puchong(LDP) berhampiran Kampung Tengah Batu 13, Puchong dikejutkan dengan kehadiran seekor buaya yang timbul di atas beting tanah ditengah-tengah Sungai Klang.

Kehadiran reptilia ini membuatkan orang ramai datang berpusu-pusu untuk melihatnya lebih dekat selepas mendapat berita tentangnya yang tular di laman Facebook.


Dilihat ramai penunggang motosikal dan pemandu kereta yang melalui jambatan di atas LDP berhenti di tepi jalan untuk tidak melepaskan peluang melihat buaya berkenaan.

Kerana jumlah kenderaan yang berhenti semakin meningkat dan parkir di tepi jalan menyebabkan lebuhraya berkenaan telah mengalami kesesakan yang agak teruk.


Menurut seorang pengguna Facebook bernama Zalina Rahman, kerana kehadiran buaya itu, dia yang dalam perjalanan ke Teluk Panglima Garang kini tersangkut di dalam kesesakan kerana ramai ingin melihat buaya itu berhenti menyebabkan jalan sesak.

Menurut Noor Ziana pula, pada mulanya dia menyangka berlaku kemalangan jalan raya punca jalan sesak teruk, rupanya ramai berhenti di tepi jalan semata-mata untuk lihat buaya.

Untuk rekod, buaya muncul di dalam sungai ini bukanlah kali pertama, di mana pernah dilaporkan kehadiran reptilia ganas ini pada April lalu dan Disember 2015. 

Video KLIK LINK INI : https://www.youtube.com/watch?v=-pWHc_gvQOs

SUMBER: Siakapkeli dan selangor TV

5 Kaedah Menghalang Peha Selalu Bergesel

Image may contain: 1 person, sitting and text

Masalah am bagi wanita di Malaysia ni adalah saiz peha yang semakin mengembang walaupun dah di suruh berhenti mengembang. banyak faktor yang menyumbang kepada pembesaran bahagian peha yuolls ni, antaranya seperti pemakanan, genetik ataupun gaya hidup yuolls.

Tapi kak Ziana percaya, ramai antara kita ni mengimpikan bentuk peha yang menarik lantas menghilangkan masalah pehe bergesel antara satu sama lain sampai boleh melecet.

Jadi dalam blog entri kali ni, sini ada 5 cara Kak Ziana nak share untuk workout peha yuolls okay. Rajin-rajin praktis
‘Kerusi bayangan’
Image may contain: 1 person, smiling, text

Berikut adalah cara untuk senaman “kerusi bayangan”:

– Berdiri tegak sambil bersandar pada dinding.

– Rehatkan tangan pada dinding dan turunkan badan perlahan-lahan. Turunkan badan sehingga kedudukan badan seperti sedang duduk. Bayangkan anda sedang duduk di atas kerusi.

– Bila anda sudah ‘duduk’, cuba bertahan selama mana yang anda boleh sebelum anda berdiri tegak semula.

Kebanyakan orang hanya boleh bertahan untuk beberapa saat sahaja pada permulaan. Setelah membiasakan diri, anda pasti akan dapat bertahan lebih lama.

Cuba capai 10 saat pada permulaan, dan bertahan sehingga 1 minit setelah melakukannya beberapa kali. Lakukan 5 kali setiap hari.

Pergerakan “menggunting”
Image may contain: 1 person, smiling

Latihan ini menumpukan bahagian peha sebelah dalam. Senang sangat! Baring atas lantai dengan kedua belah tangan di sisi. Angkat kedua belah kaki lebih kurang 45 darjah.

Bayangkan pergerakan gunting semasa memotong kertas. Silangkan kaki anda dengan kaki kanan bersilang di atas kaki kiri. Kemudian, tukar kaki kepada kaki kiri pula bersilang di atas kaki kanan.

Ulang langkah ini 12 – 15 kali untuk setiap set. Anda akan dapat rasa tekanan di otot-otot bahagian peha anda.

Pusingan Bulatan
Image may contain: 1 person, smiling, text

Baring mengiring di atas lantai dengan sebelah tangan anda ke atas (baring berbantalkan lengan anda) dan letakkan tapak tangan sebelah lagi di atas lantai di hadapan perut anda.

Angkat sebelah kaki ke atas setinggi yang boleh. Tarik nafas, dan pusingkan kaki yang anda angkat itu mengikut pusingan jam.

Gerakkan seluruh kaki tanpa menggerakkan pinggul anda. Buat pusingan jam sebanyak 5 kali sebelum ulang langkah tersebut menggunakan kaki yang sebelah lagi pula. Lakukan sehingga 10 set jika boleh.

Pakai kasut tumit tinggi
Image may contain: one or more people, shoes and text

Kalau sebelum ini kita memerlukan alasan untuk pakai kasut tinggi, inilah masanya! Memakai kasut tinggi boleh membentuk otot betis dan peha. Walaupun kita kena beringat yang amalan memakai kasut tinggi ini boleh memberi kesan buruk kepada kaki dan postur, oleh itu anda perlulah berhati-hati!

