Dilema kerana daging burger
Malam semalam aku singgah di stall burger Apis. Dia baru sahaja membuka burger stallnya berdekatan dengan MMU Bukit Beruang Melaka. Sempena pertama kali datang, aku cuba merasa Burger Special. Memang best! Aku terasa macam makan burger McD pula.

Pagi tadi aku menemankan dia pergi ke pasar untuk membeli daging burger, roti dan telur. Nampaknya pagi itu dia menerima sedikit kejutan dengan kenaikan harga daging burger, roti dan telur. Kami cuba mempersoalkan tentang kenaikan ini kepada makcik peniaga itu. Makcik cuma berkata dia juga terpaksa menaikkan harga kerana ditekan harga oleh pemborong. Sehingga saat makcik itu menunjukkan resit pembelian (cetakan komputer) dari pemborong tersebut ,barulah kami mematikan ketidakpuasan kami.
“Kenapa pula gaji naik, harga barang pun kena naik? Ada kena mengena ke??”
Nampaknya memang beginilah kitaran ekonomi di Malaysia. Kalau gaji ke, petrol ke yang naik, mahu saja dinaikkan semua barang. Tidak boleh juga disalahkan peniaga kerana mungkin mereka dipaksa tanpa kerelaan. Bijak betul mereka-mereka ini. Hai, kalau petrol turun, taknak pula diturunkan harga.
Hari ini Apis di dalam dilema. Dengan kenaikan harga barang, nampaknya dia mungkin juga terpaksa menaikkan juga harga burger yang dijualnya. Sudah pasti ini suatu yang sukar untuk dilakukan kerana dia cuba menjual burger dengan harga dan kualiti yang berbaloi untuk pelanggannya. Buat masa sekarang harga yang dijualnya ialah RM 1.60 untuk burger ayam dan burger daging pula RM 1.80 . Dia berura-ura untuk menaikkan sebanyak 20 sen untuk setiap burger yang dijualnya seiring dengan kenaikan harga barang.
Di depan stall burgernya dengan topi McDnya

Lokasi stall burger Apis

Susah juga menjual burger ini rupanya. Nampak macam senang tetapi masih banyak cabaran dari luar. Aku ingatkan sebelum ini cuma setakat masalah dari pelanggan ataupun masalah tempat menjual. Banyak lagi yang perlu dilihat dari perspektif yang berbeza.
Sedikit tip memasak daging burger dari Apis, jangan ditekan burger semasa memasak, biarkan sahaja agar aroma burger itu tidak hilang. Elok juga kerana aku gemar tekan-tekan sampai penyek daging burger yang dimasak oleh aku.
Selepas ini Apis akan mengurangkan masa untuk dia menjual burger kerana dia baru ditawarkan jawatan sebagai jurutera di kilang TEAC. Perlukan juga masa untuk berehat di malam hari.
ps - Esok aku akan kembali ke rumah. Diharap ada sesuatu yang dapat aku kongsikan bersama.
Popularity: 3% [?]
Fatal error: Call to undefined function get_avatar() in /home/kasyahc/public_html/wp-content/themes/aeros/comments.php on line 24