7 TIPS Berkesan Untuk Tidak Terlepas SOLAT SUBUH

Kaedah membantu diri untuk mudah bangun pagi ialah:

1) Tidur awal
Menjadi kebiasan mereka yang tidur awal akan bangun awal dan sebaliknya mereka yang tidur lewat akan bangun lewat. Oleh kerana itu adalah makruh hukumnya tidur sebelum solat Isyak dan berbual-bual kosong dan membuang masa selepasnya hingga menyebabkan tidur lewat. Namun begitu ada keadaan yang dikecualikan untuk tidur lewat sepertimana yang disebutkan oleh Imam Al-Nawawi dalam huraiannya kepada Sahih Muslim. Katanya: Sebab dimakruhkan berbual-bual selepas solat Isyak ialah yang membaawa kepada berjaga malam dan dibimbangi akan menyebabkan tertidur nyenyak hingga tertinggal qiamullail atau terlepas solat Subuh pada waktunya atau waktu yang afdhalnya dan adalah makruh berbual-bual selepas solat Isyak iaitu dalam perkara-perkara yang tiada kemaslahatan, adapun sekiranya pada perkara yang ada maslahat dan kebaikan maka tidaklah makruh, seperti mempelajari ilmu, membicarakan kisah orang-orang soleh, berbual dengan tetamu, berbual dengan dengan ahli keluarga bagi mengeratkan hubungan dan menunaikan keperluan mereka, berbual dengan orang musafir bagi menjaga harta dan diri mereka, berbual dalam urusan mendamaikan antara manusia dan membantu mereka dalam perkara kebaikan, menyeru kepada kebaiakan dan mencegah kemungkaran, menunjukkan kepada kemaslahatan dan yang seumpamanya, semua itu tidaklah termasuk dalam perkara makruh”.
Bagi seorang Muslim yang perihatin dia berjaga malam adalah kerana aktiviti perjuangan dan ibadah dan bukannya kerana perbuatan lagho, dan jika sekiranya dia lewat tidurpun dia tetap berusaha dan memastikan bangun awal untuk ke Masjid solat berjamaah subuh.

2) Memelihara adab tidur
Kunci kedua untuk mudah bangun di waktu subuh ialah memelihara amalan sunnah ketika tidur di waktu malam. Iaitu dengan berwudhuk, ketika di atas pembaringan duduk sambil menghimpunkan kedua-dua belah telapak tangan dan meniupkan ke atasnya selepas membaca surah Al-Ikhlas, Al-Falaq dan An-Naas kemudian di sapu keseluruh badan dan tidur dengan membaca doa sebelum tidur. Bagi mereka yang sukar bangun pagi, hendaklah memohon bantuan daripada ahli keluarga, kawan atau jiran bagi membantu menggerakkannya untuk bangun di awal pagi atau menyediakan jam loceng. Bagi mereka yang sudah terbiasa bangun awal di waktu subuh selalunya tidak menjadi masalah untuk bangun awal kerana secara fitrah dia akan bangun pada masanya dan tidak perlu kepada faktor luaran untuk menggerakkannya kerana seolah-olah ia sentias dibantu oleh para Malaikat untuk bangun awal.
Kemudian setelah terjaga hendaklah membaca doa dan janganlah sekali-kali meneruskan tidur kerana ia akan membawa kepada terjaga lewat.

3) Memenuhkan dada dengan Iman dan ‘amal soleh
Keimanan yang kuat adalah merupakan pendorong utama bagi seseorang melakukan sesuatu yang sukar. Mengerjakan qiamullail dan solat Subuh di Masjid adalah suatu amalan yang sukar dan ia tidak dapat dilakukan kecuali oleh mereka yang benar-benar yakin kepada janji kebaikan daripada Allah Taala. Justeru bagi meningkatkan keimanan dalam dada, seseorang itu hendaklah menambahkan amalannya dengan banyak melakukan kebaikan, kerana dengannya hati seseorang itu akan menjadi suci dan bersih yang memudahkan untuk suburnya Iman. Sebaliknya hati yang kotor akan menjadi keras dan kekerasan hati adalah menjadi penghalang kepada seseorang itu untuk melakukan amal ibadah yang sukar seperti solat Subuh berjamaah di Masjid dan qiamullail. Hati boleh menjadi keras kerana dikotori oleh sifat-sifat mazmumah seperti hasad dengki, ujub dan riak atau disebabkan makan dari sumber yang tidak halal.

4) Menjauhi perbuatan maksiat
Maksiat adalah penghalang bangun solat Subuh dan mengerjakannya di Masjid. Justeru hendaklah kita sentiasa menjauhi segala maksiat. Seperti yang berpunca daripada mata iaitu melihat perkara yang haram seperti melihat aurat wanita, samada melalui televisyen ataupun internet. Juga yang berpunca dari lidah iaitu perbuatan mengata orang, mengeji, mengumpat dan menabur fitnah. Juga yang berpunca dari telinga seperti mendengar hiburan-hiburan haram dan umpatan serta fitnah. Mereka yang melakukan maksiat selalunya sukar untuk bangun solat Subuh atau ke Masjid kerana ia melemahkan naluri beramal soleh dan menghakis keyakinan kepada janji-janji kebaikan daripada Allah Taala. Mata, lidah dan telinga sepatutnya digunakan bagi melihat, membaca dan mendengar perkara kebaikan seperti al-Quran, al-Hadis, ceramah dan lain-lain.

5) Mengetahui kelebihan solat Subuh dan fadhilat mengerjakannya di Masjid
Hendaklah mengetahui kelebihan dan keistimewaan amalan solat subuh dan mengerjakannya di Masjid kerana dengan mengetahuinya barulah seseorang itu terdorong untuk berlumba melakukannya. Saidina Uthman bin ‘Affan r.a meriwayatkan bahawa beliau telah mendengar Nabi SAW bersabda:

مَنْ صَلَّى الْعِشَاءَ فِي جَمَاعَةٍ فَكَأَنَّمَا قَامَ نِصْفَ اللَّيْلِ وَمَنْ صَلَّى الصُّبْحَ فِي جَمَاعَةٍ فَكَأَنَّمَا صَلَّى اللَّيْلَ كُلَّهُ

Ertinya: Barangsiapa yang solat Isyak secara berjamaah seumpama bangun mengerjakan qiam separuh malam dan barangsiapa mengerjakan solat Subuh secra berjamaah seumpama dia solat keseluruhan malam”. Hadis riwayat Imam Muslim.

Ibnu Mas ‘ud r.a meriwayatkan telah diceritakan kepada Rasulullah SAW berkenaan dengan seorang lelaki yang tidur di malam hari sehingga terlajak waktu Subuh, maka baginda SAW bersabda:

ذَاكَ رَجُلٌ بَالَ الشَّيْطَانُ فِي أُذُنِهِ أَوْ أُذُنَيْهِ

Ertinya: Lelaki tersebut telah dikencing oleh syaitan di telinganya (atau kedua telinga). Hadis riwayat Imam Al-Bukhari.

Menurut Imam Al-Qurtubi kencing syaitan adalah kencing yang hakiki dan bukan hanya simbolik. Sebab itu ada kalanya kita boleh kenal mereka yang tidak solat Subuh kerana wajahnya yang suram akibat dari kencing syaitan, berbeza dengan merek yang bangun solat Subuh di awal pagi.
Kebesaran dan keagungan solat Subuh berjamaah di Masjid hendaklah dimasukkan ke dalam hati kerana ia akan menangkis bisikan syaitan yang selalu membisikkan rasa ringan meninggalkannya. Bagi para ulama dan ustaz pula hendaklah menanamkan rasa malu dan bersalah yang amat sangat jika tidak hadir solat Subuh berjamaah kerana dia adalah contoh ikutan orang awam.

6) Mengetahui kesan meninggalkan solat subuh /solat berjamaah subuh
Antara punca jiwa menjadi lemah dan hilangnya banyak daripada kelebihan agama dan dunia ialah bangun lewat dan meninggalkan fardhu subuh. Oleh kerana itulah syaitan sentiasa cuba menghalang orang yang beriman untuk mendapatkan kelebihan di waktu subuh dengan menghalangnya daripada bangun tidur.

Nabi SAW bersabda: ((Syaitan mengikat/membelenggu tengkuk di kalangan kamu yang tidur dengan tiga ikatan. Dia memukul di atas ketiga-tiga ikatan (sambil berkata) : Malam masih panjang, teruskan tidur! Jika dia bangun lalu berzikir menyebut nama Allah Taala maka terungkailah satu iakatan, jika dia berwudhuk terungkailah ikatan berikutnya dan jika dia solat maka terungkailah semua ikatan. Maka pagi itu dia akan cergas dan baik jiwanya, jika tidak dia akan berpagi dalam keadaan jelek dan malas)). HR Al-Bukhari.

Waktu selepas solat Subuh adalah waktu yang penuh dengan kebaikan dan keberkatan, justeru Nabi SAW memelihara waktu tersebut iaitu memenuhkannya dengan zikir dan baginda selalunya selepas subuh terus duduk sambil berzikir sehinggalah terbit matahari, dan kemudian baginda solat dua rakaat Dhuha.

Amalan ini menjadi ikutan para ulama salafussoleh, antaranya ialah Imam Ibnu Taimiyyah yang turut melakukan amalan duduk berzikir selepas solat Subuh sehingga terbit matahari sepertimana yang dikhabarkan oleh muridnya Imam Ibnu Qayyim Al-Jauziyyah.

