Ada Orang CURI Wifi Rumah Kita ? Ni Cara Paling Senang Macam Mana Nak Tahu !!!

Ada Orang CURI Wifi Rumah Kita ? Ni Cara Paling Senang Macam Mana Nak Tahu !!! | Pelik tak kejap wifi kat rumah laju lepas tu tiba-tiba lembab sangat. Mula lah marah kenapa lambat bayar mahal tapi lambat la apa semua. Haaa, sebelum nak salahkan mana-mana pihak wifi korang tu, mana lah tahu lambat sebab ada orang yang curi wifi tu !

Tapi macam mana nak tahu ada orang curi guna wifi kita? Boleh cuba cara di bawah ni.




Sumber: Says Oleh: Aimi Nordin Kredit: http://sinar.fm/

Anak yang sesalu bermain dengan PAPA akan menjadi lebih BIJAK!

Anak yang sesalu bermain dengan PAPA akan menjadi lebih BIJAK!| Bermain juga satu pelajaran buat si kecil. Biasanya bayi menghabiskan banyak masa dengan mama. Apa kata kali ini papa pula yang ambil alih melayani kehendaknya bermain. Bayi pada usia 0-2 tahun memerlukan sokongan dan dorongan daripada papa dan mama untuk belajar banyak perkara. Selain itu waktu bermain juga menggambarkan kasih sayang yang tidak terhingga buat si kecil.

Berikut antara panduan bermain yang boleh dilakukan bersama si kecil.

1. Meniarap

Ketika bayi baru belajar meniarap, tentu dia akan terasa kesukarannya. Papa jadikan aktiviti ini sebagai satu permainan yang menarik. Penglibatan papa dapat memberi peluang bayi mengetahui fungsi kaki, tangan dan badannya.

2. Merangkak

Ketika merangkak, bayi akan menggunakan keempat-empat anggota tangan dan kakinya. Oleh itu, papa perlu luang masa untuk merangkak bersama-samanya kerana proses pembelajarannya akan menjadi lebih seronok.

3. Belajar duduk

Bayi yang sedang belajar duduk akan memulakan kemahirannya itu dengan menghalakan kakinya luas-luas ke hadapan. Tangannya juga bebas meneroka apa sahaja yang menarik minatnya. Papa boleh gunakan masa ini untuk duduk bersama-samanya dan membelek helaian buku berwarna-warni.

4. Belajar berdiri & memanjat tangga

Papa perlu peka dengan perubahan pada bayi, sekiranya bayi sudah mampu mengkoordinasi kaki dan tangannya dengan sempurna, anda boleh lakukan aktiviti belajar berdiri dan memanjat agar kemahiran tersebut dapat dimantapkan. Sentiasa mengawasi pergerakan bayi agar dia tidak terjatuh dan tercedera.

5. Kenal objek & cari bunyi

Papa boleh bermain dengan si kecil menggunakan objek berbunyi. Aktiviti seperti ini boleh membantu bayi memantapkan kemahiran, menghalusi koordinasi dan menguji kecekapannya.

6. Bermain bola

Pada usia tujuh bulan dan ke atas, bayi anda mudah tertarik melihat bola berwarna-warni bergolek. Ketika usia ini, papa harus melakukan aktiviti menunjuk, memegang dan memberikan semula bola kepada anda.

7. Dukung terbalik

Dukung secara terbalik dengan selamat adalah salah satu aktiviti yang gemar dilakukkan oleh papa kepada bayinya. Percayalah si kecil suka jika dilakukan sedemikian oleh papa bahkan jika terlihat wajah papa, dia akan mengagah minta didukung.

Namun pastikan keselamatan anak diutamakan. Aktiviti ini jika sudah biasa dipraktiskan sejak kecil, mampu merangsang koordinasi kaki dan tangan bayi serta membuatkan mereka berkeyakinan.

Sumber:Majalahpama

3x Bersalin CAESAR Dlm 4 Tahun. Ini 5 Kesan MENGEJUTKAN Yg Jadi Kat Aku Skrang !!!

