Kerana Abang Porsche
Aku teringat pada zaman ketika cuti panjang, bosan duduk di rumah, aku bekerja di showroom pakcik aku. Saat itu aku berkenalan dengan Abang Porsche.

Sepanjang aku bekerja di sana sebagai runner, setiap hari dia akan mengajarkanku teknik-teknik mengurat gadis. Bagi aku yang masih mentah, teknik yang diberikan memang praktikal dan original. Ayat dan gaya yang digunakan memang mempersona + sedikit humor. Saban hari dia menggodaku agar cuba ambil kesempatan untuk berbual dengan gadis kerana itulah kelemahanku tika itu. Aku cuma mampu tersenyum tawar.
Dia mengajarku lagak jalan yang betul. Cara bersalam yang kemas serta cara menggoda mata gadis. Aku cuba perbaiki setiap gaya dan personalitiku. Teguhkan keyakinan diri untuk bercakap dengan gadis. Lucu sungguh jika aku kenang kembali pabila selalu digelak oleh mereka di pejabat.

Dia memberikan aku nombor telefon beberapa orang gadis yang dikenalinya. Mahu aku cuba berbual di telefon sebelum bercakap depan-depan dengan gadis. Makcik aku yang sporting meminjamkan aku telefonnya. Aku membuat panggilan dengan menggunakan ‘Private Number’.
Saat-saat aku mendengar bunyi toot….toot…..toot…..toot…………jantungku berdegup kencang dan terimbau waktu cemas sebelum berkhatan. Toot……toot…………. dan akhirnya aku lega sungguh kerana panggilan itu tidak berjawab.
Abang Porsche memberikanku tugasan agar menelefon beberapa orang gadis lain dalam beberapa hari. Sepanjang tempoh itu aku merancang strategi apa yang perlu dibualkan untuk kali pertama dan persediaan menghadapi beberapa soalan panas yang muncul tiba-tiba. Akhirnya aku berjaya juga menyelesaikan tugasannya walaupun tidak semuanya lulus.
Sejak itu aku semakin berani berbual dengan gadis. Tidak lagi terasa kekok. Aku tidak perlu terlalu malu dengan mereka kerana sepatutnya mereka yang patut malu dengan aku. Bukan lagi perkara yang membebankan dan aku elakkan. Cuma ada ketikanya hati ini berdebar-debar.
Tidak aku lupakan dengan bantuan dan tunjuk ajar dia, aku berjaya mengurat kekasih pertamaku. Yeah! Setiap hari ada sahaja taktik baru yang diajarkan dan lebih mudah untuk aku praktikkan dengan adanya kekasih pertamaku itu. Tidak perlulah aku perincikan ia.

Mungkin selepas ini abang Legolas pula yang sudi memberikan ilmu baru padaku
Yang pasti ianya satu pengalaman yang berharga yang mengubah beberapa perspektif diriku. Tapi kadang-kala aku terasa dosa aku makin berat sedikit berbanding sebelum itu. Cuma sekarang aku lebih suka menyepikan diri. Hidup itu indah!
ps - Aku sudah tambahkan page ‘About‘ di atas. Terima kasih.