Kajian mengatakan bahawa kita tidak sepatutnya menggunakan kasut tumit tinggi yang melebihi 2 inci!

Melompat di atas trampoline
Image may contain: 3 people, people smiling

Melompat di atas trampoline ini sangat baik untuk peredaran darah dalam badan, pembakaran lemak, meningkatkan metabolism, mengurangkan selulit dan membentuk kaki yang cantik.

Lakukan aktiviti ini selama setengah jam dapat membakar hampir 200 kalori dalam badan. Ia juga aktiviti yang sangat menarik yang anda boleh lakukan bersama keluarga mahupun rakan-rakan anda!

Sumber : Ezdiet

Senaman Mudah Untuk Individu Yang Obese

Image result for obese

Obesiti akan meningkatkan risiko masalah kesihatan, termasuk penyakit jantung dan tekanan darah tinggi. Dengan senaman yang teratur, anda boleh meningkatkan jumlah kalori yang dibakar dan menyumbang kepada usaha kehilangan lemak anda. Walau bagaimanapun, mereka yang membawa berat badan berlebihan dan mula menggabungkan latihan ke dalam rejimen mereka harus mengambil langkah berjaga-jaga yang khusus untuk memastikan keselamatan ketika latihan mereka.

Oleh kerana individu yang gemuk membawa lebih banyak berat badan, aktiviti yang mereka lakukan berpotensi untuk meletakkan tekanan yang tinggi pada pergelangan kaki, lutut, pinggul dan punggung bawah mereka. Oleh itu, mereka harus memberi tumpuan terutamanya kepada aktiviti-aktiviti yang berimpak rendah.

Jogging, sebagai contoh, sangat memberikan stress pada sendi anda jika anda membawa berat badan berlebihan dan meningkatkan risiko kecederaan anda. Di samping itu, penting untuk memulakan perlahan dengan latihan anda dan secara beransur-ansur meningkatkan intensiti dan tempoh semasa anda membina ketahanan kardiovaskular.

Senaman Kardio Impak Rendah.
Image result for low impact cardio

 

Latihan kardio adalah yang paling berkesan untuk membakar kalori dan menyumbang kepada kehilangan lemak. Terdapat beberapa latihan kardio yang berimpak rendah yang boleh anda lakukan, termasuk berjalan kaki, berbasikal, berenang dan aerobik air.

Ambil lima minit pada awal senaman kardio anda untuk memanaskan badan dan kemudian lima minit lagi pada akhir sesi anda untuk secara beransur-ansur mengurangkan intensiti dan biarkan tubuh anda kembali ke tahap berehat.

Dalam latihan kardio anda, masukkan empat hingga lima latihan yang berlangsung 30 hingga 60 minit seminggu ke dalam jadual anda. 30 hingga 60 minit tidak perlu diselesaikan dalam satu sesi. Anda masih menerima faedah yang sama dan membakar jumlah kalori yang sama dengan satu latihan selama 30 minit seperti yang anda lakukan jika membahagikannya menjadi tiga sesi 10 minit yang berasingan.

Latihan Kekuatan
Image result for Strength Training obese

 

Latihan kekuatan membina otot tanpa lemak, yang seterusnya menyokong usaha mencapai komposisi badan yang sihat dan meningkatkan kadar metabolisme anda sehingga anda membakar lebih banyak kalori sepanjang hari.

Mulakan mesin latihan berat, yang akan membolehkan anda bersenam tanpa banyak memberi kesan pada sendi anda. Rutin badan penuh termasuk seated chest press, shoulder press, leg press, leg extensions dan leg curls. Dapatkan dua latihan latihan kekuatan seminggu, dan mulakan dengan dua set 12 ulangan setiap latihan.

Aktiviti Harian
Image result for jogging obese

 

Anda boleh menyumbang secara signifikan kepada jumlah kalori yang dibakar setiap hari dengan memasukkan lebih banyak aktiviti fizikal ke dalam rutin harian biasa anda. American College of Sports Medicine mengesyorkan mengambil tangga bukan eskalator atau lif pada bila-bila masa yang anda boleh, meletak kereta anda lebih jauh dari pintu dan memasukkan berjalan kaki singkat pada waktu anda mahu pergi makan tengah hari anda dan sepanjang hari kerja anda.

Sumber: ezdiet

8 JENIS BUAH YANG SEDAP UNTUK MEMBANTU KURUSKAN BADAN ANDA.

Image result for fruits

 

Buah- buahan ni merupakan pemanis semulajadi yang boleh kita ambil sebagai pengganti gula proses yang kita dok makan tu. Ada macam-macam buah ada kat dunia ni dan semua jenis buah ni mempunyai manfaat dan kebaikan tersendiri untuk kita nikmati. Antara vitamin yang paling sinonim dengan buah ialah VItamin C. Kalau citer pasal Vitamin C, Kak Ziana sure pasti ramai duk ingat limau atau oren je kan. Sebenarnya ada banyak lagi buah penambah Vitamin C untuk kecantikan dan kesihatan kita tau.