Waktu selepas solat Subuh adalah saat banyaknya kebaikan dan keberkatan, kerana itulah Nabi SAW berdoa:
(اللَّهُمَّ بَارِكْ لِأُمَّتِيْ فِيْ بُكُوْرِهَا)
Maksudnya: Ya Allah berkatilah ummatku di waktu pagi! HR Al-Tirmizi.

Oleh sebab itu kita lihat mereka yang berjaya dalam urusan dunia mereka seperti berniaga, menternak atau bertani memulakan kerja mereka di awal pagi kerana rezki terbuka luas di waktu tersebut. Begitulah juga dalam urusan akhirat waktu pagi adalah saat yang paling baik menambahkan amal ibadah. Oleh itu mereka yang mengsia-siakan waktu tersebut dengan tidur atau berehat-rehat sahaja sebenarnya telah mendapat kerugian dalam hidup mereka.

Di samping kelebihan dalam kerja dan ibadah, mereka yang bangun awal juga mendapat kebaikan dari sudut kesihatan kerana udara yang dihirup di waktu subuh adalah udara yang segar dan akan hilang kesegarannya apabila terbitnya matahari. Kesegaran udara di waktu pagi ini akan mencerdaskan otak, mendamaikan jiwa dan mencergasan fizikal.

7) Menjauhi sifat-sifat munafiq
Kehadiran diri ke Masjid di waktu subuh adalah merupakan bukti kekuatan iman seseorang Muslim dan bebasnya diri dari sifat minafiq kerana ia adalah waktu paling sukar untuk melaksanakan ketaatan. Rasulullah SAW bersabda:
((إِنَّ أَثْقَلَ الصَّلَاةَ عَلَى المـُـنَافِقِيْنَ صَلَاةُالعِشَاءِ وَالفَجْرِ، وَلَوْ يَعْلَمُوْنَ مَا فِيْهِمَا لَأَتَوهُمَا وَلَوْ حَبْوًا)
Maksudnya: (( Sesungguhnya solat yang paling berat bagi mereka yang munafik ialah solat Isyak dan solat Subuh, kalaulah mereka tahu kelebihan kedua-duanya nescaya mereka akan datang melaksanakannya meskipun dalam keadaan merangkak)) HR Al-Bukhari dan Muslim.
Abdullah bin Mas ‘ud r.a berkata: “Engkau telah melihat kami dan tidak meninggalkannya (solat Subuh) melainkan munafiq yang dimaklumi sifat nifaqnya”. Riwayat Muslim, Abu Daud, Al-Nasai dan Ibnu Majah.

Ibnu Umar r.a pula berkata: “Apabila kami dapati ada lelaki yang tidak hadir solat (di Masjid) pada waktu fajar (Subuh) dan Isyak kami akan berburuk sangka terhadapnya”. Riwayat Al-Bazzar, Al-Tobrani dan Ibnu Khuzaimah.

Oleh itu jika anda mahu mengukur secara zahir iman seseorang maka ia boleh diukur dengan keadaan solat Subuhnya. Jika dia seorang yang sangat memelihara solat Subuh dan melaksanakannya secara berjamaah di Masjid maka ia menjadi bukti kepada kekuatan imannya. Namun jika sebaliknya, dia sangat malas berjamaah di Masjid waktu subuh maka itu adalah petanda imannya yang bermasalah serta kekerasan hatinya. Ia juga menunjukkan ketundukannya kepada hawa nafsu dan kekalahannya kepada bisikan syaitan. Seseorang yang mampu bangun untuk pergi berjamaah di waktu Subuh adalah bukti kekuatan iman seseorang kerana dia telah menang dalam peperangan dengan hawa nafsu dan hasutan syaitan supaya terus tidur.

Bagi mereka yang terus tidur, apakah mereka berasa lebih seronok diulit mimpi di atas katil sedangkan ahli jamaah yang lain sedang beribadah dan mendengar bacaan Al-Quran di dalam solat di Masjid. Adalah menjadi satu kerugian yang besar bagi mereka yang tidak merasakan apa-apa kekurangan pada diri mereka sedangkan mereka terus jauh dari rahmat Allah Taala di waktu pagi.

(Sumber:HarakahDaily)

4 Bahasa Paling Sukar Untuk Dikuasai Di Dunia

al quran

Bahasa adalah satu perkara yang sangat penting dalam menghubungkan manusia. Namun, mempelajari bahasa asing merupakan sesuatu yang sangat sukar kerana di luar norma sesebuah bangsa dan merupakan sesuatu yang memerlukan latihan yang banyak.

Ramai orang asing yang datang ke Malaysia mengatakan bahasa Melayu antara bahasa yang paling mudah untuk dipelajari. Antara faktornya adalah sebutan kata yang jelas, serta susunan perkataan yang mudah difahami.

Berikut ialah antara 4 bahasa yang paling sukar di dunia untuk dipelajari.

Nota: Senarai ini tidak mengikut kedudukan dan mungkin berbeza bagi setiap individu, berdasarkan minat dan pendedahan.
4. Jepun
kanak kanak jepun

Bagi yang mempelajari bahasa Jepun, anda pasti bersetuju bahawa ia merupakan bahasa yang sukar. Bahasa Jepun digunakan oleh 125 juta orang di seluruh dunia, terutamanya di Jepun, tempat asal bahasa ini.

Bahasa Jepun dikatakan sangat sukar kerana ia mempunyai sistem tulisan berdasarkan karekter, yang terdiri daripada puluhan ribu. Sebelum anda boleh menulis, anda perlu mempelajari dan menghafal karekter-karekter tersebut terlebih dahulu.

bandar jepun

karekter jepun

Sistem tulisan Jepun terdiri daripada tiga komponen, hiragana, katakana dan kanji yang mempunyai abjad berbeza, serta sistem dua suku kata yang menambah kesukaran.

Namun, kanji merupakan perkara yang paling sukar dalam mempelajari bahsa Jepun. Kanji adalah sistem tulisan Jepun yang menggunakan karekter Cina.
3. Korea
korea selatan 204

Bagi yang meminati K-Pop atau K-Drama, anda pasti sangat berminat dengan bahasa Korea. Namun ia merupakan antara bahasa yang paling sukar di dunia. Terdapat 66.3 juta pengguna bahasa ini di seluruh dunia, dan merupakan bahasa rasmi bagi Korea Utara dan Korea Selatan.

Bahasa Korea merupakan bahasa SOV (subject-object-verb), yang berbeza dengan bahasa Melayu. Sebagai contoh, jika seseorang itu menyebut “Ali buah makan”, ia kedengaran agak pelik, namun susunan begitu digunakan dalam bahasa Korea.

south korea 213

hangul

Tatabahasa juga sangat rumit, dengan konjugasi perkataan yang kompleks, susunan perkataan dan frasa pelik. Seperti bahasa-bahasa lain, bahasa Korea juga mempunyai sistem tulisan sendiri iaitu Hangul.

Namun bagi mereka yang berbahasa Jepun, ia tidak sukar kerana terdapat persamaan.
2. Arab
orang arab

Arab, memang tidak dinafikan merupakan satu bahasa yang sangat rumit dan mendalam. Sehinggakan orang Arab sendiri tidak hebat dalam berbahasa Arab. Negara-negara yang menggunakan bahasa arab sebagai bahasa komunikasi adalah Algeria, Chad, Comoros , Djibouti, Mesir, Eritrea, Libya, Mauritania, Morocco, Sudan, Tunisia, Tanzania, Bahrain, Iraq, Israel, Jordan, Kuwait, Lebanon, Oman, Palestin, Qatar, Arab Saudi, Syria, Emiriah Arab Bersatu dan Yaman.

Terdapat dua pecahan bahasa Arab iaitu bahasa Arab moden (Lughotul Arabiyah Ittisoliah – fusha) yang merupakan bahasa komunikasi negara-negara di atas dan juga bahasa Arab Tinggi (Lughotul Arabiyah Al-Aliyah) yang digunakan dalam Al-Quran.

bahasa arab

Perbezaan di antara dua pecahan bahasa Arab ini bahasa Arab moden telah dimodenkan dan diringkaskan, dalam percakapan dan penulisan. Kesukaran bahasa Arab termasuklah penggunaan bunyi yang tidak biasa digunakan oleh bahasa lain seperti bunyi dari dalam tekak. Tatabahasanya sangat mencabar, yang mana kata kerja mendahului subjek.

Ia mempunyai kosakata yang sangat banyak, dianggarkan di antara 90 hingga 500 juta perkataan. Ada yang digunakan dan ada yang tidak. Tatabahasanya juga agak kompleks seperti perubahaan kata iaitu dari nominal [isim] kepada lisan [fiil], dan dari kata tunggal kepada majmuk.

negara yang menggunakan bahasa arab

Selain itu, bahasa Arab mempunyai banyak istilah khas, dan harus difahami serta dihafal, serta tarkib dan uslub yang beragam. Dan jika anda sudah fasih bahasa Arab, terdapat lagi satu kesukaran iaitu penggunaan dialek yang berbeza oleh pengguna bahasa Arab, mengikut lokasi dan negara.
1. Mandarin
republik china

Dikatakan bahasa paling sukar di dunia, sehinggakan terdapat orang Cina sendiri yang tidak tahu menulis bahasa ini. Ironinya, walaupun Mandarin merupakan bahasa paling sukar di dunia, ia juga merupakan bahasa yang paling banyak digunakan di atas muka bumi.

