Masa mencemburuiku
Dalam dua minggu ini aku berasa amat pantas sekali masa berlalu. Aku jarang keluar rumah sekarang dan selalu berada di bilikku untuk melayari internet. Walaupun hampir keseluruhan kehidupan aku kini berada di dunia maya internet, aku masih tidak dapat mengawal masa aku dengan baik. Aku masih perlukan kehidupan sebenar aku. Aku cuba mencari-cari apakah punca aku tidak dapat mengoptimumkan penggunaan masa untuk melayari internet. Di bawah aku senaraikan antara sebab-musababnya.
1. Tidak terfokus untuk membuka satu website sahaja. Menggunakan fungsi Firefox Toolbar untuk membuka terlalu banyak tab. Bila ini berlaku akan terjadi aku akan membuka website-website hiburan, Friendster, Myspace.
2. Melawat forum-forum untuk mencari idea tetapi singgah di thread yang melalaikan seperti borak-borak, cinta metropolitan, cari kawan dan sebagainya.
3. Men’google’ dan men’download’ lagu-lagu MP3 dan mencari video klip artis-artis Jepun dan Korea.
4. Mudah terpengaruh dengan iklan-iklan atau penyataan yang kelihatan mempersona. Rugikan masa mengklik.
5. Menulis blog ini.

Aku terfikir kalau aku mempunyai mesin masa Doraemon, mudah sahaja untuk pergi semula ke masa lampau dan betulkan kembali kesilapan. Tapi kalau ada, buatkan manusia tidak bermotivasi untuk hidup lebih baik kerana apa sahaja kesalahan yang dibuat mereka cuma perlu ‘reset’ kembali. Kucar-kacir jadinya dunia ini.
Untuk hari ini aku akan cuba kurangkan yang nombor 3 dahulu. Biar lambat asalkan berhasil. Tapi aku mahu cepat…hehe. Anda ada idea bagaimana kita harus uruskan masa dengan bijak semasa melayari internet?










guna RSS & subscribe laman web/blog yang memberi artikel2 yang best
aku banyak habiskan masa terluang aku dengan membaca 100+ RSS Feed setiap hari..
sangat geek kan?
ha ha
Owh…thanks mael.. banyaknye ko bace. biar geek janji hensem..hehe
wah..mmg baca byk..patut la ade je bende nak tulis kat blog ek ?
saya pun bermasalah macam Kasyah gak…tiap kali on pc,ada je benda yang tak dirancang terjadi…
kekadang tu masa banyak digunkan untuk jenguk2 blog orang…tapi sebenarnya walaupun kita rasa dan pikir wasting time, sebenarnya banyak gak faedah nyer..tadi saya baru berkunjung ke blog mohdismail, dapat tahu pasal plug in yang menguntungkan…bla..bla..sure kasyah dah tau..komentor teraktif…kekalkan prestasi gandakan strategi…
alo bro..dah jd cm katak bawah tempurungla,ehe..jgn marah..byk2 kuar g amik angin,xpn amik pic kuda yg aritu kite nmnpk…ehe
Belajarlah menunggu, kerana masa bergerak amat perlahan bagi orang yang menunggu he3x
Ikutlah pesan Michael Faraday, concentrate one thing at a time.
mohdismail ialah pemuda contoh harapan bangsa .
hehe.. yang itu tak tahu lagi…ramai lagi pencabar.
Kuda Agong hari tu ke ? hehe.takde kad reader la.gmbar takleh nak copy.
huhuh..klu leh bkn stakat mesin masa doraemon..skali ngan sume barang yg ada dlm poket dy aku nk kebas..
hehe..aku pun mase kecik2 selalu harap kalau doraemon datang umah aku..heehe.. best barang2 die..
welkem here adib!!
Macam aku
kau buat yang telah di aturkan dahulu, lepas tu barulah dgn benda2 lain.
lagi satu, tetapkan satu hari tanpa online or at least tanpa melawat blog sendiri. bagi aku hari jumaat adalah hari rehat aku.
aku susah la nak concentrate satu2…ngapain ya?
oic…tq for d advices. so far everyday is nonstop for me…need to take a break!
go kasyah..you can do it ! you can do it ! hehe..haa..ramai yg dah bagi idea..kena la buat..
terima kasih semua.. dah dapat banyak idea dari anda semua. dah start praktik dah..
oh ya, post esok mungkin panjang sikit..hehe. setelah berjaya menjimatkan masa hari ini.
mcm aku jugak laaa…nonstop…tak dapat tenet…xleh mkn nasik…huhu~
ps:teruk tak?teruk tak?
sebenarnyer kan.. biarpun doraemon dtg melawat aku sambil membawa kuih donut dan memutarkan kembali masa…aku akan still dgn gaya aku… huhu
haha..masih dalam kawalan. tapi jgnlah sampai tak makan nasi ..hohoho
hehe..kueh donut..nape la doraemon suka sangat kueh.
stil dengan gaya? gaya ninja?
aku pun banyak buang masa dengan internet nih..ingat nak guna google reader ja pasni, nak subskrib semua blog yang aku masuk..haha..kalau title dia menarik, baru aku nak singgah blog tu.. ^__^
Aku pun baru je memaksimumkan penggunaan google reader..senang nak organize.. hari ini sudah beberapa jam berjaya aku jimatkan..
Leave your response!
Dajjal / Mala-Yu / Konspirasi / Illuminati
Dajjal: The King of the World Conspiracy
ARMAGEDDON'S DEATH ZONE
Konspirasi Sepanjang Zaman
King of The East
Most Viewed
Highest Rated
Tag Cloud
WP Cumulus Flash tag cloud by Roy Tanck requires Flash Player 9 or better.
Recent Entries
Categories
Blogroll
Recent Comments
Most Commented
Most Viewed
Meta