Maybank2u Myzone
Beberapa hari lepas kawanku masukkan RM50 ke akaun Maybank aku. Aku teringat hutang PTPTN yang masih tertunggak lagi. Bercadang mahu bayar dengan duit yang baru ku terima. Maka hari ini aku sibuk email pihak PTPTN meminta no pin dan no rujukan surat tawaran PTPTN.
Aku login ke Maybank2u seperti biasa. Sudah lama aku tidak masuk sejak aku bercuti panjang. Baru aku teringat kena charge 1 Ringgit Malaysia. Hurmm..aku tangguhkan dulu niat aku. Mahu cukupkan duit sehingga RM100 baru aku akan bayar.
Maybank2u merupakan tempat untuk aku mencari topup Maxis yang cepat dan mudah. Aku tidak rela mahu keluar malam-malam buta meredah kesejukan bayu semata-mata mencari topup. Nasib baik Maybank2u menjadi penawar cuma kalau duit dalam akaun aku tinggal 20 sen, hai minta maaflah.
Andai aku mahu membayar hutang-hutang lapukku kepada member-member, Maybank2u juga yang aku cari. Aku cuma perlu minta no akaun mereka dan masukkan jumlah yang mahu ku bayar dan settle.
Hari ini aku cuba-cuba membeli tiket wayang melalui Maybank2u Myzone. Penat aku mencari bagaimana mahu membeli tiket, rupa-rupanya aku perlu daftar dahulu di website GSC. Aku follow sahaja arahan yang diberikan.
1. Log-in to the GSC website using your Members User ID and Password.
2. Click on Showtimes & Ticketing, select E-Payment Ticketing.
3. Special Notice.
4. Select Cinema, Show Date, Movie and Show Time of your choice. Please be reminded that you can only purchase ticket(s) 2 days in advance from the show date.
5. Select Ticket Type and No. of Tickets. Only twelve (12) tickets are allowed per transaction.
6. Select Seats of your choice.
7. Click Accept to Confirm Ticket Purchase.
8. At the e-payment page, select payment via Maybank2u, then click Pay.
9. Key-in your Maybank2u.com Username and Password and Login.
10. Click Next, then key-in your TAC number and Confirm payment.
11. Your status of payment will be displayed at Maybank2u.com and GSC website.
12. Please remember your Confirmation ID and Member User ID when collecting your tickets at the cinema. Print out the Payment Information page to assist you in your ticket collection at the reservation counter.
Aku cuma sampai pada arahan no 7 sahaja kerana kondisi yang masih belum mengizinkan keluar rumah…hehe. Duit dalam akaun pun tinggal berapa sen je. Satu lagi teknologi yang memudahkan aku untuk membeli tiket terus dari bilik. Tidak perlu lagi untuk aku mem’booking’ seperti dahulu.
Oh ya, buat masa ini ia cuma boleh digunakan di GSC Mid Valley, Times Square dan One Utama sahaja.
Popularity: 7% [?]
Fatal error: Call to undefined function get_avatar() in /home/kasyahc/public_html/wp-content/themes/aeros/comments.php on line 24