Kasyah KePelikan
Rules & Regulations: Each player of this game starts out by giving 6 weird things about themselves. People who get tagged need to write in a blog of their own 6 weird things as well as state the rules clearly. In the end, you need to choose 6 people to be tagged and list their names. After you do that, leave them each a comment letting them know you tagged them and to read your blog!
Hari ini Ahad dan aku tahu tak ramai yang surfing di alam maya kan.. maka aku ingin mengisi masa aku tentang 6 perkara pelik (kenapa tak 16 ke, 60 ke) tentang diri ini setelah di tag oleh Minci.
1. Jangan ikut aku shopping. Aku ada dua gaya shopping. ‘Slow motion’ dan ‘fast track’. Untuk ‘slow motion‘ aku akan membeli barang dengan melihat satu-satu barang dulu. Aku akan membandingkan setiap jenama. Kalau barang makanan, aku akan memilih jenama atau packing mana yang lebih nilai untuk wang aku. Aku akan membuat calculation sendiri. Jika membeli pakaian, aku akan mencuba dulu di fitting room, bertanyakan kepada kawan atau salesgirl di situ.
Shopping ‘fast track‘ pula adalah shopping yang sudah aku planning awal-awal di pasaraya yang biasa aku bershopping. Aku akan imagine aku pergi naik apa, parking di mana, masuk dari pintu mana, pergi ke department mana dan pilih barang apa. Aku tidak akan membuang masa tertarik dengan pelbagai barangan di situ mahupun singgah sebentar membeli Mcd Cheeseburger.
2. Aku tidak selesa berpeluh. Aku akan menjadi tidak tenteram dan kepala aku tidak dapat berfikir dengan betul. Aku cuma rela berpeluh apabila aku sudah bersedia. Bersedia bermaksud aku memakai pakaian yang bakal dipeluhi. Aku tidak suka pakaian aku melekat dengan peluh. Aku tidak sudi jika badan aku berbau….haha. Itu antara sebab lain aku mahu tinggal di Jepun.
3. Kalau ada orang ajak aku ke mana-mana, aku mahu dia beritahu pukul berapa mahu gerak. Ini supaya aku boleh bersedia jika mahu ke mana-mana. Aku mahu dia tetapkan masa supaya dia punctual dan aku juga punctual. Sifat aku yang suka buat perkara last minute akan menyusahkan diri aku dan mereka yang berkenaan. Time is money dude.
4. Aku akan menjerit dan menyanyi kuat2 walaupun lagu itu sentimental apabila aku mengantuk semasa driving dan tiada manusia lain di dalam kereta. Tabiat ini sangat tidak baik tetapi aku selalu travel bersendirian dan dalam keadaan yang tidak mengizinkan untuk berehat.
Kalau aku travel jauh aku selalu membawa air dari rumah. Aku tidak suka membazirkan masa dan wang untuk singgah sebentar membeli air mineral di Kedai Mesra Petronas. Sudah cukup dengan harga petrol yang naik sekarang.

5. Aku suka berimaginasi seorang. Aku suka pandang sesuatu tempat jauh-jauh atau pandang ke langit kalau berbincang dengan seseorang. Kadang-kadang muka aku nampak marah tetapi aku sebenarnya sedang berfikir.
Aku juga suka menganalisis perangai seseorang. Aku dapat rasakan samada seseorang itu ikhlas, pandai ambil hati atau berpura-pura. Tetapi kadang-kadang perangai aku melampau sampai aku terimaginasi melebih-lebih pula sehingga memakan diri sendiri. Aku perlu ubah.
6. Ibu aku selalu marah masa aku makan. Semua ini gara-gara sikap aku yang aku membaca sambil makan. Waktu kecil, makan adalah suatu yang memboringkan maka aku akan membaca suratkhabar, majalah ataupun komik sambil makan. Tabiat ini aku tidak boleh ubah sehingga sekarang cuma yang berubah ibu aku tidak marah aku lagi.
Sejak aku mempunyai komputer sendiri, kadang-kadang aku akan makan sambil tengok anime (One Piece, Naruto) atau menonton filem-filem Korea atau Jepun seperti 200 Pounds Beauty.
Tamat Pelik
Aku tidak kisah pandangan teman-teman sekolah, matrikulasi atau universiti. Aku pernah digelarkan ‘pelik-pelik’ oleh mereka. Satu gelaran yang amat aku BENCI. Aku akan buat perkara yang betul bagi aku tetapi salah bagi mereka. Tapi aku tidak akan gadaikan prinsip diri aku. Hello, manusia di dunia ini amatlah ANEH kan?