Pertama sekali, sistem tulisannya tersangat sukar, dan perlu menghafal beribu-ribu karekter.

contoh pinyin

Ia merupakan bahasa yang menggunakan tona suara. Setiap bunyi dalam sistem transkripsi pinyin mempunyai 4 sebutan yang berbeza, yang mana satu perkataan boleh disebut dengan 4 cara berlainan. Bermakna jika anda menggunakan tona yang berbeza, maksud perkataan akan berubah.

Sebagai contoh, “ma” boleh menjadi “ibu”, “kuda”, “kasar” dan juga “marah” bergantung cara anda menyebutnya.

Sumber: iluminasi.com

22 killed in stampede at Mumbai’s Elphinstone station

At least 22 people died and more than 30 were seriously injured on Friday in a stampede at Mumbai’s Elphinstone railway station.

The injured have been admitted to KEM Hospital and other nearby hospitals.


IMAGE: A stampede victim is carried on a stretcher at a hospital in Mumbai. Photograph: Danish Siddiqui/Reuters
A National Disaster Response Force team has also reached the accident site.

S Jaykumar, additional commissioner of police (Central Region), Mumbai informed that overcrowding at the station lead to stampede.


IMAGE: Policemen inspect the site of the stampede in Mumbai. Photograph: Shailesh Andrade/Reuters

He further said, “Twenty-two bodies have been recovered so far, and 30 people are injured.”

The stampede reportedly occurred around 10.45 am on a footover bridge linking Elphinstone Road and Parel suburban railway stations.

Niket Kaushik, Government Railway Police Commissioner, informed that the exact reasons for the accident are still to be inquired into.


IMAGE: A stampede victim is carried on a stretcher at a hospital in Mumbai. Photograph: Danish Siddiqui/Reuters
Western Railway Public Relations Officer Anil Saxena, however, said that chaos was created as a pedestrian slipped after heavy rainfall on the footover bridge and added that a probe order has been issued by the railway ministry to look into the cause of the incident.

“A large number of people had gathered on the footover bridge because of heavy rain. When the rain stopped, people started stepping out, and a pedestrian is believed to have slipped, which resulted in the tragedy. There is no valid information as such about the situation and an investigation is underway. The railway ministry has given the order for a thorough inspection to figure out the cause of this stampede,” Saxena told media here.

Anil Kumar Gupta, General Manager, Western Railways, informed the media that there will be no change in train timings and they will be running on their scheduled times.

Accident Relief Medical Equipment Train was rushed to the accident spot and immediate medical assistance was provided to the injured.

Senior railway officers were also sent to the site.


IMAGE: Footwear of the victims of a stampede are seen below Elphinstone railway station’s pedestrian overbridge. hotograph: Shailesh Andrade/Reuters
Maharashtra Chief Minister Devendra Fadnavis promised to take strict action against those responsible for the tragic stampede and announced Rs five lakh for the next of the kins of the deceased.

Fadnavis, who is on a two-day investor-interaction visit to Singapore, expressed condolences and said, “My heart goes out to the families who lost their loved ones.”

“Enquiry will be conducted by Government of Maharashtra and Ministry of Railways and necessary, strict action will be taken,” he tweeted.

“All the medical expenses of the injured will be borne by the government of Maharashtra,” he said.

Elphinstone station is usually crowded during peak hours and the festive season in the country added to the intensity of crowd here.

‘Deepest condolences to the bereaved’


IMAGE: A NDRF team at the site of the stampede at Elphinstone Railway station. Photograph: Syed Firdaus Ashraf/Rediff.com

President Ram Nath Kovind, Vice President M Venkaiah Naidu and others expressed condolences over the deaths caused by a stampede in Mumbai and said the situation was being monitored continuously. “Anguished by the loss of lives in the stampede in Mumbai. Condolences to the bereaved families; prayers with injured.”
— President Ram Nath Kovind

“My deepest condolences to the bereaved families who have lost their dear ones and wish a speedy recovery to the injured.”
— Vice President Venkaiah Naidu

“My deepest condolences to all those who have lost their lives due to the stampede in Mumbai. Prayers with those who are injured. Situation in Mumbai is being continuously monitored. @PiyushGoyal is in Mumbai taking stock of the situation & ensuring all assistance.”
— Prime Minister Narendra Modi

“Saddened and shocked to know about the tragic stampede at  Elphinstone railway station, foot over bridge. My heart goes out to the families who lost their loved ones and got affected. Spoke to Chief Secretary and @CPMumbaiPolice; asked them to reach hospital to monitor and ensure that everyone gets all the help.”
— Maharashtra Chief Minister Devendra Fadnavis

Congress president Sonia Gandhi expressed shock and anguish at the stampede and termed it man-made disaster.

Wishing an early recovery to the injured, Sonia conveyed her heartfelt condolences to the family of the deceased.

Terming the tragedy as a man-made disaster and expressing concern over rail safety, the Congress president said that such accidents could have been avoided had there been proper planning and concern for safety.

— With inputs from PTI

Source: ANI

The Mysterious Stone Buddhas of Usuki

Usuki is a small town located near the East coast of Oita Prefecture. It is famous for the enigmatic stone Buddhas located five kilometers outside the town. Usuki also boasts a samurai district, which retains an Edo-period castle town atmosphere. Along the stone-paved, shop-lined streets, some of the former samurai houses are open for tourists to visit.


Significance of the Buddhas
In Japan, most statues of Buddha are carved from wood or metal. Ones made from stone are notably more rare. After extensive restoration work, which was completed in 1994, 59 of the carvings were labeled as National Treasures of Japan. Two more statues were added to the list in March 2017. They are the only stone Buddhas to have received this honor.

While the history of as well as reason behind the existence of these statues is unclear, it is believed that they were carved between the 12th to 14th centuries. Some of the stone Buddhas are carved directly into the cliffs above the town; others are crafted from soft, volcanic rock taken from the nearby Mount Aso.

Visiting the Buddhas
The Buddhas are grouped in four locations, which are each a short walk from each other. The entire circuit takes around 30 minutes to complete along a paved path.

● Hoki 1 – A group of 20 statues.
● Hoki 2 – A group of 12 statues.
● Sannouzan – 3 statues, consisting of a taller Buddha accompanied by two smaller statues.
● Fuku-Zono – 13 statues. The main statue’s head had fallen off at some point, and was reattached during the restoration period.

Additionally, in another part of the complex, one can see a temple, a selection of stone Buddhas carved from individual rocks, and statues depicting the master priests who carved some of the Buddhas. There is also a Lotus Field as well as a Well of Beauty located nearby.


https://www.instagram.com/worldwidewojnar
Annual Fire Festival
Every year there is a festival in honor of the stone Buddhas. It is held on the last Saturday of August. Starting at 6pm, torches are lit next to the stone Buddhas. At night, there will be a celebration, consisting of an Obon-style dance, which is free for anyone to join. To find it, just follow the sound of the music! Dancers move around a group of musicians playing traditional Japanese instruments. In case of rain, the festival moves to the following day.

During the festival, the field located beneath the stone Buddhas fills with flaming torches. When seen from the top of the hill upon which the Buddhas are located, the field looks like a sky filled with flickering stars.


https://www.instagram.com/worldwidewojnar/
Getting to the Buddhas
From Beppu: Take a JR Nippo Line local train from Beppu City to Usuki Station. The ride takes an hour and costs 940 yen.

From Oita City: Board either a local or limited express train from Oita Station, getting off at Usuki Station. The limited express takes 45 minutes and costs 1800 yen.

From Usuki Station, there are occasional buses which go to Usuki Sekibutsu bus stop, from where one can see the Buddhas. It is also possible to hire a taxi. While the festival is going on, there will be a shuttle bus available which runs between the station and the Buddhas.

Source: fun japan

Rahsia Madu & Kulit Kayu Manis

KHASIAT MADU & KULIT KAYU MANIS

▍Pakar-pakar pemakanan dalam beberapa kajian mendapati bahawa campuran madu dan kayu manis boleh menjadi penawar kebanyakan penyakit. Madu dihasilkan dalam kebanyakan negara di dunia. Saintis hari ini juga menerima madu sebagai ubat untuk semua jenis penyakit.

▍Madu juga boleh digunakan tanpa sebarang kesan sampingan untuk apa-apa jenis penyakit. Saintis hari ini mengatakan bahawa walaupun madu adalah manis, jika diambil dalam dos yang betul sebagai ubat, ia tidak memudaratkan pesakit kencing manis.

▍Dalam sebuah penerbitan di Kanada bertarikh 17 Januari 1995, telah memberikan senarai penyakit berikut yang boleh disembuhkan dengan madu dan kayu manis yang dikaji oleh saintis barat:

★PENYAKIT JANTUNG:★
▍Buat pes madu dan serbuk kayu manis, sapukan pada roti, sebaiknya roti gandum berserat dan ia boleh kerap dimakan untuk sarapan pagi. Ia mengurangkan kolesterol di arteri dan menyelamatkan pesakit daripada serangan jantung.

