Banting. Kesudahannya.
Aku baru sahaja balik dari Pudu setelah menghantar M yang akan mengambil bas balik ke Perlis. So, apa yang berlaku semalam.
Jalur masa peristiwa semalam :
3.50pm : Kami pergi ke Giant Shah Alam dan SACC untuk mencari barang hadiah.
5.10pm : Bertolak ke Banting. Kami ikut lebuhraya KESAS.
6.15pm : Sampai di Banting, pergi ke kilang Megasteel.
7.50pm : Menunggu bulan jatuh ke riba.
Sepanjang perjalanan, M berasa sangsi sama ada A akan berjumpa dengan dia atau tak. Aku cuma mampu tersenyum dan ketawa. “Kau relax…yang penting kita pergi dulu. YES or NO belakang cerita.” Ini semua gara-gara A yang menghantar mesej semasa kami di Giant Shah Alam yang menyuruh agar kami tak payah datang dengan alasan penat dan lambat balik rumah.
Mencari hadiah

Tapi aku suruh M jumpa A juga. Duit minyak dah isi.Hadiah dah beli. Kalau ini yang kali terakhir, at least kita dah buat sesuatu. Aku kasihan juga pada M kerana tak makan lagi. Bukan tak nak makan tapi dah takde mood nak makan. Aku tak nak paksa.Banyak perkara bermain-main dalam fikiran M dan aku pasal A (Kami berbincang di dalam kereta). Mungkinkah dia balik ada orang hantar? Dia ada kekasih baru? Kenapa dia ada nombor telefon yang lain?Kenapa tiba-tiba tak nak kita jumpa?
M ajak aku pergi ke kilang A untuk mengintip. Okay. Aku layan je. Macam orang dah kemaruk nak rujuk je…hehe. Kami sampai juga di kilang A tetapi nampaknya lokasi yang tidak sesuai dan keadaan yang kurang mengizinkan kami kembali ke bandar Banting.
Kilang Megasteel

Kali ini M pula yang memandu. Kami pergi ke kawasan perumahan A untuk melaksanakan misi intipan kami. Kami berpusing di sekitar taman perumahan beberapa kali dan mencari port terbaik untuk mengintip. Kami berhenti di satu yang yang kami rasakan sesuai.
Aku dah takde keje

Kami mematikan enjin dan membuka tingkap. Tetapi nampaknya port kami menjadi port nyamuk pula. Aku terpaksa memasukkan tangan aku ke dalam baju kerana tidak mahu darah manis aku menjadi santapan malam nyamuk-nyamuk tersebut. Tapi aku tak tahan. Baru sahaja aku nak ajak M cari port lain, aku melihat di depanku satu pemandangan yang indah.Aku melihat seorang gadis bertudung sedang menyapu sampah di depan rumahnya pada pukul 9.45 malam. Walaupun aku tidak dapat melihat dengan jelas gadis itu tetapi aku tertawan seketika melihat dia menyapu malam-malam buta ni. Rajin betul ye awek tu sapu sampah malam-malam buta. Tapi pelik jugak aku rasa. Awek ni tak boleh sapu sampah petang-petang ke. Masuk la rumah. Kang harimau ngap kang. Aku jugak melepas…haha.
Tunggu punya tunggu punya tunggu… akhirnya kami melihat kelibat sebuah Perdana berhenti di satu simpang. Seorang awek yang baru balik dari kerja turun dari Perdana itu. M terus menyorokkan diri sambil berkata A yang turun tu. Aku cuma buat muka bodoh pandang A sambil senyum-senyum. Aku harap A tak ingat sangat muka aku.
Setelah A berlalu , M dan aku berasa tersentap. Terasa jiwa ini kosong sangat…(Eh, kenapa aku pun sama…?Haha) .
“Patut lah dia tak nak jumpa aku, dia dah ada pakwe baru pakai Perdana.”
“Relax bro, mungkin member dia hantarkan dia balik. Tapi kalau betul, sabar-sabar. Nanti aku tukar kereta BMW ye.”
Aku dapat melihat dan merasakan yang M sudah menjadi kelam-kabut. Sudah macam mereng. Aku suruh dia berhenti di simpang jalan. Hati sudah gundah-gelana, buat apa pun tak betul.
“Ko pergi je jumpa A. Alang-alang dah sampai sini. Ingat misi kita agar ko jumpa dia. Pantang mengalah sebelum try.” aku paksa M.
And the rest is history….
Alhamdulillah … berjaya juga M menambat hati A kembali. Aku tumpang gembira. Berharap agar mereka cepat-cepat bertunang dah berkahwin. Rupa-rupanya lelaki yang membawa Perdana cumalah kawan tempat kerja A.
“Baik ko cari kerja cepat-cepat, nanti A kena tackle dengan bos-bos kat tempat kerja, melepas lagi kau.”
“Aku sekarang dah lega. Memang aku nak pergi interview lepas ni.”
So kepada M, aku harap ko jaga la A baik-baik. Aku berdoa jodoh kau dengan A kekal sepanjang hayat.
ps - Maaf aku kurang sihat..dan aku menunggu satu soalan panas dari kalian.










