Sep
23
2008

Mood Nak Raya Aku Maner?

Salam all and selamat berpuasa.

Aku masih mencari-cari lagi semangat Nak Raya aku ni. Tah mana ditelan badai Nusantara. Zakat pun belum bayar lagi…ish..ish…Ibu suruh aku cat rumah tu, tembok depan rumah, pagar rumah….

“Ye, ye…nanti Angah buat la.” Aku menjawab dengan niat nak buat tu bila masih tak pasti.
“Lelaki bukan main ramai dalam rumah ni, tapi sorang pun tak nak tolong hias rumah nak dekat raya ni.”…ibuku sudah start…hehe
“Sat la, mood raya tak datang lagi la. Nanti tunggu semua dah balik kitorang buat la. Bukan taknak buat, nak buat. Don’t worry, be hepi.”..aku cuba membackup adik-adikku dan aku sekali.
“Budak-budak ni.” Getus ibuku.

Sekarang tinggal tak sampai seminggu nak raya, aku tengah kira pencapaian bulan ni, baru 2/3 dah capai.Banyak lagi ni….Boleh ke tak boleh?haha….Boleh je la. :D

Planning hari Sabtu hari tu nak gi The Curve dengan Khalis cari baju raya. Ni second time aku gi sane. Nak gi Sogo ke PKNS ke, Jalan TAR kena nanti la dulu. Masuk Metrojaya, aku dah tertarik nak angkat baju Polo jenis fitted..hohoho…cantik aku pakai, nampak tough body aku…hohoho. Harga pun okay la dalam RM65.90. Khalis pun nak angkat dah satu t-shirt warna oren…lawa gak.

“Jom kita jalan dulu sambil-sambil boleh keluar duit.”..yela masing-masing datang bawak diri je. Duit pun setakat sorang sepuluh hinggit.

Sambil-sambil tu usha gak la kedai-kedai lain. Aku nak cari Padini tapi untuk lelaki takde pulak. Dari dulu aku nak try beli satu coz ex aku dulu cakap, kalau aku pakai memang nampak cantik. Dia cakap la, aku tak cakap. Nanti leh aku tanya kat promoter yang cun-cun tu, hensem tak aku pakai Padini ni. Kalo hensem, bole tak saya nak ajak awak berbuka pose hari ni?…hehehe…..Wei, bulan pose la….cehhh!

Ahh sudah, aku pun berjalan-jalan lagi dan singgah la ke Borders. Ini dah jadi tempat faveret aku menelaah. Banding dengan MPH, aku lagi suka Borders coz buku-buku dia lebih terorganize dan variety of choices. Kalau nak cari aku kat mane, usha-usha la bahagian marketing, management, self-helf, economy, business. Aku selalu lepak kat situ. Kalo korang nampak lelaki cam tak betul, mulut terkumat-kamit 2…jangan pulak tegur. Tu bukan aku tu..hahaha

Tapi kat situ ngak jumpa buku yang best. Aku cuma sempat baca buku Great by 24 (John Lee), Aku baca ekspress sambil Cuma mendalami ilmu-ilmu yang di ajar. Memang berbaloi gak coz terutamanya masa nak jaga customers. Baguih-baguih.

Aku masuk gak MPH tapi tak banyak pilihan sangat. Sib baik aku terjumpa buku Richard Branson, “Screw It, Let’s Do It”. Memang aku terus beli tak banyak piker. Lame gak aku mencari buku ni. Dah ¾ buku aku bace..memang best! Aku suke ayat die, “Screw it, lets do it!”. Kalo member aku Tanya boleh buat ke tak boleh… aku selalu habaq kat dorang…hentam je. Maksud hentem bagi aku, bukan hentem bodoh, hentem secara bijaksana…hoho. Eh lupe la nak habaq, aku dah gi ATM kuar duit tadi. Karang korang pelik lak, tadi duit aku sepuluh hinggit je.

Sekali ada hal pulak memaksa kitorang berkejar balik ke Subang. Aiya, baju Poloku….melepas lak nak beli….takpe-takpe nanti aku nak gi cari kat Jusco Bukit Raja. Lagipun tak best la beli awal-awal baju raya. Takde thrill…muahaha

Hari cam biasa nak poslajukan barang-barang customers mintak. Ada 4 order je hari ni. Tunggu brader poslaju datang pastu leh la kasi skit kueh samprit ke..hehehe. Tadi pulak baru je sampai Pos Express. Aku order 2 buku Brian Sher. Dulu aku ada buku oren die tapi hilang dipinjam kawan…. Aku order sekali dua kat website Azizi Ali…hoho. Banyak lak buku aku beli bulan ni ade la dalam 5. Setakat beli, baca, tak amalkan..baik gi cari ilmu kat internet ni. Lagi banyak and free. Tapi aku masih suke beli buku coz aku lebih menghargai value kat dalam tu..hohoho..ada nilai estetika sket.

poslaju.jpg
brian.jpg
31.jpg

Ni la malam ni kat Shah Alam aku nak jumpa Hans (kerepek), Fahmi (toner mata), Kak Ina (kuih raya). Pastu nak gi Banting jumpa Zul (baulu raya). Last sekali gi Puchong nak jumpe Faizal (accident), Sheila (kerepek). Tengah piker gak nak gi Giant @ Tesco pukul berapa malam ni coz banyak keperluan aku nak kena beli. Rase cam gi Tesco coz die bukal sampai tengah malam. Aku nak beli sampul surat, Shokubutsu, Rexona, battery charger, kad raya…hahaha. Semalam dah tukar gasket kancil. Leh la bawak jalan-jalan malam ni.Dah-dah…bersambung la esok..ke lusa ke..tulat ke…Tatata..n selamat berbuka.

My pet….aku ingat daging die dah besar musti sodap! :twisted:

ar.jpg
ps- “Never do anything, if you can’t sleep at night,” Richard Branson.

Popularity: 4% [?]

Written by kaSyah in: Life Documentary | Tags: , , , , , ,

6 Comments »


  • Fatal error: Call to undefined function get_avatar() in /home/kasyahc/public_html/wp-content/themes/aeros/comments.php on line 24