Anak yang sesalu bermain dengan PAPA akan menjadi lebih BIJAK!

Anak yang sesalu bermain dengan PAPA akan menjadi lebih BIJAK!| Bermain juga satu pelajaran buat si kecil. Biasanya bayi menghabiskan banyak masa dengan mama. Apa kata kali ini papa pula yang ambil alih melayani kehendaknya bermain. Bayi pada usia 0-2 tahun memerlukan sokongan dan dorongan daripada papa dan mama untuk belajar banyak perkara. Selain itu waktu bermain juga menggambarkan kasih sayang yang tidak terhingga buat si kecil.

Berikut antara panduan bermain yang boleh dilakukan bersama si kecil.

1. Meniarap

Ketika bayi baru belajar meniarap, tentu dia akan terasa kesukarannya. Papa jadikan aktiviti ini sebagai satu permainan yang menarik. Penglibatan papa dapat memberi peluang bayi mengetahui fungsi kaki, tangan dan badannya.

2. Merangkak

Ketika merangkak, bayi akan menggunakan keempat-empat anggota tangan dan kakinya. Oleh itu, papa perlu luang masa untuk merangkak bersama-samanya kerana proses pembelajarannya akan menjadi lebih seronok.

3. Belajar duduk

Bayi yang sedang belajar duduk akan memulakan kemahirannya itu dengan menghalakan kakinya luas-luas ke hadapan. Tangannya juga bebas meneroka apa sahaja yang menarik minatnya. Papa boleh gunakan masa ini untuk duduk bersama-samanya dan membelek helaian buku berwarna-warni.

4. Belajar berdiri & memanjat tangga

Papa perlu peka dengan perubahan pada bayi, sekiranya bayi sudah mampu mengkoordinasi kaki dan tangannya dengan sempurna, anda boleh lakukan aktiviti belajar berdiri dan memanjat agar kemahiran tersebut dapat dimantapkan. Sentiasa mengawasi pergerakan bayi agar dia tidak terjatuh dan tercedera.

5. Kenal objek & cari bunyi

Papa boleh bermain dengan si kecil menggunakan objek berbunyi. Aktiviti seperti ini boleh membantu bayi memantapkan kemahiran, menghalusi koordinasi dan menguji kecekapannya.

6. Bermain bola

Pada usia tujuh bulan dan ke atas, bayi anda mudah tertarik melihat bola berwarna-warni bergolek. Ketika usia ini, papa harus melakukan aktiviti menunjuk, memegang dan memberikan semula bola kepada anda.

7. Dukung terbalik

Dukung secara terbalik dengan selamat adalah salah satu aktiviti yang gemar dilakukkan oleh papa kepada bayinya. Percayalah si kecil suka jika dilakukan sedemikian oleh papa bahkan jika terlihat wajah papa, dia akan mengagah minta didukung.

Namun pastikan keselamatan anak diutamakan. Aktiviti ini jika sudah biasa dipraktiskan sejak kecil, mampu merangsang koordinasi kaki dan tangan bayi serta membuatkan mereka berkeyakinan.

Sumber:Majalahpama

(VIDEO) Disihir Orang, Keadaan Lelaki Ini Dan Anak Kecilnya Buat Ramai Menangis !!!

(VIDEO) Disihir Orang, Keadaan Lelaki Ini Dan Anak Kecilnya Buat Ramai Menangis !!! |Seorang pengguna Facebook mendedahkan mengenai penderitaan yang ditanggung oleh seorang sahabat masa kecilnya yang bernama Danish kerana disihir orang.

Pengguna Facebook itu, El-Zidane Affandi, memuat naik perbualan Whatsapp dengan kawannya itu yang meminta tolong dari orang ramai yang berkemampuan untuk membantu dari segi rawatan dan juga kewangan kerana tidak lagi bekerja disebabkan sakit yang dialami.

Menurut dari cerita sahabat El-Zidane melalui Whatsapp, dia dan anaknya telah mendapatkan rawatan di hospital dan air tulang juga sudah diambil, namun doktor mendapati keadaan dia dan anaknya normal sahaja.

Ini pula dua video yang menunjukkan masalah yang dihadapi lelaki tersebut serta anaknya.