▍Juga, bagi mereka yang telah mempunyai serangan ini , jika mereka melakukan proses ini setiap hari, ia dapat membantu dari serangan yang seterusnya. Proses di atas sering digunakan untuk melegakan nafas dan menguatkan degupan jantung.

▍Di Amerika dan Kanada, Jabatan kejururawatan telah merawat ramai pesakit dengan jayanya dan telah mendapati bahawa apabila usia semakin meningkat, arteri dan vena hilang fleksibiliti dan tersumbat; madu dan kayu manis dapat memulihkan arteri dan vena anda.

★ARTHRITIS:★
▍Pesakit Artritis boleh mengambil setiap hari, pagi dan malam, satu cawan air panas dengan dua sudu madu dan satu sudu kecil serbuk kayu manis. Jika diambil secara tetap walaupun artritis kronik boleh sembuh .

▍Dalam kajian yang dijalankan di Universiti Copenhagen, didapati bahawa apabila doktor merawat pesakit mereka dengan campuran satu sudu madu dan setengah sudu teh serbuk kayu manis sebelum sarapan, mereka mendapati bahawa dalam tempoh seminggu, daripada 200 orang yang dirawat, praktikal 73 pesakit telah betul-betul lega sakitnya, dan dalam tempoh sebulan, kebanyakannya semua pesakit yang tidak dapat berjalan atau bergerak kerana artritis mula boleh berjalan tanpa rasa sakit.

★JANGKITAN PUNDI KENCING :★
▍Ambil dua sudu makan serbuk kayu manis dan satu sudu kecil madu dalam segelas air suam dan diminum. Ia memusnahkan kuman dalam pundi kencing.

★KOLESTEROL:★
▍Dua sudu madu dan tiga sudu serbuk kayu manis dicampur dalam 16 auns air teh, yang diberikan kepada pesakit kolesterol, didapati mengurangkan tahap kolesterol dalam darah sebanyak 10 peratus dalam tempoh dua jam. Seperti yang disebut untuk pesakit artritis, jika diambil tiga kali sehari, apa-apa kolesterol kronik akan sembuh. Menurut maklumat yang diterima dalam sebuah Journal berkata, madu asli yang diambil dengan makanan harian melegakan aduan kolesterol.

SELESEMA
▍Mereka yang menghidap selesema biasa atau teruk perlu mengambil satu sudu besar madu dengan 1 / 4 sudu serbuk kayu manis setiap hari selama tiga hari. Proses ini akan menyembuhkan batuk yang paling kronik, sejuk, dan membersihkan sinus.

★SAKIT PERUT★
▍Madu diambil dengan serbuk kayu manis adalah penawar sakit perut dan juga ulser perut hilang ke akarnya.

★GAS @ ANGIN:★
▍Menurut kajian yang dilakukan di India dan Jepun, ia menunjukkan bahawa jika Madu diambil dengan serbuk kayu manis dapat melegakan gas dalam perut.

★SISTEM IMUN:★
▍Penggunaan madu dan serbuk kayu manis secara kerap dapat menguatkan sistem imun dan melindungi tubuh daripada serangan bakteria dan virus .Saintis telah mendapati bahawa madu mempunyai pelbagai vitamin dan zat besi dalam jumlah yang besar. Penggunaan berterusan dengan Madu dapat menguatkan sel darah putih untuk melawan penyakit bakteria dan virus.

★SENAK:★
▍Serbuk kayu manis ditaburkan pada dua sudu madu diambil sebelum makan dapat mengurangkan keasidan di dalam sistem penghadaman.

★INFLUENZA:★
▍Seorang saintis di Sepanyol telah membuktikan bahawa madu asli mengandungi ‘Bahan’ yang membunuh kuman influenza dan menyelamatkan pesakit dari selesema.

★PANJANG UMUR★
▍Teh yang dicampur dengan madu dan serbuk kayu manis, apabila diambil secara tetap, dapat memanjangkan usia InsyaAllah, ambillah empat sudu madu, satu sudu serbuk kayu manis, dan tiga cawan air dan rebus untuk membuat seperti teh.

▍Adunan ini membuat kulit segar dan lembut pada usia tua. Kehidupan dan kesihatan juga akan meningkat walaupun berusia 100 tahun, alangkah baiknya anda mengamalkannya mulai dari sekarang .

★JERAWAT★
▍Ambil madu dan serbuk kayu manis sapu pada jerawat sebelum tidur dan basuh keesokan harinya dengan air suam. Jika dilakukan setiap hari selama dua minggu, ia menghilangkan jerawat dari akarnya.

★JANGKITAN KULIT:★
▍Menggunakan madu dan serbuk kayu manis di bahagian yang terjejas menjadi penawar ekzema seperti kurap, dan semua jenis jangkitan kulit.

★MENGURANGKAN BERAT BADAN:★
▍Ambil secara harian pada waktu pagi setengah jam sebelum sarapan pagi ketika perut kosong, dan pada waktu malam sebelum tidur, minum madu dan serbuk kayu manis direbus dalam satu cawan air.

▍Jika diambil secara tetap, ia dapat mengurangkan berat walaupun orang yang paling gemuk Selain itu, campuran minuman ini tetapi ianya tidak membenarkan lemak untuk berkumpul dalam badan walaupun orang itu makan makanan yang berkalori tinggi.

★KANSER:★
▍Kajian terbaru di Jepun dan Australia telah menunjukkan bahawa kanser perut dan tulang telah sembuh dengan jayanya. Pesakit kanser secara hariannya perlu mengambil satu sudu besar madu dengan satu sudu teh serbuk kayu manis selama satu bulan tiga kali sehari.

★KELETIHAN:★
▍Penyelidikan terbaru telah menunjukkan bahawa kandungan gula dalam madu lebih bermanfaat dan bukannya menjejaskan kekuatan badan.

▍Warga emas, yang mengambil madu dan serbuk kayu manis di bahagian yang sama, lebih peka dan fleksibel. Dr Milton, yang telah melakukan kajian, mengatakan bahawa satu sudu separuh daripada madu yang diambil dalam segelas air dan ditaburi dengan serbuk kayu manis, yang diambil setiap hari selepas membersihkan tubuh dan pada waktu petang kira-kira 3 petang, apabila kecergasan badan mula berkurangan, jika diamalkan ia dapat meningkatkan kecergasan badan dalam masa seminggu .

★NAFAS BERBAU★
▍Orang Amerika Selatan, perkara pertama yang mereka buat pada waktu pagi, adalah berkumur dengan satu sudu teh serbuk kayu manis dan madu dicampur dengan air panas, menjadi nafas mereka tetap segar sepanjang hari.

★KEHILANGAN PENDENGARAN:★
▍Amalkan secara harian mengambil madu dan serbuk kayu manis pada waktu pagi dan malam , yang diambil dalam bahagian yang sama dapat mengembalikan pendengaran. Setelah roti bakar disapu dengan madu kemudian serbuk kayu manis ditaburkan di atasnya!

★MASALAH KESUBURAN★
▍Bagi golongan lelaki, ambil 2 sudu madu sebelum tidur mampu meningkatkan kesuburan.
Untuk golongan wanita, ambil 1/2 sudu serbuk kayu manis dicampurkan dengan 1 sudu teh madu untuk meningkatkan kesuburan.

 

Selamat Mencuba

Inilah 4 Jenis Sayur Bantu Wanita Cepat Hamil. Kongsikan Supaya Dapat Bantu Orang Lain

Setiap sayur ada nutrisinya yang tersendiri untuk badan manusia. Tapi ada 4 jenis sayur yang dikatakan membantu mempercepatkan kehamilan.

Bayam mengandungi zat besi, folat, zink dan antioksidan yang baik untuk kesuburan wanita dan membantu wanita untuk cepat hamil. Boleh amalkan dengan memasak bayam secara sihat dengan dikukus, direbus, atau dijadikan salad.

Brokoli membantu membersihkan tubuh dari metabolit hormon seperti lebihan metabolit estrogen dalam tubuh yang menggangu hormon-hormon kehamilan normal.

Biasanya kita dengar manfaat ubi bit tapi jarang dengar khasiat daunnya. Ia sebenarnya kaya dengan zat besi yang penting untuk membantu kehamilan. Daun bit juga kaya Vitamin C dan folat, yang merupakan nutrisi lain diperlukan untuk kehamilan.

Biji Labu dan Tiram tinggi kandungan zink, zat besi dan asid lemak omega-3. Kekurangan zink dalam tubuh secara langsung berkait dengan ketidaksuburan lelaki dan wanita.
Pengambilan sayur seperti diatas membantu menjaga kualiti telur dan sperma selain membantu melindungi sperma dari kerosakan kromosom. Semoga menjadi manfaat pada yang sedang merancang untuk menimang cahaya mata.
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. TQ

Sumber: petua ibu

Cara Simpan Sayur Dan Bahan Mentah Agar Tahan Lama

“Sayur ni baru beli 2 hari lepas, tapi dah mula nak layu dan kekuningan. Kena masak semuanya hari inilah nampaknya. Lain kali nak kena cari cara menyimpan sayur dan barang basah yang betul dalam peti sejuk. Tak payahlah nak ulang-alik ke pasar setiap 2-3 hari.”

Perasan tak, walaupun sayuran dah disimpan dalam peti sejuk, ia masih boleh menjadi layu dan kurang segar walaupun hanya selepas beberapa hari. Sebenarnya terdapat petua dan cara menyimpan sayur dan bahan-bahan mentah ini agar ia tahan lebih lama.

