Lelaki membujang
Lelaki membujang, satu istilah yang kurang diambil berat berbanding dengan andartu perempuan yang masih solo. Tetapi mengapa mereka masih bujang? Sebagai membalas entri dari Kak Ktom, aku cuba mencari puncanya.

Jiraiya,
1. Masih belum puas enjoy dengan dunia muda
Walaupun mereka tahu perkahwinan itu lebih ‘nikmat’ dari membujang, tetapi mereka lebih memikirkan kenikmatan peribadi. Bagi mereka setelah menjadi seorang suami dan bapa akan menyebabkan hilangnya dunia ‘freedom and enjoy’. Mereka mahu bebas. Tidak mahu dibebankan dengan apa yang dipanggil ‘tanggungjawab‘.
2. Takut penampilan baru mereka
Mereka ditakutkan dengan perut yang semakin boroi, rambut semakin botak, populariti yang semakin menurun di kalangan awek-awek. Pendek kata saham mereka jatuh. Tapi aku masih hairan kenapa anak-anak dara zaman sekarang minat benar dengan suami orang ya. Lelaki bujang kan ramai…ish..ish…
3. Hantaran tinggi
Ini bukan lagi sesuatu yang aneh di zaman sekarang. Isu yang senantiasa berulang. Semua anak-anak gadis bagai dijual beli pula. Bagi aku tidak salah. Memang kena letak harga pun. Nanti para gadis dikebas dengan mamat-mamat Bangla. Melopong la nanti. Ada yang sanggup serahkan anak gadisnya padaku, ‘free’?
Tetapi bagaimana pula yang benar-benar mahu berkahwin tetapi tidak cukup duit. Apa lagi yang boleh dibuat. Ikat perut kumpul duit. Masuk skim pelaburan internet cepat kaya. Bukannya senang mahu kahwin, duit pun memainkan peranan nombor 2 terpenting selepas cinta…
Bukan mereka tidak mahu berkahwin, bukan tidak mahu mengumpul duit, mereka punyai sebab tersendiri. Mungkin terpaksa menanggung adik-beradik ataupun ada ahli keluarga yang memerlukan perbelanjaan perubatan yang banyak…
4. Mahu membina kerjaya
Lelaki zaman sekarang kebanyakkannya bercita-cita tinggi. Mereka ini memandang kerjaya sebagai prioriti mereka. Mahu ada jawatan tinggi, ekonomi stabil, kereta BMW, rumah condo. Pada mereka bila berkahwin akan menyebabkan mereka hilang fokus terhadap development kerjaya mereka. Aku mahu duduk di rumah sahaja lepas grad, boleh? Siram pokok bunga hari-hari.

5. Pengalaman lampau
Ada yang tidak berani menjadi suami kerana takut tidak dapat memikul tanggungjawab yang diamanahkan. Situasi semasa kecil yang menyaksikan sikap bapa yang tidak bertanggungjawab terhadap keluarga menyebabkan mereka mengalami tekanan untuk berkahwin.
Boleh jadi juga emak yang suka membebel + marah-marah menyebabkan mereka takut mendapat isteri seperti singa lapar…huhu
Penderaan, penceraian…anak-anak menjadi mangsa.
6. Tiada yang sudi
Katakan gadis, apa yang kamu mahukan dari mereka. Wang, rumah, kereta, handsome, cinta…..semuanya sanggup mereka serahkan. Tapi mengapa masih tiada yang sudi. Mereka yang jual mahal ataupun gadis-gadis di sana yang memahalkan diri.
7. Mereka gay!
No komen!
Hello lelaki bujang, ada BERANI?











Salam..
hehehe macam tu ka
nampaknya survey yg dijalankan mmg 100% betul..itu juga jawapan from my friend yg tak kahwin g..tapi mostly sbb no.1 and no.4..bkn senang nak jaga anak dara org oii..
setuju ngan No 4
, No 1 dah puas dah..
ye.. no.4!
perempuan adalah hal terakhir perlu difikirkan dalam hidup
wslm.. nampaknye macam tu la…
hehe. mau jaga anak dara orang pening kepala la.macam ne nak kawen nanti..haha
no 1 satu dah puas…bagus2.. pikir masa depan la ni. sape la yg bertuah tu
haha kenapa aku suka sangat ayat ni ..
nampaknya no 4 menjadi faveret…menarik.
hahaha.. jgn kata perempuan. katakan teman hidup wanita. muahahaha.. ibukan perempuan.. hahahaha
Ada lagi ktom nak tambah :-
1. Masih di dera oleh kenangan lalu.
Mungkin ada yang pernah dikecewakan oleh wanita maka dengan sebab itu hati menjadi tawar untuk mencari isteri.
