June 26, 2007

Kerana Abang Porsche

> Dreams come True — kaSyah @ 9:18 pm

Aku teringat pada zaman ketika cuti panjang, bosan duduk di rumah, aku bekerja di showroom pakcik aku. Saat itu aku berkenalan dengan Abang Porsche.

porsche-1.jpg

Sepanjang aku bekerja di sana sebagai runner, setiap hari dia akan mengajarkanku teknik-teknik mengurat gadis. Bagi aku yang masih mentah, teknik yang diberikan memang praktikal dan original. Ayat dan gaya yang digunakan memang mempersona + sedikit humor. Saban hari dia menggodaku agar cuba ambil kesempatan untuk berbual dengan gadis kerana itulah kelemahanku tika itu. Aku cuma mampu tersenyum tawar. :neutral:

Dia mengajarku lagak jalan yang betul. Cara bersalam yang kemas serta cara menggoda mata gadis. Aku cuba perbaiki setiap gaya dan personalitiku. Teguhkan keyakinan diri untuk bercakap dengan gadis. Lucu sungguh jika aku kenang kembali pabila selalu digelak oleh mereka di pejabat.

fandango_guy.png

Dia memberikan aku nombor telefon beberapa orang gadis yang dikenalinya. Mahu aku cuba berbual di telefon sebelum bercakap depan-depan dengan gadis. Makcik aku yang sporting meminjamkan aku telefonnya. Aku membuat panggilan dengan menggunakan ‘Private Number’.

Saat-saat aku mendengar bunyi toot….toot…..toot…..toot…………jantungku berdegup kencang dan terimbau waktu cemas sebelum berkhatan. Toot……toot…………. dan akhirnya aku lega sungguh kerana panggilan itu tidak berjawab.

Abang Porsche memberikanku tugasan agar menelefon beberapa orang gadis lain dalam beberapa hari. Sepanjang tempoh itu aku merancang strategi apa yang perlu dibualkan untuk kali pertama dan persediaan menghadapi beberapa soalan panas yang muncul tiba-tiba. Akhirnya aku berjaya juga menyelesaikan tugasannya walaupun tidak semuanya lulus.

Sejak itu aku semakin berani berbual dengan gadis. Tidak lagi terasa kekok. Aku tidak perlu terlalu malu dengan mereka kerana sepatutnya mereka yang patut malu dengan aku. Bukan lagi perkara yang membebankan dan aku elakkan. Cuma ada ketikanya hati ini berdebar-debar.

Tidak aku lupakan dengan bantuan dan tunjuk ajar dia, aku berjaya mengurat kekasih pertamaku. Yeah! Setiap hari ada sahaja taktik baru yang diajarkan dan lebih mudah untuk aku praktikkan dengan adanya kekasih pertamaku itu. Tidak perlulah aku perincikan ia.

orlando_bloom_02.jpg

Mungkin selepas ini abang Legolas pula yang sudi memberikan ilmu baru padaku

Yang pasti ianya satu pengalaman yang berharga yang mengubah beberapa perspektif diriku. Tapi kadang-kala aku terasa dosa aku makin berat sedikit berbanding sebelum itu. Cuma sekarang aku lebih suka menyepikan diri. Hidup itu indah!

ps - Aku sudah tambahkan page ‘About‘ di atas. Terima kasih.

Popularity: 7% [?]

RSS feed | Trackback URI

46 Comments »

Comment by azwanhadzree
2007-06-26 21:59:43

Berbalik ke soalan kau .. ha .. ha.. di situ rupanya :grin: aku pun berdekatan jugak … maju ahmad, ajla, shidah tomyam, big pot .. ha ..ha.. kita sekampung rupanya.

Comment by kasyah
2007-06-26 22:08:12

Ohh… rupanya orang kampung la ni…hehe.. huhu ko berdekatan area2 situ rupanya… sungguh tak kusangka :D

Comment by azwanhadzree
2007-06-26 22:10:43

nanti .. kita buat gathering …aku hujung minggu aje ada pun

Comment by kasyah
2007-06-26 22:16:47

wokay bro. Insya-Allah. aku tunggu luka ni cepat baik je… :grin:

 
 
 
 
Comment by mohdismail
2007-06-26 22:03:37

ngeh3.. letak la sekeping dua tips kat sini kasyah.. :p nak belaja jugak.. :twisted:

Comment by kasyah
2007-06-26 22:15:11

haha… mane la aku terrer sangat bro.. tgk la nanti..huhu :mrgreen:

