Pura-Pura Tertinggal Kad Kredit Dalam Kereta, Apa yang Wanita Ini Lakukan Buat Netizen BERANG !!! –

Pura-Pura Tertinggal Kad Kredit Dalam Kereta, Apa yang Wanita Ini Lakukan Buat Netizen BERANG !!! | Seorang pekerja kedai emas di Ampang kecewa apabila di perdayakan oleh seorang pelanggan kedai emas yang berpura-pura mahu membeli emas di kedainya. Pelanggan wanita itu pada awalnya menyuruh mangsa mengambil seutas gelang tangan emas dan rantai emas, Pelanggan berkenaan dipercayai menukar barang kemas yang asli dengan yang tiruan sebelum memberi alasan untuk mengambil kad kredit di dalam keretanya kemudian menghilangkan diri.

Mangsa yang pelik setelah lama menunggu telah menyedari tag pada barang kemas tersebut telah tertanggal dan setelah diselidiki ianya barang tiruan. mangsa telah kerugian Rm 5000 ringgit kerana terpaksa menanggung kos barang yang dicuri tersebut oleh majikannya.


PELIK Pramugari MAS Bertudung Iringi Kerabat YDPA, Ini Jawapan Pramugari Yang Buat Ramai KAGUM !!!

PELIK Pramugari MAS Bertudung Iringi Kerabat YDPA, Ini Jawapan Pramugari Yang Buat Ramai KAGUM !!! | Menurut kenyataan Ahli Parlimen Bachok yang dipetik menerusi laman FB rasminya, Ahmad Marzuk Shaary, kehadiran ahli kerabat Yang Dipertua Agong (YDPA) yang baru ke Istana Negara menggunakan pesawat MAS yang disewa khas dari Kota Bharu ke Kuala Lumpur. Untuk makluman, hari ini ialah hari pertabalan Sultan Kelantan sebagai YDPA yang baru secara rasminya.

KREDIT : FB Ahmad Marzuk Shaari via Ameno world

Letak Beberapa Beg Beras, Duit Dan Sekeping Nota Di Luar Pejabat Rumah Anak² Yatim. Selepas beberapa Hari Ini Yang Berlaku !!!

Letak Beberapa Beg Beras, Duit Dan Sekeping Nota Di Luar Pejabat Rumah Anak² Yatim. Selepas beberapa Hari Ini Yang Berlaku !!! | Saya pernah membaca buku apa entah tajuknya tapi pasal hikmah-hikmah sedekah. Mostly pasal orang berniaga. Nak untung? Sedekah. Nak jualan naik mencanak? Sedekah. Saya cuma mampu baca sebab saya tak berniaga. Saya nak share dengan semua ajaibnya sedekah. Semua ini berlaku kepada saya, seorang hamba Allah yang hina dan sering membuat dosa. Semoga pahala yang saya peroleh boleh cover dosa-dosa saya selama ini.

Peristiwa pertama, saya seorang bekas murid sebuah sekolah menengah berasrama di Pahang. Masa zaman saya bersekolah (14 tahun lepas) , duit syiling sangat penting macam nyawa lah. Gigih belanja 20sen kat koperasi semata-mata nak dapatkan syiling 80sen. Nak buat apa? Nak telefon mak ayah tanya bila nak datang, tolong bawak itu ini dan sebagainya. Ada satu hari saya ke klinik sebab demam. Semasa menunggu van sekolah ambil saya selepas menerima rawatan, ada seorang makcik datang kepada saya. “Nak, tolong telefon anak makcik nak. Bagitau makcik dah siap. Boleh ambil dah. Makcik cari syiling tak jumpa”. Masa tu syiling saya sangat kritikal. Sangat sangat. Ada tak sampai seringgit. Nak call mak ayah lagi. Tapi saya pergi kat telefon awam, call no anak makcik tu. Bagitau dah siap semua. Makcik tu tunggu agak jauh dari saya. Tiba-tiba makcik tu datang. “Nah ambil semua duit ni. Tadi guna duit anak kan? Anak makcik dah datang. Terima kasih ye”. Allah. Allah. Allah. Dapat lah dua genggam syiling masa tu. Subhanallah. Terkedu kat situ jugak.

