Permainan emosi dan akal

Seperti yang anda dapat lihat hari ini, blog Kasyah.com telah berubah sedikit wajah. Walaupun aku masih sayang dengan theme lamaku, aku terpaksa jua berpisah kerana tidak dapat memenuhi keinginanku. Cukuplah aku katakan ku sudah temui cinta yang baru. Selamat tinggal sayang…

Jangan tinggalkan Siti!

Hari ini perasaanku berkocak dengan penuh emosi. Sukar untuk diluahkan dengan kata-kata. Malam semalam merupakan detik kejayaanku berlawan dengan nafsuku dan aku berjaya juga. Setelah aku dalam dilema selama seminggu. Aku terfikir kembali tindakanku setelah aku menziarahi blog Minci Yakumin. Aku tertarik dengan entrinya yang ada menyebut tentang kata-kata Robin Williams iaitu

Devil

“God gave men both a penis and a brain, but unfortunately not enough blood supply to run both at the same time.”

Good or Bad?

Good or bad?

Ia telah membuatkan aku muhasabah kembali diri ini. Aku bukanlah seorang yang baik tapi aku berusaha ke arah itu.

Oh…aku teringat hari ini merupakan ulang tahun pertama untuk anak buahku Talhah. Walaupun dia jauh dari sisi aku, ada ketikanya aku mahu dia dekat denganku. Mungkin bukan diri ini sahaja yang merasa begitu. Happy birthday Talhah Ubaidullah!!

Talhah

Hari ini aku telah mengetahui rahsia besar adik aku. Sungguh tidak aku sangka selama ini. Sukar untuk aku jelaskan tetapi sedikit sebanyak menyebabkan aku sering tertanya-tanya. Manusia memang penuh kejutan. Penuh rahsia.

AC Milan telah berjaya menjuarai UEFA Champion League 2007. Aku berasa sungguh gembira dengan kemenangan kali ini setelah mereka tumpas di tangan Liverpool pada final 2005. Filippo Inzaghi menjadi wira semalam dengan menyumbat dua gol untuk membuatkan Liverpool pada tahun ini berputih mata.

Nampaknya bukan aku sahaja yang terlepas untuk menyaksikan tayangan filem yang paling aku nanti-nantikan, masih ada kawan-kawan aku yang tidak berkesempatan juga untuk menonton filem paling hebat 2007. Manusia memang mampu merancang……….

Popularity: 32% [?]

RSS feed | Trackback URI

23 Comments »

Comment by shutterspeaks
2007-05-24 23:26:19

he2x, berjaya “read more”. aku rasa theme baru kau ni lebih cun lah. entri kau menarik, namun aku punya soalan, apakah nafsu yang berjaya kau lawan itu? >:) ;;)

Comment by kasyah
2007-05-24 23:46:14

Berjaya jua akhirnya. Cuma aku tak boleh buat top komentar..huhu.

Owh nafsu itu tidak payahlah ku jawab kerana kasyah.com adalah blog umum…ha ha ha

 
 
Comment by Minci Yazumin
2007-05-24 23:30:20

Haha… motif sgt si shutterspeaks tanya pasal nafsu2 tuh.. no need to elaborate ler..
i prefer the previous theme but I guess this one is okay as well..

Comment by kasyah
2007-05-25 00:00:20

Memang bermotif sungguh shutterspeaks..ayatnya bakal memerangkapkan diri sendiri.hehe..tul tu..”no need to elaborate”.

I still missing my previous theme but i need to move forward….. :(

 
 
Comment by shutterspeaks
2007-05-25 00:59:26

jikalau begitu kehendakmu tidaklah aku bertanya lagi ekekeke. namun mungkin, jika kau sudi, bicarakanlah mengenai dilemamu itu agar dapat kami semua dapat membantu sekadar yang mampu he2x. j

 
Comment by shutterspeaks
2007-05-25 01:00:59

he2x, saja nak tanya soalan panasss >:) :-p

 
Comment by kasyah
2007-05-25 01:14:45

Owh..tidak.Bukan diri ini tak sudi berkongsi namun salah anggap bakal menyusul… “Biarlah Rahsia” ..hehe

 
Comment by Fahmishah
2007-05-25 03:31:35

cute anak budah ko ek…bila lar aku nak ada anak buah

Comment by kasyah
2007-05-25 09:15:00

Ko ada kakak x?

Comment by mohdismail
2007-05-25 10:25:22

amboi.. tanya kakak.. heheh :) ko ade kakak ke Fahmishah?

Comment by kasyah
2007-05-25 10:41:02

Wah..wah..jual minyak nampak..kuang2

 
 
 
 
Comment by mohdismail
2007-05-25 10:27:15

sebenarnya entri ko ni penuh misteri.. dari permainan emosi & akal ke birthday anak buah balik ke rahsia adik ko..

:)

he he.. apa sebenarnya yang jadi?

Comment by kasyah
2007-05-25 10:42:42

Oh…semalam merupakan hari yang penuh kelam kabut, sunyi, bosan, keliru, gembira, misteri….memang sangat2 pelik semalam..haha

Comment by shutterspeaks
2007-05-25 10:47:31

takkan ko putus cinta dengan theme lama sampai jadik camni kot, rilek lah bro. learn to live without it ekekeke

Comment by kasyah
2007-05-25 11:25:58

jangan diungkit lagi kisah lama..haha..masih terasa kehilangannya..

 
 
 
 
Comment by iDa
2007-05-25 17:10:24

Talhah Ubaidullah sangat chumil!!
ehe :)

Comment by kasyah
2007-05-25 18:02:21

Ya..memang..diri ini pun amat merindui anak buah sorang ni. . . Entah kapan bertemu lagi.

 
 
Comment by muhdzahari
2007-05-25 21:54:21

pergh..temui cinta baru? cinta lama tu yang mana? hehe..nak buat kunjungan balas.. salam kenal =D

Comment by kasyah
2007-05-25 23:53:50

Ya..salam kenal. selamat datang ke blog kasyah… :D

 
 
Comment by Ayer Hitam
2007-05-25 23:35:56

Seronok kalau ada anak buah yg kecik2 tapi tak buas..

Comment by kasyah
2007-05-25 23:54:22

tak buas? Yang ni buas sikit.hehe

 
 
2007-06-24 18:59:21

[…] yang penting semasa aku di hospital aku menyedari bahawa kesihatan sebenarnya bergantung kepada emosi dan semangat kita. Diri kita […]

 
2007-08-28 17:15:58

[…] I take half of day to think about that. More specifically play with my emotion and wits. And in my mind I want to contact my playboy-type friend but I think is not so good now. […]

 
Name (required)
E-mail (required - never shown publicly)
URI
Your Comment (smaller size | larger size)
You may use <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <code> <em> <i> <strike> <strong> in your comment.