Dalam status Facebook El-Zidane, dia meminta orang ramai untuk membantu lelaki itu.
Assalamualaikum buat sahabat-sahabat semua. Saya di sini nak kongsikan cerita dari sahabat saya sendiri.dulu beliau sangat sihat dan normal seperti kita.penyakit yang datang ini secara tiba2.dengan keadaan sangat tidak mampu berbuat apa-apa.

Sekarang ini sahabat saya sekeluarga tidak mampu bekerja kerana penyakit misteri yang dia dan anaknya alami skarang ini.

Walaupun kita tidak dapat membantu dengan wang ringgit, sama-sama lah kita mendoakan kesihatan dia dan anaknya baik seperti sediakala. SHARE la sebanyak yang mungkin supaya ada insan yang dapat membantu saudara kita.

Sahabat saya sekeluarga sekarang menetap di dewan bertempat di sungai buloh di atas ihsan org ramai yang membenarkan mereka sekeluarga menetap di situ.

Sama-sama lah kita meringankan beban beliau tidak kira dari segi wang ringgit dan doa sahabat semua. Pada sesiapa yang ingin membuat sumbangan atau berjumpa dengan beliau sendiri boleh terus telefon beliau sendiri +60133123468 Danish. Semoga jasa baik sahabat Allah sahaja yang dapat membalas.
(SAYA SERTAKAN SEKALI VIDEO SAHABAT SAYA DAN ANAKNYA)

(Bismillahirahmanirohim. In shaa Allah AHAD malam saya akan bertemu sahabat saya di Sungai Buloh bersama sahabat-sahabat saya dan akan memberikan sedikit sumbangan untuk meringankan beban beliau sekeluarga.

Jika ada sahabat-sahabat yang ingin memberikan sedikit sumbangan dari segi duit atau barang keperluan bolehlah terus telefon saya 0183631284 Fendi. Saya menetap di Sri Gombak. Akaun saya MOHD AFFANDI BIN NORDIN. CIMB 7008226500.

Sumbangan Sahabat-sahabat semua adalah AMANAH saya. Terima kasih tidak terhingga kepada sahabat-sahabat yang membantu dari segi DOA & SUMBANGAN. Jasa baik sahabat tidak mampu saya membalas dengan kata-kata Hanya Allah sahaja yang dapat membalasnya.

(Lokasi Kampung Ladang Baru Sungai Buloh)

Salah seorang pengguna Facebook yang berkebolehan ‘mengimbas’ melalui pandangan batin memberitahu, sihir yang dikenakan kepada keluarga ini ialah dari Siam dan berulang, sentiasa dihantar.
“Ada payung kat belakang tengkuk anak yang pegangannya tertusuk tekak. Ada pasung kat peha tu.”
Setelah status itu dimuat naik, orang ramai tidak henti memberikan bantuan dalam bentuk kewangan dan maklumat mengenai rawatan kepada keluarga tersebut.

Walaupun zaman semakin moden, masih ada yang mengamalkan sesuatu seperti ini. Diharap masalah keluarga ini akan menemui jalan penyelesaian.

Perkongsian El-Zidane telah menjadi viral dan kini telah mendapat lebih 1000 likes dan 7000 shares dan –amazingnara.com

Sumber: El-Zidane Affandi

Aku X Tahu Aku Isteri Ke 2. Selepas Kematian Suami Hadir 2 Lelaki Bersama Wanita Tua Buta Berkerusi Roda !!!

Aku X Tahu Aku Isteri Ke 2. Selepas Kematian Suami Hadir 2 Lelaki Bersama Wanita Tua Buta Berkerusi Roda !!! | Saya berusia 55 tahun jadinya saya tak pandai nak berkias ayat. Tapi saya nak berkongsi dgn pembaca kisah madu saya yg saya doakan agar dia dikurniakan Syurga Teragung setelah apa yg dilaluinya selama ini. Amin.. Moga sama-sama kita ambil iktibar ye.

Pada tahun 1988 saya bernikah dgn seorang lelaki yg sama profesion dgn saya sebagai seorang pegawai perubatan. Pada ketika itu saya tidak mengetahui latar belakang lanjut tntg suami saya. Yg saya tahu, dia seorang lelaki bujang dan keluarganya dtg melamar saya.

