May
20
2007

MU, kami berjaya membalas dendam!


Winner of FA Cup

Nampaknya hari ini aku gembira kerana pasukan kesukaan aku, Chelsea berjaya menjuarai FA Cup. Walaupun aku tidak tengok sepenuhnya perlawanan semalam tapi aku yakin pasukan kesayanganku akan berjaya menewaskan pasukan pilihan Chot..hahaha. Kali ini Chelsea berjaya menebus kehampaan selepas terlepas peluang untuk menjadi juara English Premier League yang ketiga berturut-turut selepas takhta liga dirampas oleh Manchester United.


Rembatan untuk gol kemenangan

Didier Drogba menjadi wira Chelsea selepas berjaya menyumbat gol 4 minit sebelum permainan dibawa ke set penentuan penalti. 116 minit perlawan akhir FA Cup musim ini mungkin antara detik bersejarah bagi Drogba untuk gol yang diciptakan. Nampaknya tidak sia-sia pelaburan Chelsea yang membawa masuk pemain yang baru-baru mendapat anugerah Premiership Golden Boot. Musim kali ini Drogba menjadi minat aku yang baru walaupun Andriy Shevchenko baru menyertai kelab Chelsea. Tapi musim Shevchenko di Chelsea mungkin satu kegagalan baginya. Aku berharap dia kembali ke AC Milan kerana aku lebih berminat melihat dia bermain di sana.


andriy shevchenko vs didier drogba

Mungkin musim ini tidak seteruk yang disangka. At least Chelsea berjaya juga menjuarai sesuatu. Dengan pelbagai masalah dalaman dan kecederaan pemain pada awal musim, aku amat berharap Chelsea akan berjaya memberi kenangan yang manis untuk peminat-peminat Chelsea di seluruh dunia. Nampaknya malam tadi impian semua penyokong yang setia dimakbulkan.

Oh ya, tadi aku baru terbaca paper pasal AF. Mila menjadi juara. Aku terkejut…la dah habis rupanya AF5. Minta maaf, aku memang tak layan AF.

Chelsea deogba Football Sky Sports

Popularity: 3% [?]

Written by kaSyah in: Sky Sports |

28 Comments »


  • Fatal error: Call to undefined function get_avatar() in /home/kasyahc/public_html/wp-content/themes/aeros/comments.php on line 24