Berikut adalah perkongsian oleh Puan Maslina Misnan yang amat berguna. Ada langkah bergambar yang mudah difahami. Semoga ramai yang boleh merujuk dan mendapat manfaat daripadanya.

CARA MENYIMPAN SAYUR DAN BARANG DAPUR SUPAYA TAHAN LAMA

Berikut adalah langkah demi langkah cara menyimpan sayur dan bahan mentah agar ia kekal segar dan boleh tahan lebih lama.

CARA MENYIMPAN SAYUR

1. Rendam Sayur

Pertama sekali, rendamkan sayuran selama 5-10 minit. Biarkan semua sayuran tenggelam.

Untuk sayuran seperti kangkung dan bayam biasanya akan diasingkan kerana berpasir. Biarkan akarnya, jangan dipotong. Apabila nak masak nanti barulah potong dan bersihkan sekali lagi.

2. Tambah Garam

Taburkan sedikit garam sambil mencuci seperti biasa. Fungsi garam ini adalah untuk mencuci bekas-bekas bahan kimia atau racun serangga yang masih terlekat pada sayuran.

Rendamkan sebentar dalam air garam selama 10 minit.

3. Toskan

Kemudian, toskan sayur dan biarkan selama lebih kurag 5 minit.

4. Simpan Dalam Bekas

Sediakan bekas kedap udara dan susunkan sayuran hijau ini ke dalamnya.

Kalau nak jimatkan ruang, boleh juga menggunakan plastik kedap udara atau ‘ziplock bag’.

5. Ini Hasilnya Selepas 2 Minggu!

Ini stok sayuran Puan Maslina yang telah disimpan selama 2 minggu. Macam tak percaya bukan? Masih segar-bugar macam yang baru dibeli dari pasar!

CARA MENYIMPAN SOTONG, UDANG, DAN IKAN

Selain sayuran, Puan Maslina juga menunjukkan cara terbaik untuk anda menyimpan ikan, udang, dan sotong. Ada dikongsikan juga tips menyimpan ayam dan daging. Jom kita baca selanjutnya.

1. Cara Menyimpan Sotong

Mula-mula, cuci sotong dengan air sehingga bersih. Boleh juga dipotong siap-siap.

Kemudian, petuanya letak gula sedikit, dalam 1 sudu, bergantung kepada jumlah sotong.

Fungsi gula ini pula untuk memastikan sotong kekal segar. Mudah-mudahan apabila nak dimasak nanti, isinya akan tetap lembut.

Gaulkan sebati dan bolehlah disimpan ke dalam petia ais bahagian ‘freezer’.

Sebelum memasak, cucikan semula sotong. Ia tidak akan menjejaskan rasa masakan.

2. Cara Menyimpan Udang

Untuk menyimpan udang, caranya lebih kurang sama juga dengan sotong. Mula-mula, cuci bersih dan kemudian taburkan sedikit gula sebelum dimasukkan ke dalam peti ais.

Kalau nak siang dahulu kulit dan kepala pun boleh, tapi jangan terus dibuang kulit dan kepala udang tadi. Ia boleh digunakan lagi untuk membuat stok udang.

Sekiranya ada yang tak suka bubuh gula, boleh juga rendamkan udang dalam air dan disimpan dalam ‘freezer’.

Baiklah, ini kulit dan kepala udang yang telah disiang tadi.

Kita boleh membuat air rebusan udang atau stok udang. Memang sedap kalau dibuat mee rebus udang, char kuew teow, dan sebagainya.

Cuci atau kocak-kocakkan kulit udang ini dengan air bersih. Kemudian, direbus kosong saja dalam periuk atau kuali.

Tunggu sampai mendidih atau nampak macam dah masak. Bolehlah tutup api.

Kemudian, tapiskan kulitnya. Ada juga yang menggunakan kulit udang ini untuk di‘blend’ atau dikisar dengan sedikit air. Kemudian ditapis lagi untuk mendapatkan patinya. terpulanglah kepada anda suka yang macam mana ya.

Sejukkan sebentar dan bolehlah disimpan dalam peti sejuk seperti biasa. Memang menyedapkan masakan!

3. Cara Menyimpan Ikan

Seterusnya, ini cara menyimpan ikan.

Ikan semua boleh disiang, buang perut, dan dipotong terlebih dahulu. Tapi, petuanya jangan dibasuh supaya kekal segar.

Masukkan ikan beserta darah-darah ikan ke dalam bekas. Jangan risau, ia tidak akan menjejaskan rasa ikan dan baunya tidak akan melekat pada bekas apabila disimpan dalam ‘freezer’.

LAIN-LAIN TIPS PENYIMPANAN BAHAN MENTAH

Ayam – Cuci bersih dan terus simpan ke dalam ‘freezer’.
Daging – Kalau nak potong dahulu, boleh. Tapi, tak perlu cuci dan terus simpan dalam ‘freezer’. Bila nak guna baru cuci bersih.
Cara buat stok ayam dan daging guna cara merebus juga. Rebuskan ayam dan daging sampai separuh masak. Air rebusan boleh disimpan untuk dijadikan stok.
Gambar di atas ini adalah stok Puan Maslina dalam ‘freezer’ peti sejuknya. Yang atas adalah stok ayam, stok daging, stok udang, dan pes sambal. Jadi, bila nak masak, tinggal panaskan saja.

Yang di bawah adalah daging, ayam, ikan, dan sotong mentah. Semoga perkongsian ini dapat memberi manfaat kepada ibu-ibu dan semua yang suka memasak. Bahan dapur tahan lebih lama, nak masak pun senang, bukan?

Selamat mencuba!

*Perkongsian asal oleh Puan Maslina Misnan ini adalah melalui Facebook Group Masak Apa Hari Ini (MAHN) dan ia diterbitkan semula dengan kebenaran beliau.
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. TQ

Perubahan Tarikh Awal Muharram 1439H Dari 21 September 2017 Kepada 22 September 2017


بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Kenyataan Media
Ketua Pengarah
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
Berkenaan
Tarikh Awal Muharram  1439H

Sukacita Jakim merujuk kepada kenyataan rasmi yang dikeluarkan oleh Bahagian Kabinet, Perlembagaan dan Perhubungan Antara Kerajaan, Jabatan Perdana Menteri (JPM)  mengenai perkara berkaitan.

Adalah dimaklumkan bahawa perubahan tarikh 1 Muharram 1439H dalam kalendar dari 21 September kepada 22 September 2017.

Perubahan ini adalah ralat yang berbentuk teknikal yang telah disemak dan diperakukan oleh Panel Pakar Falak Jakim semasa meneliti semula data bulan Zulhijjah 1438H awal tahun ini.

Sekian.

*TAN SRI DATO’ HAJI OTHMAN BIN MUSTAPHA*
19 Januari 2017

Boleh Rujuk SINI : http://www.islam.gov.my/media-jakim/kenyataan-media/838-kenyataan-media-ketua-pengarah-jakim-berkenaan-tarikh-awal-muharram-1439h

Harap maklum.. dalam kalendar tu salah… kena betulkan…
Kalau awal Muharram orang tak kisah sangat… tapi cuba tarikh raya berubah kan..  memang kecoh satu Malaysia… Betul tak???

KREDIT: Blog Maria Firdaus

TIPS UNTUK MERANCANG JANTINA ANAK

Agak peliklah kalau siapa tak pernah berangan nak anak perempuan atau anak lelaki kan? Kalau boleh pilih, memang seronok tapi tak kisahlah jantina anak yang mana pun, itu merupakan rezeki dari Allah. Tetapi, tak salah kalau kita mencuba.
.
Banyak tips yang boleh dijumpai di laman internet mengenai tips-tips mendapatkan anak mengikut jantina yang kita mahukan tetapi tak tahu mana satu yang betul. Jadi, kalau anda keliru nak ikut tips yang mana, apa kata cuba baca perkongsian dari Puan Taibah Nurwahidah ini sebagai panduan anda!
.
CARA MERANCANG JIKA MAHU BAYI PEREMPUAN ATAU BAYI LELAKI‼️👶🏻
.
Alhamdulillah saya & suami dah mencuba & diizinkan Allah untuk mendapat baby girl, anak kedua kami. Maka sepasanglah anak kami setakat ni. Terima kasih buat suami Mhafiz Mahadar yang turut memberi kerjasama. Tak sia-sia kan usaha awak saat melihat anak perempuan awak lahir ke dunia.
.
Ingat lagi tak subjek biologi di sekolah dulu? Bagaimana jantina anak ditentukan. Sperma membawa kromosom XY & ovum membawa kromosom XX. Apabila persenyawaan berlaku peratusan jantina lelaki & perempuan adalah 50-50. Maka perlu diingatkan jantina bukanlah faktor genetik. Perlu diingatkan merancang jantina perlulah dilakukan sebelum merancang untuk hamil. Once dah berlaku persenyawaan, cara saya ni tak berkesan dah.
.
Bagaimana untuk kita menambahkan keberangkalian persenyawaan itu akan menghasilkan perempuan ialah kita kena faham apa sifat kromosom X & Y terlebih dahulu. X tempoh hayatnya lebih panjang tetapi pergerakan lebih perlahan, manakala Y tempoh hayatnya pendek tetapi pergerakannya adalah lebih laju. Keadaan berasid adalah lebih sesuai untuk X manakala Y lebih suka keadaan beralkali. Di sini la saya mula berfikir macam mana nak jadikan perkara asid alkali ni (Cikgu kimia la katakan).
.
TIPS BERGUNA 💕

1) PEMAKANAN
Jika mahukan baby boy, suami perlulah lebihkan memakan makanan lait (seafood), manakala jika mahukan baby girl, suami perlulah memakan daging sama ada ayam atau lembu. Kenapa suami? Kenapa bukan isteri? Kerana suami yang bawa kromosom Y yang mana menentukan boy atau girl, maka suami-suami main peranan besar kat sini. Ok, apa yang saya & suami usahakan ialah sebulan (bulan rancang nak hamil bermula daripada hari pertama saya period) suami dilarang makan apa-apa jenis seafood. Sebulan memang hari-hari sumber protein yang suami ambil hanyalah ayam, daging atau telur. Sampaikan ayah beli ketam & siput sedut pun dia kena telan air liur je. Suami tak ada masalah untuk ni sebab dia memang suka ayam & daging.

