Kahwin dan tak cukup kain
Aku dan Kabut di ajak oleh Apis untuk menghadiri kenduri kahwin adik saudara Abang Faisal . Aku terus bersetuju memandangkan aku pun belum makan lagi . Selepas menghadiri kenduri , Abang Faisal mengajak kami menemani dia menziarahi ayah adik angkat dia . Aku berpeluang ke Hospital Sultanah Aminah (HSA) walaupun sudah 4 tahun aku di Johor dan berapa puluh kali aku pernah melalui jalan ke HSA . Aku tertarik dengan pemandangan HSA kerana ianya menghadap laut . Dari sini sudah kelihatan banyak bangunan negara Singapura yang tinggi-tinggi belaka kerana di sana kekurangan tanah .
Posing sebelum masuk ..Abg Faizal , Apis , Kabut

Rupa-rupanya pesakit yang bakal kami lawati ditempatkan ke wad ICU . Wad ICU ini terletak di hujung sekali sebelah timur bangunan hospital . Pelawat yang dibenarkan masuk cuma dua bagi seorang pesakit . Aku dan Kabut tunggu dahulu di luar sambil aku melihat carta organisasi wad di situ . “ Lawa-lawa jugak misi-misi kat sini..huhu.†Aku berkesempatan juga melawat ayah adik angkat Abang Faizal namun dia masih dalam keadaan koma . Aku memerhatikan persekitaran di sekeliling dan memang terasa lain . Ada yang muda tapi kebanyakkan di sini tua . Kebanyakkan pesakit di sini 50-50 peluang mereka . Amat tipis .
Aku pergi lepak di bahagian tengah berhampiran lif . Seorang budak perempuan telah menarik perhatian aku untuk mengambil gambarnya dari belakang( Maafkan aku kerana tidak meminta izinmu ) .
Aku cuma berharap budak perempuan ini sudah ketiadaan pakaian lain untuk dipakai pada hari tersebut.


Tengah buat renovation

Popularity: 2% [?]
Fatal error: Call to undefined function get_avatar() in /home/kasyahc/public_html/wp-content/themes/aeros/comments.php on line 24