May
17
2007

Is Kasyah sound like gay?

Hari ni aku menggatal tangan untuk masuk irc. Aku nak dekat setahun tak layan irc. Malas + takde kerja, lagipun UTM block acces ke irc. Kali ni aku pakai nick kasyah . Aku join la #kampung, #mamak, #student, #selangor.

Tak sampai 10 saat ada la seorang makhluk mahu mengenali diri ini . Aku tengok nick nak kata laki tak, perempuan pun tak . Aku layan la cam biasa . Lagipun dia tak tanya pun asl. Setelah penat melayan dalam 10min , aku tanya la dia ni lelaki ke perempuan? Sekali dia balas lelaki daaa… Ceh, dia ingat kasyah ni nyah ape?


Im the hot male chick!!

Gambar di atas hanyalah rekaan semata-mata.

Dalam ketika itu aku pun tengah melayan seorang lelaki yang ingatkan aku perempuan. Siap cakap kat aku minat s#x tak? Jomla borak-borak s#x. Woi ko ingat nick kasyah ni perempuan sejati ke? Terus aku disconnet irc.

Aku terfikir balik, betul ke nick kasyah ni orang ingat perempuan. Takkan lah… Nama KaSyah kan ada Syah belakang dia. Mesti la lelaki.

So aku pun masuk balik ke irc dan pakai nick kasyah gak. Aku nak tengok respon dari siapa yang pulak yang nak kenal perempuan bernama kasyah ni . Aku join balik #kampung, #mamak, #student, #selangor. Pastu aku diajak join #adik dan #veteran. Kat bawah ni aku sertakan screenshot, nanti cakap aku buat cerita. Semua dimulakan oleh orang yang mahu mengenali kasyah. Cuma seorang je yang ingat aku lelaki dan orang yang meng’hai’ aku adalah perempuan tulen. Nick dia yang aku bulatkan.


Kasyah adalah lelaki

Moral cerita ini. Jangan anda tertipu dengan nama. Dont jugde a sex by his/her name. Begini rasanya menjadi seorang perempuan.

Peringatan khas - Kepada para gadis yang ingin cepat dikenali, gunalah nick kasyah. ;p

gay kasyah Life Documentary nyah

Popularity: 5% [?]

Written by kaSyah in: Life Documentary |

28 Comments »


  • Fatal error: Call to undefined function get_avatar() in /home/kasyahc/public_html/wp-content/themes/aeros/comments.php on line 24