 
Comment by aman
2007-06-27 12:56:30

btul tue…yg takde aweks cam aku nie bleh gak guna pakai.. :P

Comment by kasyah
2007-06-27 14:58:18

xde awek, yela tu…hihi :mrgreen:

 
 
 
Comment by shutterspeaks
2007-06-26 22:04:52

ilmu itu utk di kongsi bersama, apa kata, pada entri berikutnya, kau kongsilah bersama tips2 yg kau timba dari abg Porsche tuh nguahaha…

Comment by kasyah
2007-06-26 22:21:14

hehe..kena igt2kan kembali ni. sudah lama aku tidak praktikkan taktik2 yg dia ajar tu. tgklah camner nanti.

actually aku tgh mencari dia skrang coz dia dah tukar tempat kerja…hehe :grin:

 
 
Comment by arephyz
2007-06-26 22:34:34

amik satu ayat kerek dr filem “Italian Job”

“unlike you my friend I don’t need a guide for that :mrgreen:”

Comment by kasyah
2007-06-26 23:21:29

hahaha…kerek gile sey…. aku suka ayat ni. :twisted:

 
 
Comment by shambie adzhan
2007-06-26 23:41:28

aku suka shy guy! nampak misterius gitu..dan sedikit comel :oops:

Comment by WaWa
2007-06-27 00:23:21

aku perlu bersetuju dengan ko. haha.. sangat setuju!

Comment by kasyah
2007-06-27 01:14:11

nampaknya korang berdua tak perlu rungsing kerana jejaka2 yg berblog semuanya sebenarnya pemalu.

maka mereka gunakan medium blog untuk luahkan perasaan mereka.

-betul ni aku dah buat survey- haha :lol:

 
 
Comment by kasyah
2007-06-27 00:23:51

yup.kalo aku tanya kebanyakkan girls.. mereka lebih suka shy guy. kenapa ya….?huhu…

Comment by yattie
2007-06-27 00:30:43

aku pula x suka shy guy.
aku pernah tinggalkan lelaki sbb masalah dia yg shy tu la :roll:
nk tau cara ngorat gadis,rujuk la kat aku ye :twisted:

Comment by kasyah
2007-06-27 00:49:56

hoho begitu upenya. apa kata ko buat entri bagaimana mahu mengurat gadis bagi jejaka yg pemalu macam aku ni…hehe

 
Comment by yattie
2007-06-27 13:38:48

hooo..nnt aku pk2 kan yek ayat baik utk lelaki pemalu cam ko..
tp pelik la…btul ke ko ni pemalu?? :cool:

 
Comment by kasyah
2007-06-27 15:00:45

betul la..aku ni memang pemalu sangat. nak cakap dgn anak jiran sebelah pun xberani… ehem..ehem… kasi la tips :P

 
 
Comment by shambie adzhan
2007-06-27 00:48:47

sebab aku tak suka lelaki ‘over confident’..
mesti kaki ngorat nih! :lol:
yang spesis cam ni..buat kawan boleh laa,

atau fling ke~ :twisted:

Comment by kasyah
2007-06-27 00:56:10

wohohoho….. sebenarnya mereka kaki ngurat kerana mahu mempraktikkan pelajaran yg mereka terima itu….oppsss
:roll:

lelaki confident ada gaya tersendiri dan lelaki pemalu ada gaya yang tersendiri.

tapi aku tahu ada lelaki yg bisa menjadi kedua-duanya…hahaha… :mrgreen:

 
Comment by WaWa
2007-06-27 01:38:27

dan aku masih bersetuju dgn ko. kalo kaki ngorat dan over confident, susah nak simpan. haha.

tapi.. kalo terlalu pemalu pula, susah la. takkan dgn awek sendiri pon pemalu, tak banyak ckp. aih.. hehe..

 
Comment by kasyah
2007-06-27 02:11:22

hohoho…susah nak simpan.. macam habis madu sepah dibuang lak.

oh yang pemalu tu masa nak ngurat je . laki ni bila dah kenal perempuan… semua tanduk bisa keluar….xde nak malu2 dah….oppssss. :roll:

 
Comment by shambie adzhan
2007-06-27 02:37:16

betul cakap ko..kalau dah kenal..takde malu2 dah…
terus jadik :twisted:

biase la..awal2 mase tengah usha mengusha tu la asyik! haha

 
Comment by kasyah
2007-06-27 09:20:04

hah..mula2 malu2 kucing..dah dapat terus macam harimau..huhu

kesimpulannya, kawen ke la. :mrgreen:

 
 
 
 