Tapi ada juga fungsi lain buah yang ramai orang tak tau. Buah yang boleh tolong kita kuruskan badan. Nak tahu? Meh usya blog entry akak kali ni, Kak Ziana nak bagitahu 8 buah untuk kuruskan badan.
Strawberi
Image result for strawberry

Selain menyegarkan buah ini juga kaya dengan sumber vitanin C. Khasiatnya juga dipenuhi dengan anthocyanin iaitu zat yang berupaya membakar lemak yang tersimpan di dalam tubuh. Perasan tak orang Korea KPop tu kurus sebab makan strawberry je tau. Lepas ini habisla buah ni kena borong.

Kiwi
Image result for kiwi
Nampak je warna hijau kiwi ni tetapi rasanya ada yang manis dan sedikit masam dan kalau yuolls pandai pilih, dapatlah yang manis . Tapi khasiatnya memang sangat baik dan secawan buah kiwi potong yang dikisar ada 167mg vitamin C yang juga tinggi serat, kalium, magnesium, folat dan vitamin K. Buah kiwi sesuai untuk amalkan sebagai diet seharian.

Jambu

Secawan jus jambu ada sekurangnya 337 mg Vitamin C. Jumlah ini lebih 4 kali ganda vitamin C yang diperlukan oleh lelaki dan 5 kali ganda bagi wanita. Lepas ni boleh la yuolls beli buah jambu dengan jambu yuolls yang lawa tu :p .  Oh jangan lupa buang bijinya, susah nak lawas pula nanti.

Nenas
Image result for pineapple

Nenas mengandungi sekitar 80mg vitamin C sekaligus memberi manfaat pada tubuh kita. Boleh diambil sebagai jus atau pun makan begitu sahaja. Hati hati dengan duri, nanti gatal pulak lidah yuolls.

Cili Benggala Kuning
Image result for yellow capsicum

Kita pernah makan cili benggala atau bahasa mat salehnye, capsicum kan .Tahukah anda yang cili benggala ini sangat kaya dengan vitamin C sebanyak 155mg. Kak Ziana secara peribadi suka makan mentah sebab rasanya manis jugka. Apa lagi cuba lah kalau tak caya kat akak. Rugi :p

Cili Benggala Merah
Image result for red capsicum

Lebih kurang sama dengan cili benggala kuning, cili benggala merah juga ada kandungan vitamin C yang tinggi malah dipercayai secawan cili ini boleh mencapai sekurang-kurangnya 190mg vitamin C.

Mangga
Image result for manggo

Sekarangkan musim mangga harum manis yang orang dok borong dari Perlis tu, nak tahu tak yang mangga ini mempunyai khasiat vitamin C yang baik sebanyak 122mg. Senang je nak dapatkan segala kebaikan mangga ni. Kupas dan makan atau pun boleh dikisar jadi jus yang sedap dan berkhasiat.

Betik
Image result for papaya

Buah betik selain bagus untuk penghadaman, buah ini juga mengandungi tahap vitamin C yang tinggi. Buah betik yang berukuran separuh besar ada 238mg vitamin C. Amalkan makan betik, kulit yuolls pasti cun melecun. Badan pun untung-untung ade shape betik

 

SUMBER:EZDIET

27 Tips Kesihatan Dan Pemakanan Itu Adakah Sebenarnya Berasaskan Bukti

27-tips

27 Kesihatan dan Pemakanan Tips Itu Adakah Sebenarnya Berasaskan Bukti.

Terdapat banyak kekeliruan apabila berkaitan dengan kesihatan dan pemakanan.

Orang ramai dan, golongan professional yang berkelayakan, seolah-olah mempunyai pendapat yang  bertentangan .

Walau bagaimanapun, perbezaan pendapat, terdapat beberapa perkara yang disokong dengan baik oleh penyelidikan.

Berikut adalah 27 tips kesihatan dan pemakanan yang sebenarnya berdasarkan sains yang baik.

Jangan Minum Gula Kalori

 

Minuman manis adalah perkara yang paling menggemukkan yang memasuki ke dalam tubuh anda. Ini kerana cecair kalori gula tidak dapat dicatat oleh otak dengan cara yang sama seperti kalori daripada makanan pepejal. Atas sebab ini, apabila anda minum soda, akhirnya anda makan lebih banyak jumlah kalori. Minuman manis adalah amat berkaitan dengan obesiti, diabetes jenis 2, penyakit jantung dan dengan pelbagai jenis masalah kesihatan . Perlu diingat bahawa jus buah-buahan adalah hampir sama buruk seperti soda dalam hal ini. Mereka mengandungi sama banyak gula, dan sejumlah kecil antioksidan tidak dinafikan kesan-kesan bahayanya gula .

mixed-1938302_1920

Makan Kacang

Walaupun tinggi lemak, kacang adalah sangat berkhasiat dan sihat. Mereka penuh dengan magnesium, vitamin E, serat dan pelbagai nutrien lain . Kajian menunjukkan bahawa kacang boleh membantu anda menurunkan berat badan, dan boleh membantu melawan 2 jenis diabetes dan penyakit jantung . Selain itu, kira-kira 10-15% daripada kalori dalam kacang tidak diserap ke dalam badan, dan beberapa bukti menunjukkan bahawa mereka boleh meningkatkan metabolisme . Dalam satu kajian, badam telah terbukti dapat meningkatkan penurunan berat badan sebanyak 62% berbanding dengan karbohidrat kompleks .

