Home » Dreams come True

Dropouts dan Cashflow 101

19 June 2007 438 views 20 Comments

Pernahkah anda perasan bahawa kebanyakkan graduan dari universiti terlalu kepingin untuk bekerja dengan mereka yang kita panggil “college dropouts“. Satu ayat yang lantas membuatkan kita terbayangkan budak-budak universiti yang ‘grad awal’ atau kena buang universiti. Contoh paling banyak adalah di UTM (Universiti Tendang Menendang)

rivalry-cover.jpg

Tetapi dropouts seperti Bill Gates (Microsoft), Michael Dell (Dell Computers) ataupun Ted Turner (CNN) itulah yang kita bangga-banggakan untuk bekerja di bawah mereka. Dropouts yang kininya adalah bilionair.

Universiti untuk memulakan perniagaan bukanlah Harvard Business School. Bill Gates tidak mahu menamatkan pengajiannya di Harvard setelah nampak peluang besar pada masa itu (mula membeli satu software, edit dan jual semula kepada IBM dengan harga lebih tinggi). Bermula dengan DOS dia mula meraih keuntungan besar dan kemudiannya mencipta WINDOWS, yang digunapakai di seluruh dunia sekarang.

Bagaimana ini boleh terjadi?

Pastinya ada antara anda yang pernah membaca buku CASHFLOW QUADRANTâ„¢ karya Robert T. Kiyosaki. Ia memudahkan kita mengetahui di quadrant mana kita berada. Sesuai untuk mereka yang bersedia untuk bertukar dari ‘job security‘ kepada ‘financial freedom‘.

Kepada mereka yang mahu merasai permainan Cashflow 101, Pakdi menjemput anda yang berminat untuk bermain Cashflow 101 secara percuma.

Anda mempunyai masalah seperti ini?

1. Zero knowledge mengenai bab duit dan anda ingin belajar mengenainya.

2. Sentiasa tidak mempunyai wang yang cukup pada hujung bulan kerana bebanan hutang akibat tidak tahu mengawal perbelanjaan bulanan.

3. Anda mahu berhenti kerja, tetapi tidak boleh meninggalkan kerja anda yang membosankan itu kerana anda tidak tahu bagaimana untuk membina passive income.

4. Anda adalah peminat buku Rich Dad Poor Dad dan anda mencari-cari komuniti yang bermain Cashflow 101!


Maklumat lanjut tentang Bengkel Cashflow 101 percuma

Oh ya, pada 7 Jun lalu, Bill Gates berjaya mendapat honorary law degree.

Yeah…mood ceria now! Thanks my friends! :mrgreen:



Blog Widget by LinkWithin
1 Star2 Stars3 Stars4 Stars5 Stars (No Ratings Yet)
Loading ... Loading ...

20 Comments »

  • afyan said:

    Di malaysia ni, ada tak tokoh-tokoh dropouts yang boleh dibanggakan? :)

  • mohdismail said:

    kat Malaysia, budak U dropout bukan nak bukak bisnes.. byk melingkup.. sorry to say that.. tapi itu kenyataan:)

  • minci yazumin said:

    it would be interesting to seek out these local dropout tokohs. tkde sape ke nk buat dokumentari sendre.. pastuh jual kat TV3. :mrgreen:

  • mixterr said:

    ade di UPM ..ade seorang tu hack pc lecturer untuk tukar markah die dan awek dia.. then kene buang xsilap.. kemudian di panggil balik menjadi hacker UPM..

  • irdzra said:

    wahh..dropouts ek ? i dun think theres any in m’sia yg boleh dibanggakan.. :P

    kiyosaki’s rich dad poor dad best walaupun saya tak abis baca..haha..dah beberapa tahun ade buku tuh tp tak penah dpt abis baca :oops: hehe

    hurm..my whole family play Cashflow games too..but we adik-beradik main Cashflow for kids and my dad played for the adults ones when he attended the talk :)

    The game really is interesting although the kids one i think is waaay to simple lah.

  • M-Addicts said:

    Erm… Dropout? X tau la plak. Tp setahu aku, Lim Goh Tong x pernah ke sekolah. Tan Sri Syed Mokhtar al-Bukhari just sampai STPM je.

    Erk… Budak UiTM Pahang sem lepas ada yang hack Hotlink punya CampusZone. Gilo ke apo…

  • yattie said:

    wah.bdk uitm jengka ke.hebat tuh.
    aku rs ada yg droput kat msia ni tp berjaya gak.
    kita jgn pandang bdk2 dropout ni semuanya hampeh.
    mana tau buat bisnes snyap2 ke.

  • shutterspeaks said:

    Tendang Menendang ya, dulu rumet aku kene tendang, sem 2 aku dok sorang aja kat kolej 6.

    entri afyan mengenai small e dan big E juga menarik sekali dong.

  • shutterspeaks said:

    take sapura for example… spm pun x pas. dulu lah.

  • kasyah (author) said:

    Member2 aku setakat berani hack pc nak tengok result awal. tapi nak edit markah tak berani coz nanti kantoi..haha :lol:

  • kasyah (author) said:

    ada beli board die ye..best. nak beli tapi mahal sangat la..huhu :lol:

  • aarin said:

    apa yg boleh dikatakan mengenai tendang-menendang nie..mayb tak serasi kut coz one of my friends lebih cemerlang bila bertukar Uni…hmmm hairan lak

  • pakdi said:

    ada siapa mahu join? Kasyah terpaksa menarik diri nampaknya :mrgreen:

    masih terbuka… asalkan cukup syaratnya.

  • shambie adzhan said:

    mungkin betul jugak.. bbrp kwn aku begitu.
    UTM tidak menendang orang sesuka hati :p
    saya budak UTM

  • chot said:

    ko telah di tag oleh aku…ehheh

  • kasyah (author) said:

    Aku ada beberapa member kena tendang dan tak sambung study ke mana-mana. Aku menunggu kalau suatu hari nanti mereka akan buktikan kejayaan mereka. :mrgreen:

  • kasyah (author) said:

    mane la aku nak cari tu… hahaha :mrgreen:

  • kasyah (author) said:

    utm kejam.sesuka je tendang student…haha. :twisted:

    -budak utm gak-

  • unikorn said:

    ermm kat Malaysia nie ade je dropout yang berjaya, tapi kisah dia tak la sehebat bill gates, tak de lah segah micheal dell… tapi at least dia berjaya la compare dgn pendidikan dia tahap tingkatan 3 je.. org tu abang kepada classmate aku masa sekolah..
    dia berenti sekolah form 3.. then meniaga jual sayur je kat pasar malam.. tapi tu cerita berbelas tahun dulu… sekarang ni abg dia ada berderet2 lori pasir, lori utk supply sayur ke pasar borong tak tau berapa byk dah.. pakai bmw.. member aku dia kasik evo7.. adik dia sorang lagi amik impreza.. ermm kira boleh la dianggap berjaya kalo nak banding dgn tahap pendidikan dia.. cuma dia tak de la glamer macam org2 kaya yang lain..

  • Musafir said:

    UTM tendang budak pemalas ajer…

Leave your response!

Add your comment below, or trackback from your own site. You can also subscribe to these comments via RSS.

Be nice. Keep it clean. Stay on topic. No spam.

You can use these tags:
<a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

This is a Gravatar-enabled weblog. To get your own globally-recognized-avatar, please register at Gravatar.