Oct
08
2008

Belajar untuk Senyum

Selamat Hari Raya Aidilfitri. Maaf tiada gambar raya dari aku untuk tahun ini. Pertama kalinya aku tak ambil gambar raya kerana beberapa sebab. Dan pertama kalinya aku tak balik kampung aku kat Melaka. Maafkan aku orang kampung. Kalau korang rindu kat aku, aku betul-betul minta maaf, tapi aku rasa setakat kambing-kambing kat kampung yang rindu kat aku.

senyum-kambing.jpg

Pertama kali, aku baru dapat tahu tentang kawan baik aku, Jet yang eksiden dalam perjalanan balik ke Johor. Ija mesej aku tadi bila aku baru on YM. Alhamdulillah Jet dah selamat discaj dari hospital cuma keadaan ibunya masih di dalam ICU. Aku harap kita sama-samalah berdoa agar ibu Jet beransur pulih segera.

Aku mengalami satu proses mengenali diri dan rakan-rakan. Aku terkedu bila rakan baik aku semasa di universiti sanggup memperlakukan aku seperti aku mengejar anjing hitam. Ya, aku amat baik dan setia bila berkawan tapi aku jangan lah nak perbodohkan atau menipu aku walau sedikit kerana bila kawan tak jujur dengan aku, secara automatik dia telah membuatkan sahamnya pada diri aku jatuh teruk.

“I treat u as a good friend, and hope u gonna treat me the same, or at least don’t lie to me.”

Aku belajar senyum…ya sejak 2 minggu ni aku belajar untuk senyum. Aku tidak cuba untuk berpura-pura menghilangkan kemurungan diri tapi bila saja aku melihat diriku tersenyum di depan cermin, aku sedari aku layak untuk senyum. Aku rasa tenang, bersemangat dan banyak idea timbul ketika melihat wajah tak kacakku tersenyum.

Hey, dah Oktober ni. Camner target u all?

ALL DA BESH!!! :cool:

Popularity: 2% [?]

1 Comment »


  • Fatal error: Call to undefined function get_avatar() in /home/kasyahc/public_html/wp-content/themes/aeros/comments.php on line 24