11K, UM & Sharingan
Setelah dua kali pertemuan dengan wakil jualan syarikat S, aku menetapkan untuk tidak menjadi stokis untuk daerah Shah Alam dulu. Pertama, walaupun potensi begitu besar, namun aku tak pernah penetrate market ni, so aku lebih suka kembali ke asal. Build the basic first. Keduanya, bulan ini aku perlukan modal pusingan yang banyak kerana beberapa produk baru masuk ke pasaran.
Semalam Khalis menjadi penasihat aku kerana ada beberapa perkara yang aku kurang faham. Selain itu, kami boleh nampak satu perkara dari dua paradigma yang berbeza. Encik Fairuz, wakil syarikat S, cuba menggesa kami untuk ambil stokis daerah. Ya, marginnya lebih 100% namun yang pasti, aku tak nak yang dikendong berciciran, yang dikejar tak dapat.
Tika membelek keratan iklan akhbar untuk lepasan SPM, aku tertarik melihat iklan dari UM yang menawarkan Professional Diploma in Entrepreneurship and Business Management (PDEBM) & Professional Diploma in Sales and Marketing (PDSM). Aku menghubungi yang berkenaan, yuran pendaftaran RM2500…Total RM8500 setahun. Ibuku tanya, nak belajar ni untuk kerja ke untuk cari ilmu? Ohh..kerja, aku tak pernah merasa gaji pertama sejak aku grad. Aku mencari ilmu untuk bisnes aku, Insya-Allah.

Sedikit kebolehan aku, aku dedahkan yang baru kusedari dalam 2 tahun yang lepas. Aku mempunyai kuasa Sharingan. Aku boleh membuat pemodelan tingkah laku dan habit seseorang setelah kukenal beberapa kali. Salah satu yang aku masih ingat (sebelum aku sedari kebolehan ini) tika aku di UTM, Hafiz Scoot adalah salah seorang kawan rapat aku. Dia memang seorang yang senang bergaul dengan sesiapa sahaja. Aku seorang yang pemalu dan malas bercakap, secara beransur-ansur mengadaptasi tingkah-laku yang aku rasakan cool dan membentuk kembali menjadi sesuatu yang unik. Adakah aku patut menjadi seorang pelakon?
ps - Terdapat beberapa kes dari kawan-kawan dan partner aku yang tak mengesyorkan guna hosting dari E-hosting & Rawanaz. Kalau anda newbie, mungkin tiada masalah…tapi kalau anda memang betul-betul in business internet line, aku suggestkan bertukar ke DataKL (Antara yang tertop di Malaysia). Terpulang anda nak menilai. Ini pandangan ikhlas aku (ohh..aku letak juga affiliate link :P).










eh.. ko da grad rupenye.. datakl.. da setahun aq ngn datakl nie.. so far ok. no prob hehe.. yg terbaru aq rekemen kt amanz.my ntok gune datakl jugak hehe..
hehe..sudah setahun aku grad dah.. ko bila nak abis?
hehe..so far support die n server the best coz aku guna as heavy blogger kot.
Leave your response!
Dajjal / Mala-Yu / Konspirasi / Illuminati
Dajjal: The King of the World Conspiracy
ARMAGEDDON'S DEATH ZONE
Konspirasi Sepanjang Zaman
King of The East
Most Viewed
Highest Rated
Tag Cloud
WP Cumulus Flash tag cloud by Roy Tanck requires Flash Player 9 or better.
Recent Entries
Categories
Blogroll