Selain tu, suami juga kena lebih makan masam. Yang ni mencabar sikit untuk suami sebab dia memang tak suka buah masam-masam, tapi direlakan juga bila isteri beli buah yang masam untuk dia. Isteri juga boleh membantu dengan lebihkan mengambil makanan bersumber tenusu, susu, cheese & butter. Saya kongsi ni lebih kepada untuk baby girl, so kalau nak boy, kena sebaliknya. Eakkan makan masam & isteri elakkan makanan tenusu.

2) TEMPOH BERSAMA
Yang ni susah sikit sebab kita sendiri tak tau bila waktu subur kita kan. So ada 2 cara nak tahu waktu subur. Yangg pertama senang je, pergi farmasi beli Ovulation Test, bentuk dia lebih kurang macam pregnancy test. Cara nak guna boleh tengok pada kotaknya.

Ataupun cara ke 2, hanya boleh dipakai bagi sesiapa yang kitaran haidnya sama setiap bulan. Yang ni nak senang guna Application Period Calendar kita boleh tengok corak kitaran haid kita. Bagi yang kitarannya sama setiap bulan, tolakkan jumlah kitaran dengan 14, maka hari itulah waktu subur dia, waktu subur bermakna hari ovum dilepaskan oleh ovari. Contoh (30-14), maka hari ke 16 itulah hari subur.

Ok kenapa penting nak tahu waktu subur, tadi kan dah cerita pasal tempoh hayat X & Y. Jika mahukan baby girl, perlu bersama 2 hari sebelum hari subur. Ini disebabkan Y yang hayatnya pendek itu akan mati sebelum ovum dibebaskan untuk bersenyawa. Yang tinggal hanya X. Maka jadilah XX (girl). Kalau nak baby boy, terbaliklah jadinya, perlu bersama pada waktu subur. Y yang bergerak laju akan sampai terlebih dahulu kepada ovum untuk disenyawakan. Maka jadila XY (boy).

👉🏻Ok itu saja tips yang saya & suami gunakan. Banyak sebenarnya tips lain kalau Google, tapi yang lain saya tak jumpa logik sainsnya, maka malaslah nak follow. Saya suka buat sesuatu yang ada sebab jelas. Jangan lupa, DOA senjata utama. Tak guna usaha tanpa doa. Minta sungguh-sungguh pada Allah.

Kredit: Hamil Dalam 3 Bulan

Semoga tips ni dapat memberi manfaat pada yang membaca. 😀

KISAH BENAR! RAHSIA 7 AMALAN SUAMI ISTERI INI KAYA RAYA REZEKI DATANG TIDAK PUTUS-PUTUS… IN SYAA ALLAH…

Jika sebelum ini (atau sekarang ni) kita rasa rezeki kita macam tak cukup, ada saja yang tak kena. Salahnya mungkin ada pada kita sendiri. Memang betul kita kena bersyukur, tapi kita juga wajib usaha untuk mendapat rezeki yang lebih dari Allah. Namun usaha je tak cukup tanpa tawakal. Kisah pasangan suami isteri ni sangat menarik.

Dulu masa kahwin zero. Apa pun tak ada. Dulu juga mereka tak solat sampai dulu surah dan cara solat. Namun, bila mereka istiqamah dalam mengamalkan tips RAHSIA ini, rezeki mereka melimpah ruah tak putus. Kisah ini dipetik menerusi Facebook Mentari Hidup Full.

Ini cerita betul , bkn mitos . Cerita dongeng ke apa . Sy suami isteri kawin muda lps belajar . Lepas kawin ‘kosong ‘ , duit zero . Kawan2 lain keje , kami taknak keje . Nk niaga . Kami naik smpai sekarang dgn berpaksi kn hidup nk berubah demi Allah . Dr zero sekarang bole tolong mak ayah , rumah selesa , ade kete selesa , makan mewah , ade duit simpanan boleh kata byk jugak . Kiranya kekdang tak tahu camna bole sng mcm sekarang . Kita kekdg lupa Allah ada . Byk cara sbnrnya die bole tlog kita kalau kita mintak kt dia . Kalau mintak kt manusia sapa nk layan.

Dulu tak solat, smpai lupa dh ayat2 semua , kena baca balik buku cara2 solat > pelan2 solat , tak bole tgl , kena sungguh2 taubat. Suami hari2 solat dhuha ,yg mana sy xmmpu yg tu . Tiap pagi dia akn solat dhuha , tak bole tgl kata die solat dhuha tu wajib . Sbb kita tk da bos . Bos kita Allah . Jadi kena presentation lebih kt Allah. Dulu org gelak kami niaga online , sekarang alhamdulillah ramai kawan2 and keluarga nk berniaga jugak . Dlu sy igt hidup kena 80% usaha , 20% tawakal . Tp sbnrnya = 80% tawakal , 20% usaha . Dr dlu sy seorang yg pntingkan usaha , exam wajib stay up mlm , kena usaha . Solat tk payah . Apa ade dgn solat dpt gk A . – ayat seorang jahil . Astagfirullah

Sy bercakap jujur dgn pengalaman sendiri .

Sila amalkan ini.

✅ Maksud REZEKI
– kasih sayang
– kewangan
– kesihatan
– ibadah

✅ Nak dapat income RM50,000 sebulan wajib SEDEKAH 10% dlm RM5000 bulan tu baru Allah bagi RM50,000

✅ Lepas solat sedekahkan Al-Fatihah pada mak ayah.. Call mak setiap hari.. Mintak maaf dgn mak.. Mintak mak redha dgn apa yg kita buat..

✅ Nak rezeki melimpah ruah.. Bukak tabung-tabung berikut:
1. Tabung Zakat
2. Tabung Sedekah
3. Tabung Wakaf
4. Tabung Infak

**pergi pejabat zakat berdekatan.. Tanya terus dengan dorg camne nk bukak tabung2 nie**

✅ Ramai yg sebok jaga rezeki dengan orang tapi LUPA & TAK JAGA hubungan dengan PEMBERI REZEKI (ALLAH SWT)

✅ Jadilah JUTAWAN yg memberi manafaat pada orang lain!

✅ Belajar berlapang dada.. Redha dengan setiap masalah & ujian yg Allah bagi.. Contoh ada orang hutang kita bertahun2 tak bayar.. Redha kan semua tu.. Belajar redha.. Sbb ade sorang peserta tu adik dia pinjam 98ribu dah bertahun2 tak bayar..pastu dia belajar redha.. Tak sampai seminggu Allah balas balik dia berjaya jual tanah bernilai RM340,000 yg 10 tahun lepas punya kes..

AMALAN MENJEMPUT REZEKI YANG WAJIB BUAT

Solat awal waktu. Lelaki – 10 ke 20 minit sebelum azan mesti dah ade kat masjid!

Solat Dhuha. Eksklusifkan masa dengan Allah dahulu sebelum buat kerja lain. Baca surah Al-Waqiah selepas Dhuha (kita tidak akan miskin sampai bila-bila) Bilangan rakaat biasanya buat 2 rakaat, cuma tambah jadi 4, 6 & 8.. Ikut kemampuan.. Setiap 2 rakaat kena bg salam..

Tahajjud. Buat 7 hari berturut-turut kemudian dah biasa.. Buat secara konsisten. Buat presentation dengan Allah di waktu 1 per tiga malam.. Cerita plan marketing pada Allah terus! Kalau cerita pada manusia..kalau orang taknak kita akan frush kecewa! Tapi present plan pada Allah..kita takkan rasa kecewa.. Merengek merintih pada Allah apa yg kita nak.. Apa yg kita impikan.. Apa yg kita nak capai dlm hidup! Biar jelas.. Kalau nak jadi jutawan..doa nak jadi jutawan berkat tahun ni.. Mintak semua pada Allah.. Nak pakai Ferrari.. Nak ada RM10juta dalam akaun bank dalam masa 2 tahun.. Nak hantar maka ayah pergi umrah tahun ini.. Nak beli rumah bunglo.. Impian kena jelas! Mintak semua pada Allah.. Mintak yg besar2 terus sebab Allah maha kaya maha pemurah!