Peristiwa kedua, ketika saya sudah bekerja. Saya bekerja sebagai guru. Ada satu hari saya tengok anak murid saya macam selekeh sangat. Tak makan, tak terurus. Saya panggil beliau dan bertanya “tak rehat ke?”. Jawab beliau “tak cikgu, ayah saya tak kerja” simple. Saya tahu kesusahan beliau tapi tak terfikirlah sampai sedaif itu. Saya hulur RM10. Saya cakap “ambil duit ni buat belanja sampai esok. Jangan tak datang pulak”. Lepas ucap terima kasih terus beliau pergi rehat. Saya pun naik bilik guru. Tiba-tiba ada seorang cikgu jumpa saya “ni RM100 duit dari PIBG penghargaan sebab buat kelas sepanjang tahun lepas”. Dalam masa 10 minit, RM10 saya dah digantikan dengan RM100. Allah Maha Kaya.

Peristiwa ketiga, saya seorang yang ingin punya anak awal. Rezeki saya mengandungkan anak pertama kira-kira lima bulan selepas berkahwin. Sebenarnya tidak terlalu awal bagi sesetengah orang. Sebelum saya tahu saya mengandung, saya pergi ke sebuah rumah anak yatim yang betul-betul dhaif. Masa tu tiada orang sebab semua orang pergi solat jumaat. Saya tinggalkan beberapa beg beras dan saya masukkan sedekah saya di dalam tabung di luar pejabat rumah anak yatim tersebut. Saya tinggalkan nota berbunyi “Sedekah untuk anak-anak. Doakan saya juga dapat rezeki anak.” Beberapa hari kemudian saya dapat tahu saya pregnant. Syukurnya Ya Allah. Saya harap nota tu tak terbang di bawa angin.

Saya rasa cukuplah tiga peristiwa ini sebagai pendorong anda untuk bersedekah. Di sini saya ingin kongsikan sedikit tips : –

1. Jangan tunggu bila ada duit baru nak sedekah. Bila dah sihat baru sedekah. Sebab potensi untuk anda lupa tu sangat tinggi. Sedekahlah supaya anda ada duit. Sedekahlah agar anda sihat.

2. Niat semasa sedekah. “Ya Allah, aku sedekah ni bagi pihak aku dan keluargaku. Berikanlah aku sekian sekian sekian.” Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.

3. Seeloknya sedekahkan makanan. Biar terus menjadi darah daging dan beranak pinak dengan darah daging hasil derma anda.

4. Kalau nak sedekahkan kepada anak yatim, cari yang betul-betul memerlukan. Biar mereka merasa sama apa yang anda dan anak-anak anda rasa.

5. Nak mengandung? Nak rezeki datang? Sedekahlah. Kadang-kadang kita terlupa bahawa Yang Memberi Rezeki ialah Allah swt.

6. Kalau nak orang doakan, sila nyatakan dengan jelas apa yang anda nak. “Doakan saya dapat baby” “Doakan saya dapat 10A+”

7. Jangan rasa jemu bersedekah. Minggu lepas anda sedekah tak dapat apa-apa yang luar biasa? Ketahuilah anda bahawa mungkin sebenarnya ketika anda pulang dari kerja minggu lepas sebenarnya tayar anda akan pancit. Tapi kerana sedekah anda, rezeki anda untuk berjimat sebanyak RM100. Kita tak tahu. Allah Maha Mengetahui.

8. Sedekahlah pada hari Jumaat untuk dapatkan pahala berganda.

9. Doa juga sedekah. Alfatihah juga sedekah.

10. Kongsikan entry ini juga sedekah. Tolong saya. Saya nak dapat pahala. Orang lain baca dan bersedekah, anda juga dapat pahala.

Semoga kita semua diberi kesempatan untuk bersedekah sebanyak mungkin dan sedekah kita bermanfaat sebelum kita menghadap pencipta. Saya doakan yang terbaik buat kalian, doakan juga yang terbaik untuk saya dan keluarga.

Ingatlah, rezeki yang berkat itu ada tiga : makanan yang dihabiskan, pakaian/barangan yang digunakan hingga lusuh dan rezeki yang disedekahkan.

Hamba Allah yang mengharapkan pahala tidak putus.

