Hari Raya Aidilfitri Tag
Hey pal.
I want to do a tag from AbdFatah about Puasa and Hari Raya. However, it is better if I write in Malay instead of English. I do not want you to assume that I celebrate Raya this year at oversea.
So today, I have astonishing guest for today special entry. So enjoy yourself okay!

Nota : Tulisan di bawah adalah milik peribadi Kasyah Slumber @ KS di mana empunya blog ini tidak akan bertanggungjawab dengan segala ketidakfahaman anda dengan tatabahasa dan susunan ayat yang tunggang-langgang. Baca dengan risiko sendiri. Insuranskan diri anda untuk jaminan masa hadapan.
Bila agaknya KS berpuasa penuh?
Mesti korang tak caya kan kalo aku cakap aku puasa penuh masa first time aku berpuasa. Masa tu aku baru darjah satu. Abah offer kat aku kalo puasa sehari dapat 50 sen tapi kalo puasa penuh dapat RM30 full. Disebabkan masa kecik aku memang mata duitan aku kata no prob la. Memang dugaan gak la masa tu tapi papepun yang penting aku dapat duit.
Boleh beli bunga api masa raya nanti. Masa tu tak main mercun lagi. Jahil. Paling koman pun mercun bawang- Yang baling ke lantai pastu meletup tu. Kira mercun ni kategori mercun yang paling safety kat dunia ni. Aku pose masa tu kira tak ikhlas la nak mengharapkan duit bukan pahala. Oh lagi satu nak kasi Abah ngan Ibu aku sayang kat aku….hahaha. At least ada inisiatif wat! Kui..kui….
Lepas darjah 3 atau 4 kalau tak silap, Abah telah meminda terma&syarat untuk mendapatkan duit raya pada tahun tu, di mana aku kena wajib puasa penuh. Masa tu tiap-tiap tahun aku dapat RM50. Bagi aku yang masih kecik lagi, RM50 bagaikan harta karun yang terpijak sampai tak tau nak buat apa ngan duit raya tu. Last-last tiap-tiap raya aku kasi balik duit raya kat Abah suruh die masuk dalam akaun Tabung Haji aku.
Pernahkah KS ponteng puasa? dan apakah alasannya?
Haha..mestilah tak pernah sampai aku naik sekolah menengah. Disebabkan masa sekolah menengah aku kekadang aktif bersukan mahupun ponteng sekolah telah membuatkan aku pun kadang-kadang ponteng tanpa sengaja. Tapi aku tak makan, aku minum je. Tapi aku baik sebab aku tak minum depan-depan orang. Tak elok tau. Tapi tak banyak kali la aku buat. Sampai aku masuk sekolah asrama aku tak buat dahhh… Dosa tuuu. Nak masuk neraka ape?
Lagi satu kalo ada member-member aku yang ponteng puasa aku tak join walaupun aku tak pose sebab aku nak tunjukkan sifat-sifat mahmudah dan terpuji dalam diri aku kat dorang. Biar die respek&saspek sikit…hahaha. Aku baik ape….
KS pernah main bunga api atau mercun?
Soalan ini tak perlu ditanya kerana jawapannya pastinya pernah. Apa barang tak pernah main bunga api. Terjun lombong la ini macam….hahahahahahaha

Ambil dari Bro Shutterspeaks. Pinjam sat Bro.
Bermain bunga api dan mercun adalah satu kemestian kerana ia menunjukkan kejantanan pada setiap budak-budak lelaki yang belum nak baligh tapi dah pandai nak menggatal dengan awek-awek kampung. Aku paling suka kalau balik kampung sebelah Abah sebab saudara lelaki aku yang gila-gila banyak kat sana.
Sebelum terawikh kalo kitorang main mercun karang kena pelangkung dengan iman surau merangkap bapak mertua impian kitorang. Disebabkan kitorang nak ngurat anak dara die yang masa tu sebaya ngan aku so kena la menjadi ahli Rakan Surau..haha…talam dua muke betul) Lepas terawikh dengan moreh-moreh kami aku mengadakan mesyuarat tergempar nak serang bahagian mana dulu. Masa tu aku rapat ngan sepupu aku Alip ngan budak-budak kampung lain macam Dak Man, Dak Mi, Amin. Kitorang jarang main meriam buloh@kabaid coz kalo kantoi mati kena bebel sekor-sekor.