Comment by mixterr
2007-06-27 00:29:36

aku mcm ko kasyah.. dulu aku mmg pemalu.. semenjak ade teman ni.. aku semakin berani berdepan dgn wanita…

Comment by kasyah
2007-06-27 01:00:43

wah… dah ada teman… aku ingatkan tgh relax dulu…huhu.. tak ajak aku..haha.

ps- teman itu seorang perempuan kan? :roll:

Comment by mixterr
2007-06-27 16:40:07

hahahah entah.. pk pk kan la sendiri ..huhuhuhu

Comment by kasyah
2007-06-27 20:01:55

nanti aku fikirkan bukan2 …hahaha :twisted:

 
 
 
 
Comment by coops
2007-06-27 00:39:45

i like naughty guy. baru nampak cool and confident ;)

Comment by kasyah
2007-06-27 01:08:19

hehe… so noty maa.

yup they r confident n cool. can i suggest metrosexual? :mrgreen:

 
 
Comment by adila
2007-06-27 10:24:31

suka yang kelakar dalam serius dan paling best masa dia borak dan gelak, suara dia best sangat…dan paling best kot pandai main gitar…nasib menyebelahi…my hubby ada ciri-ciri tu

kasyah dan yang lain2 dah tau pasal kempen doa 2Julai ni?jangan lupa sertai yer…untuk kesejahteraan umat islam seduania…untuk mereka yang menderita di sana..boleh jenguk kat sini http://www.shahdila.com

Comment by kasyah
2007-06-27 17:04:05

pandai main gitar…juga salah satu ciri2 lelaki idaman…huhu. hehe okay la tu kak, dapat suami yg best!semoga berbahagia ke akhir hayat. :grin:

Insya-Allah kak, saya sertai kempen doa 2julai nanti.

 
 
Comment by wawa
2007-06-27 12:18:48

aku tak suka shy guy.

tapi aku tak suka outstanding guy jugak

padaku, biar yang sedang2 saja.

:))

Comment by kasyah
2007-06-27 19:30:38

yang sedang2 ke…. kenapa tak suka shy guy? :mrgreen:

 
 
Comment by irdzra
2007-06-27 12:33:02

hoho..so amacam kasyah ? masih takut untuk berbual dgn gadis ? i doubt so hah ? ;)

Comment by kasyah
2007-06-27 18:00:14

yaa… masih takut sangat2 ni… :oops:

 
 
Comment by chot
2007-06-27 14:47:22

aku pun mcm ko gak dulu..tp skrg ni dah berani la jugak…hehe

Comment by kasyah
2007-06-27 18:02:36

huhu….bro ko lebih berpengalaman dari aku.

baik aku menuntut kat ko..huhu :mrgreen:

 
 
Comment by nuruL
2007-06-27 21:40:02

ada orang cakap, lelaki yg pemalu dan pendiam ni lebih bahaya. sebab golongan mcm ni la yg sukar difahami, dan tak boleh nak baca perangai diorg. betul la rasanye.

boleh jugak apply kat perempuan cam saya, haha! pemalu tapi kadang2 pelampau :shock:

Comment by kasyah
2007-06-27 22:32:20

huhu… ada lelaki yg nampak pemalu ni pandai menyembunyikan ‘dark side’ mereka. kalo malang bertemu dgn yg ada 2 sifat ni..huhu susahlah.

gadis memang kena pemalu…pelampau….hahaha

Comment by irdzra
2007-06-27 22:58:59

huhu..betul..saya ade kawan yg kami rasa paling pendiam dan pemalu sekali berbanding rakan2 yg lain..tp..one day..mase meeting archi studio 01, pergh..first time dia bersuara dgn comment nye yg agak straight foward..kami semua terkejut..huhuhu..

rupa2nye..selama ni..dia hanye memerhatikan gelagat kami..dan baru sekarang dia memberikan comment..

but however..i doubt dia nie jenis yg ade ‘dark side’ or anything that is realted to bad..

 
 
 
Comment by aria-ayumi
2007-06-28 16:05:06

fuyoooo cun nye porche!!

Comment by kasyah
2007-06-28 20:42:57

huhu…memang cun, diya sorang je yg tegur porsche tu. :razz:

Comment by aria-ayumi
2007-06-28 20:49:51

erk, diya sorang je ke? haha sbb td xsmpat nak baca abes entry kasyah… nampak porsche tuh terus gatai tgn nak komen. hihi :mrgreen:

 
 
 
Name (required)
E-mail (required - never shown publicly)
URI
Your Comment (smaller size | larger size)
You may use <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <code> <em> <i> <strike> <strong> in your comment.