Sumber : IIUMC

(VIDEO) Disihir Orang, Keadaan Lelaki Ini Dan Anak Kecilnya Buat Ramai Menangis !!!

(VIDEO) Disihir Orang, Keadaan Lelaki Ini Dan Anak Kecilnya Buat Ramai Menangis !!! |Seorang pengguna Facebook mendedahkan mengenai penderitaan yang ditanggung oleh seorang sahabat masa kecilnya yang bernama Danish kerana disihir orang.

Pengguna Facebook itu, El-Zidane Affandi, memuat naik perbualan Whatsapp dengan kawannya itu yang meminta tolong dari orang ramai yang berkemampuan untuk membantu dari segi rawatan dan juga kewangan kerana tidak lagi bekerja disebabkan sakit yang dialami.

Menurut dari cerita sahabat El-Zidane melalui Whatsapp, dia dan anaknya telah mendapatkan rawatan di hospital dan air tulang juga sudah diambil, namun doktor mendapati keadaan dia dan anaknya normal sahaja.

Ini pula dua video yang menunjukkan masalah yang dihadapi lelaki tersebut serta anaknya.

Dalam status Facebook El-Zidane, dia meminta orang ramai untuk membantu lelaki itu.
Assalamualaikum buat sahabat-sahabat semua. Saya di sini nak kongsikan cerita dari sahabat saya sendiri.dulu beliau sangat sihat dan normal seperti kita.penyakit yang datang ini secara tiba2.dengan keadaan sangat tidak mampu berbuat apa-apa.

Sekarang ini sahabat saya sekeluarga tidak mampu bekerja kerana penyakit misteri yang dia dan anaknya alami skarang ini.

Walaupun kita tidak dapat membantu dengan wang ringgit, sama-sama lah kita mendoakan kesihatan dia dan anaknya baik seperti sediakala. SHARE la sebanyak yang mungkin supaya ada insan yang dapat membantu saudara kita.

Sahabat saya sekeluarga sekarang menetap di dewan bertempat di sungai buloh di atas ihsan org ramai yang membenarkan mereka sekeluarga menetap di situ.

Sama-sama lah kita meringankan beban beliau tidak kira dari segi wang ringgit dan doa sahabat semua. Pada sesiapa yang ingin membuat sumbangan atau berjumpa dengan beliau sendiri boleh terus telefon beliau sendiri +60133123468 Danish. Semoga jasa baik sahabat Allah sahaja yang dapat membalas.
(SAYA SERTAKAN SEKALI VIDEO SAHABAT SAYA DAN ANAKNYA)

(Bismillahirahmanirohim. In shaa Allah AHAD malam saya akan bertemu sahabat saya di Sungai Buloh bersama sahabat-sahabat saya dan akan memberikan sedikit sumbangan untuk meringankan beban beliau sekeluarga.

Jika ada sahabat-sahabat yang ingin memberikan sedikit sumbangan dari segi duit atau barang keperluan bolehlah terus telefon saya 0183631284 Fendi. Saya menetap di Sri Gombak. Akaun saya MOHD AFFANDI BIN NORDIN. CIMB 7008226500.

Sumbangan Sahabat-sahabat semua adalah AMANAH saya. Terima kasih tidak terhingga kepada sahabat-sahabat yang membantu dari segi DOA & SUMBANGAN. Jasa baik sahabat tidak mampu saya membalas dengan kata-kata Hanya Allah sahaja yang dapat membalasnya.

(Lokasi Kampung Ladang Baru Sungai Buloh)

Salah seorang pengguna Facebook yang berkebolehan ‘mengimbas’ melalui pandangan batin memberitahu, sihir yang dikenakan kepada keluarga ini ialah dari Siam dan berulang, sentiasa dihantar.
“Ada payung kat belakang tengkuk anak yang pegangannya tertusuk tekak. Ada pasung kat peha tu.”
Setelah status itu dimuat naik, orang ramai tidak henti memberikan bantuan dalam bentuk kewangan dan maklumat mengenai rawatan kepada keluarga tersebut.

Walaupun zaman semakin moden, masih ada yang mengamalkan sesuatu seperti ini. Diharap masalah keluarga ini akan menemui jalan penyelesaian.

