Percintaan Firefox dan GIMP
Mahu saja aku habiskan waktu aku untuk menelaah, men’trial’ and error segala usaha aku untuk belajar GIMP lagi, tapi aku perlu masa untuk berehat. Sakit kepala aku setelah setengah hari di depan komputer.

Apa itu GIMP? GIMP merupakan de-facto photo editor untuk Linux based systems. Ianya adalah open source dan pastinya ia tulen dan halal. Aku install GIMP dari cd Ubuntu yang sudah berbulan-bulan aku terima dari oversea. Ko gelak aku tak pandai Photosop? Macam Photoshop tu ori je…haha..
Tutorial yang aku study antaranya dari Techmono.com, Gimptalk.com dan Gimp.org. Pada mulanya aku cuba-cuba membuat sendiri tanpa tutorial dan hasilnya sangatlah mendukacitakan. Nampaknya mahu pandai kena belajar dari orang yang pandai juga. Mari aku tunjukkan apa yang aku berjaya hasilkan.

Buah cempedak di luar pagar, budak baru belajar.
Sekarang aku mahu buktikan cakap mohdismail itu betul. Kepada yang masih stick dengan Internet Explorer atau dikenali juga sebagai ‘blue E‘, silalah bertukar segera ke musang berapi. Biar aku bagitahu sebab sebenarnya dari sudut psikologi.
1. Jika anda pakai IE, anda dianggap seorang newbie yang masih mentah dan baru menjejakkan kaki ke dunia tanpa sempadan ini.
2. Bila anda pakai IE anda sebenarnya telah mengurangkan potensi untuk menambah ‘kenalan‘ kerana dengan musang berapi, anda menjadi seperti musang berbulu ayam. Selain menambah kenalan, anda juga boleh menambah ‘peluang‘.

Aku mahu kasi gigitan cinta kat ko!!
3. Anda tidak akan menyusahkan diri anda apabila pergi ke blog kawan-kawan anda. Jika anda memakai IE, terdapat kemungkinan yang susunan blog itu tunggang terbalik dan tidak menepati kehendak empunya blog tersebut. Contoh paling mudah blog kasyah.com
4. Kepada peminat Naruto sahaja. Pastikan anda menyokong Naruto dan Kyubinya dengan menggunakan Mozilla Firefox ….yeah!! Semangat daun!!
Masih tidak puas hati lagi. Mari aku tunjukkan mereka-mereka yang gembira dengan Mozilla Firefox ini.

Pastikan anda tidak lupa untuk install Fasterfox dan Firefox Preloader untuk lebih keberapian yang meletup-letup laju.
ps - kepada yattie, aku harap cepat-cepat la ko tukar ke Firefox. Jangan kerana sayangkan lagu, ‘potensi’ ko tergugat…hahaha
pps - kepada yang sayangkan IE, jangan marah ye…hehe.
Popularity: 3% [?]
Fatal error: Call to undefined function get_avatar() in /home/kasyahc/public_html/wp-content/themes/aeros/comments.php on line 24