Masa mencemburuiku
Dalam dua minggu ini aku berasa amat pantas sekali masa berlalu. Aku jarang keluar rumah sekarang dan selalu berada di bilikku untuk melayari internet. Walaupun hampir keseluruhan kehidupan aku kini berada di dunia maya internet, aku masih tidak dapat mengawal masa aku dengan baik. Aku masih perlukan kehidupan sebenar aku. Aku cuba mencari-cari apakah punca aku tidak dapat mengoptimumkan penggunaan masa untuk melayari internet. Di bawah aku senaraikan antara sebab-musababnya.
1. Tidak terfokus untuk membuka satu website sahaja. Menggunakan fungsi Firefox Toolbar untuk membuka terlalu banyak tab. Bila ini berlaku akan terjadi aku akan membuka website-website hiburan, Friendster, Myspace.
2. Melawat forum-forum untuk mencari idea tetapi singgah di thread yang melalaikan seperti borak-borak, cinta metropolitan, cari kawan dan sebagainya.
3. Men’google’ dan men’download’ lagu-lagu MP3 dan mencari video klip artis-artis Jepun dan Korea.
4. Mudah terpengaruh dengan iklan-iklan atau penyataan yang kelihatan mempersona. Rugikan masa mengklik.
5. Menulis blog ini.

Aku terfikir kalau aku mempunyai mesin masa Doraemon, mudah sahaja untuk pergi semula ke masa lampau dan betulkan kembali kesilapan. Tapi kalau ada, buatkan manusia tidak bermotivasi untuk hidup lebih baik kerana apa sahaja kesalahan yang dibuat mereka cuma perlu ‘reset’ kembali. Kucar-kacir jadinya dunia ini.
Untuk hari ini aku akan cuba kurangkan yang nombor 3 dahulu. Biar lambat asalkan berhasil. Tapi aku mahu cepat…hehe. Anda ada idea bagaimana kita harus uruskan masa dengan bijak semasa melayari internet?
360 Diary My Documentary TravelPopularity: 3% [?]
Fatal error: Call to undefined function get_avatar() in /home/kasyahc/public_html/wp-content/themes/aeros/comments.php on line 24