My journey to Mersing
Catatan ini bertarikh 25-26 April.
Final aku sudah habis tapi aku masih ada presentation untuk projek aku . Memandangkan aku on the way balik ke skudai aku bercadang melawat Mersing . Aku ajak Khalis join sekali sebab dia pun dah habis final . Aku called my Bro first . “Ok…cantik!†. Bro pun nak balik ke Mersing malam ni. Dia sekarang ada di Kluang . Kemas-kemas barang aku pun cabut ke Kluang .
Di Kluang aku dibelanja makan oleh sepupu Bro . Aku panggil ‘Mama’ je sebab aku confuse nak panggil kakak atau makcik ( Biasa la awet muda ). Dia memang sporting dan aku berharap boleh jadi menantu dia satu hari nanti….yoshhh!!( berangan je aku ) . Kami sampai pula di Mersing pukul 4 pagi dan terus lepak di kedai mamak layan bola .
So destinasi pertama aku pagi itu ialah ke Jeti Penumpang Jabatan Laut Mersing . Tak ramai orang di jeti kerana perkhidmatan feri masih belum bermula . Kemudian Bro ajak kami ke Air Papan. Ia merupakan antara tumpuan pelancong untuk mandi laut . Pantai di sana bagi aku cantik kerana ia masih terkawal lagi tahap kebersihan dia berbanding pantai-pantai yang pernah aku pergi . Selalunya kalau hendak dibandingkan antara pantai-pantai bahagian Selat Melaka dan Laut China Selatan , aku lebih menyukai pantai di bahagian Laut China Selatan . Bagi aku lebih cantik dan menawan.
Satu kelebihan yang aku suka pantai di Mersing ini kerana setiap kali aku pandang ke tengah laut , aku akan nampak pulau-pulau di sekitar Mersing berbanding pantai-pantai di Terengganu yang cuma kelihatan lautan yang terbentang luas . Di depan aku pelbagai pulau seperti Pulau Setindan , Pulau Kecil , Pulau Tengah , Pulau Besar , Pulau , Pulau Rawa . Dengar khabar Pulau Setindan dihadiahkan oleh Tunku Mahkota Johor kepada anakandanya Raja Muda Tunku Ismail Ibrahim . Pulau Kecil , Tengah dan Besar dahulunya dikenali sebagai Pulau Babi Keci , Pulau Babi Tengah dan Pulau Babi Besar ….hoho…( aku bukan mencarut ni ) . Percaya atau tidak , Pulau Tioman boleh kelihatan dari darat jika cuaca baik …( FYI Pulau Tioman about 36 nautical miles off Malaysia’s east coast )
Kami singgah di Masjid Jamek atas bukit (maafkan aku , aku tak ingat nama masjid ni ) . Pertama kali aku jumpa masjid paling tinggi atas bukit . Senibina masjid ini bagi aku memang klasik . Pemandangan dari atas bukit ini memang indah kerana aku dapat tengok hampir semua Bandar Mersing dari sini . Cuma aku terpaksa memanjat tembok batu untuk mengambil gambar kerana terhalang dengan pokok-pokok di luar pagar .
Kami menghantar Khalis ke stesen bas kerana dia perlu balik ke Melaka . Ada dinner katanya . Bro ajak aku minum . Wokay … “Leh aku makan sekali ni .â€

ps-Jangan ditanya kenapa aku tak pergi ke pulau-pulau sekitar Mersing.
kluang Long Journey mersing tiomanPopularity: 3% [?]








Fatal error: Call to undefined function get_avatar() in /home/kasyahc/public_html/wp-content/themes/aeros/comments.php on line 24