Pengalaman di sekolah menengah
Sesiapa sahaja yang pernah bersekolah pastinya mengalami pengalaman pahit manis semasa alam persekolahan. Memori suka duka dulu kalau diingat-ingatkan kembali memang menjadi kenangan yang sukar dilupakan.
Masihkah anda ingat hari pertama anda tiba di sekolah menengah. Bagaimana perasaan anda bila merasa anda sudah besar sekarang, sudah masuk sekolah menengah. Anda berjumpa begitu ramai murid yang lebih besar, lebih tinggi dari anda. Anda menjadi junior dan mesti mengawal tingkah laku anda buat masa ini. Cinta-cinta monyet mula berputik. Senior akan menawarkan diri untuk menjadi abang angkat, kakak angkat kepada anda. Jika bernasib baik, setiap hari anda dibelanja oleh kakak angkat di kantin sekolah.
Semasa menjadi fasilitator di KMNS

Pada masa ini anda akan berkenalan dengan rakan-rakan baru dari sekolah rendah yang berlainan. Anda mula berkawan dengan mereka yang anda rasakan serasi dan mempunyai minat yang sama dengan mereka. Setiap petang anda akan turun padang bermain bola, bola jaring atau badminton bersama mereka. Anda akan mula bergaul dengan mereka yang lebih dewasa dan anda rasa anda gembira kerana terasa sudah besar.
Semakin anda naik tahun seterusnya, pasti pengalaman tahun lepas akan dibawa juga. Anda mula dianggap senior dan dan di’respek‘ oleh golongan-golongan tertentu. Mungkin anda menjadi permata di sekolah, mungkin juga menjadi setan di sekolah. Pilihan anda itu, pastinya anda yang tentukan. Apa sahaja yang pernah anda harungi, tempuhi dan alami di sekolah pastinya menjadi memori yang kekal terpahat di sanubari.
Bila teringat zaman sekolah dulu aku mahu kongsikan pengalaman aku dulu. Sungguh indah, sungguh pahit. Aku rindukan ia……..
Tingkatan 1
Selepas mendapat keputusan UPSR, aku ditawarkan belajar di SMK (Agama) Sultan Muhammad. Pertama kalinya aku akan tinggal di asrama. Aku yang tidak pernah berpisah dengan keluarga cuba untuk belajar di situ. Cuma yang tidak bestnya, semuanya lelaki.
Aku mendapat ramai kawan baru. Aku cuba berbaik-baik dengan teman dorm aku. Ada yang boleh terima ada yang menyombong.
Dorm kami selalu dikunjungi oleh ramai senior. Ada yang mahu menyuruh kami berbuat sesuatu, ada juga yang mahu berjumpa adik angkat. Aku pada masa itu diajak menjadi adik angkat seorang senior. Aku yang masih kurang mengenali dunia angkat-mengangkat terus sahaja bersetuju. Aku selalu lepak di dorm budak-budak form 2 dan form 4. Aku bernasib baik tidak sangat dibuli cuma selalu dikerah mengambil air dari dewan makan.
Cuma ada satu pengalaman pahit yang membuatkan aku dirotan di depan semua pelajar di dalam surau. Sejak malam itu, aku telah menjadi seperti orang yang bersalah pada pandangan mereka. Aku tidak mengerti tetapi mungkin kerana muka aku yang kelihatan baik menyebabkan mereka tidak sangka aku boleh kena rotan. Bagi aku itu bukanlah kesalahan yang besar sangat, aku tidak merokok,tidak kacau perempuan. Aku seperti dipinggirkan oleh budak dorm dan budak kelas. Aku mula menyepikan diri dan selalu lepak dengan budak-budak form 4. Aku berasa gembira bersama mereka (kerana tidak membuli aku)
Tetapi aku tidak betah tinggal lama-lama di situ, maka aku mengambil keputusan berpindah sekolah. Kali ini aku bersekolah berdekatan dengan rumahku. Aku berpindah ke SMK Dato Haji Talib Karim. Aku ditempatkan di kelas 1A. Untuk pertama kalinya aku berasa gembira kerana aku berkenalan dengan beberapa kawan baru. Kami menjadi member yang sangat kamceng. Semua aktiviti kami lakukan bersama. Pergi ke sekolah jalan kaki bersama, join Prostar dan Pengakap. Setiap petang pula kami akan bermain bola sepak bersama-sama.