gaya penulisan misi terbaru pernah aku lihat.haha
tahniah member kau.cakap fahmishah kirim salam.
terima kasih bro…nanti aku sampaikan salam kau pada dia.
nasib baik kawan kau tidak kebudak-budakan. pergi serang mamat perdana tu, tuduh yang bukan2… kalau tak nganga je laa…
kenapa selama ni aku ingat ko kat johor.. huh…
apa soalan pantas tu?
Memang nasib baik. Mungkin gaduh besar kalau tetiba pukul orang tanpa sebab..
Oh..aku sebenarnya perantau. Buat masa sekarang aku berada di Sungai Buloh.
Sebenarnya soalan panas tu kalau ada sesiapa yang mengutarakan pada aku berdasarkan cerita di atas baru aku jawab. Kalau tak lagi elok la..haha
kebetulan pula, sebenarnya aku nak tanya, dalam gambar tu yang mana satu ko?
owh…dua2 adalah aku…haha.aku mempunyai klon yang dipanggil kasyah1
alhamdulillah
tapi kawan ko tu tengah takde keje ke?
sampaikan salam aku & mintak dia cari keje sepantas superman.. boleh cepat kawen!
Kawan aku baru habis belajar..masih pening-pening nak cari kerja lagi.
Okay, nanti kan ku kirimkan ucapan salam dari ko dan peringatan khas : M, member2 aku sume suruh ko cari kerja cepat2.Nanti boleh cepat2 kahwin.
[...] 2. Ujian IQ di Tebaboom 3. Dengarkan lagu Persis Mutiara dari Mila Wazap Wazap di Cyperhacks 4. Debaran Kasyah dan Rakannya Memujuk Cinta 5. Dan Tutorial TinyMCE dan WebTop di [...]
Em.. semua nie dah terjadi, kesudahannya nya lum tentu lagi sebenarnya. Byk perkara yang masih di fikiran dan menjadi tanda tanya sehigga sekarang.
M, ko sabar je dulu….jodoh pertemuan di tangan Tuhan.
Tah ler, sukar untuk aku katakan.. yg aku tahu masih syg pada A.
Datang saja ke sini.Aku ada
wah2..cerita ni mmg mnarik la.walopun ade gak unsur komedi kat gambar2 tu..ehe.
nway..congrats tu M sbb bjaya pikat balik awek dier..
Hakikatnya tidak.. semuanya dah berakhir.
Ya…memang berjaya tetapi terdapat beberapa perkara yang rumit sekarang…ish3.
Welkem here yattie!!
M yg dlm cerita ni ke? Dah berakhir ke? how come? sure?
yup.. sudah menjadi episod yg tak bersambung
dah ada keje ke aa?
skang megasteel cari orang, Dip n Degree holder… Yang paling penting backgroud Mechanical… Papehal kontek je aku…
emme’s last blog post..Apa Itu Kontrak Sosial Malaysia?
Leave your response!
Dajjal / Mala-Yu / Konspirasi / Illuminati
Dajjal: The King of the World Conspiracy
ARMAGEDDON'S DEATH ZONE
Konspirasi Sepanjang Zaman
King of The East
Most Viewed
Highest Rated
Tag Cloud
WP Cumulus Flash tag cloud by Roy Tanck requires Flash Player 9 or better.
Recent Entries
Categories
Blogroll
Recent Comments
Most Commented
Most Viewed
Meta