Sedekah. Beri sedekah dengan perasaan.. Contohnya, Ya Allah asbab aku memberi ni aku dapat jadi jutawan (semasa nak sedekah tu niat mcm ni dgn penuh perasaan). Buat TABUNG SUBUH. Masukkan duit setiap hari selepas subuh.. Masukkan dgn penuh perasaan & doa pada Allah.. Cukup sebulan duit tabung tu keluarkan & sedekah pada masjid @ rumah kebajikan @ maahad tahfiz dll..

Formula YAKIN
1-9. Yakin
10. Doa
11. Usaha
12. Tawakkal

9 kali kena yakin!!

Baca Al-Quran. Paling malas minimum 1 baris dengan terjemahan.. Buat setiap hari.. Jadikan amalan! Kalau bersedih.. Baca Quran.. Kalau sakit.. Baca Quran..

Istighfar setiap hari

Jaga Wuduk setiap hari. Latih badan sentiasa ada wuduk.. Kalau masalah kentut.. Buat ikut kemampuan sampailah masalah kentut tu hilang.. Hehe! Contoh dlm wuduk pastu gi jumpa client.. Pasti terkentut.. Jangan la pi ambik wuduk plk.. Lepas dh jumpa client baru la ambik wuduk sbb masih dlm proses latihan.. Bg kelonggaran pada diri.. Jgn berubah secara drastik..

TEKNIK NAK MEREDHAKAN SESUATU. Setiap kali lepas solat.. Pejam mata.. Pastu letak tangan kanan atas dada kiri.. Tarik nafas macam biasa.. Rasakan degup jantung kita.. Pastu bayangkan muka mak.. Mintak maaf pada mak jika ada salah..maafkan mak jika mak ada salah..mintak mak redha kan semua yg kita buat.. Pastu bygkan muka ayah.. Buat benda sama.. Pastu bygkan muka isteri.. Muka suami.. Muka anak2.. Maafkan semua orang.. Buat selama 7 hari! Subhanallah tunggu perubahan luarbiasa dari Allah. Semoga bermanfaat dan dijadikan pengajaran untuk kita semua. Salam.

Sumber : Mynewbistro
KITA KONGSI 20 AMALAN MENBUKA PINTU REZEKI


AL – FATIHAH
Sebelum memulai 20 amalan mulia yang akan anda mulai sesudah  membaca amalan ini,
anda terlebih dahulu diharuskan untuk membaca Surah Al-Fatihah seperti di bawah setiap hari:
Dan setelah selesai membacanya,
Anda niatkan seperti di bawah:
(salin atau cetak & jadikan amalan setiap hari )
Ya Rabb… Ya Rabb… Ya Rabb…
aku hadiahkan khasiat Al-Fatihah ini kepada (ibu & bapak) ku,
aku hadiahkan khasiat Al-Fatihah ini kepada diriku,
aku hadiahkan khasiat Al-Fatihah ini kepada (Nabi Muhammad) Rasul ku,
aku hadiahkan khasiat Al-Fatihah ini kepada kedua-dua (kakek & nenek) ku,
aku hadiahkan khasiat Al-Fatihah ini kepada kesemua (Isteri/suami, anak, saudara-saudari kandung) ku,
aku hadiahkan khasiat Al-Fatihah ini kepada seluruh umat Islam (yang hidup & yang telah mati),
aku hadiahkan khasiat Al-Fatihah ini kepada insan yang pernah mendidik ku,
berkatilah hidup mereka semuanya,
dan masukkanlah kami ke syurgamu dan kekalkan kami di sana,
payungilah kami dengan Rahmatmu kepada kami dari dunia sampai ke syurga,
dan kekalkanlah kami bersama keluarga kami di dalam syurga-Mu,
temukanlah kami semua dengan Nabi Muhammad di syurga-Mu Ya Allah,
aku telah bermohon pada-Mu tuhan ALAM SEMESTA,
makbulkan doaku ini,
jika tidak di dunia Engkau zahirkan, maka makbulkanlah di akhirat nanti,
SESUNGGUHNYA KAU TIDAK MEMUNGKIRI JANJI.
20 Amalan Mulia
Pasti
Membuka Pintu Rezeki Kita

Amalan 1.
Selalu Menyempatkan diri beribadah –

Allah tidak sia-siakan pengabdian diri hamba-Nya,
seperti firman-Nya dalam Hadis Qudsi:
Wahai anak Adam,
sempatkanlah untuk menyembah-Ku,
maka Aku akan membuat hatimu kaya dan menutup kefakiranmu.
Jika tidak melakukannya maka Aku akan penuhi tanganmu dengan kesibukan,
dan Aku tidak menutup kefakiranmu.”
(Riwayat Ahmad, Tirmizi, Ibnu Majah dan al-Hakim dari Abu Hurairah r.a.)

Amalan 2.
Memperbanyak istighfar –
Istighfar adalah rintihan dan pengakuan dosa seorang hamba di depan Allah,
yang menjadi sebab Allah merasa sayang  pada hamba-Nya,
lalu Allah berkenan melapangkan jiwa dan kehidupan dari hamba yang meminta itu.
Sabda Nabi Muhammad s.a.w.:
“Barang siapa memperbanyak istighfar,
maka Allah S.W.T  akan menghapuskan segala kedukaannya,
menyelesaikan segala masalahnya,
dan memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka.”
(Riwayat Ahmad, Abu Daud, an-Nasa’i, Ibnu Majah dan al-Hakim dari
Abdullah bin Abbas r.a.)

Amalan 3.
Meninggalkan perbuatan dosa –
Istighfar tidak diterima di sisi Allah jika masih saja berbuat dosa.
Dosa bukan saja membuat hati menjadi resah,
Namun juga akan menutup pintu rezeki.
Sabda Nabi Muhammad s.a.w.:
“… dan seorang lelaki akan diharamkan baginya rezeki karena dosa yang diperbuatnya.”
(Riwayat at-Tirmizi)
Antara perbuatan dosa yang sehari-hari kita lakukan:
– Memandang aurat manusia – Mengumpat secara berlebihan (termasuk juga melalui media internet menggunakan papan keyboard)
– Berburuk sangka – Memandang rendah keadaan orang lain – Merasa diri lebih baik dan utama – buang sampah sembarangan atau keluar dari kendaraan – dan perkara2 yang anda pikirkan sebagai sesuatu yang jelek

Amalan 4.
Senantiasa ingat kepada Allah –
Banyak mengingat Allah membuatkan hati tenang dan kehidupan terasa lapang.
Ini rezeki yang hanya Allah berikan kepada orang beriman (yaitu Islam).
Firman-Nya:
“(iaitu) orang-orang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingat
Allah . Ingatlah, hanya dengan mengingat  Allah hati menjadi tenteram.”
(Al Quran, Surah Ar-Ra’d, Ayat 28)
Antara amalan mengingat Allah yang bisa kita lakukan:
– sambil kerja sambil berzikir dalam hati (tak mesti gerakkan mulut)
– banyakkan bersyukur setiap 1 jam (dengan cara anda masing-masing)
– mulakan setiap 1 hal atau aktivitas dengan Bismillah (kalau anda mampu)
– dan apa saja perbuatan “baik” asalkan pikiran anda senantiasa mempunyai
“connection” dengan Allah tanpa terjadinya “disconnect” dengan Allah.

Amalan 5.
Berbakti dan mendoakan ibu bapa –
Dalam hadis riwayat dari Imam Ahmad,
Nabi Muhammad s.a.w. berpesan,
agar siapa yang ingin panjang umur dan ditambahkan rezekinya,
hendaklah berbakti kepada ibu bapaknya dan menyambung tali kekeluargaan.
Nabi Muhammad s.a.w. juga bersabda:
“Siapa berbakti kepada ibu bapaknya,
maka kebahagiaanlah buatnya,
dan Allah akan memanjangkan umurnya.”
(Riwayat Abu Ya’ala, at-Tabrani, al-Asybahani dan al-Hakim)
Mendoakan ibu bapak juga menjadi sebab mengalirnya rezeki,
berdasarkan sabda Nabi s.a.w.:
“Apabila hamba itu meninggalkan berdoa kepada kedua orang tuanya,
niscaya terputuslah rezeki (Allah ) daripadanya. “
(Riwayat al-Hakim dan ad-Dailami)

Amalan 6.
Berbuat baik dan menolong orang yang lemah –
Berbuat baik kepada orang yang lemah, termasuk juga
menggembirakan dan membahagia orang tua, orang yang sakit, anak yatim dan fakir miskin, juga isteri dan anak-anak yang masih kecil.
Sabda Nabi Muhammad s.a.w.:
“Tidaklah kamu diberi pertolongan dan diberi rezeki,
melainkan karena orang-orang lemah di kalangan kamu.”
(Riwayat Bukhari)

Amalan 7.
Tunaikan atau Penuhi  Keperluan orang lain –
Menunaikan atau memenuhi keperluan atau keinginan  orang,
menjadi sebab Allah melapangkan rezeki dalam bentuk yakni terpenuhinya hajat atau keinginan kita sendiri,
seperti sabda Nabi Muhammad s.a.w.:
“Siapa yang menunaikan hajat saudaranya maka Allah akan menunaikan hajatnya…”
(Riwayat Muslim)

