Home » Sarcastic vs Opinion

Dating mula membosankan?

17 June 2007 218 views 37 Comments

Anda bosan kerana asyik pergi berdating ke tempat yang sama sahaja. Sebut sahaja tengok wayang, window shopping, karaoke mahupun bowling. Seperti menjadi rutin apabila keluar pada hari minggu. Mahukan kelainan? Sempena hari Ahad ini, kaSyah dot com mahu berikan anda pilihan lain dan menjimatkan. :D

1. Kedai-kedai buku popular yang menawarkan pembacaan secara percuma di sana

Singgah saja di MPH ataupun Kinokuniya. Ajak pasangan anda memilih beberapa buah buku dan cari sudut yang sesuai untuk berdating bersama buku-buku itu. Kongsikan pandangan dan kritikan anda terhadap buku-buku yang difikirkan menarik.

kinokuniyasiamparagon.jpg

Kinokuniya

2. Pantai

Ciptakan suasana romantik dengar melayan lagu-lagu mp3 dari Ipod bersama-sama. Diiringi dengan alunan angin seksi dan ombak yang menderu. Bawa sekali bekalan dan mesrakan diri dengan menyuap makanan dengan pasangan anda. :P Malas, beli je McD.

01.jpg

Pantai Cenang

3. Kenduri kahwin

Ajak pasangan anda singgah mana-mana kenduri kahwin. Jangan malukan diri untuk makan ‘free’ dan mendengar persembahan nyanyian percuma dari ‘wannabe AF idol’.

4. Zoo

Imbau kembali kenangan anda berdua semasa masa kecil. Ajak pasangan anda melawat ‘sahabat-sahabat‘ lamanya di sana. Mahukan lebih privacy, berkunjung sahaja pada waktu malam. Kenali lebih dekat haiwan seperti badak air, ular dan harimau yang aktif pada waktu malam.

zoo4.gif

5. Pengangkutan awam

Beli tiket 2 hala ke mana-mana destinasi yang difikirkan bersesuaian bersama pasangan dan bawalah laptop sekali. Habiskan masa bersama menonton movie , drama Korea ataupun anime Naruto. Jangan pula terlalu menggangu penumpang lain kalau tidak mahu laptop anda pecah berderai. :P

6. Bawah pokok depan rumah

Mahukan pemantauan dari ahli keluarga dan penjimatan yang ketara? Inilah satu-satunya alternatif yang sesuai bagi mereka yang susah untuk keluar berdating dan tengah sengkek. Tapi pastikan tiada jiran-jiran yang berminat menjadi BBC. Akan menjadi berita sensasi pula.

dc02.jpg

Lebih baik lagi jika rumah anda tepi pantai :P

Nota : Untuk lebih kemesraan dan bebas dari perasaan serba salah, pastikan anda ada ikatan yang sah.

Siapa mahu belanja aku dating hari ini? :lol:

Esok, khas untuk lelaki BUJANG!



1 Star2 Stars3 Stars4 Stars5 Stars (No Ratings Yet)
Loading ... Loading ...

37 Comments »

  • mohdismail said:

    aku masuk’kan dalam Seleksi Hujung Minggu :)

  • kasyah (author) said:

    tq mail…hehe leh dapat trafik free ni… :D

  • aria-ayumi said:

    huwiii diya amat suke kedai buku kinokuniya… penah singgah skali yg kat klcc… ya Allah… rs mcm nak tido kat situ jerk… buku byk yg amat… hihi sampai bersila dok baca buku… ngeee zoo? lame dh xpegi zoo… kasyah xnak ajak diya ke… hihi

    p/s-erk, awat dgn pokok kelapa tu.. mcm nak tumbang jerk… tepi pantai mmg cantik… tapi, lame2 ase buhsan plak dok ngadap pantai jer…

  • Fahmishah said:

    aku lagi prefer kahwin je cepat2…dok serumah.

  • arephyz said:

    hahaha… bc no 1 dah tergelak..
    (bru minggu lepas :p )

  • kasyah (author) said:

    sudah jadi cam satu perkara biasa kalau gi kat kinokuniya, ramai yang suka duduk atas lantai sambil baca buku… seronok je tengok.

    kalau bosan menghadap pantai.. tunggu sampai malam ,nantkan pula kelipan bintang di waktu malam… :D . lawa

  • kasyah (author) said:

    itu amat sangat digalakkan. bole dating sebilik.

