Anda mahu kurus?
Rata-rata rakyat Malaysia sekarang kurang mengambil perhatian terhadap mereka yang berbadan besar. Sudah menjadi satu ‘mind state’ dalam fikiran apabila kita berkata seseorang itu ‘gemuk’, kita sudah membayangkan sesuatu yang kurang enak.

Cuba anda bertanya kepada A anda samada mahu berkenalan dengan seseorang. Kalau anda katakan bahawa kawan anda itu berbadan besar, kemungkinan besar juga A akan menolak pelawaan anda. Betul atau tidak??
Kenapa rakyat di Malaysia ada yang kurus, ada yang berbadan besar? Untuk mengekalkan keseimbangan populasi? Supaya adanya peribahasa ‘Bagai balak terendam’?
Hari ini kepada mereka-mereka yang berbadan besar, aku mahu kongsikan beberapa tips untuk mengurangkan saiz badan. Pertama sekali anda perlu tahu tentang tahap metabolisma badan anda samada tinggi atau rendah. Metabolisma seperti enjin yang membakar kalori dan bertindak seakan penimbang yang menyeimbangkan keperluan tenaga anda. Jika metabolisma kita tinggi memang senang untuk kalori dibakar berbanding metabolisma kita rendah kerana ia akan mengambil masa yang lebih lama untuk membakar kalori. Lebih senang kita katakan seperti ini :
Metabolisma rendah seperti kereta Mr. Bean

Metabolisma tinggi seperti memakai Ferrari kuning

Metabolisma badan kita, macam mana nak tahu?
Saiz badan kita : Bagi yang bertubuh besar, mereka perlukan lebih banyak kalori berbanding yang bersaiz kecil. Jika badan anda mempunyai otot yang lebih banyak berbanding lemak, maka kadar pembakaran kalori anda lebih tinggi.
Jantina : Seperti yang diterangkan di atas, semakin banyak otot, metabolisma badan semakin tinggi. Lelaki kurang berlemak jika mahu dibandingkan dengan wanita yang sebaya dan sama berat.
Umur : Jumlah otot semakin berkurangan dan lemak mulai membentuk sebahagian berat badan. Seiring dengan usia, metabolisma semakin perlahan.
Macam mana hendak kurangkan berat badan?
1. Diet protein :
Bagi anda yang mahu mengurangkan berat badan, kurangkan pengambilan karbohidrat seperti nasi. Ambil makanan yang kaya dengan protein seperti ikan, daging, susu dan apa sahaja yang mengandungi protein. Tetapi ambil protein yang rendah kandungan lemaknya. Cari juga pengganti karbohidrat yang lain. Makanan lain yang aku cadangkan ialah oat dan pisang.
2. Bersenam :
Bersenam bukan sahaja anda berjogging tetapi aktiviti seperti menari, parkour dan sebagainya. Sila jadikan aktiviti bersenam ini anda lakukan sekurang-kurangnya 3 hari seminggu. Untuk permulaan anda lakukan dulu 10 minit untuk minggu pertama. Naikkan tempoh masa anda untuk minggu seterusnya sehingga minimum 30 minit.
Waktu pagi adalah waktu ideal untuk anda bersenam tetapi waktu yang paling bagus adalah waktu di mana anda ada keinginan untuk bersenam.
Selain itu jangan dilupa solat lima waktu. Selain mendekatkan kita kepada Ilahi, secara fizikalnya solat turut memainkan peranan. Ia melatih anggota badan kita untuk bergerak secara teratur. Contohnya semasa sujud, aku dapat merasakan darah semua mengalir ke otak. Bila aku bangun, aku rasa amat lega. Antara lain kebaikan sujud anda cuba baca di sini. Sila fokuskan pada perkara nombor 12.
3. Minda
Sila ambil perhatian. Untuk tempoh masa anda dalam proses menjadi kurus, jangan sesekali keluar kata-kata “Gemuk“, “Tembam”, “Montel” dan yang seangkatan dengannya. Tulikan sahaja jika ada manusia yang memanggil anda dengan perkataan seperti itu. Anda perlu ambil gambar muka anda dan lekatkan dengan gambar badan model atau selebriti yang menjadi pujaan anda.
4. Disiplin
STOP!!
Anda merugikan masa anda membaca entri yang membosankan ini jika anda tiada disiplin. Maaf, kalau anda tiada kesungguhan mendisiplinkan diri anda, semua ini cumalah mimpi terindah. Sila tamatkan pembacaan anda di sini. Terima kasih.
Terdapat beberapa petua yang aku amalkan antaranya :
Kuatkan tenaga dan elakkan perut boroi.
Semasa makan janganlah sesekali minum air semasa makan kecualilah anda tergigit cili api. Aku minum air paling kurang 5 minit selepas makan dan selalunya aku akan ambil masa 10-15 minit barulah aku minum air. Memang sedap lepas makan kita terus minum air tapi selepas itu anda akan terasa keboroian perut anda selepas makan, betul tak?
Sebelum tidur aku minum 3/4 gelas air kosong. Selepas bangun tidur aku minum segelas air kosong.
Setiap kali bangun tidur aku akan meregangkan otot-otot terutamanya di bahagian kaki dan tangan aku. Penting untuk melancarkan peredaran darah setelah tidur. Untuk lebih advance aku syorkan anda cuma amalkan Yoga yang simple-simple ataupun senaman-senaman Melayu seperti senaman Harimau.

Segala penyataan di atas ditulis berdasarkan pengalaman dan pembacaan. Penulis bukanlah seorang yang layak untuk menentukan segala nasihat di atas benar-benar berguna untuk anda. Segala risiko adalah bergantung kepada diri sendiri.
Jika kalian suka, aku mungkin akan menulis tentang bagaimana untuk menambah berat badan pula…
Popularity: 24% [?]
Fatal error: Call to undefined function get_avatar() in /home/kasyahc/public_html/wp-content/themes/aeros/comments.php on line 24