Perkongsian El-Zidane telah menjadi viral dan kini telah mendapat lebih 1000 likes dan 7000 shares dan –amazingnara.com

Sumber: El-Zidane Affandi

Aku X Tahu Aku Isteri Ke 2. Selepas Kematian Suami Hadir 2 Lelaki Bersama Wanita Tua Buta Berkerusi Roda !!!

Aku X Tahu Aku Isteri Ke 2. Selepas Kematian Suami Hadir 2 Lelaki Bersama Wanita Tua Buta Berkerusi Roda !!! | Saya berusia 55 tahun jadinya saya tak pandai nak berkias ayat. Tapi saya nak berkongsi dgn pembaca kisah madu saya yg saya doakan agar dia dikurniakan Syurga Teragung setelah apa yg dilaluinya selama ini. Amin.. Moga sama-sama kita ambil iktibar ye.

Pada tahun 1988 saya bernikah dgn seorang lelaki yg sama profesion dgn saya sebagai seorang pegawai perubatan. Pada ketika itu saya tidak mengetahui latar belakang lanjut tntg suami saya. Yg saya tahu, dia seorang lelaki bujang dan keluarganya dtg melamar saya.

Kehidupan kami serba serbi sempurna. Saya dan dia bekerja di hospital berbeza tapi apabila pulang ke rumah, kami berkongsi cerita yg sama. Cerita tentang pesakit kami di hospital masing-masing. Tiada perubahan pada suami, bahkan tiada apa yg saya nampak pelik pada dia. Hari-hari dia ada dgn saya. Ada masa brrsama keluarga apabila waktu cuti sekolah.

Hinggalah saya ditukarkan ke PPUM, saya agak berjauhan dgn suami yg bekerja di utara semenanjung.

Tapi masih, tiada perubahan yg saya nampak pada dia. Namun suami selalu berpesan, andai ada pelajar perubatan bernama Aisy (Bukan nama sebenar) dan Asyraff (bukan nama sebenar), dimintanya ajar betul-betul dua pelajar ini seperti anak kandung sendiri.

Saya sebagai doktor dan ibu sememangnya bersikap profesional dan beranggapan setiap pelajar perubatan adalah anak saya sendiri tanpa membezakan mereka. Anak-anak saya juga merupakan pelajar perubatan maka haruslah saya mengajar pelajar lain sama seperti saya mengajar anak saya.

Hinggalah satu hari, suami jatuh sakit. Terlantar lama di hospital. Dia acap kali menyebut, tengok-tengokkan Aisy dan Asyraff. Ajar mereka sampai jadi doktor yg berguna.

Saya masih sama. Tidak merasa pelik kerana suami saya memang seorang yg prihatin. Saya iyakan sahaja apa yg dikatakan. Hinggalah ketika suami semakin tenat dan dia berhajat berjumpa dgn kedua pelajar perubatan tadi.

Ketika sesi pertemuan, saya hanya melihat mereka berdua. Bercakap seperti biasa hinggalah akhirnya, suami saya berkata, “Jaga ibu dan sampaikan maaf saya pada ibu.”

Saya mulanya agak pelik tapi masih positif kerana beranggapan mungkin dia sayang dua pelajar ini. Petang itu juga selepas solat asar, suami saya menghembuskan nafas yg terakhir. Saya redha dgn pemergiannya namun ada sesuatu yg lebih menarik perhatian saya. Aisy dan Asyraff hadir ke pengebumian suami saya bersama seorang wanita tua dlm linkungan usia lewat 50-an. Wanita itu buta dan hanya duduk di kerusi roda. Tapi mereka tidak dtg dekat. Hanya sekadar melihat dari jauh.

Saya cuba utk menuju ke arah mereka utk bertanya namun mereka sudah berlalu dan majlis pengebumian belum selesai doanya lagi.

Selang beberapa hari, saya dan anak-anak dipanggil ke pejabat peguam utk mendengarkan wasiat arwah suami. Saya dan 2 org anak sudah hadir utk mendengarkan wasiat tersebut namun peguam mengatakan harus menunggu lagi pemegang wasiat lain.