Kehidupan kami serba serbi sempurna. Saya dan dia bekerja di hospital berbeza tapi apabila pulang ke rumah, kami berkongsi cerita yg sama. Cerita tentang pesakit kami di hospital masing-masing. Tiada perubahan pada suami, bahkan tiada apa yg saya nampak pelik pada dia. Hari-hari dia ada dgn saya. Ada masa brrsama keluarga apabila waktu cuti sekolah.

Hinggalah saya ditukarkan ke PPUM, saya agak berjauhan dgn suami yg bekerja di utara semenanjung.

Tapi masih, tiada perubahan yg saya nampak pada dia. Namun suami selalu berpesan, andai ada pelajar perubatan bernama Aisy (Bukan nama sebenar) dan Asyraff (bukan nama sebenar), dimintanya ajar betul-betul dua pelajar ini seperti anak kandung sendiri.

Saya sebagai doktor dan ibu sememangnya bersikap profesional dan beranggapan setiap pelajar perubatan adalah anak saya sendiri tanpa membezakan mereka. Anak-anak saya juga merupakan pelajar perubatan maka haruslah saya mengajar pelajar lain sama seperti saya mengajar anak saya.

Hinggalah satu hari, suami jatuh sakit. Terlantar lama di hospital. Dia acap kali menyebut, tengok-tengokkan Aisy dan Asyraff. Ajar mereka sampai jadi doktor yg berguna.

Saya masih sama. Tidak merasa pelik kerana suami saya memang seorang yg prihatin. Saya iyakan sahaja apa yg dikatakan. Hinggalah ketika suami semakin tenat dan dia berhajat berjumpa dgn kedua pelajar perubatan tadi.

Ketika sesi pertemuan, saya hanya melihat mereka berdua. Bercakap seperti biasa hinggalah akhirnya, suami saya berkata, “Jaga ibu dan sampaikan maaf saya pada ibu.”

Saya mulanya agak pelik tapi masih positif kerana beranggapan mungkin dia sayang dua pelajar ini. Petang itu juga selepas solat asar, suami saya menghembuskan nafas yg terakhir. Saya redha dgn pemergiannya namun ada sesuatu yg lebih menarik perhatian saya. Aisy dan Asyraff hadir ke pengebumian suami saya bersama seorang wanita tua dlm linkungan usia lewat 50-an. Wanita itu buta dan hanya duduk di kerusi roda. Tapi mereka tidak dtg dekat. Hanya sekadar melihat dari jauh.

Saya cuba utk menuju ke arah mereka utk bertanya namun mereka sudah berlalu dan majlis pengebumian belum selesai doanya lagi.

Selang beberapa hari, saya dan anak-anak dipanggil ke pejabat peguam utk mendengarkan wasiat arwah suami. Saya dan 2 org anak sudah hadir utk mendengarkan wasiat tersebut namun peguam mengatakan harus menunggu lagi pemegang wasiat lain.

Sekali lagi saya diam dan hanya menunggu. Hinggalah datang dua orang anak muda bersama seorang wanita yg saya kenal amat. Aisy dan Asyraff bersama wanita tua yg saya nampak di kubur haritu. Ketika itu, hati saya berbolak balik. Kenapa Aisy dan Asyraff selalu ada dan disebut-sebut oleh arwah. Kini ketika mendengarkan wasiat juga mereka ada bersama.

2 org anak saya, Amira dan Adhlina juga bagaikan senang dgn kehadiran Aisy dan Asyraff kerana mereka sekawan di PPUM.

Peguam mulakan pembacaan wasiat dan alangkah terkejutnya saya apabila perkataan pertama yg keluar dari mulut peguam ialah, “Pemegang wasiat pertama ialah isteri pertama iaitu Puan Hasidah..”

Allah… Berderau jantung saya. Kenapa nama itu bukan nama saya. Terus saya menoleh ke arah perempuan buta yg disorong kerusinya oleh Aisy dan Asyraff. Saya cuba utk bertenang dan mendengarkan dahulu segala apa amanat suami saya yg ditinggalkan. Saya tak boleh terburu-buru.

