Home » Sarcastic vs Opinion

Undang-undang baru : Gunakan lorong sebelah kiri untuk memotong

3 June 2007 618 views 24 Comments

Aku baru sahaja tiba di Gombak, menumpang tidur di rumah Alan malam ini. Kami terlewat hampir sejam setengah disebabkan kesesakan lalu lintas di Lebuhraya PLUS. Kesesakan yang bermula sejak dari Pedas hingga ke Perhentian Rehat Seremban membuatkan aku kelemasan. Kebosanan, kebengangan, keletihan semuanya menjadi bercampur-aduk.

Lorong lembab sebelah kanan

03062007357.jpg

Malam ini aku telah menyaksikan satu fenomena baru. Pastikan jika anda mahu memotong atau anda mahu cepat tiba ke destinasi, gunakanlah lorong sebelah kiri. Bukan lorong kecemasan/motor tetapi lorong yang berada di kiri sekali. Kali ini lorong sebelah kanan yang selalu aku gunakan telah menjadi lorong paling lambat untuk bergerak. Walaupun tiada sangat halangan di depan seperti kemalangan atau 3 lorong menjadi 2, tetapi lorong sebelah kanan tetap menjadi lorong terlambat.

Aku cuba memahami pemikiran mereka-mereka yang tidak melajukan kenderaan di lorong sebelah kanan.

1. Takut kena saman walhal bawa pun 20-30km/j
2. Di depan aku semuanya rabun malam atau orang-orang tua yang takut untuk beralih ke kiri.
3. Kereta mereka hampir-hampir kehabisan minyak maka mereka mengurangkan kelajuan supaya sempat tiba di stesen minyak.
4. Mereka ingat orang yang tersayang.

Tetapi fenomena yang biasa aku lihat semasa traffic jam masih tidak berubah. Pada masa inilah anda akan melihat 2 lorong menjadi 3 lorong dan 3 lorong menjadi 4 lorong. Pengguna-pengguna jalanraya akan memaksimumkan penggunaan jalan dengan menjadikan lorong kecemasan sebagai lorong extra. Perkara ini telah menjadi lumrah walaupun mungkin membahayakan penunggang motosikal yang melalui lorong itu. Apabila jalan mereka sudah diblock, maka penunggang motosikal terpaksa menggunakan pula jalan yang dikhaskan untuk kereta pula. Dengan bas, lori dan kereta yang saling menghimpit di tepi, memang bahaya.

Gambar yang diambil dari kereta pemandu terlampau yang menggunakan sementara lorong kecemasan

03062007363.jpg

Dengan hujan yang semakin lebat, kebanyakkan penunggang motosikal memberhentikan motosikal di stesen minyak atau di bawah jambatan. Kereta semakin laju dengan kelajuan maksima yang berjaya aku bawa adalah 40km/j di lorong paling kanan. Aku perhatikan semakin ke kiri lorong, semakin laju kenderaan yang dipandu. Memang rakyat Malaysia sekarang lebih gemar menggunakan lorong sebelah kiri untuk memotong. Mungkin mahu menjadi seperti Amerika yang menggunakan lorong di sebelah kiri untuk memotong.

Sebuah lori terbalik di lebuhraya menuju ke selatan berdekatan dengan Seremban. Ini juga menjadi punca masalah kesesakan dengan pemandu kenderaan akan cuba memperlahankan kereta untuk memerhatikan lori yang memang sudah sedia terbalik itu. Aku mengandaikan melihat lori terbalik satu memori indah bagi mereka. Tapi jangan pula menjadi mimpi menyirap bagi pemandu-pemandu yang mahu segera tiba ke destinasi. Pemandu Malaysia memang ‘bagus’.

Blog Widget by LinkWithin
1 Star2 Stars3 Stars4 Stars5 Stars (No Ratings Yet)
Loading ... Loading ...

24 Comments »

  • WaWa said:

    memang! haha. pemandu malaysia memang berhemah tinggi! lagi satu yang aku ’suka’ sangat, pemandu-pemandu kat malaysia ni, sikit-sikit hon, sikit-sikit nak hon! geram aku~

  • wawa said:

    entah mengapa ya, tgk lori terbalik mmg best.
    asalkan tidak terbalik atas kita.

    aku rasa mmg secara lahiriah, kalau dah duduk belkanag stereng je terus naik sheikh.

    pelik bin ajaib.

