Jun
26
2007

Kerana Abang Porsche

Aku teringat pada zaman ketika cuti panjang, bosan duduk di rumah, aku bekerja di showroom pakcik aku. Saat itu aku berkenalan dengan Abang Porsche.

porsche-1.jpg

Sepanjang aku bekerja di sana sebagai runner, setiap hari dia akan mengajarkanku teknik-teknik mengurat gadis. Bagi aku yang masih mentah, teknik yang diberikan memang praktikal dan original. Ayat dan gaya yang digunakan memang mempersona + sedikit humor. Saban hari dia menggodaku agar cuba ambil kesempatan untuk berbual dengan gadis kerana itulah kelemahanku tika itu. Aku cuma mampu tersenyum tawar. :neutral:

Dia mengajarku lagak jalan yang betul. Cara bersalam yang kemas serta cara menggoda mata gadis. Aku cuba perbaiki setiap gaya dan personalitiku. Teguhkan keyakinan diri untuk bercakap dengan gadis. Lucu sungguh jika aku kenang kembali pabila selalu digelak oleh mereka di pejabat.

fandango_guy.png

Dia memberikan aku nombor telefon beberapa orang gadis yang dikenalinya. Mahu aku cuba berbual di telefon sebelum bercakap depan-depan dengan gadis. Makcik aku yang sporting meminjamkan aku telefonnya. Aku membuat panggilan dengan menggunakan ‘Private Number’.

Saat-saat aku mendengar bunyi toot….toot…..toot…..toot…………jantungku berdegup kencang dan terimbau waktu cemas sebelum berkhatan. Toot……toot…………. dan akhirnya aku lega sungguh kerana panggilan itu tidak berjawab.

Abang Porsche memberikanku tugasan agar menelefon beberapa orang gadis lain dalam beberapa hari. Sepanjang tempoh itu aku merancang strategi apa yang perlu dibualkan untuk kali pertama dan persediaan menghadapi beberapa soalan panas yang muncul tiba-tiba. Akhirnya aku berjaya juga menyelesaikan tugasannya walaupun tidak semuanya lulus.

Sejak itu aku semakin berani berbual dengan gadis. Tidak lagi terasa kekok. Aku tidak perlu terlalu malu dengan mereka kerana sepatutnya mereka yang patut malu dengan aku. Bukan lagi perkara yang membebankan dan aku elakkan. Cuma ada ketikanya hati ini berdebar-debar.

Tidak aku lupakan dengan bantuan dan tunjuk ajar dia, aku berjaya mengurat kekasih pertamaku. Yeah! Setiap hari ada sahaja taktik baru yang diajarkan dan lebih mudah untuk aku praktikkan dengan adanya kekasih pertamaku itu. Tidak perlulah aku perincikan ia.

orlando_bloom_02.jpg

Mungkin selepas ini abang Legolas pula yang sudi memberikan ilmu baru padaku

Yang pasti ianya satu pengalaman yang berharga yang mengubah beberapa perspektif diriku. Tapi kadang-kala aku terasa dosa aku makin berat sedikit berbanding sebelum itu. Cuma sekarang aku lebih suka menyepikan diri. Hidup itu indah!

ps - Aku sudah tambahkan page ‘About‘ di atas. Terima kasih.

Dream come True gadis porsche

Popularity: 6% [?]

Written by kaSyah in: Dreams come True |

46 Comments »


  • Fatal error: Call to undefined function get_avatar() in /home/kasyahc/public_html/wp-content/themes/aeros/comments.php on line 24