Saya tahu saya tak handsome tapi jangan buat saya begini
Aku telah setahun lebih mengenali seorang perempuan ni. Di awal perkenalan, kami selalu ber’sms’. Tapi dia mempunyai perangai yang pelik seperti biskut Chipsmore iaitu kejap ada, kejap takde. Pada mulanya aku anggap biasa sahaja lebih-lebih lagi aku memang tiada niat lain dengan dia. ‘Just a friend’.
Kejap nak kejap tak nak. Macam Chipsmore

Tapi suatu hari aku tersedar, betapa bodohnya aku kerana lambat menyedari niat gadis itu. Mungkin ayat ini kurang manis tapi gadis itu selama ini mempergunakan aku untuk menambat hati kawan aku. Bagi lelaki, bila kita dipergunakan oleh wanita sudah pasti kita ego kita yang tinggi akan mendidih 100 darjah celcius. Tetapi semua itu akan menjadi negatif darjah celcius apabila keindahan wanita menjadi satu alasan untuk lelaki terus menjadi bodoh dipergunakan.
Saya tahu saya tak handsome


Aku menjadi geram dan marah apabila dia mempergunakan kawan-kawan aku. Minta maaf, buat masa ini kawan-kawan aku lebih bernilai. Terasa pula diri ini macam habis madu sepah dibuang (Korang jangan fikir bukan-bukan pula). Tak susah, aku terus menyepikan diri dan menukar nombor telefon. Senang cerita.Okay, tutup cerita.
Member aku, M akan datang tengah hari ini dari Perlis. Dia menempuh perjalanan yang jauh tergesa-gesa cumalah dengan satu tujuan. Memikat kembali awek lama dia. Tadi dia baru menelefon aku dan menceritakan tentang hati dia yang sampai sekarang masih tak dapat lupakan ex-girfriend dia (Mereka baru sahaja clash 2 bulan lepas). Tak silap aku hubungan M dan bekas awek dia sejak zaman sekolah lagi.
“Ko masih cintakan dia ke?”
“Aku memang cintakan A. Sampai sekarang aku tak boleh lupakan dia.”
“Dia sayangkan ko tak?”
“A pun masih sayangkan aku.”
“Kalo betul-betul hati ko cakap ko masih tak dapat lupakan dia, esok ko datang. Jangan pulak ko dengar cakap orang atau benda-benda lain yang mengarut.”
“Ko ada cadangan tak aku nak kasi hadiah apa nak ngurat dia balik?”
Kalau aku, nak kasi barang-barang spa ni. Biar kasi wangi lagi..haha

Aku terkedu kerana aku tak mempunyai pengalaman seperti itu. So aku meminta jasa baik anda semua jika ada idea tentang hadiah yang bakal diberi, tolonglah bagitahu. Mengarut ke, tah pape ke, just kasi idea. Sekian trimas kasih.
handsome Life Documentary My Documentary PentenePopularity: 3% [?]
Fatal error: Call to undefined function get_avatar() in /home/kasyahc/public_html/wp-content/themes/aeros/comments.php on line 24