Suami saya hanya meninggalkan sejumlah wang utk Puan Hasidah dan juga sebuah pondok di kawasan yg saya sendiri tak pernah tahu. Selebihnya, rumah yg kami duduki, kereta, aset lain semuanya utk saya dan anak-anak.

Selesai pembacaan wasiat, saya menurunkan tandatangan sbgai tanda penerimaan. Begitu juga Puan Hasidah yg menggunakan cop jari.

Selesai semuanya, saya mendekati Aisy dan Asyraff bersama ibunya. Cuba utk bertanya macammana boleh semua ini terjadi.

Lama kami duduk berbual hinggakan basah kuyup baju saya kerana air mata yg melimpah keluar mendengarkan kisah madu saya.

Kisahnya, pada tahun sama perkahwinan saya dan suami, arwah suami saya sudah pun terlebih dahulu bernikah dgn Puan Hasidah. Jarak lebih kurang 6 bulan beza perkahwinan kami. Ketika suami menikahi saya, dia sedang hamil 4 bulan dan anak dlm kandungannya kembar iaitu Aisy dan Asyraff.

Perkahwinan Puan Hasidah tidak diterima ibu mertua saya kerana Puan Hasidah seorang gadis yatim piatu dan tidak bersaudara. Makanya ibu mentua saya menghinanya sebagai perempuan tidak sah taraf. Ibu mentua saya yg juga ibu kepada arwah suami turut mengancam Puan Hasidah utk tidak mengganggu keluarga baru anaknya jika mahu berteduh di pondok tersebut. Makanya Puan Hasidah merelakan kata-kata ibu mertuanya dan sama sekali tidak mengganggu kami. Kerana itu saya tidak mengetahui apa-apa selama lebih 30 tahun.

Saya bertanya kenapa dan macam mana Puan Hasidah boleh menjadi buta. Dan jawapannya tersangat merundum hati saya. Ketika ibu mertua saya hilang penglihatan kerana terjatuh dari tangga rumahnya, saya dan suami puas mencari penderma mata hinggalah suami mengatakan dia telah berjumpa dgn seorang penderma iaitu seorang perempuan. Ketika itu saya bersyukur kerana ada yg sudi menderma kerana saya tidak mengetahui apa-apa. Rupanya penderma tersebut ialah Puan Hasidah yg juga menantu paling dibenci dihina oleh ibu mentua sendiri !! Ketika mendengarkan kisah itu, saya terbakar dan mendidih hati serta kebencian saya terhadap ibu mentua menjadi-jadi. Mujur orang tua itu sudah 3 tahun meninggalkan kami. Jika tidak, akan saya suruh dia melutut maaf di hadapan Puan Hasidah.

Namun Puan Hasidah tenang dan menjawab, “Saya tiada ibu, puan. Saya lakukan semua ini demi mendapatkan rahmat seorang ibu.”

Allah.. Berderai lagi air mata saya. Sambung Puan Hasidah,

“Saya anggap semua ini takdir hidup saya. Saya tidak mengeluh bahkan saya bersyukur. Saya mempunyai suami walaupun hanya 3 bulan. Paling tidak saya terlepas dari fitnah manusia. Saya dikurniakan anak lelaki. Bukan seorang tapi dua. Yg boleh jagakan saya. Saya tiada saudara mara, puan. Ini sahaja harta saya. Dan saya sama sekali tidak mengharapkan harta dari arwah suami. Cukuplah dikekalkan pondok kami sebagai tempat berteduh.”

Saya rasakan bagai tersepuk ke lantai mendengarkan kata-katanya. Bagaimana seorang isteri mampu hidup sendirian begitu tanpa suami. Saya pandang wajah Aisy dan Asyraff, tertanya juga saya samada mereka tahu atau tidak Doktor Ahmad (bukan nama sebenar) adalah ayah mereka.

Jawapan mereka, “Ya.. Kami kenal ayah kami. Tapi kami tak boleh panggil ‘ayah’ kerana arwah nenek akan hukum ibu kalau tahu panggil ‘ayah’.”

Sekali lagi saya terdiam. Ya Allah, kenapa kejam sangat orang tua ni masa hidupnya?!

