Yiihaa!! Kasyah Kembali!
Nota : Baca dengan mood ceria okay!
Aku berasa bergembira dan bersyukur setelah berjaya keluar dari wad yang membosankan. Pastinya ianya suatu pengalaman derita dan manis sepanjang 3 hari di sana. Maafkan aku pembaca kasyah dot com, aku tidak berupaya untuk menulis sejak Jumaat lepas. Mari aku huraikan rentetan perjalananku tika saat ini.

Jumaat
0500 : Aku terjaga dari tidur sambil perutku terasa lain macam sekali. Aku tidak pasti kenapa. Berulang kali aku ke bilik air.
0700 : Aku muntah air hampir 10 kali. Terbayang mereka yang mengandung. Bergegas ke bawah mengajak ibu ke klinik. Sepanjang perjalanan aku bengang kerana terlalu banyak laluan berbonggol yang menyakitkan perutku.
0830 : Tiba di klinik di Bandar Sungai Buloh. Disuruh rujuk ke hospital.
1100 : Disyaki apendiks. Aku dimasukkan ke wad sementara menunggu untuk membuat pembedahan petang itu.
1515 : Dimasukkan ke bilik pembedahan. Sempat berkenalan dengan 2 orang bakal doktor yang menjalani praktikal di situ.
………..aku sudah tidak sedarkan diri………….
Sabtu
Aku mengalami hari yang suram dan mendung sambil mengharapkan ada kawan yang datang menjenguk. Aku cuba meyakinkan doktor agar keluar hari ini tetapi tidak berjaya.
Ahad
Aku membuat muka bersemangat sambil mengharapkan doktor membenarkan aku keluar hari ini. Yes, berjaya juga akhirnya!
Pengalaman best!
vs Pengalaman tak best!
Pertama
Aku disuntik oleh seorang misi berwajah ala-ala Zila Bakarin bertudung.
Misi itu telah tersalah suntik di bahagian tangan aku. Dia juga telah menyuntik di bahagian ‘belakang‘ aku (Aku malu betul..huhu)
Kedua
Aku berkenalan dengan Pakcik Zainal di katil sebelah aku. Memang seronok berkawan dengan dia kerana dia pandai bercerita dan tidak sombong.
Aku dapat rasakan Pakcik Zainal ni macam orang kenamaan. Sepanjang aku di sana , tidak putus-putus orang yang datang melawatnya. Sudahlah wad itu dikongsi kami bertiga, aku yang ditengah-tengah merasa sungguh sengsara kerana pelawat yang bercakap seperti berada di kedai kopi. Aku terpaksa melayan blues seorang diri.
Ketiga
Aku mahu ke tandas dan seorang misi menawarkan aku agar menggunakan bekas urine. Aku menolak kerana malu. Misi itu bertanya samada aku confident untuk ke tandas seorang diri. Aku membuat muka poyo, “Yes!”.
Menahan sengsara di bahagian luka yang baru mahu sembuh semata-mata egoku sendiri. Aku cepat-cepat menyelesaikan urusanku dan keluar segera kerana sudah berasa pening-pening kepala. Menekan butang kecemasan agar misi segera menolong mengangkatku kembali ke atas katil.
Keempat
Wadku ada penghawa dingin.
Aku tidak boleh mandi. Mahu lap badan pun terbatas.
Kelima
Ramai sungguh gadis-gadis yang menemani ibu bapa mereka melawat Pakcik Zainal.
Aku terpaksa membuat muka ceria dan poyo sambil pura-pura boleh bersandar di belakang katil. Hajatku mahu melelapkan mata tidak kesampaian gara-gara mereka. Mahu cover macho konon.
Keenam
Aku melihat doktor-doktor perempuan yang memakai penutup mulut itu ’sexy’.
Sentiasa dipandang slack oleh mereka. Apa salahku??
Aku mendapati beberapa perkara yang patut dipertimbangkan oleh diriku sendiri dan mereka yang berkaitan
1. Jangan terlalu ego dengan kesihatan sendiri. Aku merasakan sudah cukup sihat namun setelah terkena kepada diriku sendiri, aku rasakan aku perlu lebih mengambil berat tentang kesihatanku.