 

Elakkan Makanan Ringan yang Diproses (Sebaliknya Makan Makanan Asli )

Semua makanan ringan yang diproses dalam diet adalah penyebab utama dunia ini menjadi gemuk dan bertambah sakit berbanding sebelum ini. Makanan ini perlu direkabentuk untuk menjadi “hyper-ganjaran,” supaya mereka dapat memperdayakan otak kita ke dalam makanan lebih daripada yang kita perlukan, walaupun akan menyebabkan ketagihan pada sesetengah orang. Mereka juga rendah kandungan serat, protein dan mikronutrien (kalori kosong), tetapi tinggi dengan bahan-bahan yang tidak sihat seperti gula tambahan dan bijirin.

a-cup-of-coffee-399478_1920

Jangan Takut kepada Kopi

Kopi tidak adil disifatkan sebagai tidak bagus. Kenyataannya adalah bahawa ia sebenarnya sangat sihat. Kopi adalah tinggi dalam antioksidan, dan kajian menunjukkan bahawa peminum kopi dapat hidup lebih lama, dan mempunyai penurunan risiko 2 jenis diabetes, penyakit Parkinson, Alzheimer dan pelbagai penyakit lain .

 

Makan Lemak Ikan.
Hampir semua orang bersetuju bahawa ikan adalah makanan sihat. Ini adalah benar terutamanya ikan yang berlemak seperti salmon, yang penuh dengan omega-3 asid lemak dan pelbagai nutrien lain . Kajian menunjukkan bahawa orang yang makan ikan yang paling mempunyai risiko yang lebih rendah daripada pelbagai penyakit, termasuk penyakit jantung, nyanyuk dan kemurungan ).

girl-1733358_1920

Dapatkan tidur yang secukupnya.

Kepentingan mendapatkan tidur yang berkualiti tidak boleh dipandang rendah. Ia mungkin sama pentingnya dengan diet dan senaman. Kekurangan tidur boleh mendorong penentangan insulin, membuang hormon selera dan mengurangkan prestasi fizikal dan mental anda . Apatah lagi, ia adalah salah satu faktor risiko kuat terhadap individu untuk berat badan pada masa akan datang dan obesiti. Satu kajian menunjukkan bahawa tidur yang singkat dikaitkan dengan 89% peningkatan risiko obesiti pada kanak-kanak, dan 55% di kalangan orang dewasa .

 

Jaga Kesihatan Usus Anda Dengan Probiotik dan Fiber
Bakteria dalam usus anda, secara kolektif dikenali sebagai microbiota usus, kadang-kadang dirujuk sebagai “organ dilupakan.”  Usus adalah sangat penting untuk pelbagai aspek yang berkaitan dengan kesihatan. Gangguan bakteria usus dikaitkan dengan beberapa penyakit kronik yang paling serius di dunia, termasuk obesiti . Cara yang baik untuk meningkatkan kesihatan usus, adalah untuk makan makanan probiotik (seperti yogurt hidup dan sauerkraut), ambil makanan tambahan probiotik, dan makan banyak serat. Fungsi serat sebagai bahan api untuk bakteria usus.

 

Minum air, Terutama Sebelum Makanan
Minum air yang mencukupi mempunyai banyak manfaat. Salah satu faktor penting, ia boleh membantu meningkatkan jumlah kalori yang anda bakar. Menurut dua kajian, ia boleh meningkatkan metabolisme oleh 24-30% dalam tempoh 1-1,5 jam. Ini bermakna 96 kalori tambahan dibakar jika anda minum 2 liter (67 oz) air setiap hari). Masa yang paling sesuai untuk minum air setengah jam sebelum makan. Satu kajian menunjukkan bahawa setengah liter air, 30 minit sebelum setiap waktu makan peningkatan berat badan sebanyak 44%.

 

Jangan terlampau masak atau terlalu lama bakar daging anda
Daging boleh menjadi sebahagian makanan yang sangat berkhasiat untuk diet. Ia adalah sangat tinggi protein, dan mengandungi pelbagai nutrien penting. Masalah berlaku apabila daging terlalu matang dan terlebih bakar. Ini boleh membawa kepada pembentukan sebatian berbahaya yang meningkatkan risiko kanser . Oleh itu, pastikan anda makan daging, yang tidak terlampau masak atau terlalu lama membakar daging.