Saya bertanya lagi samada mereka berdendam atau tidak dgn arwah nenek dan arwah ayahnya, jawab mereka,

“Ibu tak pernah didik kami membenci. Kerana disetiap perbuatan arwah nenek dan arwah ayah, ada sedikit kebaikan mereka yg harus dilihat.”

Saya? Bermandi air mata melihat mereka. Berjayanya Puan Hasidah mendidik anaknya utk tidak membenci selepas semua perkara ini terjadi.

Tenang sangat saya lihat wajah Puan Hasidah. Seolah-olah dia tidak mempunyai masalah sekalipun dia kini buta.

Memadailah pembaca tahu, saya jatuh cinta dgn sikap madu saya yg teramat mulia hatinya. Saya selalu fikir, bermadu ini seperti anjing dan kucing. Bercakaran dan berlawan. Tapi alhamdulillah syukur Ya Allah.. Madu saya teramat baik dan saya doakan syurga teragung utk dia dan anak-anak kerana keikhlasan hatinya.

Hingga ke saat ini, Puan Hasidah enggan utk memijak rumah agam kami kerana katanya, ibu mentuanya dulu pernah mengharamkan kakinya menjejak ke rumah suami. Andai dia melakukannya, ibu mentua akan menidakkan dia sebagai anak.

Andai saya ditempatnya, mungkin saya akan bantah sekerasnya perilaku ibu mertua. Tapi tidak pada Puan Hasidah. Dia mengagungkan dan memuliakan ibu mertua sama seperti ibu kandungnya sendiri. Kerana itu, dia hanya menurut.

Pada pembaca budiman, saya harap kita sama-sama ambil iktibar bahawa dalam kesenangan kita, ada air mata orang lain yg kita lupa. Sebagaimana saya sedang belajar utk ikhlas seperti madu saya, anak-anak pembaca budiman juga belajarlah utk ikhlas. Inshaa Allah, syurga untuk kita semua.

Amin.

Sumber : Dr. Fauziah Ahmad

3x Bersalin CAESAR Dlm 4 Tahun. Ini 5 Kesan MENGEJUTKAN Yg Jadi Kat Aku Skrang !!!

3x Bersalin CAESAR Dlm 4 Tahun. Ini 5 Kesan MENGEJUTKAN Yg Jadi Kat Aku Skrang !!! | Rata-rata kita difahamkan bahawa jarak terbaik untuk merancang jarak kehamilan adalah 2 tahun. Sebenarnya ada sebab mengapa tempoh tersebut dikatakan ideal dari segi kesihatan.

Namun, apakah yang boleh berlaku jika kita tidak merancang jarak kehamilan mengikut tempoh yang disyorkan? Mari ikuti pengalaman yang dilalui oleh Mommy Syams yang sudi berkongsi kisah beliau dengan kami.






Sumber: Siraplimau.

Semasa Sesi Bergambar Ayah Pengantin Tiba-Tiba Keluarkan SESUATU Dari Beg Yang Buat Ramai SEBAK !!!

Semasa Sesi Bergambar Ayah Pengantin Tiba-Tiba Keluarkan SESUATU Dari Beg Yang Buat Ramai SEBAK !!! | Rasa sebak melihat kisah pendek yang dikongsikan jurugambar perkahwinan ini. Rasanya inilah kali pertama kisah seperti ini viral di media sosial. Lain dari yang lain dan mampu membuatkan ramai yang sebak.

Mohd Hafizan Ilias, langsung tidak menyangka perkara itu berlaku di depan mata ketika merakam gambar pengantin perempuan dengan bapanya di pelamin. Sesungguhnya inilah yang dinamakan cinta sampai hujung nyawa.

Pakcik Omar memegang gambar isterinya di hari bahagia anaknya, Hanim | Foto – Mohd Hafizan Ilias





Anak KETAGIH Baca Quran. Ini Tindakan MENGEJUTKAN Mak Dia Buat Ramai SUKA !!!

Anak KETAGIH Baca Quran. Ini Tindakan MENGEJUTKAN Mak Dia Buat Ramai SUKA !!! | Walaupun zaman teknologi semakin canggih, masih ramai ibu yang berkesedaran untuk memupuk pendidikan Al-Quran sedari awal. Tidak dinafikan, ianya adalah asas yang penting dalam pembentukan sahsiah anak-anak. Perkongsian penuh inspirasi kali ini adalah daripada FB Puan Siti Aminah Sulaiman yang menceritakan pengalamannya sendiri mempraktikkan cara hafal Quran kepada anak di samping menanamkan cinta terhadap ayat-ayat suci tersebut.

