Aku panas

Aku marah giler kalau suppiler bagi barang yang aku dah booking minggu lepas pada dealer lain. Memang la aku terlambat sikit nak bayar, aku pun baru balik KL. Inform la dulu. Memang aku panas. Tah la, tetiba aku panas giler sampai tumbuk-tumbuk dinding biar sakit tangan aku ni. Mungkin orang mungkir janji senang buat darah aku naik.
Update:
Aku hantar sms, seakan kesal kepada supplier aku, tapi secara tiba-tiba hanset aku mati. Aku berfikir kembali buat apa aku aku berbuat begitu. Mungkin dia pun ada masalah. Aku pun kena ambil tanggungjawab. Kalau aku menyalahkan orang, maksudnya aku melepaskan kesalahan pada orang lain. Aku tak berkuasa membetulkan kembali kesalahan aku kerana aku sudah lepaskan KUASA itu pada orang lain.
“You must take responsibility for whatever action you take. Don’t blame another people.” ***Lebih kurang macam tu la ayat-ayat dari Robert T. Kiyosaki pada aku.
Aku rasa marah aku berpunca juga daripada beberapa website aku yang sumbangkan banyak duit down 3 hari. Ohh….bila duit dijadikan puncak nafsu, aku lupa betapa miskin dan hinanya aku dulu. Aku lupe, Allah yang memberikan rezeki.
“Money just a tool for getting things done.” -Brian Sher















Leave your response!