June 29, 2007

Hari ini di Kampung Baru

> Life Documentary — kaSyah @ 9:56 pm

Aku sudah berjanji dengan adikku untuk menghantarku ke KBMC kerana hari ini aku ada appointment dengan Dr. Shahrol. Kebetulan abah ada di rumah dan mahu ke Kuala Lumpur, lebih baik aku tumpang abah saja.

Kami tidak melalui Tol PLUS dari Sg. Buloh kerana MRR2 antara Damansara Damai dan Kepong sudah pun siap setelah bertahun-tahun penduduk di situ menunggu. Abah turunkan aku di KMBC dan dia bergegas ke tempat meetingnya. Aku menuju ke kaunter.


kbmc.jpg

“Saya ada interview appointment dengan Dr. Shahrol pukul 11 ni.” Aku tidak pasti andai aku tersalah kata kerana staff di situ senyum-senyum saja padaku.

Aku duduk menunggu sambil memerhatikan sekeliling.

1. Seorang wanita yang baru melahirkan anak duduk di atas kerusi roda. Suami di sebelahnya sibuk memangku bayi yang baru lahir sambil mengagah-agah. Aku tersenyum kejap pada mereka.

2. Di depanku seorang ibu kelihatan rungsing sambil memegang tangan anaknya. Kelihatan tangan kanan anaknya berbalut dan dia banyak berdiam diri.

3. Aku perasan staf di situ kebanyakkan wanita. Di bahagian reception, farmasi, juruwang semuanya dikuasai mereka. Dan mereka masih muda.

4. Seorang misi keluar dari pintu yang tertera ‘Pakar Kanak-Kanak’ sambil dengan lembut memanggil “Tengku Alif Zakuan…..Tengku Alif Zakuan….”. Hoho aku suka tengok part ni.

5. 4 orang kanak-kanak berlari-lari di tengah kawasan. Seperti mereka bermain kejar-kejar. Aku membuat muka tersengih kepada mereka tetapi tidak dilayan.

6. Seorang misi comel cuba memangku seorang kanak-kanak comel dan aku rasa ianya comel.


kanak-comel.JPG

Namaku dipanggil dan aku diberitahu untuk naik ke Tingkat 2 dan terpaksa menunggu 45 minit hingga sejam kerana Dr. Shahrol sedang membuat pembedahan kecemasan. Kerana bosan menunggu aku teruskan memerhatikan keadaan di sekeliling setelah tiada apa yang menarik untuk aku baca.

7. Abang staf sibuk berborak dengan misi comel 2 di kaunter. Aku cuma menonton televisyen di depanku.

8. Seorang pakcik di depanku menjawab panggilan telefon. Aku kagum kerana dia bercakap sambil menghadang mulut di depannya. Ada juga pelawat yang tahu menghormati kawasan hospital.

9. Seorang perempuan yang aku anggarkan akhir 40-an keluar dari lif. Dia memakai baju yang nampak ketat dan menunjukkan bentuk badannya. Aku terasa menyampah pula tengok orang tua buat perangai begini. Tapi aku kantoi apabila dia memandang aku sambil membuat jelingan yang menggoda tidak patut aku dapat.

10. Masihkah anda ingat misi ala-ala Zila Bakarin? Oh ya aku terjumpa dengannya tadi. Minta maaf, muka dia cuma ada iras sikit dari Zila Bakarin kerana dia lebih comel…haha. Masa aku sakit mungkin aku kurang perasan mukanya. Aku cuma mampu memandang dari jauh.

Dr. Shahrol tiba dan terus meminta maaf kerana membuat aku menunggu lama. Kami masuk ke pejabat dan dia mula membuat pemeriksaan ke atas bekas pembedahanku. Nampaknya semuanya okay dan aku tidak perlu diberikan apa-apa ubat. Menunggu sembuh sahaja sekarang.

Aku bertanya jika bahagian tanganku boleh digunakan untuk bersenam. Yes, Dr. Shahrol menjawab bahawa otot tangan tidak menggangu bahagian yang luka itu. Aku boleh membuat senaman untuk bahagian biceps, triceps. dan sedikit di bahagian trapezius. Cuma untuk kaki aku tidak boleh membuat apa-apa senaman…Hurmmm.


workoout.JPG

Aku tidak perlu diberikan mc kerana lukaku dijangka akan sembuh sebelum semester baru bermula..Yeah!! Aku gembira.


