May
16
2007

Kedai mamak . Sudah cukup bagus?

Setelah membaca post terbaru dari bro Imo Imora aku pun tertarik untuk membuat satu lagi post hari ini . Aku nak tanya kalian pernah tak pergi ke mana-mana kedai mamak ? Mesti pernah kan ? Nak kenal pun senang . Pekerja dia semua pakai baju yang seragam + topi . Kebanyakkan nama kedai mamak menggunakan nama-nama seperti Safiah , Maju Ahmad , Hassan dan yang seangkatan dengannya .


Kayu Nasi Kandar

Tapi kenapa kedai mamak masih menjadi pilihan kebanyakkan rakyat Malaysia (Cina pun dah ramai yang makan di kedai mamak) ? Aku lebih selesa makan di kedai mamak kerana servis pelanggan yang bagus , tempat yang bersih + cantik + selesa + berkelip-kelipan dan tandas yang wangi + bersih . Kadang-kadang aku pergi kedai mamak tandas di sana macam hotel lak .


Terang-benderang

Bagi aku , pergi ke mana-mana aku nak dilayan dengan baik . Lumrah manusia kan . Kita lepas satu hari penat-penat kerja atau belajar , malamnya kena la memanjakan diri pula . Aku selalu buat perbandingan antara kedai mamak dan kedai Melayu . Bagi aku walaupun mamak yang ambil order tak tahu nak cakap Melayu@English sekurang-kurangnya mereka pandai senyum . Lain pula kalau aku pergi ke kedai Melayu , jarang sangat nak jumpa budak Melayu yang pandai senyum . Nak tak nak je ambil order . Ambil order pun letak tangan atas meja . Bai , mana boleh macam tu .Respek la pelanggan yang bakal memberi kau duit . Pekerja Melayu ni ego kebanyakkannya tinggi . Mereka tak boleh jadi bos nak berlagak macam bos lak .

Susah aku nak jumpa meja@lantai yang bersepah atau kotor di kedai mamak . Berbanding di kedai Melayu , kadang-kadang aku terpaksa pindah tempat kerana bau ada bau-bau longkang . Tandas di kedai mamak pula bukan semuanya baru dibina@dicat tapi bersih . Itu yang penting .

Katakan aku nak minta order lagi , kekadang jenuh aku angkat tangan tapi takde juga yang datang ke meja . Naik malu pun ada dengan customers lain . Tapi kalau di kedai mamak , berebut pula maple’-maple’ nak ambil order .

Tapi aku tak katakan semua kedai Melayu macam ni tapi kebanyakkan kedai yang PERNAH aku pergi memang macam ni . Adakah kedai Melayu kekurangan pekerja seperti pekerja di kedai mamak yang berduyun-duyun yang memungkinkan servis pelanggan mereka kurang berkesan ? Adakah mereka susah untuk menggajikan para pekerja kekurangan kekurangan bajet ? Kenapa mereka tak sahaja menggajikan maple’-maple’ yang aku pasti dibayar gaji yang rendah . Pasti ada sebab mereka sendiri .

Dari sudut yang boleh aku nampak , kenapa tak sahaja kita training pekerja-pekerja Melayu kita agar lebih pandai senyum , pandai ambil hati dan pandai jaga kebajikan pelanggan . Bukan susah pun kan . Kalau kita kerja McDonalds pun mereka akan training kita dulu . Penting memberi senyuman kepada pelanggan . Right ?


Bayar pakai kad kredit pun boleh bang

Bayar pakai kad kredit pun boleh bang

Peringatan khas - Aku adalah Melayu sejati dan tidak ada kena-mengena dengan mamak-mamak yang aku sebutkan di atas .

Anda mungkin tertarik dengan artikel ini.


Pantau restoran mamak elak orang Islam tertipu

Restoran mamak mencemar kehadiran Ramadhan dan umat Islam

kedai Kopitiam Mamak Sarcastic vs Opinion

Popularity: 2% [?]

Written by kaSyah in: Sarcastic vs Opinion |

16 Comments »


  • Fatal error: Call to undefined function get_avatar() in /home/kasyahc/public_html/wp-content/themes/aeros/comments.php on line 24