 

 

 

Elakkan Cahaya Terang Sebelum Tidur
Apabila kita terdedah kepada cahaya yang terang pada waktu malam, ini mengganggu pengeluaran hormon melatonin tidur. Yang menarik “hack” adalah dengan menggunakan sepasang cermin mata amber-gelap yang menghalang cahaya biru daripada memasuki mata anda pada waktu petang. Ini membolehkan melatonin yang akan dihasilkan seolah-olah ia benar-benar gelap, membantu anda tidur lebih baik .

 

Ambil Vitamin D3 jika Anda Tidak Dapat Matahari yang secukupnyaPada zaman dahulu, kebanyakan mereka mendapat vitamin D dari matahari. Masalahnya ialah kini, bahawa kebanyakan orang tidak mendapat cahaya matahari. Mereka seakan-akan hidup tanpa matahari, atau kebanyakan mereka tinggal di dalam atau menggunakan pelindung matahari apabila mereka keluar. Menurut data dari 2005-2006, kira-kira 41.6% daripada penduduk Amerika Syarikat yang kekurangan vitamin ini adalah kritikal . Jika pendedahan matahari yang mencukupi bukan satu pilihan untuk anda, kemudian menambah dengan vitamin D telah terbukti mempunyai pelbagai manfaat untuk kesihatan. Ini termasuk kesihatan yang lebih baik tulang, kekuatan meningkat, mengurangkan gejala kemurungan dan risiko yang lebih rendah daripada kanser. Vitamin D juga boleh membantu anda hidup lebih lama

carrots-673184_1920

Makan Sayur-sayuran dan Buah-buahan

Sayur-sayuran dan buah-buahan adalah makanan kesihatan “default“, dan untuk sebab yang baik. Ianya penuh dengan serat prebiotik, vitamin, mineral dan pelbagai antioksidan, ada yang mempunyai kesan biologi yang kuat. Kajian menunjukkan bahawa orang yang makan sayur-sayuran dan buah-buahan kebanyakan hidup lebih lama, dan mempunyai risiko yang lebih rendah daripada penyakit jantung, 2 jenis diabetes, obesiti dan pelbagai penyakit .

 

 

Pastikan Memakan Protein Yang SecukupnyaMakan protein yang mencukupi adalah amat penting, dan ramai pakar percaya bahawa pengambilan harian yang dicadangkan adalah terlalu rendah. Protein adalah penting untuk menurunkan berat badan, dan bekerja melalui beberapa mekanisme yang berbeza. Pengambilan protein yang tinggi boleh meningkatkan metabolisme ketara, membuatkan anda berasa kenyang secara automatik. Ia juga boleh mengurangkan rasa te ingin dan mengurangkan keinginan untuk makan lewat malam. Makan banyak protein juga boleh menurunkan tahap gula dalam darah dan tahap tekanan darah .

 

Buat Beberapa Cardio, atau Lebihkan BerjalanMelakukan senaman aerobik (atau kardio) adalah salah satu perkara yang terbaik yang anda boleh lakukan untuk kesihatan mental dan fizikal. Ia amat berkesan untuk mengurangkan lemak perut, jenis lemak yang berbahaya yang terkumpul di sekitar organ-organ anda. Ia dapat mengurangkan lemak perut anda dan seharusnya membawa kepada perubahan besar dalam kesihatan metabolik .

cigarette-1850261_1920

Jangan merokok atau menghisap dadah, dan mengambil minuman alkoholJika anda seorang perokok tembakau atau penyalahgunaan dadah , maka diet dan senaman berada dalam keadaan yang membimbangan. Selesaikan masalah-masalah terlebih dahulu. Jika anda memilih untuk meminum alkohol dalam hidup anda, maka minumlah secara sederhana sahaja, dan perlu mempertimbangkan dan mengelakkan sepenuhnya jika anda mempunyai kecenderungan beralkohol.

 

Gunakan Minyak Zaitun DaraMinyak zaitun dara adalah lemak yang sihat dibumi ini. Ia sarat dengan lemak tidak tepu untuk kesihatan jantung dan kaya dengan antioksidan yang boleh melawan keradangan Minyak zaitun dara membawa kepada banyak kesan yang baik terhadap kesihatan jantung, dan mereka yang mengambil minyak zaitun mempunyai risiko lebih rendah daripada mati akibat serangan jantung dan strok .

 

Kurangkan pengambilan Gula Tambahan

Gula tambahan adalah bahan yang paling teruk di dalam diet moden. Jumlah yang kecil adalah baik, tetapi apabil memakan dalam jumlah yang besar, ia boleh mendatangkan malapetaka pada kesihatan metabolik . Pengambilan gula yang tinggi dikaitkan dengan pelbagai penyakit, termasuk obesiti, 2 jenis diabetes, penyakit jantung dan pelbagai bentuk kanser .

 

Jangan Makan Karbohidrat yang BertapisTidak semua karbohidrat adalah sama. Karbohidra bertapis yang telah diproses, dan mempunyai semua gentian yang terpisah dari ia. Ia rendah nutrien (kalori kosong), dan boleh menjadi sangat berbahaya. Kajian menunjukkan bahawa karbohidrat yang ditapis dikaitkan dengan makan berlebihan dan pelbagai penyakit metabolik .