3x Bersalin CAESAR Dlm 4 Tahun. Ini 5 Kesan MENGEJUTKAN Yg Jadi Kat Aku Skrang !!! | Rata-rata kita difahamkan bahawa jarak terbaik untuk merancang jarak kehamilan adalah 2 tahun. Sebenarnya ada sebab mengapa tempoh tersebut dikatakan ideal dari segi kesihatan.

Namun, apakah yang boleh berlaku jika kita tidak merancang jarak kehamilan mengikut tempoh yang disyorkan? Mari ikuti pengalaman yang dilalui oleh Mommy Syams yang sudi berkongsi kisah beliau dengan kami.






Sumber: Siraplimau.

Surah Ini Boleh Menyembuhkan Kanser dengan Izin Allah Sebarkan kepada Semua Pesakit

Rahim-Bengkak-GLA-Complex-Shaklee.jpg

Terjumpa #penawar #kanser dengan surah Al Fil ni dalam whatsapp. Siapa yang ada kenalan atau sedara mara yang ada masalah #kanser, #cyst, atau #fybroid, boleh lah tag atau share post ni. Mudah-mudahan post ni bermanfaat untuk mrk.

PENAWAR KANSER dengan surah Al Fil.

Setiap kali lepas sembahyang baca

Surah Al Fatihah – 1 kali
Surah Al Ikhlas – 3 kali
Selawat ke atas nabi – 3 kali
Surah Al Fil – 21 kali

Memang setiap orang tahu, “Setiap penyakit ada ubatnya kecuali mati.”

Tahukah anda ada satu surah dari Al-Quran untuk menghancurkan sel-sel kanser?

Sebenarnya ini adalah ilmu yang ingin dikongsikan melalui tulisan Saudara Raflis Sabirin. Semoga Allah memberi ganjaran setimpal atas ilmu yang dikongsikan.

Penulis telah berkongsi pengalaman beliau merawat kanser selama 27 tahun dengan menggunakan ayat-ayat Al-Quran, terutama dari Surah al-Fil.

S U R A H A L – F I L

Alamtarakai fafa’alarabbuka bi asha bilfil
Alam yaj ‘al kaidahum fitadhlil
Waarsala ‘alaihim toiran ababil
Tarmihim bihija ratim minsijjil
Faja’alahum ka asyfim makkul
maxresdefault.jpg
Maksudnya:

Tidakkah engkau mengetahui bagaimana Robb-mu telah melakukan kepada angkatan tentera Gajah..?

(Yang dipimpin oleh pembawa Gajah, yang hendak meruntuhkan Kaabah)(1)

Bukankah Robb-mu telah menjadikan rancangan jahat mereka dalam keadaan yang rugi dan memusnahkan mereka..?(2)

Dan Allah telah menghantarkan kepada mereka (rombongan) burung berpasuk-pasukan..! (3)

Yang melontar mereka dengan batu-batu dari sejenis tanah yang dibakar keras..!(4)

Lalu Allah menjadikan mereka hancur berkecai seperti daun-daun kayu yang dimakan ulat..!(5)

————————-

Cara menghancurkan dan melenyapkan kanser

1. Selepas solat lima waktu, bacalah Surah al-Fatihah sekali, diikuti Surah Al-Ikhlas tiga kali, selawat ke atas Nabi tiga kali lalu teruskan membaca Surah al-Fil 21 kali.

2. Setiap kali baca Surah Al-Fil, hendaklah tiup dan hembuskan pada tempat penyakit kanser tersebut.

3. Setiap kali menghembuskan nafas itu, hendaklah ingat maksud dalam hati, supaya Allah hancur lenyapkan penyakit kanser tersebut..!

(Sebagaimana hancur dan lenyapnya pasukan tentera bergajah seperti dalam ayat terakhir Surah Al-Fil itu)

*** Lakukan 21 kali baca dan tiup. Buatlah selama 21 hari selepas solat lima waktu.

*** Dan sekiranya penyakit kanser itu berada dalam organ badan seperti di dalam usus, limpa, buah pinggang dan di dalam kepala, maka caranya seperti tersebut di atas itu juga.