Tingkatan 2
Aktiviti aku seperti di tingkatan 1 cuma aku makin ‘berbulu’ dengan guru disiplin aku, Cikgu Jamil. Aku tidak faham betul apa yang dia mahukan dari kami. Aku punya rambut bukanlah panjang sangat itu pun kena gunting juga. Mentang-mentang dia ada kuasa, sukahati mahu buli kami yang tidak bersalah. Kami memang selalu planning mahu kenakan dia tapi semuanya cuma angan-angan.
Seorang senior menyukai kakakku dan aku rela hati menjadi posmen. Aku terhutang budi kepada dia kerana selalu belanja aku makan. Tapi itu tidak lama kerana kakak aku mendapat tawaran belajar ke SMS Kota Tinggi. Nampaknya zaman penjimatan duit makanku telah berakhir.
Kalaulah dulu aku bersekolah bersama mereka.. ![]()

Tingkatan 3
Tahun ini aku menjadi wakil sekolah dalam bola sepak. Aku berasa gembira kerana member-member aku pun tersenarai juga. Tahun ini aku mahu mengambil PMR tetapi dalam diam-diam aku meminati seorang gadis di kelas sebelah aku. Walau apa pun semuanya menjadi cinta monyet tidak kesampaian kerana aku memang seorang yang pemalu. Dalam setahun tidak sampai 5 kali aku pernah berbual dengan perempuan. Itu pun di atas urusan yang penting.
Pertengahan tahun aku dilanda satu sakit misteri. Sukar untuk dinyatakan tetapi aku tidak datang ke sekolah hampir 3 bulan. Aku bernasib baik kerana guru kelas aku, Cikgu Chong memahami masalah aku dan telah bertoleransi dengan pihak pentadbiran agar aku tidak dibuang sekolah. Aku cuma datang ke sekolah pada hari aku mengambil peperiksaan PMR sahaja. Aku berharap suatu hari nanti aku dapat berjumpa dengan Cikgu Chong dan mahu sangat-sangat berterima kasih kerana banyak menolong aku.
Tidak aku lupakan kepada kawan-kawan yang sentiasa datang menyokong aku walaupun sukar untuk aku ceritakan masalah aku. Zuhri, Kodal aku sangat hargainya. Satu hari aku pernah terkejut kerana semua rakan kelasku datang ke rumahku semata-mata mahu memujuk aku agar datang ke sekolah. Aku yang ketika itu sedang melayan lagu Metallica, betul-betul sangat terperanjat. Sebagai penghargaan kepada mereka kerana bersusah-payah datang ke rumah aku, esoknya aku ke sekolah tetapi cumalah hari itu sahaja.
Tingkatan 4
Aku berpindah ke Kuala Lumpur. Aku mula bersekolah di SMK Bandar Tasik Selatan. Di sekolah ini aku berkenalan dengan seorang gadis bisu. Buat permulaan semuanya okay tetapi aku mula start ponteng sekolah lagi. Tidak lama kemudian aku mendapat tawaran bersekolah di SM Teknik Selangor, Sungai Buloh. Aku menerima tawaran itu kerana aku mahu tinggal di asrama dan keberangkalian aku ponteng sekolah adalah kurang. Aku mula terputus hubungan dengan gadis itu. Andai sahaja pada zaman aku ada telefon bimbit boleh saja aku bersms.