Aku mahu tag kepada 6 tukang komen yang aktif memberikan komen antaranya ialah :
WaWa
shutterspeaks
Irdzra
yattie
mohdismail
arephyz
Tidak lupa kepada yang lain seperti mixterr, azwanhadzree, Fahmishah, chot, Far_east dan shahdila.
Oh ya, kalau anda sudah ditag, sila abaikan pesanan ini. Dan ini hanyalah jika anda mempunyai masa untuk menulis.











wahh… i’m flattered, i’m tagged ekekeke. seperti yg kau pesan, nnt aku ada masa aku tulis. aku tgh siapkan 2 proposal nih. sebenarnya, antara kepelikan kau tuh, byk sifat2 yg terpuji mcm menepati masa tuh hehe. kalau kat jepun x pelik tuh, kat malaysia je lah kot pelik hehe.
Aku menunggu kepelikan dari ko juga…haha. aku tidak 100% menepati masa kerana kadang2 ada hal yang xdapat dielakkan. tapi aku selalu berusaha untuk tak meyusahkan diri dan kawan aku.
ya,ya… aku masih hidup di jepun..wishlist yang belom tercapai lagi.
makan masa membaca yer? sepupu saya ada perangai macam gitu… pelik jugak? masa orang suruh makan, dia mulalah pegang buku untuk dibaca… sepupu saya tu sekolah rendah… tak tau la nanti bila besar akan menjadi hobi beliau akan dtang membaca tatkala sedang makan-makan… pelik jugak tu…
sambil mulut kita menguyah makanan, sambil itu kita akan fokuskan kepada pembacaan yang tengah best itu…sangat seronok dan menggembirakan…
tapi awas jangan buat jika anda makan ikan yang banyak tulang kerana ianya akan membuat ‘naya’ kepada diri sendiri…hehe..dari pengalaman peribadi.
memang pelik…
wah.aku juga ditag.
aku suka makan smbil tgk tv.
tp ape yg aku prasan,aku xkan rasa knyang lpas tu..hmm.
dan aku smbil mlayari internet juga suka makan dan minum.
baca buku/komik smbil mkn belum jd hobi aku lg.
btw kasyah.
aku salute ngn prinsip kau.
aku pun pelik nape mesti ada org nak mngata apa yg kita buat.
bukan susahkan dorg pun kan?hmm..
kau patut teruskan prinsip kau tu.
tak der sapa boleh aturkan hidup kita..rite?:)
kau datang dari bintang mana??dari no. 1 hingga 5 adalah sifat aku juga….
wow wow wow … kita agak serupa.. miahaha
1 - shopping - walaupun aku pompuan, aku pun ada bakat shopping ‘fast track’. like you, i would plan my movement before I even step into the store.
2 - samalah.. sbb tuh aku bersyukur dok kat bumi UK
3 - bagus bagus.. sifat terpuji nih..
4 - menjerit dan menyanyi kuat2 tuh mmg aktiviti yg sihat. Oh.. rajin minum air.. bagus.. bagus.. lainlah aku.. nk minum air tuh kena paksa..
5 - imaginasi itu bagus. jgn jadi mcm gollum sudah
6 - nih masa kecik2 aku suka buat…sampaikan mak aku nk ikat buku tuh kat tengkuk aku.
dann aku juga ditagged. haha.. sabar aje la.. ok2.. aku tengah kumpulkan 6 kepelikkan aku.. hoho. bila dah siap, aku akan jemput kau untuk membaca kepelikkan aku.
ya..sebab ko rajin mengkomen di sini…
aku kalau makan sambil nonton tv selalu kena marah ibu aku. tapi lepas aku dah besar.. dia marah adik2 aku pulak..haha… akulah contoh abang yg kurang baik.
ko patut cuba makan sambil baca komik cam kreko. tapi berhati-hati agar tak kotor komik itu
aku memang degil dan xkesah orang nak kata apa pun… besa la bend yang pelik menjadi perbualan hangat.
tq.tiada sape yg patut tentukan hidup aku.perjuangan aku diteruskan dengan semangat naruto shippuden..
Aku datang dari planet yang dipanggil ‘Aneh-aneh’ . Ko pernah dengar??
Apakah sifat no 6 ko itu… aku mahu dengar juga..hehe (ko pun termasuk dlm senarai kena tag)
1. bagus ko ada bakat fast track nanti senang kalau nak suruh beli barang… dijamin tak tergoda dengan mana2 tawaran yang mendatang…hehe
2. aku sungguh jeles dengan ko,kakak aku dan kawan aku yg seronok hidup di oversea meninggalkan aku di bumi Malaysia yang makin panas dengan pencemaran alam ni ..