Sehingga kini, anak lelaki beliau, Muizzudin, yang baru berusia 7 tahun, telahpun menghafal lebih 6 juzu’ Al-Quran. Mari kita soroti tips yang dilakukan oleh ibu ini dan cara hafal Quran yang sekaligus membuatkan hati anaknya ‘melekat’ padanya.

Mudah-mudahan, kisah ini dapat menjadi semangat dan pengajaran buat ibu ayah yang ingin mencari cara hafal Quran yang terbaik untuk anak masing-masing.












Sumber: Siraplimau

Bayi 2 Bulan Meninggal Dunia Makan Pisang Dan Biskut Marie. Inilah Penjelasan SEBENAR Seorang Doktor !!!

Bayi 2 Bulan Meninggal Dunia Makan Pisang Dan Biskut Marie. Inilah Penjelasan SEBENAR Seorang Doktor !!! | DIBERI MAKAN PISANG & BISKUT MARIE, BAYI 2 BULAN INI MENEMUI ILAHI. Semalam tersebar screenshot whatsapp tentang kematian bayi berusia 2 bulan yang mati dipercayai kerana makan pisang dan biskut marie di Indonesia. Ada orang tanya saya betul ke pisang dan biskut marie boleh menyebabkan kematian tersebut. Ini ulasan saya berdasarkan info terhad pada screenshot whatsapp yang ada.

Info yang ada:

Bayi berusia 2 bulan.
Diberi makan pisang & biskut marie sejak usia 1 bulan
Mati kerana pneumoni berat
Perut membusung berdasarkan gambar

Pemberian makanan berbentuk pepejal atau semi-pepejal kepada bayi berusia bawah 4-6 bulan berisiko menyebabkan usus sumbat. Antara tandanya ialah perut membusung (abdominal distension) kerana usus membengkak akibat pengumpulan makanan dan minuman yang terhalang.

Apabila usus sumbat, risiko untuk bayi muntah-muntah adalah tinggi, lebih-lebih lagi jika pemberian minuman atau makanan tetap diteruskan. Kebiasannya muntah (vomitus) ini keluar mengikut mulut dan kadang-kadang hidung atau tertelan semula, namun ia boleh juga masuk ke dalam saluran pernafasan hingga paru-paru (aspiration into the lung) terutamanya bagi bayi.

Apabila muntah ini masuk ke dalam paru-paru, ia menyebabkan keradangan paru-paru (pneumonia) yang boleh mengakibatkan kesukaran untuk bernafas. Jika radang terlalu teruk (severe pneumonia = pneumoni berat), ia boleh menyebabkan kematian.

Pengajarannya, bukan semua petua atau tradisi boleh diikut bulat-bulat. Jika ada petua yang disahkan merbahaya berdasarkan landasan ilmu, tinggalkan sahaja.

Elakkan juga daripada jadi baik tidak bertempat dengan memberi makanan kepada anak orang lain tanpa izin ibubapanya kerana anak itu mungkin ada kontraindikasi kepada makanan tertentu. Niat memang baik, tapi caranya salah.

Beri makanan pelengkap pada usia 6 bulan bermula dengan bentuk semi-pepejal, secair yang boleh dahulu, kemudian baru ditambah kepekatannya mengikut kesesuaian.

Jika bayi muntah-muntah dan perut membusung, dapatkan konsultasi di fasiliti kesihatan dengan segera.

Nota 1: Ini adalah pandangan peribadi penulis berdasarkan info terhad pada satu screenshot whatsapp sahaja dan bukannya diagnosis atau situasi sebenar selagi tiada pengesahan daripada pihak terlibat.

Nota 2: Ini adalah pandangan peribadi penulis berdasarkan info terhad pada satu screenshot whatsapp sahaja dan bukannya diagnosis atau situasi sebenar selagi tiada pengesahan daripada pihak terlibat.

Sumber : Mohd Fadhli Mohd Fauzi

PELIK Hingus Keluar Tanpa Henti. Apa Yg Doktor Temui Dalam Hidung Rupa2nya….