Berbalik ke soalan kau .. ha .. ha.. di situ rupanya
aku pun berdekatan jugak … maju ahmad, ajla, shidah tomyam, big pot .. ha ..ha.. kita sekampung rupanya.
ngeh3.. letak la sekeping dua tips kat sini kasyah.. :p nak belaja jugak..
ilmu itu utk di kongsi bersama, apa kata, pada entri berikutnya, kau kongsilah bersama tips2 yg kau timba dari abg Porsche tuh nguahaha…
Ohh… rupanya orang kampung la ni…hehe.. huhu ko berdekatan area2 situ rupanya… sungguh tak kusangka
nanti .. kita buat gathering …aku hujung minggu aje ada pun
haha… mane la aku terrer sangat bro.. tgk la nanti..huhu
wokay bro. Insya-Allah. aku tunggu luka ni cepat baik je…
hehe..kena igt2kan kembali ni. sudah lama aku tidak praktikkan taktik2 yg dia ajar tu. tgklah camner nanti.
actually aku tgh mencari dia skrang coz dia dah tukar tempat kerja…hehe
amik satu ayat kerek dr filem “Italian Job”
“unlike you my friend I don’t need a guide for that :mrgreen:”
hahaha…kerek gile sey…. aku suka ayat ni.
aku suka shy guy! nampak misterius gitu..dan sedikit comel
aku perlu bersetuju dengan ko. haha.. sangat setuju!
yup.kalo aku tanya kebanyakkan girls.. mereka lebih suka shy guy. kenapa ya….?huhu…
aku mcm ko kasyah.. dulu aku mmg pemalu.. semenjak ade teman ni.. aku semakin berani berdepan dgn wanita…
aku pula x suka shy guy.
aku pernah tinggalkan lelaki sbb masalah dia yg shy tu la
nk tau cara ngorat gadis,rujuk la kat aku ye
i like naughty guy. baru nampak cool and confident
sebab aku tak suka lelaki ‘over confident’..
mesti kaki ngorat nih!
yang spesis cam ni..buat kawan boleh laa,
atau fling ke~
hoho begitu upenya. apa kata ko buat entri bagaimana mahu mengurat gadis bagi jejaka yg pemalu macam aku ni…hehe
wohohoho….. sebenarnya mereka kaki ngurat kerana mahu mempraktikkan pelajaran yg mereka terima itu….oppsss
lelaki confident ada gaya tersendiri dan lelaki pemalu ada gaya yang tersendiri.
tapi aku tahu ada lelaki yg bisa menjadi kedua-duanya…hahaha…
wah… dah ada teman… aku ingatkan tgh relax dulu…huhu.. tak ajak aku..haha.
ps- teman itu seorang perempuan kan?
hehe… so noty maa.
yup they r confident n cool. can i suggest metrosexual?
nampaknya korang berdua tak perlu rungsing kerana jejaka2 yg berblog semuanya sebenarnya pemalu.
maka mereka gunakan medium blog untuk luahkan perasaan mereka.
-betul ni aku dah buat survey- haha
dan aku masih bersetuju dgn ko. kalo kaki ngorat dan over confident, susah nak simpan. haha.
tapi.. kalo terlalu pemalu pula, susah la. takkan dgn awek sendiri pon pemalu, tak banyak ckp. aih.. hehe..
hohoho…susah nak simpan.. macam habis madu sepah dibuang lak.
oh yang pemalu tu masa nak ngurat je . laki ni bila dah kenal perempuan… semua tanduk bisa keluar….xde nak malu2 dah….oppssss.
betul cakap ko..kalau dah kenal..takde malu2 dah…
terus jadik
biase la..awal2 mase tengah usha mengusha tu la asyik! haha
hah..mula2 malu2 kucing..dah dapat terus macam harimau..huhu
kesimpulannya, kawen ke la.
suka yang kelakar dalam serius dan paling best masa dia borak dan gelak, suara dia best sangat…dan paling best kot pandai main gitar…nasib menyebelahi…my hubby ada ciri-ciri tu
kasyah dan yang lain2 dah tau pasal kempen doa 2Julai ni?jangan lupa sertai yer…untuk kesejahteraan umat islam seduania…untuk mereka yang menderita di sana..boleh jenguk kat sini http://www.shahdila.com
aku tak suka shy guy.
tapi aku tak suka outstanding guy jugak
padaku, biar yang sedang2 saja.
:))
hoho..so amacam kasyah ? masih takut untuk berbual dgn gadis ? i doubt so hah ?
btul tue…yg takde aweks cam aku nie bleh gak guna pakai..
hooo..nnt aku pk2 kan yek ayat baik utk lelaki pemalu cam ko..
tp pelik la…btul ke ko ni pemalu??
aku pun mcm ko gak dulu..tp skrg ni dah berani la jugak…hehe
xde awek, yela tu…hihi
betul la..aku ni memang pemalu sangat. nak cakap dgn anak jiran sebelah pun xberani… ehem..ehem… kasi la tips
hahahah entah.. pk pk kan la sendiri ..huhuhuhu
pandai main gitar…juga salah satu ciri2 lelaki idaman…huhu. hehe okay la tu kak, dapat suami yg best!semoga berbahagia ke akhir hayat.
Insya-Allah kak, saya sertai kempen doa 2julai nanti.
yaa… masih takut sangat2 ni…
huhu….bro ko lebih berpengalaman dari aku.
baik aku menuntut kat ko..huhu
yang sedang2 ke…. kenapa tak suka shy guy?
nanti aku fikirkan bukan2 …hahaha
ada orang cakap, lelaki yg pemalu dan pendiam ni lebih bahaya. sebab golongan mcm ni la yg sukar difahami, dan tak boleh nak baca perangai diorg. betul la rasanye.
boleh jugak apply kat perempuan cam saya, haha! pemalu tapi kadang2 pelampau
huhu… ada lelaki yg nampak pemalu ni pandai menyembunyikan ‘dark side’ mereka. kalo malang bertemu dgn yg ada 2 sifat ni..huhu susahlah.
gadis memang kena pemalu…pelampau….hahaha
huhu..betul..saya ade kawan yg kami rasa paling pendiam dan pemalu sekali berbanding rakan2 yg lain..tp..one day..mase meeting archi studio 01, pergh..first time dia bersuara dgn comment nye yg agak straight foward..kami semua terkejut..huhuhu..
rupa2nye..selama ni..dia hanye memerhatikan gelagat kami..dan baru sekarang dia memberikan comment..
but however..i doubt dia nie jenis yg ade ‘dark side’ or anything that is realted to bad..
fuyoooo cun nye porche!!
huhu…memang cun, diya sorang je yg tegur porsche tu.
erk, diya sorang je ke? haha sbb td xsmpat nak baca abes entry kasyah… nampak porsche tuh terus gatai tgn nak komen. hihi
Leave your response!
Dajjal / Mala-Yu / Konspirasi / Illuminati
Dajjal: The King of the World Conspiracy
ARMAGEDDON'S DEATH ZONE
Konspirasi Sepanjang Zaman
King of The East
Most Viewed
Highest Rated
Tag Cloud
WP Cumulus Flash tag cloud by Roy Tanck requires Flash Player 9 or better.
Recent Entries
Categories
Blogroll
Recent Comments
Most Commented
Most Viewed
Meta