2. Tanggungjawab terhadap ibubapa
Mungkin ada diantara mereka yg hidup susah sebelum ni, jadi bila dah tamat belajar dan dpt kerja, nak bagi kesenangan pada ibubapa dulu ler.
3. Terlampau memilih.
4. Tiada keyakinan diri untuk memikul tanggungjwab
Tapi yang pastinya orang lelaki yg tak kahwin ni sebab tak jumpa lagi pilihan hati yang sebenarnya dan jodoh tak datang lagi….Seandainya sesiapa yang dah jadi pasangan kekasih tu mesti matlamat unggulnya adalah supaya perhubungan itu berakhir ke jinjang pelamin. Takkan sanggup tunggu lama2…terkebas dek orang baru tau…hehehehe
Kasyah, jangan perempuan adalah hal terakhir perlu difikirkan dalam hidup kerana ibu, adik perempuan dan kakak adalah orang perempuan dalam hidup kita.
Perempuan boleh menjadi pembakar semangat dan peluntur semangat kita. Namun, usah dikenang kisah yg lalu. Yg patah kan tumbuh, yg hilang kan berganti…itulah pengalaman ngeri yg bakal jadi tauladan buat Kasyah menjalani hari2 mendatang.
TQ
fantastic posted.. aku suke no 4.. ade impact tp mcm mane nak tunjukkan kat … aku?? ko da buat dulu post ni?? hahha
adakah semua lelaki yg mengomen kat sini? haha~
weh~ hantaran tinggi mmg patot kalo pompuan tu educated, cun, ada didikan agama, mmg la patot hantaran dia tinggi.
dan~ ermm.. tu je la wat masa ni. ade komen2 lain, nnt aku tambah.
terima kasih kak atas penambahan info itu.terlampau memilih…hehe
oh ya.. betul perempuan bukan perkara terakhir perlu difikirkan. tetapi buat masa ini sy lebih prefer fikirkan itu sbgai perkara terakhir(tak termasuk ibu, adik,kakak,nenek dan member2 prmpuan)..
“Yang patah kan tumbuh, yg hilang kan berganti..”thanks kak…bila ingat balik ayat ni. masa saja bakal menentukan.
-seronok dgn kehidupan sekarang-
tq ..hehe. hari ni post kite cam serupa je ..haha
“ko da buat dulu post ni”… yang mane ye bro?
Kau harus tambah… gadis suka lelaki metrosexual..
ako bukan lelaki metrosexual…
uwawawaa….
aku nak cari la kalo ada bapak mertua sanggup freekan hantaran kahwin die… aku angkat tangan
maksud aku ko dah buat dulu post ni… ingat aku nak buat gak versi BI..ko da buat malas la..hahah..igat nak tujukan org yg tidak memahami ku..phm x?
hantaran tinggi selalunya mak perempuan yg nak tinggi…btol kate wawa…lagi satu kdg kdg jugak nak jual anak lebih tinggi nak lawan lawan sedara.. anak sedara lain 9 ribu so letak la 10 ribu…
tp kalo perempuan tu perfect… da tentula mahal aku pon sanggup..
8. belum ada jodoh… dan sampai jodod, masa blaja pun leh kawen…
erm… rsnya kasyah tertinggal satu sbb.. lelaki maybe membujang sbb frust bercinta… pls don get me wrong…
sbb2 lain mmg setuju ah…
Perlukah aku membalas dengan entri … “kenapa lelaki perlu berkahwin” .. dan menyatakan kan sekali nikmat2 berkahwin
antaranya …
tak nak lah! tidak perlu dikongsikan bersama
oklah .. jangan fikir bukan2
- double income
- tanggungjawab bersama
- sokongan padu dlm apa jua
- hidup lebih terurus dan fokus
dan lain2 lagi
wah.
aku pun nak hidup membujang.
baru aku rasa hdp mbujang ni byk nikmatnya
giahaha..
jgn cakap camtu.. membujang betul2 nanti..