Seperti biasa masuk ke asrama pastinya menjadi mangsa buli. Aku tidak terkecuali cuma kali ini aku lebih bijak untuk mengelakkan dari menjadi mangsa buli :D. Di sekolah baru, semakin banyak gadis yang aku suka tetapi diri ini sangat segan untuk memulakannya.
Matapelajaran yang sukar bagi aku buat tahun ini ialah Kimia, Ad-Math dan Lukisan Kejuruteraan. Aku menjadi hairan kerana kawan-kawan lelaki aku semuanya cakap macam ‘kacang’ Lukisan Kejuruteraan. Adakah tahap imaginasi dan kekreatifan aku tidak seperti mereka..huhu. Ad-Math dan Kimia aku tidak pernah lulus tahun itu tetapi pada peperiksaan akhir tahun aku berjaya lulus Ad-Math dengan mendapat cukup-cukup makan. Tahun ini juga aku berjaya 100% hadir ke kelas.
Tingkatan 5
Aku dinaikkan ke kelas 5KM1. Aku mengambil kejuruteraan Mekanikal di kelas itu. Matapelajaran yang paling aku lemah adalah Kimia. Tetapi aku paling suka matapelajaran Ad-Math kerana aku menjadi murid kesayangan cikgu..hehe. Setelah berjaya lulus tahun lepas aku semakin rajin study Ad-Math.
Aku menjadikan bilik stor di dorm aku sebagai bilik study aku. Aku letakkan meja kecil, tilam dan kipas di dalam stor itu. Aku selalu ponteng ‘prep’ malam dan lebih suka ‘prep’ di dalam bilik study aku. Aku bertuah kerana aku tidak pernah kantoi dengan warden walaupun bilik stor aku sentiasa terpasang lampu. Tahun ini aku belajar sangat extreme kerana aku aku lambat ‘pickup’ dan mahu menebus kesalahan semasa di tingkatan 3.
Saat ini perangai skema masa form 4 aku mula berkurang. Kawan-kawan aku tahu aku nampak baik sahaja di kelas (di kelas akulah manusia paling pendiam) tetapi di dorm perangai aku lain..hahaha. Tetapi yang penting aku tidak membuli budak-budak junior. Paling kuat aku menyuruh mereka ambilkan aku air. Bagi aku, macam mereka tiada mak bapa pula mahu disuruh buat itu, buat ini.
Aku mula mengenali Linkin Park, Limp Bizkit, Too Phat, Korn dan Slipknot . Kami akan membuat topeng seperti ahli kumpulan Slipknot setiap kali pergi menyokong pasukan bola sepak sekolah kami. Aku tidak lupa SM Teknik Shah Alam yang mencetuskan pergaduhan dengan sekolah kami setelah mereka kalah untuk ke peringkat seterusnya. Darah muda masing-masing mula mendidih dengan semangat kesekolahan. Hari itu mereka balik dengan bas yang sudah pecah cerminnya.
Aku yang berhidung panjang itu ![]()

Kakakku telah memberikan aku telefon bimbitnya setelah dia melanjutkan pelajaran ke oversea. Rakan-rakan dorm aku selalu meminjam telefon bimbitku tetapi bukanlah percuma semata-mata.
Dorm aku bertentangan dengan blok perempuan maka kami selalu melakukan aktiviti yang terkawal..haha. Dorm aku yang berada di tepi blok menjadi tempat popular untuk meng’usha’ dan meng’peewit’ budak-budak perempuan yang akan lalu di sebelah blok kami untuk ke kelas. Aktiviti ter’kawal’ ini akan dijalankan apabila tahap kebosanan melampau dan ketepuan otak terjadi.
Tamat
Itulah pengalaman aku semasa di sekolah menengah. Ada yang seronok ada yang memilukan. Tahniah kerana berjaya menghabiskan entri yang membosankan hari ini.
Popularity: 7% [?]
Fatal error: Call to undefined function get_avatar() in /home/kasyahc/public_html/wp-content/themes/aeros/comments.php on line 24