Sekali lagi saya diam dan hanya menunggu. Hinggalah datang dua orang anak muda bersama seorang wanita yg saya kenal amat. Aisy dan Asyraff bersama wanita tua yg saya nampak di kubur haritu. Ketika itu, hati saya berbolak balik. Kenapa Aisy dan Asyraff selalu ada dan disebut-sebut oleh arwah. Kini ketika mendengarkan wasiat juga mereka ada bersama.

2 org anak saya, Amira dan Adhlina juga bagaikan senang dgn kehadiran Aisy dan Asyraff kerana mereka sekawan di PPUM.

Peguam mulakan pembacaan wasiat dan alangkah terkejutnya saya apabila perkataan pertama yg keluar dari mulut peguam ialah, “Pemegang wasiat pertama ialah isteri pertama iaitu Puan Hasidah..”

Allah… Berderau jantung saya. Kenapa nama itu bukan nama saya. Terus saya menoleh ke arah perempuan buta yg disorong kerusinya oleh Aisy dan Asyraff. Saya cuba utk bertenang dan mendengarkan dahulu segala apa amanat suami saya yg ditinggalkan. Saya tak boleh terburu-buru.

Suami saya hanya meninggalkan sejumlah wang utk Puan Hasidah dan juga sebuah pondok di kawasan yg saya sendiri tak pernah tahu. Selebihnya, rumah yg kami duduki, kereta, aset lain semuanya utk saya dan anak-anak.

Selesai pembacaan wasiat, saya menurunkan tandatangan sbgai tanda penerimaan. Begitu juga Puan Hasidah yg menggunakan cop jari.

Selesai semuanya, saya mendekati Aisy dan Asyraff bersama ibunya. Cuba utk bertanya macammana boleh semua ini terjadi.

Lama kami duduk berbual hinggakan basah kuyup baju saya kerana air mata yg melimpah keluar mendengarkan kisah madu saya.

Kisahnya, pada tahun sama perkahwinan saya dan suami, arwah suami saya sudah pun terlebih dahulu bernikah dgn Puan Hasidah. Jarak lebih kurang 6 bulan beza perkahwinan kami. Ketika suami menikahi saya, dia sedang hamil 4 bulan dan anak dlm kandungannya kembar iaitu Aisy dan Asyraff.

Perkahwinan Puan Hasidah tidak diterima ibu mertua saya kerana Puan Hasidah seorang gadis yatim piatu dan tidak bersaudara. Makanya ibu mentua saya menghinanya sebagai perempuan tidak sah taraf. Ibu mentua saya yg juga ibu kepada arwah suami turut mengancam Puan Hasidah utk tidak mengganggu keluarga baru anaknya jika mahu berteduh di pondok tersebut. Makanya Puan Hasidah merelakan kata-kata ibu mertuanya dan sama sekali tidak mengganggu kami. Kerana itu saya tidak mengetahui apa-apa selama lebih 30 tahun.

Saya bertanya kenapa dan macam mana Puan Hasidah boleh menjadi buta. Dan jawapannya tersangat merundum hati saya. Ketika ibu mertua saya hilang penglihatan kerana terjatuh dari tangga rumahnya, saya dan suami puas mencari penderma mata hinggalah suami mengatakan dia telah berjumpa dgn seorang penderma iaitu seorang perempuan. Ketika itu saya bersyukur kerana ada yg sudi menderma kerana saya tidak mengetahui apa-apa. Rupanya penderma tersebut ialah Puan Hasidah yg juga menantu paling dibenci dihina oleh ibu mentua sendiri !! Ketika mendengarkan kisah itu, saya terbakar dan mendidih hati serta kebencian saya terhadap ibu mentua menjadi-jadi. Mujur orang tua itu sudah 3 tahun meninggalkan kami. Jika tidak, akan saya suruh dia melutut maaf di hadapan Puan Hasidah.

Namun Puan Hasidah tenang dan menjawab, “Saya tiada ibu, puan. Saya lakukan semua ini demi mendapatkan rahmat seorang ibu.”

