Hari ceria bersama Safari 3.0 Beta
Aku sangat gembira hari ini setelah pencarian dan percubaan aku hari ini berhasil juga akhirnya. Para penggemar komen kasyah.com, sila tujukan mata anda ke sebelah kanan atas. Anda nampak sesuatu yang menarik kan?
Akhirnya aku berjaya juga menjumpai plugin yang sesuai untuk memuatkan nama-nama komentator yang aktif melawat dan meninggalkan komen di blog ini setelah berusaha hampir 3 minggu. Aku berjumpa secara tidak sengaja ketika mahu mencari plugin yang sesuai untuk mp3. Plugin sebelum ini seperti Show Top Commentators dan Top Recent Commenters tidak berhasil walaupun berpuluh kali percubaan dibuat. Aku sangat-sangat berterima kasih kepada Lorna dengan Top Commentators Widget.
Aku puas….

Kalau anda lonjakkan lagi pandangan ke atas, nampak tak satu tab yang baru. Ini bagi mereka yang sukakan lagu-lagu Jepun dan Korea sahaja. Sila sahaja download tanpa was-was. Aku mahu menghabiskan bandwidth bulan ini.
. Kalau ada request atau mahu memberi sumbangan lagu, katakan saja. Aku rela menjelajah pelosok dunia kerana anda.
Malam semalam aku tertarik untuk mencuba Safari 3.0 setelah digembar-gembur oleh beberapa blog yang aku lawati antaranya di infomalaya. Terus sahaja aku download di website Apple.
Pertama kali menggunakan Safari aku tertarik dengan design dan grafiknya yang kemas dan ‘cute’. Memang betul-betul Apple. Perbezaan paparan amat jelas bila dibandingkan antara Safari dan Firefox. Paparan teks Safari lebih dark dan blur. Ikon gambar juga lebih cantik.
Gambar boleh menceritakan segalanya rite?
Apple telah men’claim’ bahawa Safari 3.0, 1.6X lebih laju dari Firefox 2.0. Aku meraguinya. Aku cuba membuat perbandingan dengan men’clear’kan dulu cookies dan cache. Aku membandingkan beberapa buah website yang tidak pernah aku buka sebelum ini. Dari 7 website yang aku cuba, Safari cuma berjaya mendahului 5 website sahaja. Perbezaan masa cumalah sekitar antara 2-4 saat sahaja.
Disebabkan ia masih baru, maka banyak plugin untuk versi Windows masih belum ada. Aku cuma telan air liur je tengok plugin Mac bermaharajalela. Oleh kerana itu aku masih stick juga dengan Firefox kerana Safari versi Windows ini masih ‘muda’ lagi. Sekarang pelayaranku ke dunia tanpa sempadan bersama Safari sebanyak 80% dan Firefox 20%. Benda yang baru mestilah ‘batak’ kan?
So kalau anda sukakan sesuatu yang baru dan cute dapatkan segera Safari okay.
Popularity: 3% [?]
Fatal error: Call to undefined function get_avatar() in /home/kasyahc/public_html/wp-content/themes/aeros/comments.php on line 24