Aku dengan Alip selalu naik atas bumbung rumah tapi kena senyap-senyap la coz sebelah tu bilik nenek aku. Kalo kantoi memang parah kitorang. Untuk pembukaan kitorang akan melaunchkan mercun roket sebagai tanda-tanda perang bakal meletus. Bila keadaan mula bergelocak dan tanda-tanda musuh membalas serangan dengan lebih hebat, barulah kami akan melancarkan Thunder Clap( mercun ni kira bapak kepada mercun roket). Untuk membingitkan suasana malam tu kami akan membakar mercun padi dengan Thunder Boom. Kasi gegar satu kampung. Baru puas hati.
Tidak ketinggalan ada sekali tu kitorang nak mengenakan sepupu-sepupu perempuan kat kampung…haha. Masa tu kitorang pasang mercun tarik kat pintu-pintu yang sudah ditarget. Tunggu dorang balik mandi atau naik atas bilik…pastu bila meletup je mercun tu…menjerit dorang..haha…seronok bangat. Pastu kitorang kena kejar ngan sepupu-sepupu perempuan ni. Tapi sebab kitorang ada ilmu halimunan maka dorang tak berjaya menjumpai kitorang. Malangnya malam tu kitorang tak boleh balik rumah. Tido luar. Padan muke dengan diri aku sendiri dan mereka-mereka yang bekerjasama dengan aku malam tu.
Apakah juadah kegemaran KS ketika berbuka?
Juadah? Aku tak kesah sangat. Minum air kosong pun bole. Tapi kalo ada Uda die tau aku suka kebab daging. Mesti die belikan…hehehe. Murtabak pun aku suke. Kalo air mestilah air tebu. Kalo kueh aku suka kueh Melaka sebab aku orang Melaka…haha.
Tapi lepas berbuka mesti aku malas nak amik air sembahyang pastu gi semayang Maghrib ..hahaha..tapi pastu kena marah ngan kakak aku.
Selalu lagu raya mana yang KS suka?
Mestilah lagu-lagu evergreen. Antara yang aku minat dari dulu sampai selamanya macam lagu, Suasana Hari Raya, Menjelang Hari Raya, Balik Kampung, Sesuci Lebaran, Satu Hari di Hari Raya… aku ada hafal gak sikit-sikit lagu die.
Tahun ni beraya ke mana KS?
Disebabkan mak bapak Abah sudah kembali ke Rahmatullah sejak Abah masih kecik maka setiap tahun Hari Raya Pertama aku akan beraya di Kepong, Kuala Lumpur kat kampung nenek aku. Yang nenek masa aku main mercun tu nenek saudara yang pelihara Abah tapi aku anggap macam nenek sendiri gak.
Tak pernah-pernah aku dari kecik sampai besar raya pertama selain kat Kepong. Kalo tahun ni bukan..memang sejarah bakal terjadi. Tengoklah nanti kalo aku dah kahwin…hahaha…sape nak kawin ngan aku…..hohoho.
Lagi satu aku tak raya pertama kat Nyalas, Melaka kerana kampung nenek aku masa raya pertama mesti air takde. Aku pun tak tau asal. Mentang-mentang kampung nenek aku tu solok….cisss..
Korang kalo ada raya dekat-dekat ngan kampung aku ni halo-halo la aku. Jemputlah datang rumah pastu bawak duit raya sekali kasi kat aku. Kalau tak, aku leh gi raya kampung korang. Jangan risau, aku tak kaco adik-adik perempuan korang yang cun-cun tu. Aku kan baik…haha
KS pernah ke bertugas/berkerja di hari raya?