“Terima kasih doktor….terima kasih misi-misi….terima kasih KBMC…”



Popularity: 8% [?]

RSS feed | Trackback URI

20 Comments »

Comment by mohdismail
2007-06-29 22:22:32

terima kasih juga kepada misi-misi yang muda! :twisted:

Comment by kasyah
2007-06-29 22:35:55

hoho…sangat2 la aku berterima kasih :mrgreen:

 
 
Comment by coops
2007-06-30 00:33:05

amboi, nampak misi comel je, terus je baik sakit ek. :wink:

 
Comment by kasyah
2007-06-30 00:50:42

misi sebagai pemangkin untuk lebih sihat dan bergaya..haha :mrgreen:

 
Comment by minci yazumin
2007-06-30 00:58:03

aku dah agak dahhhhhhhhhh… ulat bulu yang sihat sudah kembali naik ke atas daun.. miahahaha~~

:mrgreen:

tkder bende menarik utk dibaca? bolehlah membawa bahan bacaan lain kali.. huhu

Comment by kasyah
2007-06-30 01:40:25

ulat bulu dah sihat?? patut la asyik gatal2 je skrang..muahahaaha :twisted:

hurmmm tula aku sepatut kena bawak somethin’ utk dibaca..boring gila menunggu :cry:

 
 
Comment by WaWa
2007-06-30 04:05:03

maknanya, kau sudah boleh melompat-lompat la yah. bagus! mari buat kenduri. err.. lauknya, kau hantar ke sini.

Comment by kasyah
2007-06-30 07:44:12

wosh…melompat…buat parkour balik… mana bole lagi. lagi 3weeks kena rehat lg b4 buat aktiviti berat. but i can freely walking now than b4 asyik terb :mrgreen: aring je. okay la sket.

 
 
Comment by jet
2007-06-30 06:47:13

hehe..good on u~

Comment by kasyah
2007-06-30 07:46:42

hushhh… tq sis… :mrgreen:

Comment by jet
2007-06-30 08:42:03

hooo..pantasnye balas..miahaha.. :grin:

Comment by kasyah
2007-06-30 09:11:09

huhu…ari ni bgn awal sgt.. x tido lagi ke? dah kul brape kat sane..huhu

Comment by jet
2007-06-30 09:20:11

tak..tadi asar dah tido lama..ni tengah compensate biar tak over-tido..tgh tunggu subuh..lagi 8 minit..haha..

(Comments wont nest below this level)
 
 
 
 
 
Comment by Syafrizal
2007-06-30 11:45:41

Rajinnya dia bersenam heheh :grin:

 
Comment by aarin
2007-06-30 13:17:10

suasana hospital macam menyamankan jer pd pandangan kasyah..tapi kenapa setiap kali saya ke hospital rasa kecoh semacam??

Anyway..selamat bersenam yer

 
Comment by yattie
2007-06-30 16:56:48

ada hikmah la ko sakit kan.
blh usha misi2 yg comel2 tu.haha.

Comment by kasyah
2007-07-01 10:11:05

haha…tau je ko nak kenakan aku :mrgreen:

 
 
Comment by aria-ayumi
2007-07-01 10:01:39

huhu kasyah ni byk memerhati org yek… seorang lelaki yg peka dengan persekitaran die biasanya seorang penyayang… hehe betul ke nih… *andaian diya je* :mrgreen:

Comment by kasyah
2007-07-01 10:12:05

huhu…x kot.

kasyah ni kejam sket…hohoho :twisted:

 
 
Comment by abdfatah
2007-07-03 23:37:37

ada hikmahnya kalo sakit… ada penghargaan untuk sihat.

sihat dan sakit silih berganti…

 
Name (required)
E-mail (required - never shown publicly)
URI
Your Comment (smaller size | larger size)
You may use <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <code> <em> <i> <strike> <strong> in your comment.