Jun
15
2007

Tawaran untuk design logo

UPDATE : Masalah streamyx sudah settle

&Yes…berjaya juga aku mencari tempat untuk surfing setelah beberapa buah cyber cafe di tempat aku ditutup kerana masalah streamyx :evil:

Berbalik kepada tajuk di atas, sebagai salah seorang AJK untuk salah satu acara wajib di Universiti Teknologi Malaysia, aku ditugaskan untuk mencari freelancer yang akan merekacipta logo acara tersebut. Acara apa, itu aku akan dedahkan secara peribadi.

Makanya, aku ingin tahu jika ada sesiapa yang sudi menawarkan diri untuk mencipta logo bagi acara tersebut. Aku sudah bertanya kepada bos aku berapa jumlah ganjaran yang akan diberikan. Ringgit Malaysia Lima Puluh Sahaja. Sungguh kedekut bagus kan bos aku tu… :P Aku tidak mark-up apa-apa pun! Nanti aku tanyakan kalau boleh tambah lagi. Namun aku berharap kepada yang terpilih boleh ajar aku sikit pasal design logo (kalau sudi la). Aku mahu belajar..hehe

Kelayakan yang aku perlukan

1. Boleh men’design’ logo dengan kreativiti sendiri.

2. Mempunyai no akaun bank di Malaysia (aku lebih prefer Maybank).

3. Tiada hubungan persaudaraan dengan bos aku itu. :P

Tarikh tutup adalah pada pukul 12 tengah hari waktu Malaysia hari Ahad 17 Jun 2007. Aku akan menghantar minimum 3 design kepada bos aku. Bos aku pula akan berjumpa pula dengan bos besar di pejabat Canselori. Keputusan semuanya di tangan mereka.

Kepada yang berminat, sila hantarkan email ke nicolbay[a]gmail.com. Nanti aku akan hantarkan balasan email dengan butiran lebih lanjut. Segala maklumat anda dirahsiakan. :D

Kenapa aku tidak design sendiri? Pasti anda tahu jawapannya… ha ha

ps - Kalau harga yang ditawarkan tidak mengikut standard biasa, sila informkan aku.

pps - Jika aku lambat berhubung, aku minta maaf kerana tiada line internet di rumahku waktu ini. Aku akan berusaha secepat yang mungkin okay :P .

ppps - Terima kasih kepada yattie yang banyak menolong aku.

Beautiful Design logo utm

Popularity: 4% [?]

Written by kaSyah in: Beautiful Design |

28 Comments »


  • Fatal error: Call to undefined function get_avatar() in /home/kasyahc/public_html/wp-content/themes/aeros/comments.php on line 24