Ini lagi satu..mestilah tak pernah. Kerana dari aku kecik sampai besar aku menjadi bos sendiri. Sebagai bos, sukati aku la nak kerja ke tak….hahaha…poyo gile (aku belajo lagi maaa)
Ada kenangan manis tak di hari raya?
Masa raya ke? Kenangan manis adalah apabila pergi ke rumah-rumah saudara-mara yang telah dikonpomkan oleh perisik sulit kitorang bahawa rumah itu ada awek cun dan jambu. Besa la, lebih-lebih kalo baru baligh…aku ngan Alip mula la mengendeng-ngendeng mencari port yang sesuai untuk mengusha anak dara rumah sedara aku.
Tah mana aku rembat..cari la aku kalo jumpe.
Pastu mula timbul kontroversi…awek tu kenyit kat aku la..die senyum kat aku la….perasan sangat la aku masa tu. Tapi mende-mende ni cuma terjadi masa raya. Masa aku kat sekolah menengah malu nak mampus kalo nak cakap ngan pompuan. Aku rasa maybe masa raya, setan-setan nak lepaskan dendam kat aku sebab kena kurung sebulan, maka mereka memulakan operasi agar aku menjadi ulat bulu express….hahaha…jahat sik.
Lagi satu kenangan manis masa gi raya, kalo sape tanya aku anak sape. Pastu cakap anak kepada Abah…. tak tau la nape..tapi aku suke..haha
Tapi yang aku suka, aku akan lumba sape dapat duit raya paling banyak tahun ni. Aku akan pastikan setiap rumah aku pergi semata-mata kerana duit. Tak makan pun xpe. Tapi selalunya adik-adik aku lagi terrer sket dari aku…susah aku nak menang…sengit gile lawan ngan dorang.
Aku berjaya tulis 1355 patah perkataan….hahahahahaha. Tak caye korang kira sendiri. Takkan bulan pose aku nak tipukan….huhuhu. Oh lupe, aku pose ye hari ni. Jaga sket mulut tu. Kang kureng pahala..huhuhu
Sebab aku baik la sangat meh sini aku nak tag koorang lak. Korang kena buat sebelum raya ni okay. Tak nak buat sila siap sediakan duit raya untuk aku bole? Aku tau korang banyak duit rayakan…
Silakan le…. shutterspeaks , azrn, lan rasso, beckzaidan, minci, jet, nuruL, IcedNyior, hafiz, WaWa, areniex, acai, yanti, khai dan od3n.
Kalo ada sape-sape yang pakai blogspot tu, maybe aku tak dapat masuk blog korang coz utm ni cipan sikit, suka block-block mende yang tak patut diblock. Website lucah bole la pulak..ciss… tunggu aku balik kampung dulu orait.
Nota lutut : Jika ada penggunaan bahasa yang anda tidak faham, jangan cari di kamus Dewan Bahasa&Pustaka atau “google”. Nyatakan sahaja di ruang komen supaya masa anda tidak dibazirkan. Terima kasih.
Nota kaki : Kalau anda berasa ayat yang dikeluarkan seakan-akan poyo dan menyampah, bermakna anda telah lulus dalam ujian menghayati tatabahasa rasional dari KS.
ContributorsPopularity: 10% [?]






sejak bila ada kategori ‘awek cun DAN jambu’ nih? ha ha ha ah yerlah.. nanti aku buat..
ohh perasan jugak ka? nak masuk list ke?hahaha.// sori lambat tgk tag
nota lutut dan nota kaki
..rasanya lepas ni buat nota pinggang pula…
tengoklah kalau ada idea nanti buat….
Nota buku lali, macamana, apa²pun Selamat Hari Raya 2 u
selamat hari raya aidilfitri bro.
tq bro xoz sudi ‘dah’ buat…nota pinggang ke?haahha
haha..aku pon kene tag jugak ke? kasyah ko suker letak gmbr rmi2.. tu amik sempena nk raya thn nie ke? ko tuka la background sket, kasi blkg tu gmbr pokok sakura..pastu anta la kat slm perantauan.. masih lom terlambat lg..haha..
hahaha…letak gmbar ramai2 la besh..biar takde sape tau..huhuhu
yg yu bukan gmbar aku la..mane tah aku rembat.
tuwit.. macam mana nk buat tag nih sebenarnyer.. aku tgk kat blog abdfatah tkder pun mcm kau.. ker sebenarnya tag nih main cerita ikut suka pasal kita berpuasa dan berhari raya?
