Jun
24
2007

Yiihaa!! Kasyah Kembali!

Nota : Baca dengan mood ceria okay!

Aku berasa bergembira dan bersyukur setelah berjaya keluar dari wad yang membosankan. Pastinya ianya suatu pengalaman derita dan manis sepanjang 3 hari di sana. Maafkan aku pembaca kasyah dot com, aku tidak berupaya untuk menulis sejak Jumaat lepas. Mari aku huraikan rentetan perjalananku tika saat ini.

alexandria_animal_hospital__veterinary_emergency_hospital_3.jpg

Jumaat

0500 : Aku terjaga dari tidur sambil perutku terasa lain macam sekali. Aku tidak pasti kenapa. Berulang kali aku ke bilik air.

0700 : Aku muntah air hampir 10 kali. Terbayang mereka yang mengandung. Bergegas ke bawah mengajak ibu ke klinik. Sepanjang perjalanan aku bengang kerana terlalu banyak laluan berbonggol yang menyakitkan perutku.

0830 : Tiba di klinik di Bandar Sungai Buloh. Disuruh rujuk ke hospital.

1100 : Disyaki apendiks. Aku dimasukkan ke wad sementara menunggu untuk membuat pembedahan petang itu.

1515 : Dimasukkan ke bilik pembedahan. Sempat berkenalan dengan 2 orang bakal doktor yang menjalani praktikal di situ.

………..aku sudah tidak sedarkan diri………….

Sabtu

Aku mengalami hari yang suram dan mendung sambil mengharapkan ada kawan yang datang menjenguk. Aku cuba meyakinkan doktor agar keluar hari ini tetapi tidak berjaya.

Ahad

Aku membuat muka bersemangat sambil mengharapkan doktor membenarkan aku keluar hari ini. Yes, berjaya juga akhirnya!

Pengalaman best! :grin: vs Pengalaman tak best! :evil:

Pertama

Aku disuntik oleh seorang misi berwajah ala-ala Zila Bakarin bertudung.

Misi itu telah tersalah suntik di bahagian tangan aku. Dia juga telah menyuntik di bahagian ‘belakang‘ aku (Aku malu betul..huhu) :oops:

Kedua

Aku berkenalan dengan Pakcik Zainal di katil sebelah aku. Memang seronok berkawan dengan dia kerana dia pandai bercerita dan tidak sombong.

Aku dapat rasakan Pakcik Zainal ni macam orang kenamaan. Sepanjang aku di sana , tidak putus-putus orang yang datang melawatnya. Sudahlah wad itu dikongsi kami bertiga, aku yang ditengah-tengah merasa sungguh sengsara kerana pelawat yang bercakap seperti berada di kedai kopi. Aku terpaksa melayan blues seorang diri.

Ketiga

Aku mahu ke tandas dan seorang misi menawarkan aku agar menggunakan bekas urine. Aku menolak kerana malu. Misi itu bertanya samada aku confident untuk ke tandas seorang diri. Aku membuat muka poyo, “Yes!”.

Menahan sengsara di bahagian luka yang baru mahu sembuh semata-mata egoku sendiri. Aku cepat-cepat menyelesaikan urusanku dan keluar segera kerana sudah berasa pening-pening kepala. Menekan butang kecemasan agar misi segera menolong mengangkatku kembali ke atas katil.

Keempat

Wadku ada penghawa dingin.

Aku tidak boleh mandi. Mahu lap badan pun terbatas.

Kelima

Ramai sungguh gadis-gadis yang menemani ibu bapa mereka melawat Pakcik Zainal.

Aku terpaksa membuat muka ceria dan poyo sambil pura-pura boleh bersandar di belakang katil. Hajatku mahu melelapkan mata tidak kesampaian gara-gara mereka. Mahu cover macho konon. :lol:

Keenam

Aku melihat doktor-doktor perempuan yang memakai penutup mulut itu ’sexy’.

Sentiasa dipandang slack oleh mereka. Apa salahku?? :lol:

Aku mendapati beberapa perkara yang patut dipertimbangkan oleh diriku sendiri dan mereka yang berkaitan

1. Jangan terlalu ego dengan kesihatan sendiri. Aku merasakan sudah cukup sihat namun setelah terkena kepada diriku sendiri, aku rasakan aku perlu lebih mengambil berat tentang kesihatanku.

2. Jangan malu tentang kesihatan sendiri..oppss…jangan malu kepada misi yang ikhlas membantu. Dengarlah kata-kata mereka. Sesungguhnya tanpa mereka malaplah hospital.

3. Melawat orang sakit memang elok namun tolonglah buat kawalan terhadap mulut anda. Pesakit di sebelah sudahlah sakit, pasti anda tidak mahu menyakitkan mereka lagi.

Kawanku Tze Mi, sms panjang padaku tentang apendiks ini.

Appendix is an organ in the body attached to the digestive track. Normally, food passes by the appendix. But abrupt vibration when food is passing by can force food to enter the appendix. This will cause poisoning at the appendix, followed by very painful feeling at the lower right side of the abdoment, correct? The appendix will inflame and eventually burst. Thats why have to faster operate. So can u eat and drink not?

Aiyo, belum lagi maa…

Apapun yang penting semasa aku di hospital aku menyedari bahawa kesihatan sebenarnya bergantung kepada emosi dan semangat kita. Diri kita penentunya.

Sekarang aku di rumah dan aku akan mulakan misi menjejaki blog-blog kawanku. Yeah!!! :mrgreen:

apendiks ego Life Documentary

Popularity: 5% [?]

Written by kaSyah in: Life Documentary |

43 Comments »


  • Fatal error: Call to undefined function get_avatar() in /home/kasyahc/public_html/wp-content/themes/aeros/comments.php on line 24