 

Jangan Takut kepada Lemak Tepu

“Perang” pada lemak tepu adalah satu kesilapan. Ia adalah benar bahawa lemak tepu dapat meningkatkan kolesterol, tetapi ia juga menimbulkan rasa (“baik”) untuk kolesterol HDL dan perubahan LDL dari kecil ke besar, yang dikaitkan dengan risiko yang lebih rendah daripada penyakit jantung . Kajian terbaru iaitu termasuk beratus-ratus ribu orang telah menunjukkan bahawa tidak ada hubungan antara pengambilan lemak tepu dan penyakit jantung .

 

 

 

Mengangkat barang beratAngkat berat adalah salah satu perkara yang terbaik yang anda boleh lakukan untuk menguatkan badan dan meningkatkan komposisi badan anda. Ia juga membawa kepada peningkatan yang besar dalam kesihatan metabolik, termasuk sensitiviti ia dapat meningkat insulin .Pendekatan terbaik adalah untuk pergi ke gimnasium dan angkat berat, tetapi melakukan apa-apa jenis senaman berat badan mempunyai kesan yang sama sahaja.

 

Elakkan Transasi Lemak tiruanLemak transasi tiruan berbahaya, iaitu lemak buatan manusia yang dikaitkan dengan keradangan dan penyakit jantung . Ia adalah yang terbaik untuk mengelakkan penyakit seperti wabak.

herbs_spices

Penggunaan Banyak Herba dan Rempah
Terdapat banyak herba yan sihat dan rempah di luar sana. Sebagai contoh, halia dan kunyit kedua-duanya mempunyai kesan anti-radang dan antioksidan yang kuat, yang membawa kepada pelbagai faedah kesihatan . Anda perlu berusaha untuk mengunakan seberapa banyak herba yang berbeza dan rempah yang ada. Kebanyakan herba dan rempah mempunyai kesan yang baik ke atas kesihatan anda.

 

Jaga Hubungan anda
Hubungan sosial adalah sangat penting. Bukan sahaja untuk kesejahteraan mental anda, tetapi kesihatan fizikal juga. Kajian menunjukkan bahawa sesetengah orang yang rapat dengan rakan-rakan dan keluarga adalah lebih sihat dan hidup lebih lama daripada mereka yang tidak )

 

Kesan Pengambilan Makanan Anda Dahulu dan Sekarang

Satu-satunya cara untuk mengetahui apa yang anda makan, adalah mengambil tahu tentang berat makanan anda dan menggunakan pengesan pemakanan seperti MyFitnessPal atau Cron-o-meter. Ini adalah penting untuk mengetahui berapa banyak kalori yang anda ambil. Ia juga penting untuk memastikan bahawa anda mendapat protein yang mencukupi, serat dan mikronutrien.  Kajian menunjukkan bahawa orang yang mengikuti pengambilan makanan mereka dalam satu cara atau cara yang lain cenderung untuk lebih berjaya di dalam mengurangkan berat badan dan berpegang teguh kepada diet yang sihat . Pada asasnya, apa sahaja yang meningkatkan kesedaran iaitu apa yang anda makan mungkin membantu anda untuk berjaya. Secara peribadi, saya mengikuti semua yang saya makan selama beberapa hari berturut-turut, setiap bulan. Kemudian saya tahu di mana untuk membuat penyesuaian ataupun kesimpulan untuk mencapai matlamat saya.

 

Jika Anda Mempunyai Lebihan Lemak di Badan, hilangkan iaTidak semua lemak badan adalah sama. Hal ini sebahagian besar lemak dalam abdomen anda, lemak perut, yang menyebabkan masalah ini. Lemak ini terbina mengelilingi organ-organ, dan boleh dikaitkan dengan penyakit metabolik. Atas sebab ini, saiz pinggang anda mungkin lebih kuat untuk kesihatan anda daripada bilangan pada skala. Karbohidrat, makan lebih protein, dan makan banyak serat adalah cara-cara yang sangat baik untuk menghilangkan lemak perut . Artikel ini menyenaraikan 6 cara berasaskan bukti untuk menghilangan lemak perut.

 

Jangan berdietDiet yang terkenal adalah tidak berkesan, dan jarang bekerja dengan baik dalam jangka masa panjang. Malah, “diet” adalah salah satu ramalan yang kuat untuk berat badan masa hadapan. Daripada berdiet, cuba amalkan gaya hidup yang lebih sihat. Memberi tumpuan kepada penyuburan badan anda, dan bukannya menafikan ia. Penurunan berat badan harusnya mempunyai kesan sampingan secara semula jadi iaitu pilihan makanan yang lebih baik dan kesihatan metabolik yang lebih baik.