*** Cuma tambahannya hendaklah tarik nafas perlahan-lahan seakan-akan kita memasukkan amalan surah itu ke dalam tubuh badan, terutamanya ke tempat kanser tersebut.

***Lakukan tarik nafas tersebut sehingga 21 kali juga selama 21 hari setiap lepas solat lima waktu.

#PS: Dr H pesan “Lakukan dengan penuh keyakinan dan sabar. Perlu diingat, yang menyembuhkan ialah Allah swt”.

Ayat Al-Quran tersebut hanya sebagai asbab atau wasilah untuk mencapai maksud.

Tolong sebarkan ilmu ini semoga dapat dimanfaatkan. Aminnn.

Terima kasih Ustaz ADAM S.H.

Sumber: alamatalamatkiamat

Bacalah 3 Doa Ini Ketika Sujud Terakhir Dalam Solat subuh Manfaatnya Luar Biasa

Capture.PNG

Syeikh Abdul Aziz Bin Baaz (semoga Allah merahmatinya) berkata : Merupakan 3 doa yang janganlah kau lupakan dalam sujud

1. Mintalah Diwafatkan Dalam KeadaanKhusnul Khotimah

Allahumma inni asaluka husnal khotimah

Artinya:Ya Allah aku meminta kepada-MU husnul khotimah

2. Mintalah Agar Kita Diberikan Kesempatan Taubat Sebelum Wafat

Allahummarzuqni taubatan nasuha qoblal maut

Artinya:Ya Allah berilah aku rezeki taubat nasuha (atau sebenar-benarnya taubat) sebelum wafat

3. Mintalah Agar Hati Kita Ditetapkan di Atas Agamanya

Allahumma yaa muqollibal quluub tsabbit qolbi ala diinika

Artinya:Ya Allah wahai sang pembolak balik hati, tetapkanlah hatiku pada agama-MU

Kemudian saya sampaikan,jika kau sebarkan perkataan ini, dan kau berniat baik denganya, maka semoga menjadikan mudah urusan urusanmu di dunia dan akhirat.

Lakukanlah kebaikan walau sekecil apapun itu, karena tidaklah kau ketahui amal kebaikan apakah yang dapat menghantarkanmu ke Surga Allah.

Sumber: beritamediakhalifah

Kenapa Kita Perlu Membaca AlQuran Walaupun Tidak Memahaminya Inilah JawapanNya Tunjuk Kepada Yang Malas Baca AlQuran

26-5-2015%2B12-13-04%2BAM.png

jangan tak tau..ade juga mereka yang jarang menyelitkan aktiviti baca quran dalam diari harian..dengan pelbagai alasan..alasan tak faham maksud ni pon memang #femes laa kan..oleh itu..meh kite baca sesama..moga dapat dapat menjadi pengajaran dan menjadi iktibar pada kita..=)

Ini adalah satu kisah yang sangat menarik. Semoga dengan cerita ini hati anda akan terbuka tentang membaca #Al-Quran. Kisah ini dipetik daripada kisah yang ditulis dalam Bahasa Inggeris.

Mengapa Kita Membaca #Al-Quran, sedangkan kita tidak memahami sepenuhnya apa yang di baca?.
Ada seorang Atuk tua tinggal bersama cucu lelakinya di sebuah bukit di pendalaman. Setiap pagi Atuk bangun awal pagi duduk di meja makan dan membaca #Al-Quran. Cucunya ingin menjadi seperti Atuk dan meniru seberapa boleh akan bacaan yang dibaca oleh Atuknya.

Pada suatu hari cucunya bertanya, Atuk! saya cuba membaca Al-Quran macam Atuk baca tapi saya tak faham pun, dan jika saya faham sekali pun saya akan lupa sebaik sahaja saya menutupinya. Apa bagusnya bila kita membaca #Al-Quran? Sedang orang tua itu meletakkan arang batu ke dalam dapur pemanas badan, dengan perlahan dia menoleh kepada cucunya sambil berkata, Bawa guni arang batu ini ke sungai dan bawakan saya seguni air.