*matilah blurr
tag nie slalunye kite copy je soalan2 die, pastu kite jwb la soalan2 tu dgn kiter nye story mory…
Ok tk per tkper.. aku dah detect asal usul tag. abaikan soalan.
worait…ni hal..maaf xdapat nak on9 lame.
hohoho..panjangnye alkisah tag ko ni..
okeh..akan ku jawab ASAP
trimas..sebab dah buat..yea yea
ishh baik btul ko ni, anak sapa la ni…bole buat menantu.
slmt hari raya, berhati2 di jlnraya/lebuhraya di mana jua anda beraya jgn sampai terlanggar balairaya, maaf zahir batin
bro, selamat hari raya gak. maaf zahir dan batin .
kasyah!! aku nak update pun malas. inikan pulak nak menjawab tag. huhuhu. kalo lepas raya baru buat takpe ke. hahaha.
hahah…takpe2 tak kesah.. tak nak buat pun takpe. buat kalo ada masa free n idea
berapa ramai da ko mau tag.. abes tu aku nk tag sape balik.. aku da sampai umh baru ko nk kasi tag.. da la tenet ni ciput, nk update pon kene karang2 dulu, xleh nk wat online.. nway tnggu la b4 raye nie aku siapkn ntok ko.. betul betul betul..
hahahaha..padan muka….kui kui…
jgn mare bro. rumah aku lagi la takde tenet. cc semua tutup nak raya. tapi tq coz ko buatkan tag utk aku. terharu rasanya.
[…] tag came from soulof99 ? princeq ? abdfatah ? Kasyah. I just thought I should check before doing anything. Tak nak lah tetiba main CTRL + C and CTRL + V […]
“Disebabkan kitorang nak ngurat anak dara die yang masa tu sebaya ngan aku so kena la menjadi ahli Rakan Surau”
mesti awek tuh dah tak sebaya pada hari ini kan?haha..
yeh, will find the time utk membuatnye..mekaseh ya…sdg ngak ada ide pon mau nulisan apa di wasaii..
hehehe..awek itu sudah bercouple dan dgr cite nak bertunang dah..sedey bangat..ish2
and trimas coz sudi buat tag itu.
selamat hari raya adikku
dtg umah eh, kat shah alam.
selamat hari raya aidilfitri sis. worait boleh aja..masih ada di kl ni
. oppss alamat takde la.
woot!!! aku pon kene.. tapi dah pernah buat la dulu bro.. hihihi..
alamak..salah tag la pulak..huhu. samat hari raya bro.
uhuk. mane satu kasyah dlm gambar tue… huhu ramai lew calon2 nye… tak dpt dikesan yg mane satu.
salam aidilfitri maaf zahir batin, kasyah…
selamat hari raya kasyah..
aku menghilang..ini pon guna komputer lama
seb baik leh streamyx
p/s: entri pjg sgt aku tak habes bace
jgn marah
maaf zahir dan batin
selamat hari raya shambie. dah balik in4m okay.
maaf zaher dan baten gak.
selamat hari raya untuk anda. semoga raya anda meriah
selamat hari raya bro.tq
Selamat Hari raya!!! kepada semua muslimin dan muslimat
- Ardy dari Singapura.
Selamat HAri raya maaf zahir dan batin dr ku - mixterr-
[…] firstly, mintak maap banyak-banyak to KaSyah sbb xsempat nak jawab tag ko before raya. Aku da kembali ke kampung time tue. So blog nie dekat […]
aha… kat gambo aramai2 tue, apsal aku senior aku eh?? tu gambar mana korg tangkap??
edited : aha… kat gambo ramai2 tue, apsal ade senior aku eh?? tu gambar mana korg tangkap??