egg-944495_1920

27.Makan Telur, dan jangan buang Kuning Telur

Telur sangat berkhasiat kerana ia sering dirujuk sebagai “multivitamin alam semula jadi.” Ia adalah satu mitos bahawa telur tidak baik untuk anda kerana kolesterol. Kajian menunjukkan bahawa ia tidak mempunyai kesan terhadap kolesterol darah dalam kebanyakan orang . Selain itu, kajian secara besar – besaran berjumlah 263.938 individu mendapati bahawa penggunaan telur tiada kaitan dengan risiko penyakit jantung . Apa yang kita seringkali tinggalkan merupakan salah satu makanan yang paling berkhasiat di dunia ini, dan dimana kuning telur adalah di mana hampir semua nutrien dijumpai. Memberitahu orang ramai supaya membuang kuning telur adalah antara nasihat yang paling teruk dalam sejarah pemakanan

Sumber: ezdiet

Perubahan Tarikh Awal Muharram 1439H Dari 21 September 2017 Kepada 22 September 2017


بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Kenyataan Media
Ketua Pengarah
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
Berkenaan
Tarikh Awal Muharram  1439H

Sukacita Jakim merujuk kepada kenyataan rasmi yang dikeluarkan oleh Bahagian Kabinet, Perlembagaan dan Perhubungan Antara Kerajaan, Jabatan Perdana Menteri (JPM)  mengenai perkara berkaitan.

Adalah dimaklumkan bahawa perubahan tarikh 1 Muharram 1439H dalam kalendar dari 21 September kepada 22 September 2017.

Perubahan ini adalah ralat yang berbentuk teknikal yang telah disemak dan diperakukan oleh Panel Pakar Falak Jakim semasa meneliti semula data bulan Zulhijjah 1438H awal tahun ini.

Sekian.

*TAN SRI DATO’ HAJI OTHMAN BIN MUSTAPHA*
19 Januari 2017

Boleh Rujuk SINI : http://www.islam.gov.my/media-jakim/kenyataan-media/838-kenyataan-media-ketua-pengarah-jakim-berkenaan-tarikh-awal-muharram-1439h

Harap maklum.. dalam kalendar tu salah… kena betulkan…
Kalau awal Muharram orang tak kisah sangat… tapi cuba tarikh raya berubah kan..  memang kecoh satu Malaysia… Betul tak???

KREDIT: Blog Maria Firdaus

TIPS UNTUK MERANCANG JANTINA ANAK

Agak peliklah kalau siapa tak pernah berangan nak anak perempuan atau anak lelaki kan? Kalau boleh pilih, memang seronok tapi tak kisahlah jantina anak yang mana pun, itu merupakan rezeki dari Allah. Tetapi, tak salah kalau kita mencuba.
.
Banyak tips yang boleh dijumpai di laman internet mengenai tips-tips mendapatkan anak mengikut jantina yang kita mahukan tetapi tak tahu mana satu yang betul. Jadi, kalau anda keliru nak ikut tips yang mana, apa kata cuba baca perkongsian dari Puan Taibah Nurwahidah ini sebagai panduan anda!
.
CARA MERANCANG JIKA MAHU BAYI PEREMPUAN ATAU BAYI LELAKI‼️👶🏻
.
Alhamdulillah saya & suami dah mencuba & diizinkan Allah untuk mendapat baby girl, anak kedua kami. Maka sepasanglah anak kami setakat ni. Terima kasih buat suami Mhafiz Mahadar yang turut memberi kerjasama. Tak sia-sia kan usaha awak saat melihat anak perempuan awak lahir ke dunia.
.
Ingat lagi tak subjek biologi di sekolah dulu? Bagaimana jantina anak ditentukan. Sperma membawa kromosom XY & ovum membawa kromosom XX. Apabila persenyawaan berlaku peratusan jantina lelaki & perempuan adalah 50-50. Maka perlu diingatkan jantina bukanlah faktor genetik. Perlu diingatkan merancang jantina perlulah dilakukan sebelum merancang untuk hamil. Once dah berlaku persenyawaan, cara saya ni tak berkesan dah.
.
Bagaimana untuk kita menambahkan keberangkalian persenyawaan itu akan menghasilkan perempuan ialah kita kena faham apa sifat kromosom X & Y terlebih dahulu. X tempoh hayatnya lebih panjang tetapi pergerakan lebih perlahan, manakala Y tempoh hayatnya pendek tetapi pergerakannya adalah lebih laju. Keadaan berasid adalah lebih sesuai untuk X manakala Y lebih suka keadaan beralkali. Di sini la saya mula berfikir macam mana nak jadikan perkara asid alkali ni (Cikgu kimia la katakan).
.
TIPS BERGUNA 💕

1) PEMAKANAN
Jika mahukan baby boy, suami perlulah lebihkan memakan makanan lait (seafood), manakala jika mahukan baby girl, suami perlulah memakan daging sama ada ayam atau lembu. Kenapa suami? Kenapa bukan isteri? Kerana suami yang bawa kromosom Y yang mana menentukan boy atau girl, maka suami-suami main peranan besar kat sini. Ok, apa yang saya & suami usahakan ialah sebulan (bulan rancang nak hamil bermula daripada hari pertama saya period) suami dilarang makan apa-apa jenis seafood. Sebulan memang hari-hari sumber protein yang suami ambil hanyalah ayam, daging atau telur. Sampaikan ayah beli ketam & siput sedut pun dia kena telan air liur je. Suami tak ada masalah untuk ni sebab dia memang suka ayam & daging.