2. Jangan malu tentang kesihatan sendiri..oppss…jangan malu kepada misi yang ikhlas membantu. Dengarlah kata-kata mereka. Sesungguhnya tanpa mereka malaplah hospital.
3. Melawat orang sakit memang elok namun tolonglah buat kawalan terhadap mulut anda. Pesakit di sebelah sudahlah sakit, pasti anda tidak mahu menyakitkan mereka lagi.
Kawanku Tze Mi, sms panjang padaku tentang apendiks ini.
Appendix is an organ in the body attached to the digestive track. Normally, food passes by the appendix. But abrupt vibration when food is passing by can force food to enter the appendix. This will cause poisoning at the appendix, followed by very painful feeling at the lower right side of the abdoment, correct? The appendix will inflame and eventually burst. Thats why have to faster operate. So can u eat and drink not?
Aiyo, belum lagi maa…
Apapun yang penting semasa aku di hospital aku menyedari bahawa kesihatan sebenarnya bergantung kepada emosi dan semangat kita. Diri kita penentunya.
Sekarang aku di rumah dan aku akan mulakan misi menjejaki blog-blog kawanku. Yeah!!!
Popularity: 6% [?]






“Sentiasa dipandang slack oleh mereka. Apa salahku?? :lol:”
giahaha.. ko usha lebih kat misi tu kot..
-appendix satu organ badan yang takde fungsi (betulke)
-lepas operate, takan kene lagi.. (betulkan?
)
-welcome back-
hehe.. aku tak tau la bro… tapi memang cun2 kat sana…wakaka
aku tak berapa sure la tapi kalau kena sekali tak kena lagi dah…hehe
mungkin ada bakal2 doktor mahu mengomen..hehe
tq.
padanlah engko tkder di alam ini… tertanya2 aku.. haha.. moga cepat elok…
arephy, betullah.. appendix tkder fungsi..
oooo.. kan kau cakap doktor2 yg tutup mulut uth nampak sexy kan… kalau tgk gamba aku kat myspace.. aku sexy tak?
wakakakakakaka~~~
yeah…tq sis! aku sibuk memikirkan apelah member2 blog aku tgh buat sekarang ni kat hospital.
hehe..appendix xde fungsi.. abis tu buat ape ada kat dalam badan..hahaha..
oh tidak… ko pakai topeng ninja… haha
owh.. masuk wad rupanya ko.. he he.. sempat lagi ye nak mengusya misi2 dan doktor wanita di’sana.. ha ha.. ade dapat no phone tak? :p
lepas kena pandang slack ngan doktor perempuan tu, aku hilang punca..hehe.
patut la senyap, ilang kejap..masuk spital ek?? sian ko
aku doakan anda cepat sembuhhhh
tq..shambie. aku rindukan cerita2 jepun di rumahku sekarang ni
patut la lama menghilang. tak apa la.. semoga cepat sembuh~
amin..semoga cepat la aku sembuh. masih berbaring di atas katil sambil surfing
ic c, lagi sorang masuk wad. patutlah lama xde. musykil. moga cepat sembuh ya.
ps: ada dapat email?
tq bro for ur sapot. oh dapat dah email tu
yang gambar tuh, yang sedah dibedah tu apa ya? teddy bear ker?
lagi satu, kat mybloglog ko kan ada doctor pakai penutup hehe…
macam teddy bear kan?berbulu2 kakinya..
perasan tak doktor tu tgh bedah tang mana?
ohh itu adalah kaki aku….hoho
oh doktor pakai penutup itu ke..hehehe
semoga kau kembali sihat seperti sedia kala dengan cepat
.. tapi kan, kalau shutterspeak masuk hospital, mesti dia bawak kamera dia dan mengambil gambar di sana 
haha… itu gorila tu. amuk sakan nanti kalu tersedar.
apohalpun moga ceria kembali. jaga kesihatan elok2.
usha misi elok2. peluang hanya masa sakit je nak jumpa misi dalam hospital. hahha…
tak bagi kad bisness pada misi ke?
tq bro..hehe. sempat lagi suruh usha misi ye.
tak bagi la,kasi no tepon je..hehe
wah.welcome back kasyah.
patut la mghilang.
dan..zila bakarin masuk dlm mimpiku mlm smlm..xsuka!xsuka!
pasni rehat byk2 ye kasyah
tq sis.
oh gimana zila boleh tersesat ke dalam mimpi kau…har har
welcome back.
moga cepat sembuh ya.