PELIK Hingus Keluar Tanpa Henti. Apa Yg Doktor Temui Dalam Hidung Rupa2nya…. | Seorang ibu rumah tangga bukan main terkejut selepas menemui seekor lintah sepanjang 20cm bersarang di dalam hidung anaknya.

Dipetik dari facebook dewi,anak saudaranya yang bernama keisya itu tidak menyedari bahwa lintah berkenan masuk kedalam hidungnya ketika mereka mandi di air terjun pada awal sebulan lalu.




Kredit eberita.

Dulu mewah. Lepas Suami Bergaji RM15,000 Meninggal Dunia, kini keluarga Ini Ikat Perut

Dulu mewah. Lepas Suami Bergaji RM15,000 Meninggal Dunia, kini keluarga Ini Ikat Perut  | Port Dickson: Siapa sangka kehidupan serba mewah yang pernah dinikmati keluarga ini suatu ketika dulu hilang sekelip mata, malah mereka mengikat perut hampir setiap hari selepas ketua keluarga meninggal dunia akibat serangan jantung dua tahun lalu.

ZAINURITA bersama tiga daripada tujuh anaknya.

Keperitan bermula selepas empat hari suami Zainurita Haron, 53, meninggal dunia, dia bersama lima anaknya berusia antara tiga sehingga 27 tahun dihalau dari rumah sewa di Kajang, Selangor.

Zainurita berkata, lima anaknya sudah tamat sekolah, tetapi dua anak angkat yang dibela sejak kecil berusia lima dan 14 tahun masih belajar.

Suami pergi mengejut dan kami langsung tiada wang simpanan menyebabkan beberapa anak saya menamatkan pengajian kerana tidak mampu menanggung perbelanjaan mereka.

Semua permohonan bantuan saya ditolak kerana kami dianggap keluarga berada. Ramai tidak percaya keadaan kami, malah ada yang menuduh saya menipu kerana pendapatan suami ketika dia meninggal melebihi RM15,000, katanya ketika menerima sumbangan Pertubuhan Kebajikan Asnaf dan Setia Kasih (PERKASIH N9) di rumah sewanya di Fasa 1, Bandar Springhill, di sini, semalam.

Katanya, walaupun arwah suami bergaji besar sebagai jurutera cari gali minyak di dua syarikat swasta, dia perlu membayar hutang bagi membebaskan dirinya daripada muflis.

Sebaik hutang selesai, dia menghadap Ilahi ketika bertugas di pelantar minyak. Apa yang memeranjatkan, majikan suami hanya menyerahkan RM2,000 sebagai kos pengurusan jenazah tanpa sebarang pampasan.

Saya diberitahu, majikan tidak dapat bantu walaupun suami meninggal ketika bertugas. Rumah kami duduk ini rumah keempat sejak setahun lalu dan pemiliknya memberikan notis untuk kami mengosongkan dalam tempoh seminggu.

Mana lagi kami nak pindah sedangkan untuk makan pun berjimat, katanya yang menyewa rumah RM500 sebulan.

Zainurita berkata, sebelum ini dia menjual nasi lemak bagi menampung perbelanjaan namun selepas keretanya rosak sejak tiga bulan lalu, mata pencariannya terputus.

Sumber:– HarianMetro

“Baru Kahwin 4 Minggu Tapi Usia Janin 6 Minggu”. Doktor Ini DEDAHKAN Bunting Pelamin Bukan Semuanya Sebab ZINA !!!

“Baru Kahwin 4 Minggu Tapi Usia Janin 6 Minggu”. Doktor Ini DEDAHKAN Bunting Pelamin Bukan Semuanya Sebab ZINA !!! | “Tahniah. Puan disahkan mengandung. Mengikut kiraan, usia janin ini lebih kurang 6 minggu.”👍 Tapi doktor, kami baru kahwin 4 minggu lepas. Apa orang lain akan kata nanti? 😭 Pasangan ini bernikah dan menaiki pelamin pada 28 Januari 2017 iaitu pada cuti raya cina yang lepas. 4 minggu kemudian iaitu 28 Februari 2017 pengantin perempuan disahkan mengandung dan usia janin dianggarkan 6 minggu.