Budak lelaki itu buat seperti apa yang disuruh, tetapi semua air itu membocor keluar sebelum dia sampai ke rumah. Orang tua itu ketawa dan berkata. Awak hendaklah berjalan lebih cepat untuk yang akan datang, dan meminta cucunya ke sungai bersama dengan guni arang batu untuk cuba sekali lagi. Kali ini budak lelaki itu berjalan lebih laju, sekali lagi guni itu kosong sebelum dia tiba ke rumah. Terlalu letih, dia memberitahu Atuknya bahawa mana mungkin untuk membawa air di dalam guni, dan dia pergi untuk mengambil baldi. Orang tua itu berkata, saya tidak mahu sebaldi air, saya mahu seguni air. Anda tidak cukup kuat mencubanya. dan dia menuju ke pintu melihat cucunya mencuba lagi.

Pada katika itu, budak lelaki itu sudah tahu bahawa tidak mungkin dapat membawa air di dalam guni hingga ke rumah, tetapi untuk tidak menunjukkan apa-apa reaksi kepada Atuknya dia berlari seberapa laju yang dia boleh, semua air yang di bawa masih membocor keluar sebelum dia sampai ke rumah. Budak lelaki itu sekali lagi pergi ke sungai dan berlari secepat mungkin dengan seguni air, tetapi apabila sampai kepada Atuknya, guni tersebut sekali lagi kosong. Meletihkan, katanya, tengok Atuk, tak guna! Jadi anda fikir ianya tidak berguna? Orang tua itu berkata, tengok guni itu.

Budak lelaki itu melihat akan guni tersebut dan buat kali pertamanya dia sedar bahawa guni tersebut sudah berubah. Ia telah bertukar daripada guni lama yang kotor bekas arang batu menjadi begitu bersih, luar dan dalam.

Cucuku, itulah yang akan berlaku jika anda membaca #Al-Quran. Anda mungkin tidak faham ataupun ingat kesemuanya, tetapi apabila anda membacanya, anda akan berubah dengan sedirinya, dalaman dan luaran. Itulah kurniaan Allah s.w.t. dalam kehidupan kita.~

Sumber: tambahcheese

(VIDEO)PELAJAR PERMATA PINTAR INI BERTANYA, MENGAPA ALLAH CIPTA MAKHLUK BERNAMA DAJJAL???PENERANGAN LENGKAP DR ZAKIR NAIK INI AKAN BUATKAN KITA SEMUA FAHAM… SEBARKAN!!!

maxresdefault.jpg

Baiklah, pada artikel ini kami akan membincangkan sedikit isu tentang dajjal, dan beberapa sebab kenapa Allah SWT mencipta dajjal.

Seperti yang kita ketahui, suatu masa akan datang suatu makhluk yang menyebarkan fitnah yang luar biasa, makhluk itu disebut dajjal, dan yang perlu kita tahu tidak ada kota yang tidak akan terkena fitnah ini kecuali kota Mekah dan kota Madinah. Namun, mungkin sebahagian dari kita bertanya-tanya, Mengapa Allah swt menciptakan makhluk tersebut? dibawah ini akan kami jelaskan sedikit alasan tentang hal tersebut sesuai dengan penjelasan yang pernah di utarakan oleh Dr. Zakir naik.

Dr. Zakir naik dalam ceramahnya pernah diajukan soalan oleh seorang gadis, mengapa Allah SWT menciptakan dajjal dan mengapa Allah memberi kekutan kepadanya (dajjal) untuk menguasai dunia?