Allah.. Berderai lagi air mata saya. Sambung Puan Hasidah,

“Saya anggap semua ini takdir hidup saya. Saya tidak mengeluh bahkan saya bersyukur. Saya mempunyai suami walaupun hanya 3 bulan. Paling tidak saya terlepas dari fitnah manusia. Saya dikurniakan anak lelaki. Bukan seorang tapi dua. Yg boleh jagakan saya. Saya tiada saudara mara, puan. Ini sahaja harta saya. Dan saya sama sekali tidak mengharapkan harta dari arwah suami. Cukuplah dikekalkan pondok kami sebagai tempat berteduh.”

Saya rasakan bagai tersepuk ke lantai mendengarkan kata-katanya. Bagaimana seorang isteri mampu hidup sendirian begitu tanpa suami. Saya pandang wajah Aisy dan Asyraff, tertanya juga saya samada mereka tahu atau tidak Doktor Ahmad (bukan nama sebenar) adalah ayah mereka.

Jawapan mereka, “Ya.. Kami kenal ayah kami. Tapi kami tak boleh panggil ‘ayah’ kerana arwah nenek akan hukum ibu kalau tahu panggil ‘ayah’.”

Sekali lagi saya terdiam. Ya Allah, kenapa kejam sangat orang tua ni masa hidupnya?!

Saya bertanya lagi samada mereka berdendam atau tidak dgn arwah nenek dan arwah ayahnya, jawab mereka,

“Ibu tak pernah didik kami membenci. Kerana disetiap perbuatan arwah nenek dan arwah ayah, ada sedikit kebaikan mereka yg harus dilihat.”

Saya? Bermandi air mata melihat mereka. Berjayanya Puan Hasidah mendidik anaknya utk tidak membenci selepas semua perkara ini terjadi.

Tenang sangat saya lihat wajah Puan Hasidah. Seolah-olah dia tidak mempunyai masalah sekalipun dia kini buta.

Memadailah pembaca tahu, saya jatuh cinta dgn sikap madu saya yg teramat mulia hatinya. Saya selalu fikir, bermadu ini seperti anjing dan kucing. Bercakaran dan berlawan. Tapi alhamdulillah syukur Ya Allah.. Madu saya teramat baik dan saya doakan syurga teragung utk dia dan anak-anak kerana keikhlasan hatinya.

Hingga ke saat ini, Puan Hasidah enggan utk memijak rumah agam kami kerana katanya, ibu mentuanya dulu pernah mengharamkan kakinya menjejak ke rumah suami. Andai dia melakukannya, ibu mentua akan menidakkan dia sebagai anak.

Andai saya ditempatnya, mungkin saya akan bantah sekerasnya perilaku ibu mertua. Tapi tidak pada Puan Hasidah. Dia mengagungkan dan memuliakan ibu mertua sama seperti ibu kandungnya sendiri. Kerana itu, dia hanya menurut.

Pada pembaca budiman, saya harap kita sama-sama ambil iktibar bahawa dalam kesenangan kita, ada air mata orang lain yg kita lupa. Sebagaimana saya sedang belajar utk ikhlas seperti madu saya, anak-anak pembaca budiman juga belajarlah utk ikhlas. Inshaa Allah, syurga untuk kita semua.

Amin.

Sumber : Dr. Fauziah Ahmad

KANTOI Campur Daging Babi Dgn Daging Kambing..Lebih MENGEJUTKAN Restoran Ini Rupanya…

KANTOI Campur Daging Babi Dgn Daging Kambing..Lebih MENGEJUTKAN Restoran Ini Rupanya… |Satu pemeriksaan telah dijalankan oleh KPDNKK Perak ke atas satu premis yang disyaki mencampurkan daging babi bersama-sama daging kambing dalam masakan.

Hasil pemeriksaan mendapati pemilik premis mempamerkan ayat suci Al Quran di bahagian kaunter dalam premis bertujuan untuk menarik perhatian pelanggan beragama Islam untuk dtg makan ke premis berkenaan sedangkan pemilik premis beragama hindu. Pemilik premis juga tiada mempunyai sebarang perakuan sijil atau logo halal daripada pihak JAIP(disahkan oleh JAIP).

