May
27
2007

Anda pasti anda mahu berkahwin?

Katakan beberapa tahun akan datang anda akan berkahwin dengan kekasih hati anda. Beberapa tahun kemudian anda berdua dikurniakan dengan cahaya mata. Beberapa tahun kemudian anak anda sudah baligh dan matang. Anda pernahkah terfikir pada saat itu, bagaimanakah tanggungjawab anda sebagai seorang ayah dan ketua keluarga di dalam famili.


father_sosn.jpg

Minta maaf, aku terfikir juga persoalan ini terhadap diriku kerana aku mempunyai kisah seorang kawanku, K. Tidaklah aku katakan K ada konflik dengan ayahnya tetapi sedikit sebanyak tindak-tanduk ayahnya kuranglah sesuai bagi seorang yang bergelar ayah.

Dengan gaji dan pendapatan sampingan ayah K, mereka sekeluarga sudah boleh hidup senang-lenang. Tetapi satu perkara yang boleh menyulitkan hidup mereka hanyalah sikap ayah K yang “Percayakan orang”. Mungkin aku patut tambah seperti ini, “Percayakan orang yang tipu orang” .

K sangat kecewa dengan sikap ayahnya yang tidak pernah serik walaupun seringkali ditipu oleh orang-orang (yang dipanggilnya kawan-kawan) di sekelilingnya. Minat ayah K terhadap bidang perniagaan memanglah baik tetapi dia masih tidak belajar dari kesilapan yang lepas-lepas. Parasit-parasit di sekelilingnya yang memang tahu ayah K senang ditipu, senang saja menabur janji-janji manis terhadap peluang-peluang perniagaan bak seorang ‘playboy’ mengumpan kata-kata manis kepada seorang gadis suci. Sudah beratus-ratus ribu duit ayahnya lebur ditelan parasit-parasit ini.

rsaan16l.jpg

Biarkan saja ayah K dengan duitnya, buat apa kita hendak sibuk-sibuk. Ya, tetapi ayah K terlalu tinggi pula egonya terhadap keluarganya. Semua kata-kata nasihat keluarganya bagaikan ‘Mencurah air di daun keladi‘. Sudahlah tidak mahu dengar nasihat malah dimarahkan pula orang yang menasihatkan dia. Boleh pula ayah K membela terang-terangan akan kawannya walhal kawannya itu yang men’cilok’ duitnya. Sebagai ahli keluarga, kita bukannya membenci dia tetapi sayangkan dia.

Kadang-kadang K terkilan juga kerana sikap kurang ambil berat ayahnya terhadap dia. Sudahlah begitu, ayahnya juga selalu berkira. Cuma satu sahaja kelebihan ayahnya iaitu ayahnya tidak pernah berkira pasal makan. Nasib baik keluarga K dikurniakan metabolisma yang tinggi. Kalau tidak mungkin sahaja K yang aku kenal seperti Manjalara…haha.

black-father-son-shaviang.jpg

K aku minta maaf kalau coretan ini menyinggung perasaan kau. Cuma berharap mereka yang bakal berkahwin, bakal menimang anak, fikir-fikirlah saat-saat kita menjadi ketua keluarga. Saat-saat kita menjadi ayah. Mampukah kita memikul tanggungjawab yang maha berat itu? Sudah cukup baguskah kita?

360 Buddies Family Life Documentary

Popularity: 4% [?]

Written by kaSyah in: Life Documentary |

28 Comments »


  • Fatal error: Call to undefined function get_avatar() in /home/kasyahc/public_html/wp-content/themes/aeros/comments.php on line 24