Home » Buddies with Me, Featured, Love and Hate

Ad dan Ros

27 November 2008 647 views 3 Comments

Kisah kawan aku…Meh aku namakan Ad.

Sejak beberapa bulan ni, Ad mula berhubungan dengan ex gf dia. Meh kita namakan Ros. Dorang actually dah boleh dikatakan berpisah 2 tahun lebih. Tapi nak cakap berpisah, susah juga coz Ad la yang suka-suka mendiamkan diri lalu membawa kepada ikatan gantung tak bertali. Sampai buffday Ros pun dia buat bodoh je walaupun dia sebenarnya nak sangat balik KL dan celebrate dengan Ros.

Ad sebelum ni pernah clash dengan first lover dia. Bukan Ad yang minta putus. Lepas tu Ad pun mula belajar teknik-teknik menjadi buaya daratan sebab dia tak puas hati kalah dengan brader yang muka takde hensem tapi ayat power.

Dia berkenalan dengan Ros pun tak sengaja. Sepupu dia minta tolong tacklekan ada awek ni. Ad pun main la sms sama itu awek (budak sekolah lagi). Sekali kakak awek ni call Ad. Menggelabah la dia kejap pastu menyamar Ad menyamar dia budak Form 5…cisss.

Sejak malam tu, Ad start la bersms dengan kakak awek tu yang sekarang ni dikenali dengan nama Ros. Tak pernah jumpa, tapi Ad cite nilah first time awek aku sms tak pernah berenggang hanset dari tangan. Aku cakap, ko dah sakit ni Ad…haha

Ditakdirkan, Ad berjaya mentackle Ros ni untuk dijadikan girfriend (gf betul2, bukan main2) dia lepas first lover die. Itupun selepas berjaya menjawab ‘10 Sebab Kenapa Saya Mesti Jadi Girlfriend Awak?’ dari Ros dengan masa yang terpantas dan tanpa ragu-ragu.

Masa ni Ad pandai-pandai la ‘meminjam’ hanset mak atau ayah dia untuk menghubungi orang yang tersayang…hehe. Ros ni jenis susah nak percaya laki, skeptikal, ada panas baran gak. Tapi Ad cakap dia suka sebab Ros ni kalau sayang kat orang memang dia boleh faham orang tu. Dia ni memang nampak cam ganas tapi Ad tahu hati dia lembut cuma kisah-kisah lampau dia dengan lelaki buatkan dia susah nak percaya lelaki. Ad ni walaupun buaya tapi dengan Ros dia rasa lain…cam tak best pulak jadi boye kali ni.

Ros dah bagitau awal-awal, dia smoking, Ad tak kisah. Ad tak smoking tapi dia berharap satu hari nanti dapat tarik Ros dari lingkungan merokok ni dengan ‘kasih sayang’. Nanti mengandung, susah nanti.

Hidup mereka berdua memang enjoy dan bahagia cuma tika Ad kena balik ke U untuk sambung belajar…….mula berubah. Mula-mula okay, cuma bila tekanan kuliah, exam semua membuatkan Ad lebih selesa single-mingle. Walaupun Ad masih cintakan Ros, tapi Ad bilang dia bodoh kerana ambil keputusan buat bodoh je hubungan dia dengan Ros.

Tak ada angin, tak ada ribut, Ad dan Ros kini masing-masing single….Aku pun tak sure adakah dorang ni boleh couple balik ke tak?

cinta.jpg

Oh ya, sekali aku perasan muka Ros iras-iras Ai Otsuka :lol:

Blog Widget by LinkWithin
1 Star2 Stars3 Stars4 Stars5 Stars (No Ratings Yet)
Loading ... Loading ...

3 Comments »

  • Ad dan Ros | Fairy Tail Manga said:

    [...] View original here: Ad dan Ros [...]

  • alicesona said:

    Susahnya Kasyah punya theme baru ni. Boleh sediakan theme yang ada archives tak? Saya ni sometime suka baca entri2 lama. Saya tgk kat sini tak ada…ker saya yang tak nampak?

  • coops said:

    kesimpulannya, lelaki mmg blur :p

    coops’s last blog post..pain, pain, go away..

Leave your response!

Add your comment below, or trackback from your own site. You can also subscribe to these comments via RSS.

Be nice. Keep it clean. Stay on topic. No spam.

You can use these tags:
<a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

This is a Gravatar-enabled weblog. To get your own globally-recognized-avatar, please register at Gravatar.