  • kasyah (author) said:

    dengan sape pulak ni bro? haha

  • rasso said:

    Huh…
    sudah tiada makna untuk ako lagi… uwawaawa…

  • aman said:

    dah cukup umur ker fahmie? buat spm tue dulu.. :P

  • aman said:

    baguih gak idea no.1, boleh tambah ilmu sambil berdating.. :P

  • kasyah (author) said:

    huhu kan dah kena sound wakaka

  • kasyah (author) said:

    Ngapain ni bro… masih bersedey lagi ke… :(

  • kasyah (author) said:

    bagus kalo ada awek minat membaca. ada yang tak suke langsung…haha, sakit!

  • versimelayu said:

    huhu.. aku suka idea no 3. memang boleh merasakan pelabagai jenis masakan.

  • kasyah (author) said:

    sedap,pelbagai dan free… :lol:

  • mixterr said:

    idea bagus kinokuniya ngn zoo tuu.. nanti aku cuba.. hehehe

  • versimelayu said:

    zoo makan modal bro. hahaha. ok gak tu.. tgk babun, unta dan mcm mcm lah. zoo mana?

  • irdzra said:

    wah..good suggestion..pantai best..i can sit there for hours and just enjoy the breeze..*sigh..nak pegi pantai lak rasa..hehe..

  • kasyah (author) said:

    hehe.. zoo makan modal sikit. zoo negara ada bukak malam2. zoo melaka pun ada night safari :mrgreen:

  • mixterr said:

    yerla makan modal RM15 tuu?? mahal gak .. sekali sekala okie la tu.. heheh

  • shutterspeaks said:

    ko patut tambah tata tertib berdating sama :idea:

    cuma zaman aku dulu, dating tak pernah bosan. kalau dating dah bosan, kahwen nnt cemana. hari2 nampak muka tu aja. pada aku, kat mana2 pun tak pa, asal dapat bersama hahahaha.

  • tya said:

    good suggestions..but somehow how to start dating if dont have anyone to date wif??

  • kasyah (author) said:

    hehe.. nak gi pantai mana la ni… :mrgreen:

  • kasyah (author) said:

    how can maa..? hehe . lots of desperate ‘bagus’ guy here.. :roll:

  • kasyah (author) said:

    tatatertib..hehe. diri ni tak sempurna mana bro…haha :roll:

    dating zaman dulu lagi seronok nampaknya….

    ko takpe la dah kawin.. mereka2 yg sangap nak kawin camne lak…hehe.

    aku jeles :lol:

  • kasyah (author) said:

    utk menghilangkan keboringan bole juga maa…melawat teman2 lama :roll:

  • adila said:

    pantai best gak…
    sambil jalan2 tpi pantai, ukir nama, buat istana pasir…penat jalan minum air kelapa…fuyyo, best!

  • aria-ayumi said:

    ehhh rumah kasyah dekat dgn pantai ke… :roll:

  • kasyah (author) said:

    malangnya tak..huhu . rumah kat tgh2 hutan… :lol:

  • chot said:

    hi bro, aku kembali berblog hari ni…

  • kasyah (author) said:

    yo.. lama tak nampak..pergi mana bro :mrgreen:

  • kasyah (author) said:

    buat istana pasir..huhu pengalaman lama ni.. :grin:

  • shutterspeaks said:

    aku baru bgn tdoq hahah… aku terasa macam lebih terel dari yattie. kawen jekk bro, aku dulu masa kat UTM pinangkan bini utk housemate, anak dah 2 dah nak sekolah dah. bahagia aja hehe

  • Prince Justice said:

    masalah budak2 zaman sekarang ni, ramai yg keluar dating untuk buat bnda tak senonoh. pegang2, peluk2, bergesel2. payah gak tu…

  • shambie adzhan said:

    dulu, ‘kami’ pon suka dating kat kinokuniya…lalala bunyik mcm geek gell occay~

    tapi sekarang ‘kami’ jauh… herm tak dapat dating pon

  • aNjE_cHubByz said:

    ala kemana jew yang kita g date 2 xpenting kan…..coz mood klu dah xada g istana pon jadi xbest….yang pnting mood laa but klu sowng jew yang ada mood nak date tapi yang sowg lagi xada bek ddk umah layan opah nyanyuk lagi bagus…….. :smile: :lol: :lol:

Leave your response!

Add your comment below, or trackback from your own site. You can also subscribe to these comments via RSS.

Be nice. Keep it clean. Stay on topic. No spam.

You can use these tags:
<a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

This is a Gravatar-enabled weblog. To get your own globally-recognized-avatar, please register at Gravatar.