Pirates of the Caribbean: At World’s End
Aku merupakan peminat setia filem lakonan Johnny Depp. Pertama kali aku melihat filem lakonannya adalah semasa sekolah rendah di mana dia berlakon dalam filem Edward Scissorhands. Aku terasa kagum dengan lakonannya yang sukar untuk dikatakan dengan kata-kata. Setelah itu aku jarang mengikuti perkembangan Johnny Depp kerana aku lebih terfokus kepada pelajaran.
Apa yang sama?
Tahun 2003 merupakan tahun di mana aku menyaksikan semula kegemilangan Johnny Depp. Lakonannya dalam filem Pirates of the Caribbean: The Curse of the Black Pearl sebagai Captain Jack Sparrow telah sedikit sebanyak mempengaruhi tingkah-laku aku untuk menjadi seperti itu. Aku amat meminati gaya Captain Jack bercakap. Ada ‘style‘.Ketika Pirates of the Caribbean: Dead Man’s Chest baru meletup di pawagam, sudah pasti aku tidak akan melepaskan peluang untuk filem ini di GSC Mid Valley. Aku berikan 4.7 bintang untuk filem lakonannya kali ini. Aku sungguh teruja dan tak sabar-sabar untuk menunggu kesudahan filem yang terakhir. Aku mahu tahu kesudahannya. Adakah Captain Jack masih selamat setelah ditelan Kraken? Bagaimana dengan pengembaraan mencari Captain Jack dengan Captain Barbossa sebagai kapten kapal kali ini.
Captain Jack ditelan Kraken
Nampaknya penantian aku tidak terlalu lama. Esok merupakan pelancaran penuh filem Johnny Depp yang terbaru iaitu Pirates of the Caribbean: At World’s End. Chow Yun-Fat merupakan muka baru dalam filem ini sebagai Sao Feng.Aku tidak mahu memberikan sinopsis cerita ini kerana aku pun tak suka tengok sinopsis. Aku mahu filem yang bakal aku tayangkan esok penuh dengan kejutan dan misteri. Berharap aku boleh memberikan 5 bintang penuh kali ini.
At World’s End

Oh ya, mungkin esok aku akan menonton At World’s End bersama teman di pawagam TGV yang berhampiran dengan tempat aku.
Baca juga artikel dari member-member aku.
Captain Jack Sparrow kembali!
Why is the rum gone?
Popularity: 7% [?]
Fatal error: Call to undefined function get_avatar() in /home/kasyahc/public_html/wp-content/themes/aeros/comments.php on line 24