Dr. Zakir Naik menjelaskan, pendeknya, Allah menciptakan dajjal untuk meguji / memberi cubaan kepada kita manusia, sungguh tiada cobaan / ujian yang lebih besar selain cubaan yang diturunkan Allah SWT dengan menurunkan dajjal diantara manusia. Dr. Zakir Naik juga menambah kenapa Allah memberikan kekuatan kepada dajjal untuk menguasai dunia, itu kerana dalam surah Al-Baqarah iblis meminta kepada Allah untuk penangguhan seksaan kepadanya (iblis) kerana Allah telah mengutuknya (iblis) kerana kesalahan yang dilakukannya, sehingga iblis berkata “aku akan menyesatkan semua pengikut-Mu (Allah) “. Dan pada saat itu Allah SWT berfirman “Aku memberi penangguhan (dari azab seksa) kepada kamu. Apa kamu fikir kamu hebat? Kamu (iblis) tidak akan dapat menyesatkan para pengikut-Ku (Allah), kau hanya boleh menyesatkan yang bukan pengikut-Ku ( Allah) “. Makna pengikut disini adalah hamba Allah yang taat dan Taqwa.

Jadi saudara, kesimpulannya adalah Allah menciptakan dajjal untuk menguji umat manusia. dan kenapa Allah memberikan kekuatan kepadanya kerana Allah ingin menguji kita sama ada kita mampu mengikuti perintahnya atau tidak.

Dr. Zakir Naik juga menambah perumpamaan untuk hal ini “Kenapa guru memberikan soalan yang sangat sukar? Soalan tersebut tidak boleh kamu jawab namun apabila kamu sanggup menjawab soalan sulit tersebut sungguh kamu mempunyai nilai / score yang sangat tinggi dari jawapan kamu itu, begitu pula dengan ujian yang Allah berikan kepada kita dengan menurunkan fitnah dajjal, apabila kita sanggup menahan ujian tersebut sungguh kita akan mendapat balasan yang sangat besar dari Allah SWT.

Itulah sedikit pengetahuan tentang dajjal yang boleh kami jelaskan, terima kasih sudah berkunjung, dan semoga bermanfaat.

Sumber: tambahcheese

Anak KETAGIH Baca Quran. Ini Tindakan MENGEJUTKAN Mak Dia Buat Ramai SUKA !!!

Anak KETAGIH Baca Quran. Ini Tindakan MENGEJUTKAN Mak Dia Buat Ramai SUKA !!! | Walaupun zaman teknologi semakin canggih, masih ramai ibu yang berkesedaran untuk memupuk pendidikan Al-Quran sedari awal. Tidak dinafikan, ianya adalah asas yang penting dalam pembentukan sahsiah anak-anak. Perkongsian penuh inspirasi kali ini adalah daripada FB Puan Siti Aminah Sulaiman yang menceritakan pengalamannya sendiri mempraktikkan cara hafal Quran kepada anak di samping menanamkan cinta terhadap ayat-ayat suci tersebut.

Sehingga kini, anak lelaki beliau, Muizzudin, yang baru berusia 7 tahun, telahpun menghafal lebih 6 juzu’ Al-Quran. Mari kita soroti tips yang dilakukan oleh ibu ini dan cara hafal Quran yang sekaligus membuatkan hati anaknya ‘melekat’ padanya.

Mudah-mudahan, kisah ini dapat menjadi semangat dan pengajaran buat ibu ayah yang ingin mencari cara hafal Quran yang terbaik untuk anak masing-masing.












Sumber: Siraplimau

Bayi Tiba-tiba PUCAT, Muntah & Cirit-birit Lepas Diletak Dalam Troli. Rupa-Rupanya Ada SESUATU Di Troli !!!

Bayi Tiba-tiba PUCAT, Muntah & Cirit-birit Lepas Diletak Dalam Troli. Rupa-Rupanya Ada SESUATU Di Troli !!! | Seorang ibu pergi membeli barang keperluan di sebuah pasar raya bersama dengan bayinya berusia 10 bulan, tanpa mengesyaki sesuatu yang buruk bakal menimpa anaknya itu. 24 jam selepas pulang dari pasar raya berkenaan, anaknya, Logan, demam panas dengan suhu 103′ dan dikejarkan ke hospital, lapor Shareably.

