Fast Update 1
Hari ini merupakan hari ke-44 aku berblog dan hari untuk fast update yang pertama. Jom!

Coding jahat
Kepada pencinta Internet Explorer, maafkan aku kerana anda mengalami kepayahan untuk melayari kaSyah dot com. Sejak pagi tadi aku memberanikan diri untuk mencari dan mengedit coding jahat itu tetapi masih tidak berjaya. Jikalau anda masih bermasalah untuk membaca entri-entri di blog ini, aku syorkan bertukar segera kepada Mozilla Firefox ataupun Safari. Oh ya, ada sesiapa sudi membantu aku?
Theme baru
Beberapa theme baru sudah masuk dalam list aku. Ya, aku perlukan pertukaran agar pengguna IE tidak tunggang-langgang melihat blog aku. Cuma ia tidak semudah yang difikirkan. Aku masih perlu membuat perubahan plugins, kesesuaian, citarasa dan pelbagai perkara yang perlu dibuat semula dari awal.
Hilang fokus
Aku masih mencari-cari fokus yang sesuai untuk menulis tentang apa. So far aku menggunakan persekitaran aku untuk mengeluarkan idea beku ku. Menulis kerana apa? Minat, syok sendiri, populariti? Pembaca kasyah dot com, terima kasih kerana sudi membaca entri-entri aku. Anda anda kritikan? Utarakan sahaja kepadaku.
Streamyx
Sudah 5 hari ‘menatang’ ni buat problem. Super lambat. Aku tidak mengerti adakah TMNet sudah limitkan bandwidth untuk penggunanya. Aku bengang.
Mereka di Sungai Buloh
Yeah.. aku mencari mereka yang tinggal di sana. Hubungi aku dan katakan minat kamu. Itu sahaja aku perlukan. Aku mahu tanyakan ‘sesuatu‘. Sungai Buloh yang di Selangor ye.
Popularity: 5% [?]
Fatal error: Call to undefined function get_avatar() in /home/kasyahc/public_html/wp-content/themes/aeros/comments.php on line 24