Hasil pemeriksaan lanjut juga mendapati bekalan bahan mentah daging lembu dan daging kambing diperolehi daripada pembekal yang tidak mempunyai perakuan dan logo halal daripada JAIP. Premis disyaki telah melakukan kesalahan dibawah Akta Perihal Dagangan 2011. Kredit-EBerita

(VIDEO)PELAJAR PERMATA PINTAR INI BERTANYA, MENGAPA ALLAH CIPTA MAKHLUK BERNAMA DAJJAL???PENERANGAN LENGKAP DR ZAKIR NAIK INI AKAN BUATKAN KITA SEMUA FAHAM… SEBARKAN!!!

maxresdefault.jpg

Baiklah, pada artikel ini kami akan membincangkan sedikit isu tentang dajjal, dan beberapa sebab kenapa Allah SWT mencipta dajjal.

Seperti yang kita ketahui, suatu masa akan datang suatu makhluk yang menyebarkan fitnah yang luar biasa, makhluk itu disebut dajjal, dan yang perlu kita tahu tidak ada kota yang tidak akan terkena fitnah ini kecuali kota Mekah dan kota Madinah. Namun, mungkin sebahagian dari kita bertanya-tanya, Mengapa Allah swt menciptakan makhluk tersebut? dibawah ini akan kami jelaskan sedikit alasan tentang hal tersebut sesuai dengan penjelasan yang pernah di utarakan oleh Dr. Zakir naik.

Dr. Zakir naik dalam ceramahnya pernah diajukan soalan oleh seorang gadis, mengapa Allah SWT menciptakan dajjal dan mengapa Allah memberi kekutan kepadanya (dajjal) untuk menguasai dunia?

Dr. Zakir Naik menjelaskan, pendeknya, Allah menciptakan dajjal untuk meguji / memberi cubaan kepada kita manusia, sungguh tiada cobaan / ujian yang lebih besar selain cubaan yang diturunkan Allah SWT dengan menurunkan dajjal diantara manusia. Dr. Zakir Naik juga menambah kenapa Allah memberikan kekuatan kepada dajjal untuk menguasai dunia, itu kerana dalam surah Al-Baqarah iblis meminta kepada Allah untuk penangguhan seksaan kepadanya (iblis) kerana Allah telah mengutuknya (iblis) kerana kesalahan yang dilakukannya, sehingga iblis berkata “aku akan menyesatkan semua pengikut-Mu (Allah) “. Dan pada saat itu Allah SWT berfirman “Aku memberi penangguhan (dari azab seksa) kepada kamu. Apa kamu fikir kamu hebat? Kamu (iblis) tidak akan dapat menyesatkan para pengikut-Ku (Allah), kau hanya boleh menyesatkan yang bukan pengikut-Ku ( Allah) “. Makna pengikut disini adalah hamba Allah yang taat dan Taqwa.

Jadi saudara, kesimpulannya adalah Allah menciptakan dajjal untuk menguji umat manusia. dan kenapa Allah memberikan kekuatan kepadanya kerana Allah ingin menguji kita sama ada kita mampu mengikuti perintahnya atau tidak.

Dr. Zakir Naik juga menambah perumpamaan untuk hal ini “Kenapa guru memberikan soalan yang sangat sukar? Soalan tersebut tidak boleh kamu jawab namun apabila kamu sanggup menjawab soalan sulit tersebut sungguh kamu mempunyai nilai / score yang sangat tinggi dari jawapan kamu itu, begitu pula dengan ujian yang Allah berikan kepada kita dengan menurunkan fitnah dajjal, apabila kita sanggup menahan ujian tersebut sungguh kita akan mendapat balasan yang sangat besar dari Allah SWT.

Itulah sedikit pengetahuan tentang dajjal yang boleh kami jelaskan, terima kasih sudah berkunjung, dan semoga bermanfaat.

Sumber: tambahcheese

Sebuah Kafe Hidang Sosej BABI Pada Pelanggan Muslim. Bila Ditanya Ini Jawapan SOMBONG Pemilik Kafe !!!

Sebuah Kafe Hidang Sosej BABI Pada Pelanggan Muslim. Bila Ditanya Ini Jawapan SOMBONG Pemilik Kafe !!! | Seorang pengguna Facebook, Ferrand Esme, mendakwa sebuah kedai bakeri di Pasaraya Hock Choon, Ampang menggunakan sosej daging babi untuk menghidangkan menu sarapan sosej Vienna.