Mangsa terpaksa menahan derita beberapa penyakit yang menyerangnya termasuk meningitis. Selepas melakukan siasatan, doktor mengesyaki mangsa mendapat jangkitan bakteria itu dari troli pasar raya.

Berikutan kejadian itu, ibu mangsa, Vivienne Wardrop, menasihati orang ramai agar sentiasa membersihkan bahagian tempat duduk kanak-kanak pada troli pasar raya sebelum meletakkan si kecil dalam troli.

Menurut Vivienne, 24 jam selepas pulang dari pasar raya, anaknya mula muntah. Lebih teruk lagi, si kecil itu juga demam panas yang teruk dan mengalami cirit birit.

Dia cirit merata-rata. Bila saya cuba beri dia minum susu, dia muntahkan semua, katanya.

Berikutan keadaan Logan yang agak teruk itu, Vivienne segera membawa anaknya ke hospital. Setibanya di sana, doktor mengesahkan anaknya hantar dijangkiti virus dan disuruh pulang.

Namun pada keesokkan hari, mangsa tidak menunjukkan sebarang tanda akan sembuh dan mengalami dehidrasi.

Enggan mengambil sebarang risiko, Vivienne sekali lagi membawa anaknya ke hospital. Logan dimasukkan ke wad dan dibawah pemantauan pihak hospital selama 10 hari (8 hari dalam ICU).

Dalam tempoh itu juga, doktor mendapati mangsa dijangkiti adenovirus, rotavirus, salmonella dan meningitis. Mangsa yang berusia 10 bulan itu terpaksa berdepan dengan kesemua penyakit itu dalam usia yang sangat muda.

Menurut Pusat Kawalan Penyakit, bayi sangat mudah dijangkiti meningitis. Dan sebagai langkah berjaga-jaga, ibu bapa perlulah mengetahui simptom penyakit tersebut:

-Demam, pening kepala dan leher kaku

-Ruam, kurang selera makan dan kurang aktif

Selepas insiden yang menimpa anaknya, Vivienne merasa dirinya perlu memberi peringatan kepada ibu bapa yang lain mengenai hal tersebut. Apabila menggunakan troli pasar raya, pastikan tempat duduk kanak-kanak dalam troli dan sekitar kawasan yang mampu disentuh oleh anak perlu dibersihkan terlebih dahulu menggunakan tisu antibakteria sebelum menempatkan anak dalam troli. Atau jika larat, dukung saja anak-anak anda.

Alternatif lain, letakkan kain di tempat duduk tersebut.

Menurut Vivienna, dia langsung tidak menyangka kejadian seperti itu boleh berlaku. Kini anaknya dalam tempoh pemulihan yang mungkin akan mengambil masa dalam dua minggu. Kredit:-Markerpenmedia

Ikuti tiga cara semula jadi pulihkan penglihatan, untuk anda si rabun..

Untuk Si Rabun. Doktor Pakar Mata Ini DEDAH 3 Tips Semula Jadi Pulihkan Penglihatan !!! | Ramai yang tidak gemar memakai kaca mata kerana bagi sesetengah individu kaca mata hanya akan memberi impak negatif yang membuatkan rupa atau penampilan menjadi tidak menarik.

Namun, seiring dengan teknologi perubatan kini yang semakin berkembang mengikut arus permodenan, industri perubatan telah menemui banyak solusi untuk mengembalikan penglihatan bagi induvidu yang rabun. Ini termasuklah rawatan surgeri laser seperti LASIK dan PRK yang ternyata berkesan dan hanya mengambil masa yang singkat bahkan tidak menyakitkan.

Walau bagaimanapun, tidak semuanya mampu menjalani rawatan surgeri laser ini kerana kosnya adalah tinggi memakan lebih RM3000 hingga RM7000.

Oleh itu, sebagai orang yang beragama, kita perlu yakin bahawa setiap penyakit ada penawarnya. Kalau tidak, takkanlah orang dulu-dulu boleh sembuh meskipun tiada teknologi moden kan?

