Gerak Geri Gasing
Semasa melawat rumah kawan Bro , aku berkesempatan melihat rancangan Gerak-Geri Gasing (anak tuan rumah yang buka Astro) . Rancangan kanak-kanak sebegini bagi saya memang bagus untuk kanak-kanak di Malaysia ini . Teringat semasa diri ini masih kanak-kanak , aku suka tengok rancangan Joe Jambul dan Cergas Cerdas .
Aku kurang bersetuju dengan gerak-geri banduan dalam rancangan tersebut . Apabila peserta rancangan buat salah atau gagal dalam melakukan sesuatu aksi , banduan itu akan ketawa seakan mengejek (Hahaha). Penonton di studio pula yang kebanyakkannya kanak-kanak akan turut serta mengejek (Boooo) . Tidakkah ianya akan menimbulkan implikasi negative kepada minda kanak-kanak yang masih keanak-anakan itu .

Dari sudut pandangan aku , bila kanak-kanak buat salah , adakah patut kita ejek mereka ? Kita seharusnya memberi galakan agar lebih berusaha . Bila mereka diejek , mereka akan rasa lebih rendah diri dan malu .
Secara tidak langsung , kita juga menggalakkan lagi penonton di studio mengejek . Mereka mungkin tahu mengejek itu satu perbuatan yang salah tetapi jika persekitaran mereka sendiri menganggap ejekan itu satu perkara yang biasa dan suka-suka , lama kelamaan ia akan menjadi tabiat . Kanak-kanak kan suka MENIRU….!
Janganlah kerana hal yang kecil kita ketepikan kerana luka yang sedikit akan bernanah jika tidak diubati dengan segera.
gerak geri gasing mersing Sarcastic vs OpinionPopularity: 2% [?]
Fatal error: Call to undefined function get_avatar() in /home/kasyahc/public_html/wp-content/themes/aeros/comments.php on line 24