Amalan 8.
Banyak bershalawat –
Ada hadist yang menganjurkan bershalawat jika hajat atau cita-cita tidak tertunai,
kerana shalawat itu dapat menghilangkan kesusahan, kesedihan,
shalawat itu dapat menghilangkan kesukaran serta meluaskan rezeki,
shalawat itu dapat menyebabkan terlaksananya semua hajat.
Wallahu a’lam.
Amalan 9.
Buat kebajikan sebanyak-banyaknya –
Ibnu Abbas berkata:
“Sesungguhnya kebajikan itu memberi cahaya kepada hati,
kemurahan rezeki, kekuatan jasad dan disayangi oleh makhluk yang lain.
Manakala kejahatan pun bisa menggelapkan rupa,
menggelapkan hati, melemahkan tubuh, sempit rezeki & makhluk lain mengutuknya. “

Amalan 10.
Beraktivitas Sepagi mungkin –

Menurut Nabi Muhammad s.a.w.,
berpagi-pagi (memulai aktivitas harian sebaiknya selesai solat Subuh berjemaah)
adalah amalan yang berkat.
Amalan 11.
Menjalin silaturrahim –
Nabi Muhammad s.a.w. bersabda:
“Barang siapa ingin dilapangkan rezekinya dan dilambatkan ajalnya,
maka hendaklah dia menghubungi sanak-saudaranya. “
(Riwayat Bukhari)

Amalan 12.
Membiasakan selalu dalam keadaan berwudhu’ –
Seorang Arab badui menemui Nabi Muhammad s.a.w.
dan meminta pedoman mengenai beberapa perkara termasuk minta dimurahkan rezeki
Nabi Muhammad s.a.w. pun bersabda:
“Senantiasalah berada dalam keadaan bersih (dari hadas)
niscaya Allah akan memurahkan rezeki.”
(Diriwayatkan dari Sayyidina Khalid al-Walid)

Amalan 13.
Bersedekah –
Sedekah mengundang rahmat Allah dan menjadi sebab Allah membuka pintu rezeki.
Nabi Muhammad s.a.w. bersabda kepada Zubair bin al-Awwam:
“Hai Zubair,
ketahuilah bahwa kunci rezeki hamba itu ditentang Arasy,
yang dikirim oleh Allah azza wajalla kepada setiap hamba sekadar nafkahnya.
Maka siapa yang membanyakkan pemberian kepada orang lain,
niscaya Allah membanyakkan baginya.
Dan siapa yang menyedikitkan,
niscaya Allah menyedikitkan baginya.”
(Riwayat ad-Daruquthni dari Anas r.a.)

Amalan 14.
Membiasakan diri untuk solat malam (Solat Tahajud) –
Hadits menunjukkan bahwa amalan solat tahajjud memudahkan manusia untuk memperoleh rezeki,
menjadi sebab seseorang itu dipercayai dan dihormati orang
dan doanya dimakbulkan oleh Allah .

Amalan 15.
Membiasakan Solat Dhuha –
Waktu Solat Dhuha
– adalah 28 menit selepas waktu syuruk
– waktu syuruk = waktu terbit matahari
– waktu maksimum Dhuha ketika kurang lebih 15 menit sebelum masuk waktu dzuhur
Solat Dhuha lazimnya dilakukan disaat manusia sibuk dengan urusan dunia
Amalan ini mempunyai rahasia tersendiri yang Luar Biasa.
Firman Allah dalam hadis qudsi:
“Wahai anak Adam,
jangan sekali-kali engkau malas mengerjakan 4 rakaat pada waktu permulaan siang
(solat Dhuha),
nanti pasti akan Aku cukupkan keperluanmu pada petang harinya.”
(Riwayat al-Hakim dan Thabrani)

Amalan 16.
Bersyukur kepada Allah –
Syukur artinya mengakui segala pemberian dan nikmat dari Allah .
Lawannya adalah kufur nikmat.
Allah berfirman:
“Sesungguhnya!
Jika kamu bersyukur,
niscaya akan Aku tambahi nikmat-Ku kepadamu,
dan jika kamu kufur,
sesungguhnya azab-Ku amat keras.”
(Al-Quran, Surah Ibrahim, Ayat 7)
Allah berfirman lagi:
“… dan Kami akan memberi balasan kepada orang-orang yang bersyukur.”
(Al-Quran, Surah Ali Imran, Ayat 145)

Amalan 17.
Amalkan zikir dan bacaan ayat Al-Quran tertentu –
Zikir dari ayat-ayat Al-Quran atau Asma’ul Husna (99 Nama Allah)
selain dapat menenangkan hati manusia,
malah dapat menjernihkan perasaan dan melunakkan hati,
amalan berzikir mengandungi fadilah khusus untuk
– keluasan ilmu
– terbukanya pintu hidayah,
– dimudahkan untuk memahami agama,
– diberi kemanisan iman
– dan dilapangkan rezeki.
Misalnya,
2 ayat terakhir Surah at-Taubah (ayat 128-129)
jika dibaca secara rutin 7 kali selepas solat fardhu,
dikatakan bisa menjadi sebab Allah lapangkan kehidupan dan murahkan rezeki.
Salah satu nama Allah ,
al-Fattah (Maha Membukakan)
dikatakan dapat menjadi sebab dibukakan pintu rezeki jika dibaca selalu;
misalnya dibaca
“Ya Allah ya Fattah” berulang-ulang,
diiringi doa:
“Ya Allah ,
bukalah hati kami untuk mengenali-Mu,
bukalah pintu rahmat dan pengampunan-Mu,
ya Fattah ya ‘Alim.”
Ada juga hadis menyebut,
siapa amalkan baca Surah al-Waqi’ah setiap malam,
dia tidak akan ditimpa kefakiran & kemiskinan selagi dia hidup di dunia ini.
Wallahu a’lam.

Amalan 18.
Berdoa –
Berdoa menjadikan seorang hamba dekat dengan Allah, bergantung dan mengharap pada rahmat dan pemberian dari-Nya.
Dalam Al-Quran,
Allah suruh kita meminta kepada-Nya,
niscaya Dia akan kabulkan.
Nota:
– tanggungjawab manusia untuk selalu berdoa kepada Allah (jangan berhenti dari amalan ini )
– kehendak Allah untuk memakbulkan apa saja permintaan manusia
– gabungkan formula doa ini dan berdoa di waktu mustajab (pukul 2~3 tengah malam)
Inilah buktinya…
Allah berfirman lagi:
“…dan tuhanmu berfirman,
berdoalah kepada-Ku,
niscaya akan Ku-perkenankan bagimu…”
(Al-Quran, Surah Ghafir, Ayat 60 )

Amalan 19.
Berikhtiar setelahnya –
Siapa yang berusaha, dia akan dapat.
Ini sunnatullah.
Dalam 1 hadis sahih dikatakan bahawa Allah berikan dunia kepada orang yang
dicintai-Nya dan yang tidak dicintai-Nya,
tapi nikmat agama Islam hanya Allah beri kepada orang yang dicintai-Nya saja.
(Riwayat Ahmad, Ibnu Abi Syaibah dan al-Hakim)
Bagi orang Islam yang beriman,
tentulah dia perlu mencari sebab-sebab yang bisa membawa kepada murah rezeki
dalam ruang lingkup yang lebih luas.
Misalnya,
Agar tenang saat membaca Al-Quran,
hendak dapat anak yang baik sehingga dididiknya sejak anak dalam kandungan,
hendak sehat maka dijaganya konsumsinya dan memakan makanan yang baik dan halal,
hendak dapat tetangga yang baik maka dia sendiri mesti berusaha jadi baik,
hendak dapat jodoh yang baik dia sendiri kena jadi baik terlebih dulu,
hendak rezekinya  berkat maka dijauhinya dari sumber yang haram,
dan sebagainya.

Amalan 20.
Bertawakkal –
Dengan tawakal,
seseorang itu akan dikaruniakan rasa kaya oleh Allah .
Firman-Nya:
“Barang siapa bertawakal kepada Allah ,
niscaya Allah mencukupkan (keperluannya) .”
(Al Quran, Surah At-Thalaq, Ayat 3)
Nabi Muhammad s.a.w. bersabda:
“Seandainya kamu bertawakal kepada Allah dengan sebenar-benar tawakal,
niscaya kamu diberi rezeki seperti burung diberi rezeki,
ia pada waktu pagi hari lapar namun petang hari ia telah kenyang.”
(Riwayat Ahmad, at-Tirmizi, Ibnu Majah, Ibnu Hibban, al-Hakim dari Umar bin al-Khattab r.a.)
Kesemua 20 amalan mulia yang telah disebutkan diatas,
adalah amalan-amalan yang membawa kepada takwa.
Dengan takwa,
Allah akan memberi
“jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkan) ,
dan memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas di hatinya.”
(Al-Quran, Surah At-Talaq, Ayat 2~3)
Pendek kata,
bagi orang Islam,
untuk murah rezeki dalam artikata yang sebenarnya,
kuncinya adalah berbuat amalan-amalan ketakwaan.
Amalan-amalan ini menjadi sebab jatuhnya kasih sayang Allah,
lalu Allah limpahi hamba-Nya dengan keluasan rezeki dan rasa kaya dengan
pemberian-Nya.
Selamat Beribadah
dan semoga amalan-amalan ibadah kita diterima oleh Allah,
dan mohonlah pada Allah,
supaya kita semua dapat berjumpa di galaksi SYURGA,
bersama-sama kita semuanya kekal di sana,………..