Apa yang menarik perhatian, beliau mendakwa Vienna Sausage daging babi itu turut dihidangkan kepada pelanggan Muslim dan ada antaranya pelanggan yang memakai tudung.

Ferrand telah menulis dalam bahasa Inggeris:
Kawan-kawan, terutamanya Muslim. Saya sering minum kopi di sebuah kedai bakeri kecil dalam Pasaraya Hock Choon, Ampang. Saya sering pesan pakej sarapan, namanya sosej Vienna.

Satu pagi, saya pesan sosej Vienna, tapi sosej mereka dah habis.

Kemudian, pekerja mereka, seorang warga Filipina, bergegas ke pasaraya berdekatan dan beli sosej mentah. Apa yang mengejutkan saya, sosej yang diambil pekerja tersebut ialah sosej babi.

Saya perasan ada ramai pelanggan Muslim (kerana mereka bertudung) yang pesan menu sosej yang sama. Jelasnya, mereka tak sedar mereka telah dihidangkan sosej babi.

Apabila saya beritahu pada pemilik bakeri tersebut, seorang lelaki bangsa Cina, dia berkata dengan sombong bahawa bakeri miliknya tidak mengundang pelanggan Muslim, jadi bukan tanggungjawabnya untuk memastikan daging babi tidak dihidangkan.

Bongkak betul lelaki Cina itu. Selama ini, pelanggan Muslim (bangsa Arab dan Melayu) telah menyokong perniagaannya.

Saya rasa simpati dengan rakan-rakan Muslim saya yang telah makan babi selama ini di situ. Tolong sebarkan mesej ini.

Tinjauan penulis mendapati kafe kecil tersebut memang menyenaraikan menu sosej Jerman yang tulen sebagai hidangan sarapan, berharga RM 26.80 dan pelanggan boleh memilijh sosej Vienna atau Bratwurst.

Dengan ini diharap pelanggan Muslim yang makan di kafe bakeri itu berhati-hati selepas ini. Pastikan anda makan hanya di tempat yang dapat anda pastikan telah disahkan halal oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).

Sumber: Ferrand Esme

Pelajar Melayu Di Jepun Ni Bagi 25 SEBAB Sbb Dia TAKMO Blk Malaysia. #19 Paling KELAKAR !!!

Pelajar Melayu Di Jepun Ni Bagi 25 SEBAB Sbb Dia TAKMO Blk Malaysia. #19 Paling KELAKAR !!! | OLEH FB ONESY KUN. Terkadang ada kenalan bertanya nak duk Jepun sampai bila.. Apa plan lepas grad? Nak kerja dekat mana? ‘Baliklah cepat’..

Bila aku jawab taknak balik Malaysia nak stay Jepun lama sebab sini best, ramai yg suka menyindir aku ‘lupa daratan’ , ‘tak rindu keluarga’ , ‘lupa kawan’ , ‘bajet da jadi org jepun’ , ‘duk negara maju dah tak pandang kampung’ etc..

Biarlah aku berterus-terang. Jujur, aku memang takde jawapan untuk sindiran2 ni, cuma nk ajak korang berkhayal seketika. Cuba bayangkan apa perasaan korang kalau kehidupan korang hari-hari mcm bawah ni :







Sumber: Debatmalaysia.com

Kekejaman yang berlaku kepada sekumpulan kanak-kanak di sebuah taska terbongkar dengan tersebarnya beberapa keping gambar dimana kanak-kanak dipaksa makan najis sendiri, selain itu mereka juga telah di beri makan sampah !!! memang kurang ajar…

Kekejaman Pengasuh Taska TERBONGKAR Selepas Beberapa Keping Gambar TERSEBAR !!! | Kejam dan tidak ada belas kasihan, itulah yang berlaku kepada beberapa kanak-kanak taska yang didera oleh pengasuh mereka. Lebih menyayat hati apabila kanak-kanak malang berkenaan disuruh memakan najis sendiri.

Kekejaman yang dilakukan oleh pengasuh taska *** ***** ***** at Jalan Mutiara Singapura ini terbongkar dan diketahui umum apabila akaun WeChat yang bernama Singapore tong memuat naik beberapa keping gambar sebagai bukti kekejaman pengasuh taska berkenaan.

Sumber:- Eberita n STOMP