bro..ko berjaya meningkatkan aura aku untuk ‘nikmat2′ itu..haha . apa kata ko email je aku kerana aku mahu tahu juga..hehe
- double income
- tanggungjawab bersama
- sokongan padu dlm apa jua
- hidup lebih terurus dan fokus
hehe tapi aku lom sedia coz
-tiada income
-aku tak bertanggungjawab..haha
-sokongan padu,huhu..sokongan tak ikhlas
-lebih terurus dan fokus- betul tapi asyik tersasar je..haha
nanti ko harus balas kenapa lelaki perlu berkahwin
metrosexual…huhu. maybe yes maybe not. perempuan yg gilakan lelaki metrosexual ni terikut2 dgn gaya hidup dlm filem yg sempurna.
hello.. lelaki metrosexual bangun tido pun air liur basi melekat..haha.
but girls beware, some of them is not straight type guy..wakaka
-apa salahnya ko memetrosexualkan personaliti ko kalau mahu cuba perasaan lelaki metrosexual ni-
bro, terfikir pula satu idea….hehe tq
aku setuju… budak kat u aku pun ramai yg dah kawin. ada sekali tu aku terkejut dalam unit aku ada bini orang. dah la lagi muda dari aku. sib baik tak mengurat…wakaka
kepada lelaki2 bujang yg frust
seperti aku, silalah banyakkan bersabar. masa akan menentukan segalanya. sabar itu nikmat tau. tq diya,lupe lakmembujang… buat masa sekarang masa okay. ko masih muda kan…hehe
jgn lame2 sis, bahaya kalau perempuan lambat2 ni..haha
yattie.. ramai abang2 kat sini boleh kawin dua. dont wori…kakaka
oh yang itu. bro buat la satu entri. kongsikan pula pandangan ko.. ramai orang yang mahu memahami dirimu itu
cam ditujukan kat aku jer..
oitt,, jgn sekali2 ngorat bini orang, dah sah tuhh.. awek orang xpe
mula2 mmg la tersasar, sbb tu skang ni ramai lmbt dpt anak, dah lama2 sok terel laa wakakaka…
oops…
aku masih sibuk, skang kat pjaya, ada exhibition, tgh hari kang bertolak ke johor. InsyaAllah, esok aku email ke kau widget tuh….
hehe patut le tertinggal psl subjectl tu… ngeh3
xpe.. sabar separuh pd iman…
haha.. hajat di hati mau tapi sib baik mase tu aku baik.hahaha.
awek orang takpe…huhu… nanti aku nak try
ako ngak bisa jadi begitu…
typo ako bukan sebegitu….
kalo ko jumpa ako dalam kondisi sebegitu tue mesti ako dalam krisis… cewah… :p
wakaka.. sudah masuk topik lain ni
so aku mahu betul2 jumpe ko dalam kondisi itu bole?
okay..bro tq.
dan aku kena berkongsi kasih syg la nnt
xmo..xmo…
haha.bahaya ke.
ok2.aku akan enjoy dulu
[...] girls, are you agree? And guy, are you dare to try? But make sure you’re still single okay…….and finish your study first. Sarcastic vs OpinionRelated PostsWhen girl say they [...]
Laki2 or perempuan yg perjaka/membujang suka pilih2
lelaki memang tak kisah pasal membujang tapi kalau perempuan kena tembak je….kalau yatt lelaki yatt tak nak kawin pasal asik kecewa je…huhu…i pulak yang over..demand sangat pun jadi hal… tapi kalau dah jodoh tak ke mana…tapi mak i cakap mesti berusaha, tak baik biar diri membujang, bukan umat nabi muhamad tue…
Memang ramai sekarang yang membujang keran masaalh kewangan tapi biler ader duit susah plak nak carik calon he he
lelaki memang patut tahu dan jaga benda-benda macam tu
Leave your response!
Dajjal / Mala-Yu / Konspirasi / Illuminati
Dajjal: The King of the World Conspiracy
ARMAGEDDON'S DEATH ZONE
Konspirasi Sepanjang Zaman
King of The East
Most Viewed
Highest Rated
Tag Cloud
WP Cumulus Flash tag cloud by Roy Tanck requires Flash Player 9 or better.
Recent Entries
Categories
Blogroll
Recent Comments
Most Commented
Most Viewed
Meta