Selain tu, suami juga kena lebih makan masam. Yang ni mencabar sikit untuk suami sebab dia memang tak suka buah masam-masam, tapi direlakan juga bila isteri beli buah yang masam untuk dia. Isteri juga boleh membantu dengan lebihkan mengambil makanan bersumber tenusu, susu, cheese & butter. Saya kongsi ni lebih kepada untuk baby girl, so kalau nak boy, kena sebaliknya. Eakkan makan masam & isteri elakkan makanan tenusu.

2) TEMPOH BERSAMA
Yang ni susah sikit sebab kita sendiri tak tau bila waktu subur kita kan. So ada 2 cara nak tahu waktu subur. Yangg pertama senang je, pergi farmasi beli Ovulation Test, bentuk dia lebih kurang macam pregnancy test. Cara nak guna boleh tengok pada kotaknya.

Ataupun cara ke 2, hanya boleh dipakai bagi sesiapa yang kitaran haidnya sama setiap bulan. Yang ni nak senang guna Application Period Calendar kita boleh tengok corak kitaran haid kita. Bagi yang kitarannya sama setiap bulan, tolakkan jumlah kitaran dengan 14, maka hari itulah waktu subur dia, waktu subur bermakna hari ovum dilepaskan oleh ovari. Contoh (30-14), maka hari ke 16 itulah hari subur.

Ok kenapa penting nak tahu waktu subur, tadi kan dah cerita pasal tempoh hayat X & Y. Jika mahukan baby girl, perlu bersama 2 hari sebelum hari subur. Ini disebabkan Y yang hayatnya pendek itu akan mati sebelum ovum dibebaskan untuk bersenyawa. Yang tinggal hanya X. Maka jadilah XX (girl). Kalau nak baby boy, terbaliklah jadinya, perlu bersama pada waktu subur. Y yang bergerak laju akan sampai terlebih dahulu kepada ovum untuk disenyawakan. Maka jadila XY (boy).

👉🏻Ok itu saja tips yang saya & suami gunakan. Banyak sebenarnya tips lain kalau Google, tapi yang lain saya tak jumpa logik sainsnya, maka malaslah nak follow. Saya suka buat sesuatu yang ada sebab jelas. Jangan lupa, DOA senjata utama. Tak guna usaha tanpa doa. Minta sungguh-sungguh pada Allah.

Kredit: Hamil Dalam 3 Bulan

Semoga tips ni dapat memberi manfaat pada yang membaca. 😀

Koleksi Doa-Doa Harian Yang Penting

 Doa ditimpa Kesusahan
 Doa dikurniakan kecukupan
 Dijaga urusan diri oleh Allah
 Memohon ketetapan hati
 Dibersihkan hati
 Dipermudahkan urusan
 Apabila terlanjur kata atau perbuatan
 Selamat daripada bala atau kecelakaan
 Doa berlindung daripada kejahatan manusia & syaitan

 

DOA DAN AMALAN INI MENYEBABKAN PENCURI TIDAK BOLEH KELUAR RUMAH, DIA NAMPAK LAUT DAN AIR

DOA dan AMALAN mengelakkan rumah, pejabat atau kedai anda yg ditinggalkan dari dimasuki atau dicerobohi oleh si PENCURI/PEROMPAK atau yg sama waktu dengan JIN/SYAITAN/IBLIS.
.
🔴 Ketika rumah, pejabat atau kedai anda telah dikunci dengan rapi, maka letakkan TAPAK TANGAN KANAN anda ke pintu atau dinding rumah, pejabat atau kedai dan bacalah ayat-ayat DOA seperti berikut ::
.
 Mengucap DUA KALIMAH SYAHADAH ~ (1x)
 Berselawat keatas Nabi SAW ~ (3x)
 Baca Ayatul Qursi ~ (1x)
 Baca surah Yasin (ayat ke : 9) ~ (1x)
.
“Wa ja’alna mim baini aidihim saddaw wamin kholfihim saddan fa aghsyaina hum fa hum laa yubsiruun”
.
Bermaksud :: “Dan KAMI adakan dihadapan mereka dinding-dinding dan dibelakang mereka dinding-dinding (pula), dan KAMI menutup mata mereka sehingga mereka tidak dapat melihat”.
.
 Lafazkan “BISMILLAHITAWAKKALTUA’LALLAH” ~ “LA HAULAWALA KHUWATA I’LLA BILLAH ‘ILL ‘ALIYIL ‘AZIIIM” ~ (1x)
.
Petikan dari kuliah :: Al-Fadhil Ustadz Fadhly Syam
.
Semoga kita mendapat perlindungan Allah jua.
Aamiiin…