3. aku suka prepare last minute… so aku kena ada timing yang betul utk bersiap… aku malas kalau tetiba kata nak gerak… tergopoh-gapah diri ini.
4. kerana sore aku sumbang, maka ianya menjadi tempat praktikal yg sesuai untuk aku…ahaha. aku yg suka minum air ni kerap jugak kena gi tandas..huhu
5. gollum itu misteri…aku rindukan ia…lama tak layan lotr …hehe
6. ……..aku tgh berimaginasi ni, mak ko ikat buku kat tengkuk…..haha…topeng ninja ko nak letak mana?….
Ko pengkomen terbanyak maka aku menunggu-nunggu mengetahui kepelikan ko pula…haha
hoho… makan ikan banyak tulang … kes haru biru dibuatnya jika terjerut tulang…
sejak itu aku tak suka makan ikan banyak tulang…kenangan ikan parang dulu masih teringat haha
Aku dah kena tag sebelum ni. Dua kali aku kena buat and salah satunya di sini
hehe mmg pelik lah sikap kasyah…
penah kene tagged dh 6 benda pelik ni…
p/s-by the way, yg kasyah tanya psl jeram linang tu… tempat die kat pasir putih, kelantan…
maksud aku ko bintang lahir? aku aries la?? ko aper?? tagged??
Haha..nnt kita sama2 tengok sapa yang betul2 pelik..huhu!
Aku akan menulis satu post tentang kepelikan ak..
[...] saya telah ditagged oleh Kasyah. Hanya sekadar hiburan di hujung minggu, maka terimalah 6 yang pelik tentang saya. [...]
yay! dah siap entri tu.
oh… aku pisces…
yeah… aku nak gi tengok jap lagi
yes bro..aku menunggu kepelikan dari kau pula…
aku try imagine kepelikan berdasarkan anak ko….huhu…. cam pelik je….hehe
hoho…pelik itu suatu yang unik. :p
dah pernah kena tag ye..nanti nak cari kat mana.
oh..kat kelantan,tak pernah sampai sana lagi..:D
ah tidak..aku xsuka baca komik sbenarnya..
aku pelik nape bdk laki amat gemar komik..
nak2 ngn naruto tuh..
ahah..
weh kasyah..aku rasa mcm aku xde pkara pelik la..
ahhaaha;)
ahaha… nak tergelak pliss..
komik adalah seperti jiwa remaja semasa sedang membesar..watak2 dalam komik adalah idola mereka..haha
bagusla,ko menjalani kehidupan yg normal sekarang..
Kepelikkan adalah sesuatu yang tidak pelik bagi orang yang pelik, tetapi ia adalah kepelikkan bagi orang yang tidak pelik.
Jika orang pelik mengalami kepelikkan, ia bukan lagi pelik, tetapi jika orang yang tidak pelik mengalami kepelikkan, barulah ia dinamakan kepelikkan.
Tak pelik bagi orang pelik, tapi pelik bagi orang yang tidak pelik.
aiks..kena tag la..haha..tak perasan lak..
baiks !! akan diusahakan menulis 6 weird things about me..huhuhu..
owh yea..sifat tuh..tak la pelik sgt..hehe..actually boleh di puji juga..i myself dont like last min planning..benci benci..selalu plan things in advance..
yeah….im looking forward
haha..
kasyah..
aku sudah sahut cabaran tag kau tu..
mari komen2..
yeahh..baru selesai membacanya
[...] been tagged by kasyah the legend. It requires 6 for 6. 6 weird thing and 6 new victims, because I put 3, so my next victim will be 3 [...]
ehhhh… kene tag..
kena tag la bro…mahu tahu juga kepelikan ko lak…haha
hehe, nanti aku post…
im waiting bro..
[...] Kasyah [...]
Leave your response!
2009 Mission in Action
Profit income USD200 per day
Launch 3 digital product
Set up a business for Website Design
Help my friends to have passive income USD20 per day
Enlarge my Muslimah's T-shirt business
Be a stockist in Johor for Permata Hijrah
Upgrade my communication skills
Get a very good sleep
Open a shop at Kg. Melayu Subang
Buy Fujitsu or Toshiba notebookBuy Honda City or Toyota Vios
Most Viewed
Highest Rated
Tag Cloud
WP Cumulus Flash tag cloud by Roy Tanck requires Flash Player 9 or better.
Recent Entries
Categories
Blogroll
Recent Comments
Most Commented
Most Viewed
Meta