Pesta Tag Merdeka 50
Aku berasa sedikit aneh menaip entriku kali ini dengan menggunakan Bahasa Kebangsaan kita. Dua bulan lepas apabila aku membuat keputusan untuk menggunakan Bahasa Inggeris dalam blog ini, pertamanya aku terasa janggal seperti situasi yang ku alami sekarang. Bukannya aku poyo membelakangkan Bahasa Melayu tetapi aku cumalah insan yang mahu meningkatkan kualiti dirinya. Seperti ‘kaizen’ mahupun CANI- Constant And Never-ending Improvement.
Aku sedar ramai rakan blogku yang belajar di luar negara tidak menggunakan Bahasa Inggeris sebagai bahasa pertama dalam blog mereka. Pada pandanganku yang kurang arif ini, aku tahu mereka tidak mahu lupakan asal usul mereka dari sebuah negara yang dipanggil Malaysia. Atau mereka bosan dengan kehidupan sekeliling di mana setiap hari asyk ber’speaking’ sahaja.
Berbalik semula pada tag yang aku terima dari shutterspeaks….. di mana syarat-syaratnya adalah :
Pesta Tag Merdeka 50
1) Mesti tag 5 blogger lain
2) Post mesti panjang lah sikit
Soalannya :
Saya bangga dan bersyukur menjadi rakyat Malaysia kerana?
Ohhh…kenapa ya aku bangga. Soalan yang senang ini bagi aku susah untuk dijawab. Sejujurnya aku belum betul-betul bangga menjadi rakyat Malaysia.
Apa yang boleh aku bangga dengan Malaysia?
Mungkin….keluarga aku, kawan-kawan aku hidup aman dan damai. Walaupun berbilang kaum tapi semuanya boleh bertoleransi..tak seperti di Palestin sana.
Ya…tapi masih ada yang menjadi setan kecil di sini… Melayu gaduh sama Melayu…Melayu gaduh sama India, Melayu gaduh sama Cina. Kenapa rakyat Malaysia kalau kau semua melaungkan 50 tahun merdeka tapi adakah anda betul-betul merdeka?
Apa lagi ye?
Oh..di Malaysia aku senang nak cari makanan yang halal. Berbanding dengan cerita dari kawan-kawan luar negaraku, kekadang aku ingat kalau aku duduk ‘oversea’ nanti aku nak bela kambing atau ayam. Tak payah susah-susah nak gi ’shopping’.
Aku sedar Malaysia ini penuh dengan korupsi dan rasuah. Kepada pemimpin-pemimpin negara, tak kira pembangkang mahukan buka pembangkang… Tolonglah sayangkan rakyat anda. Kita boleh melangkah maju meninggalkan negara lain seperti Singapura andai anda tanamkan betul-betul semangat cintakan negara dan rakyat Malaysia tercinta.
Dan kepada rakyat Malaysia terutamanya generasi muda sekarang, aku cuma mahu generasi kita, satu contoh yang bakal menjadi teladan generasi anak-anak kita, cucu-cucu kita. Ingat, kita tak kan merdeka selagi pemikiran kita masih BELUM MERDEKA!!
Ada apa pada nama.
Dari satu jasad yang keras tersembunyinya satu jiwa yang halus yang berdoa agar manusia semua hidup aman dan damai.
Tag….aku mahu tag Lan Rasso, Azrn….hurmmm sape lagu ye? Ke’nampakannya banyak kawan-kawan blogku yang sudah melaksanaka tag ini.
Note : Maaf andai sudah terkeluar tajuk. Dan aku super jealous melihat mereka yang hadir ke Rumpun07. Aku nak buat Rumpun untuk budak UTM lak..haha










semangat tul korang sume….
buatlah Rumpun Bagan Lalang bila aku balik nanti.. ahaha
woits! azreen aku dah tag lah. haha. tag orang lain.
tuler..naper x dtg utk rumpun?
err..kenapa bagan lalang?buatlah rumpun melayu serumpun-rumpunnya, terutama melayu rumpun kalimantan..
hah..amek tajok gathering panjang siket..
aiseyy…. kena lagik.. *mati*
aiyooo.. kene lagi.. ekeke
haha. kesian azrn. tu la, sapa suruh femes sgt. hehe.
kau buat rumpun kat SU la
[...] itu ini. Apatah lagi kuiz itu ini. Kalaulah seminggu itu ada lapan hari. Alahai. p/s: Tag uncle Kasyah akan saya [...]
semangat kepoyoan budak2 fakulti elektrik
nanti aku buat rumpun kat klia ye. biar semua blogger sambut ko kat sane
bapak panjang..hahha//nape kalimantan? sebab dekat ngan sarawak sabah ke?
mana bole…aku tag dulu la…
ala…bukan xnak datang tapi banyak benda xsettle lagi di skudai.
silakan..bro.. blog ko lama sgt aku tunggu hapdate
ala sape je yg duduk kat SU? aku ngan ko je…
merdeka! merdeka! merdeka!
aku merdeka dengan demam
ala…bro..kalau merdeka demam ada org umah. kalo org bujang demam, sorang2 la mengerang kat bilik…haha
kau kena la buat 5S dan 6 sigma juga untuk website kau ni..
Blog Software and Blogging Resources…
Sorry, it just sounds like a crazy idea for me :)…
Weight Loss Guide…
I couldn’t understand some parts of this article, but it sounds interesting…
How To Start A Blog…
I couldn’t understand some parts of this article, but it sounds interesting…
Put An End To Your Anguish With Bad Credit History Unsecured Loan…
In today’s era where we have unlimited wants, it is inevitable for anyone to fall under the dark mist of debts. You may acquire a bad credit due to arrears, defaults, bankruptcy etc. Now you look out for some way to settle your debts. Your banker decl…
saya juga anak Malaysia dengan semangat melayu boleh
salam,
melayu boleh
Leave your response!
Dajjal / Mala-Yu / Konspirasi / Illuminati
Dajjal: The King of the World Conspiracy
ARMAGEDDON'S DEATH ZONE
Konspirasi Sepanjang Zaman
King of The East
Most Viewed
Highest Rated
Tag Cloud
WP Cumulus Flash tag cloud by Roy Tanck requires Flash Player 9 or better.
Recent Entries
Categories
Blogroll
Recent Comments
Most Commented
Most Viewed
Meta