Hari ini di Kampung Baru
Aku sudah berjanji dengan adikku untuk menghantarku ke KBMC kerana hari ini aku ada appointment dengan Dr. Shahrol. Kebetulan abah ada di rumah dan mahu ke Kuala Lumpur, lebih baik aku tumpang abah saja.
Kami tidak melalui Tol PLUS dari Sg. Buloh kerana MRR2 antara Damansara Damai dan Kepong sudah pun siap setelah bertahun-tahun penduduk di situ menunggu. Abah turunkan aku di KMBC dan dia bergegas ke tempat meetingnya. Aku menuju ke kaunter.

“Saya ada interview appointment dengan Dr. Shahrol pukul 11 ni.” Aku tidak pasti andai aku tersalah kata kerana staff di situ senyum-senyum saja padaku.
Aku duduk menunggu sambil memerhatikan sekeliling.
1. Seorang wanita yang baru melahirkan anak duduk di atas kerusi roda. Suami di sebelahnya sibuk memangku bayi yang baru lahir sambil mengagah-agah. Aku tersenyum kejap pada mereka.
2. Di depanku seorang ibu kelihatan rungsing sambil memegang tangan anaknya. Kelihatan tangan kanan anaknya berbalut dan dia banyak berdiam diri.
3. Aku perasan staf di situ kebanyakkan wanita. Di bahagian reception, farmasi, juruwang semuanya dikuasai mereka. Dan mereka masih muda.
4. Seorang misi keluar dari pintu yang tertera ‘Pakar Kanak-Kanak’ sambil dengan lembut memanggil “Tengku Alif Zakuan…..Tengku Alif Zakuan….”. Hoho aku suka tengok part ni.
5. 4 orang kanak-kanak berlari-lari di tengah kawasan. Seperti mereka bermain kejar-kejar. Aku membuat muka tersengih kepada mereka tetapi tidak dilayan.
6. Seorang misi comel cuba memangku seorang kanak-kanak comel dan aku rasa ianya comel.
Namaku dipanggil dan aku diberitahu untuk naik ke Tingkat 2 dan terpaksa menunggu 45 minit hingga sejam kerana Dr. Shahrol sedang membuat pembedahan kecemasan. Kerana bosan menunggu aku teruskan memerhatikan keadaan di sekeliling setelah tiada apa yang menarik untuk aku baca.
7. Abang staf sibuk berborak dengan misi comel 2 di kaunter. Aku cuma menonton televisyen di depanku.
8. Seorang pakcik di depanku menjawab panggilan telefon. Aku kagum kerana dia bercakap sambil menghadang mulut di depannya. Ada juga pelawat yang tahu menghormati kawasan hospital.
9. Seorang perempuan yang aku anggarkan akhir 40-an keluar dari lif. Dia memakai baju yang nampak ketat dan menunjukkan bentuk badannya. Aku terasa menyampah pula tengok orang tua buat perangai begini. Tapi aku kantoi apabila dia memandang aku sambil membuat jelingan yang menggoda tidak patut aku dapat.
10. Masihkah anda ingat misi ala-ala Zila Bakarin? Oh ya aku terjumpa dengannya tadi. Minta maaf, muka dia cuma ada iras sikit dari Zila Bakarin kerana dia lebih comel…haha. Masa aku sakit mungkin aku kurang perasan mukanya. Aku cuma mampu memandang dari jauh.
Dr. Shahrol tiba dan terus meminta maaf kerana membuat aku menunggu lama. Kami masuk ke pejabat dan dia mula membuat pemeriksaan ke atas bekas pembedahanku. Nampaknya semuanya okay dan aku tidak perlu diberikan apa-apa ubat. Menunggu sembuh sahaja sekarang.
Aku bertanya jika bahagian tanganku boleh digunakan untuk bersenam. Yes, Dr. Shahrol menjawab bahawa otot tangan tidak menggangu bahagian yang luka itu. Aku boleh membuat senaman untuk bahagian biceps, triceps. dan sedikit di bahagian trapezius. Cuma untuk kaki aku tidak boleh membuat apa-apa senaman…Hurmmm.
Aku tidak perlu diberikan mc kerana lukaku dijangka akan sembuh sebelum semester baru bermula..Yeah!! Aku gembira.
“Terima kasih doktor….terima kasih misi-misi….terima kasih KBMC…”
Popularity: 6% [?]
Fatal error: Call to undefined function get_avatar() in /home/kasyahc/public_html/wp-content/themes/aeros/comments.php on line 24