Apa yang jadi sebenarnya? Jom baca dan kongsikan.

Bunting pelamin adalah ‘misnomer’. Ia seolah-olah menggambarkan pengantin perempuan telah hamil ketika bernikah dan menaiki pelamin sedangkan bukan itu yang berlaku sebenarnya.

Bagi individu yang bunting pelamin, anda akan dapati usia janin anda akan awal 1-2 minggu sebelum tarikh pernikahan dan mungkin boleh mengundang pandangan serong orang ramai. Contohnya anda berkahwin baru 4 minggu namun doktor mengatakan usia janin anda 6 minggu.

Di sinilah munculnya kata-kata nista daripada golongan yang suka menghina namun fakta pun tak tau. Jika ada yang mengutuk atau pandang serong, anda jangan bimbang atau malu kerana mereka telah secara sengaja membuka kebodohan dan keaiban mereka secara terbuka.

Mari saya tunjukkan kenapa ini terjadi.

Jika anda rujuk buku antenatal, ada tertulis tarikh LMP dan doktor juga akan bertanya bila hari pertama haid (menses) yang terakhir. Last Menstrual Period (LMP) ialah hari PERTAMA haid bermula.

➡ contoh : 14 Januari 2017 (2 minggu sebelum.nikah)

Ovulation pula ialah hari ovum dilepaskan kira-kira sekitar hari ke-14.

➡ contoh : 28 Januari 2017 (pada hari pernikahan)

Persenyawaan pula boleh berlaku dalam tempoh 12-24 jam selepas ovum dilepaskan. Sperma boleh “hidup” 3-7 hari di dalam rahim untuk “bersaing” mempersenyawakan ovum yang dilepaskan …. dan mereka (sperma) secara purata hanya ada 12-24 jam sahaja untuk mempersenyawakan ovum yang akan “luput” selepas tempoh tersebut.

➡ contoh : 28 Januari 2017 (pada malam pertama pernikahan)

Kebiasaanya wanita disahkan hamil selepas ‘missed period’ atau tidak datang haid selama 1-2 minggu, dan ini akan ‘trigger’ pasangan untuk melakukan ujian kehamilan melalui air kencing pada minggu ke-5 atau ke-6 dari tarikh haid yang pertama.

➡ contoh : 28 Februari 2017 (4 minggu selepas nikah dan 6 minggu selepas haid yang pertama)

Apabila anda mengandung, doktor akan mengira usia janin anda bermula daripada tarikh LMP (sekiranya sangat pasti tarikh tersebut dan haid anda teratur serta tidak mengambil perancang keluarga) walaupun ketika itu belum ada persenyawaan berlaku.

➡ contoh : LMP 14 Januari 2017, maka usia janin ialah 6 minggu pada 28 Februari 2017 (Usia janin yang dikira melalui tarikh haid pertama bukanlah usia janin sebenar, kerana janin terbentuk pada hari pesenyawaan.)

Bagi kes-kes lain yang tidak memenuhi syarat dalam kurungan, usia janin ditentukan melalui imbasan ultrasound seawal usia yang boleh. Jangan bimbang kerana semua kajian telah mengambil kira faktor ini untuk menentukan sama ada janin anda telah matang, belum matang, melebihi usia matang atau untuk apa-apa intervensi perubatan atau dalam menentukan parameter ultrasound.

Namun, apabila mengetahui fakta ini, ada pihak yang pandai-pandai lewatkan sendiri dua minggu sesuka hati seolah-olah penyelidik-penyelidik sebelum ini tidak pernah terfikir perkara sebegini. Ini hanya membahayakan diri dan bayi dalam kandungan.

Contohnya, selepas tempoh EDD iaitu tarikh dijangka bersalin, ada pihak yang enggan ke hospital dan sengaja menunggu 2 minggu lagi, kononnya mereka tahu tentang ini, sedangkan dengan berbuat demikian, risiko bayi mati dalam kandungan adalah sangat tinggi.

Akhir sekali, jangan pandang serong kepada individu yang bunting pelamin kerana anda hanya akan menampakkan kebodohan diri sendiri!

Sumber:-Mohd Fadhli Mohd Fauzi