Hari terakhir bulan Mei
Mungkin ada yang pernah melihat video 2 orang pemain berlawan ping-pong versi matrix. Kali ini aku bawakan pergaduhan di meja makan versi matrix pula.
Monolog
Aku pernah berharap agar segala kesilapan aku dulu semasa bercinta dapat diputarkan. Setelah jiwa dikecewakan baru aku tahu tinggi rendahnya langit. Masa itu baru aku sedar tidak semuanya indah. Masa itu baru aku tahu beginilah rasanya. Masa itu aku berasa sangat bodoh, tapi sekarang aku tahu semua itu adalah bekalan yang amat berguna untuk masa hadapan.
Aku telah mendapat pengajaran yang paling berharga. Benar kegagalan adalah pengalaman yang paling berharga. Suatu ketika dulu aku menyalahkan diri sendiri, namun sekarang aku sangat gembira kerana aku pernah gagal. Banyak perkara yang sebelum ini aku tidak perasan, aku tidak nampak, mula memunculkan diri satu-persatu.
Tidak salah aku katakan mereka yang pernah gagal bercinta akan temui cinta yang lebih berjaya kerana pernah gagal bercinta. Sama seperti kebanyakkan jutawan di dunia, mereka pernah gagal juga. Aku lebih menyukai diriku sekarang.
Tamat.

Kepada pembaca Kasyah.com, esok aku akan membuat revolusi di Kasyah dot com. ![]()
Aku sangat menghargai sokongan anda selama 23 hari aku berblog. Semalam juga aku telah berjaya melepasi target untuk bulan ini. Untuk permulaan bulan yang baru, kita perlu mulakan sesuatu yang baru juga kan?
Popularity: 3% [?]
Fatal error: Call to undefined function get_avatar() in /home/kasyahc/public_html/wp-content/themes/aeros/comments.php on line 24