Pesta Tag Merdeka 50
Aku berasa sedikit aneh menaip entriku kali ini dengan menggunakan Bahasa Kebangsaan kita. Dua bulan lepas apabila aku membuat keputusan untuk menggunakan Bahasa Inggeris dalam blog ini, pertamanya aku terasa janggal seperti situasi yang ku alami sekarang. Bukannya aku poyo membelakangkan Bahasa Melayu tetapi aku cumalah insan yang mahu meningkatkan kualiti dirinya. Seperti ‘kaizen’ mahupun CANI- Constant And Never-ending Improvement.
Aku sedar ramai rakan blogku yang belajar di luar negara tidak menggunakan Bahasa Inggeris sebagai bahasa pertama dalam blog mereka. Pada pandanganku yang kurang arif ini, aku tahu mereka tidak mahu lupakan asal usul mereka dari sebuah negara yang dipanggil Malaysia. Atau mereka bosan dengan kehidupan sekeliling di mana setiap hari asyk ber’speaking’ sahaja.
Berbalik semula pada tag yang aku terima dari shutterspeaks….. di mana syarat-syaratnya adalah :
Pesta Tag Merdeka 50
1) Mesti tag 5 blogger lain
2) Post mesti panjang lah sikit
Soalannya :
Saya bangga dan bersyukur menjadi rakyat Malaysia kerana?
Ohhh…kenapa ya aku bangga. Soalan yang senang ini bagi aku susah untuk dijawab. Sejujurnya aku belum betul-betul bangga menjadi rakyat Malaysia.
Apa yang boleh aku bangga dengan Malaysia?
Mungkin….keluarga aku, kawan-kawan aku hidup aman dan damai. Walaupun berbilang kaum tapi semuanya boleh bertoleransi..tak seperti di Palestin sana.
Ya…tapi masih ada yang menjadi setan kecil di sini… Melayu gaduh sama Melayu…Melayu gaduh sama India, Melayu gaduh sama Cina. Kenapa rakyat Malaysia kalau kau semua melaungkan 50 tahun merdeka tapi adakah anda betul-betul merdeka?
Apa lagi ye?
Oh..di Malaysia aku senang nak cari makanan yang halal. Berbanding dengan cerita dari kawan-kawan luar negaraku, kekadang aku ingat kalau aku duduk ‘oversea’ nanti aku nak bela kambing atau ayam. Tak payah susah-susah nak gi ’shopping’.
Aku sedar Malaysia ini penuh dengan korupsi dan rasuah. Kepada pemimpin-pemimpin negara, tak kira pembangkang mahukan buka pembangkang… Tolonglah sayangkan rakyat anda. Kita boleh melangkah maju meninggalkan negara lain seperti Singapura andai anda tanamkan betul-betul semangat cintakan negara dan rakyat Malaysia tercinta.
Dan kepada rakyat Malaysia terutamanya generasi muda sekarang, aku cuma mahu generasi kita, satu contoh yang bakal menjadi teladan generasi anak-anak kita, cucu-cucu kita. Ingat, kita tak kan merdeka selagi pemikiran kita masih BELUM MERDEKA!!
Ada apa pada nama.
Dari satu jasad yang keras tersembunyinya satu jiwa yang halus yang berdoa agar manusia semua hidup aman dan damai.
Tag….aku mahu tag Lan Rasso, Azrn….hurmmm sape lagu ye? Ke’nampakannya banyak kawan-kawan blogku yang sudah melaksanaka tag ini.
Note : Maaf andai sudah terkeluar tajuk. Dan aku super jealous melihat mereka yang hadir ke Rumpun07. Aku nak buat Rumpun untuk budak UTM lak..haha
merdeka Sarcastic vs OpinionPopularity: 4% [?]
Fatal error: Call to undefined function get_avatar() in /home/kasyahc/public_html/wp-content/themes/aeros/comments.php on line 24