Seperti yang dibincangkan dalam rancangan popular The Dr. Oz Show, ini Wanista kongsikan tiga cara untuk memulih di samping meningkatkan penglihatan dengan cara semula jadi. Orang yang tidak rabun pun boleh menggunakan cara-cara ini untuk mengekalkan kesihatan mata mereka!

#1 Makan Untuk Penglihatan Yang Jelas

Pelihara mata anda melalui pemakanan! Mata memerlukan beberapa nutrien untuk berfungsi dengan baik.

Vitamin A,C, E dan mineral seperti zink adalah nutrien asas untuk mata.
Makan banyak sayur berdaun hijau, kuning telur, lada benggala kuning, labu, ubi keledek dan lobak merah kerana ia mengandungi khasiat antioksida yang dapat mengelak keterjejasan yang disebabkan matahari. Tahukah anda bahawa kajian mendapati mengambil sayuran warna kuning dan hijau dapat mengelak sebarang penyakit yang boleh sebabkan mata buta.
Bawang putih, bawang besar dan bawang merah pula mengandungi kandungan sulfur yang akan memelihara pembentukan katarak pada mata.
Beri biru, anggur secara tidak langsung mampu pulihkan penglihatan.
DHA iaitu sejenis asid lemak yang ditemui dalam ikan air sejuk seperti salmon, sardin, makerel dan kod pula bisa menyokong sel untuk menyumbang kesihatan pada mata.

#2 Lakukan Senaman Mata

Senaman mata ringkas ini sekurang-kurangnya dapat mengekalkan penglihatan optimal. Lakukan senaman mata sejurus bangun tidur, sebelum tidur atau pada bila-bila masa ketika mata anda letih.

Tetapi pastikan jari anda bersih kerana mata mudah terkena jangkitan kuman. Lakukan setiap hari anda pasti dapat lihat kesannya dalam masa satu bulan!

Gosokkan tapak tangan anda untuk menghasilkan haba panas. Tekap tapak tangan pada kedua belah mata sambil mata ditutup selama 5 saat. Ulang sebanyak 3 kali.
Pusingkan bebola mata anda. Mulakan dengan mata pandang ke atas dan dengan perlahan putarkan ia sebanyak 10 kali mengikut arah jam.
Pegang pen pada aras bahu di hadapan anda. Fokuskan pandangan mata pada pen tersebut dan perlahan-lahan dekatkan pen sehingga ke bahagian batang hidung anda dan jarakkannya kembali ke posisi asal. Dekat dan jauhkan pen sebanyak 10 kali.
Urut penjuru dahi. Gunakan tulang sambungan ibu jari anda, tekan lembut penjuru dahi dan urut dalam gerakan membulat sebanyak 20 kali untuk arah jam dan 20 kali lagi untuk arah sebaliknya. Ulang urutan di kawasan atas kening, di bawah mata dan di kedua belah penjuru sisi hidung.
Bersandar, pejam mata, relaks dan rehat selama 3 minit.

#3 Peruntukan Waktu Rehat Mata

Dapatkan tidur yang cukup. Tidur akan membiarkan mata berehat sepenuhnya, membaiki dan memulih secara semula jadi kondisinya. Tidur yang tidak cukup hanya akan melemahkan penglihatan. Jadi, sila tidur 8 jam setiap malam.
Lebih-lebih lagi buat individu yang kerjanya perlu menghadap komputer setiap hari, sila cari sekurang-kurangnya 1 jam untuk  alihkan pandangan mata anda ke tempat lain. Rehatkan penglihatan anda. Jika mata anda terlalu penat, berasa perit dan tidak selesa, baring dan letakkan hirisan timun pada kelopak mata. Ia akan memberi sensasi kesejukan buat mata seterusnya melegakan kepenatannya.

Selamat beramal!

SUMBER -Dr. Mao Shing Ni seperti ditonton dalam siri The Dr. Oz Show