Hari ceria bersama Safari 3.0 Beta
Aku sangat gembira hari ini setelah pencarian dan percubaan aku hari ini berhasil juga akhirnya. Para penggemar komen kasyah.com, sila tujukan mata anda ke sebelah kanan atas. Anda nampak sesuatu yang menarik kan?
Akhirnya aku berjaya juga menjumpai plugin yang sesuai untuk memuatkan nama-nama komentator yang aktif melawat dan meninggalkan komen di blog ini setelah berusaha hampir 3 minggu. Aku berjumpa secara tidak sengaja ketika mahu mencari plugin yang sesuai untuk mp3. Plugin sebelum ini seperti Show Top Commentators dan Top Recent Commenters tidak berhasil walaupun berpuluh kali percubaan dibuat. Aku sangat-sangat berterima kasih kepada Lorna dengan Top Commentators Widget.
Aku puas….

Kalau anda lonjakkan lagi pandangan ke atas, nampak tak satu tab yang baru. Ini bagi mereka yang sukakan lagu-lagu Jepun dan Korea sahaja. Sila sahaja download tanpa was-was. Aku mahu menghabiskan bandwidth bulan ini.
. Kalau ada request atau mahu memberi sumbangan lagu, katakan saja. Aku rela menjelajah pelosok dunia kerana anda.
Malam semalam aku tertarik untuk mencuba Safari 3.0 setelah digembar-gembur oleh beberapa blog yang aku lawati antaranya di infomalaya. Terus sahaja aku download di website Apple.
Pertama kali menggunakan Safari aku tertarik dengan design dan grafiknya yang kemas dan ‘cute’. Memang betul-betul Apple. Perbezaan paparan amat jelas bila dibandingkan antara Safari dan Firefox. Paparan teks Safari lebih dark dan blur. Ikon gambar juga lebih cantik.
Gambar boleh menceritakan segalanya rite?
Apple telah men’claim’ bahawa Safari 3.0, 1.6X lebih laju dari Firefox 2.0. Aku meraguinya. Aku cuba membuat perbandingan dengan men’clear’kan dulu cookies dan cache. Aku membandingkan beberapa buah website yang tidak pernah aku buka sebelum ini. Dari 7 website yang aku cuba, Safari cuma berjaya mendahului 5 website sahaja. Perbezaan masa cumalah sekitar antara 2-4 saat sahaja.
Disebabkan ia masih baru, maka banyak plugin untuk versi Windows masih belum ada. Aku cuma telan air liur je tengok plugin Mac bermaharajalela. Oleh kerana itu aku masih stick juga dengan Firefox kerana Safari versi Windows ini masih ‘muda’ lagi. Sekarang pelayaranku ke dunia tanpa sempadan bersama Safari sebanyak 80% dan Firefox 20%. Benda yang baru mestilah ‘batak’ kan?
So kalau anda sukakan sesuatu yang baru dan cute dapatkan segera Safari okay.
Popularity: 4% [?]






diamanakah cinta kau utk firefox, telah beralih arah juga :-p
oh ya, aku dah agak ko pakai widget. hurm, tu la ko, tanya aku, lps tu bl aku tny cemana nak mula ko senyap jekk :-p tahniah yaa…
sebenarnya, ciri-ciri cermerlang, gemilang dan terbilang safari adalah betapa rendahnya memori yg digunakan. bandingkan dengan firefox, anda pasti teruja.
maafkan ambo, ambo tak sedar komen reply itu.huhu.. anyway mahu letak gravatar pula, masih xleh lagi hehe…bisa menolong?
cinta sudah beralih arah sementara… ya buat masa ini aku senang skali dgn safari.. ya firefox memakai memori hampir 2.5X dari safari yg aku gunakan sekarang..haha. safari aku lom penah cecah.
tengah teruja ni
mulih, no problem punyo. ermm… cemana nak? ataupun aku just edit plugin tu utk ko?
nak cam your blog. komen and top komentator ada gravatar. takleh kuar la..huhu
Sama-sama
Comel sungguh Kermit awak.
Dia berterima kasih atas pertolongan anda
ya .. safari di mana-mana hari ini …
aku masih setia dgn musang berjanggut ku
sedap aku dengar ko panggil musang ‘berjanggut’
terjuling sebentar sbb tak tau yg mana kiri dan kanan… pastuh nak kena tgk atas plak tuh.. mungkinkah sebab aku guna IE, maka dia tk terletak kat atas, malahan di bawah.. tapi tk kisah pun ..
tulah… pakai ie lagi…hehe… tapi sebab ko sayangkan blue E ko itu, aku cuma mampu tersenyum
wahhh~ lagu jepun n korea. best2! drama korea takda? hehehe..with subtitles…
drama korea ada.. tapi tak cukup space la..akan difikirkan nanti
bila kau kata aku adalah komentator teraktif, aku pon tak sure berapa. tapi, haha.. bila aku tgk nama aku diatas, aku rasa kagum dgn diri sendiri. dan disini, yattie berjaya ku tinggalkan jauh di belakang~ hahaahahahaa..
aku perasan kat beberapa blog member2 kita,korang berdua cam berebut-rebut nak jadi top pengkomen.. haha. korang berdua ni kadang2 cam berpakat lak
haha. bukankah yattie melancarkan perang dgn aku. mahu berebut2 pula dia. hahahhaaa..
korang berperang kerana apa ya? kerana sesuatu atau seseorang? hahaha
hik..bkn krana apa atau sesiapa..aku buat kerana aku takder kerja…
jawapan ko sangat ‘ikhlas’
wah..akhirnye kaysah berjaya juga meletakkan top commentator nye di atas tuh..hehe..
ape nie ? safari pula ? ape jadi ngan semangat musang berapi tuh ? ;p hehehe
yeah..gembira rasanya.
. musang berapi ber’hibernate’ sekarang. sedang bertapa utk meningkatkan lg kuasanya..hoho 
nu.. tgk atas sana, wawa ngan yattie juga yang rajin.. ha ha
ya..betul bro.kat blog ko pun mereka tgh berperang gak..huhu
perang tanpa senjata..haha.
utk suka2 dan mencapap jek..haha.
lembabla safari tu.. hanya pengguna mac yg mempunyai double processor saje yg merasai kelajuan sebegitu agaknya.more stable??hhahaha
aku suka je… hehe
apesal opera last? hehe rasanye opera lagi laju dr ie,
opera, memang best utk surf web yg bnyk image…
ohh.. teringat dulu2 masa pakai opera. opera je yang ada tab browser masa tu…
kesimpulannya,best guna firefox ke safari???
buat masa ni safari. but still ada bugs yg kena fix ..huhu
mesti musang berapi?? safari untuk pengguna mac?? safari for window tu beta lagi??? xlaju ponnn!!! penat aku install ?
best la bro.. sekrang hari2 aku pakai safari…haha
aku terpaksa pakai safari… sebab aku pakai macbook pro ehehhehhe. tapi mmg dia laju dan indah.!
seronok dgr orang yg pakai mac ni. aku ni bila lagi..huhu