Jgn pula lepas nie buat2 sakit sbb nak usyar misi lak yer…
kalo niat baik takper….har har
erk, kene operate rupanya… adehh seriau plak rs… tingat sblm ni.. my kazen pun penah kene operate sbb apendiks.. die tunjuk gambo agi.. ngaaa diya plak rs nak pengsan… huhu… cepat sembuh ye kasyah!
glad u’re back bro
getting better, i hope. if i were u, i wud flirt like crazy u know. tp provided if i’m warded, ada la doctor2 lelaki yg hensem ke cute ke, hehe. but one thg for sure, i hate staying in room yg ada 2-3 patients, sedih gila kalau takde org yg dtg visit, uhuk.
tq sis.. hehe.. alwiz looking for hensem doc ke? of coz sedey if nobody visit ..sudahlah sakit..sorang2 je. yeah im feels better
welcome back bro…semoga penulisan2 kamu bisa meruntuh hati luluh kami! hehehe
patutlaa lame ko menghilang… aku tgk ko tak update aku pon xupdate??? lagi pon internet slow gilaaa.. cantik erk misi tu?? nape xayat saje.. takde berani ke ??
haha..ko pun x update ke…huhu
kalo aku bawa kamera bisa saja aku paprkan.
oh..aku mmg tidak berani..hehe
curik curik laa mik.. pakai camera handphone? kekekekek
haha aku punya hs cap ayam je. mane ada kamera.gprs ke apa ke , sume takde..huhu
oh..appendix mmg kurang fungsi..tp katanye banyak infection-fighting lymphoid cells..maka dia ada role in immune system..tp klu tanye dokto, apa sebab kena appendicitis dyrg akan jawab: ‘NO ONE KNOWS THE CAUSE’.smuge cpt sembuh.salam kenal~
tq jet for the info.hehe sama la jawapan yang tanya kat doktor tu,,no one knows..
welkem here jet!
camne bleh tetiba kena appendix lak nie…
haha.. ada la mende yang salah parking ni…
slmt kembali n smg cepat sembuh…
y…
may god bless u all d wa
get well soon…
may god bless u…
tq aishah for your support…
Askm Kasyah, beberapa hari tak sempat buat kunjungan disini. Dah berubah rupanya..
Oh…kasyah kena appendik ya..so cam mana sekarang? dah ok ke?
Ktom dulu dah kena..dah operate….ubat yg ktom makan untuk cepat sembuh adalah Sup Belut…cubalah ..memang berkesan punya…
Anyway, jgn makan sea food ya…takut nanti bernanah.
wslm kak…huhu theme tu baru berubah semalam.
a’a kena apendix..skrang di rumah. berbaring je kat umah. surfing pun atas katil.
akak pun penah kena ke. kelmarin ada tru pati ikan haruan polleney… huhu… maybe kali terakhir saya makan… xtahan la. skrang try makan gamat n aloe vera je.
okay kak, tq for the tips
[…] Masihkah anda ingat misi ala-ala Zila Bakarin? Oh ya aku terjumpa dengannya tadi. Minta maaf, muka dia cuma ada iras sikit dari Zila Bakarin […]
[…] me) dropped off after I waiting about 2 months. Yeah…my abs looks clean but a scar from last operate still stayed. But I thinks its cool for guy to have scar. Look brutal and macho […]
[…] yes, a nurse looks like Zila Bakarin still works at there…mmmmhahahahaha. We used to be dating last […]