  • kasyah (author) said:

    memang sangat berhemah tinggi..huhu. Mungkin pemandu-pemandu itu mahu mengambil perhatian kau agar kau pandang kepada mereka. :P

  • kasyah (author) said:

    ini dinamakan ‘batak’ (aku di sekolah gelarkan kepada seseorang yang tidak pernah melihat sesuatu perkara dan sgt excited tentangnya)

  • Affuan said:

    datanglah ke kelantan. konpem korang akan lagi terkejut dengan gaya pemanduan berhemah (konon) rakyat kelantan he he..

  • kasyah (author) said:

    Pemanduan berhemah..wah satu hari nanti kena sampai ke sana juga ni :D

  • mohdismail said:

    yep.. biasa biasa.. mana2 pun pegi.. kemalangan memang sesuatu yang diaorg suka tonton :)

    padahal tiap hari boleh tengok kat Buletin Utama, nightline.. siap accident lain2 lagi :)

    adeh Malaysia…

  • chot said:

    pasal line belah kanan terlalu ramai digunakan..so yg belah kiri xde yg nak guna..nampak sgt pemandu m’sia ni semuanya bawa keta laju giler..seperti aku la..hehe

  • Fahmishah said:

    pernah terjadi depan rumah aku.(depan umah aku highway mrr2 yang ada sg. kerayong) ada xciden then aku tgk satu side slow satu side laju..lawa gak tgk pattern camtu..haha

    agaknya org malaysia ni beri penghormatan ko.atau pun prihatin sgt nak sebarkan kemalangan kat orang lain.sebab tu dia tgk

  • mixterr said:

    biasela tu malaysia.. kdg kdg nak potong kiri belah kiri plak jam nak kanan, kanan plak jam.. sebabkan orang malaysia yg suka memotong sekejap ke kiri ke kanan la buatkan jam bertambah teruk…. pakai moto senang tp bile jam cuak gak kdg kdg kete potong tanpa signal.. skang aku naik moto je kete simpan save minyak beb…. seminggu 15 ringgit je kereta seminggu 50ringgit(lom jenjalan bawak awek lagi)..

  • kasyah (author) said:

    kalau laju takpe..jangan yang dah tau diri tu lambat ,lagi mau duduk sebelah kanan..hoho

  • aman said:

    aku naik bas jer..huhuhu

  • kasyah (author) said:

    huhu. live action mungkin lebih menarik bagi mereka :D

  • kasyah (author) said:

    Mungkin mereka mahu mengambil iktibar di atas kejadian tersebut :D

  • kasyah (author) said:

    Aku dulu pun cuak gak kalau bawa motor nak memotong kete yang tetiba masuk . Aku pernah gak accident ngan kete.melayang motor aku ke belakang. sib baik aku okay.

    Bila aku bawa kete lak, aku cuak pula bila motor yang tetiba datang secara mengejut..haha.

  • kasyah (author) said:

    memang sempoi. tak payah penat pk traffic jam. tido je

  • Affuan said:

    aku drive nak g amik awex kat upm ari tu sesambil dengar lagu eminem ngan dido tuh. aku pasang kuat utk elak ngantuk. dalam lagu tuh ader bunyi efek keter screeching tayar. cuak beb pandang kiri kanan igt ade keter x sempat brek. ekeke!! eh, lari tajuk plak. muahaha!!

  • kasyah (author) said:

    haha..bole la pulak.. nak amik awek bebaik. bahaya mandu ngantuk2 ni…aku selalu kalo ada member sebelah kena layan borak..huhu

  • lelabu said:

    dtg ke penang, tgk gaya pemanduan yg mmg evil. sekali awk dok penang, awk dah tak rasa apa2 nak dibengangkan dgn gaya pemanduan di kl atau jb.

  • kasyah (author) said:

    satu hari nanti sampai saya ke penang tu.. nak tengok juga gaya pemanduan ‘evil’ pemandu di sana… :D

  • arephyz said:

    Pemandu kat Malaysia ni ikut undang2 masa test je..
    Dah dpt lesen dia je betul.. 8)

  • arephyz said:

    **lupa nak cakap, dah bole download** :)

  • kasyah (author) said:

    Dah boleh ke? tq bro

  • danix said:

    ada polis biadap tadi potong sebelah kiri tapi lambat2 baru tengah2 jalan..(naik motor) aku potong sekali dah..pastu dia sound2 plak nak stop aku..aku sound dia kau jalan tengah2 jalan! masih x puas hati sampai ckp diri sendiri polis..

Leave your response!

Add your comment below, or trackback from your own site. You can also subscribe to these comments via RSS.

Be nice. Keep it clean. Stay on topic. No spam.

You can use these tags:
<a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

This is a Gravatar-enabled weblog. To get your own globally-recognized-avatar, please register at Gravatar.