Rata-rata rakyat Malaysia sekarang kurang mengambil perhatian terhadap mereka yang berbadan besar. Sudah menjadi satu ‘mind state’ dalam fikiran apabila kita berkata seseorang itu ‘gemuk’, kita sudah membayangkan sesuatu yang kurang enak.

Cuba anda bertanya kepada A anda samada mahu berkenalan dengan seseorang. Kalau anda katakan bahawa kawan anda itu berbadan besar, kemungkinan besar juga A akan menolak pelawaan anda. Betul atau tidak??
Kenapa rakyat di Malaysia ada yang kurus, ada yang berbadan besar? Untuk mengekalkan keseimbangan populasi? Supaya adanya peribahasa ‘Bagai balak terendam’?
Hari ini kepada mereka-mereka yang berbadan besar, aku mahu kongsikan beberapa tips untuk mengurangkan saiz badan. Pertama sekali anda perlu tahu tentang tahap metabolisma badan anda samada tinggi atau rendah. Metabolisma seperti enjin yang membakar kalori dan bertindak seakan penimbang yang menyeimbangkan keperluan tenaga anda. Jika metabolisma kita tinggi memang senang untuk kalori dibakar berbanding metabolisma kita rendah kerana ia akan mengambil masa yang lebih lama untuk membakar kalori. Lebih senang kita katakan seperti ini :
Metabolisma rendah seperti kereta Mr. Bean

Metabolisma tinggi seperti memakai Ferrari kuning

Metabolisma badan kita, macam mana nak tahu?
Saiz badan kita : Bagi yang bertubuh besar, mereka perlukan lebih banyak kalori berbanding yang bersaiz kecil. Jika badan anda mempunyai otot yang lebih banyak berbanding lemak, maka kadar pembakaran kalori anda lebih tinggi.
Jantina : Seperti yang diterangkan di atas, semakin banyak otot, metabolisma badan semakin tinggi. Lelaki kurang berlemak jika mahu dibandingkan dengan wanita yang sebaya dan sama berat.
Umur : Jumlah otot semakin berkurangan dan lemak mulai membentuk sebahagian berat badan. Seiring dengan usia, metabolisma semakin perlahan.
Macam mana hendak kurangkan berat badan?
1. Diet protein :
Bagi anda yang mahu mengurangkan berat badan, kurangkan pengambilan karbohidrat seperti nasi. Ambil makanan yang kaya dengan protein seperti ikan, daging, susu dan apa sahaja yang mengandungi protein. Tetapi ambil protein yang rendah kandungan lemaknya. Cari juga pengganti karbohidrat yang lain. Makanan lain yang aku cadangkan ialah oat dan pisang.
2. Bersenam :
Bersenam bukan sahaja anda berjogging tetapi aktiviti seperti menari, parkour dan sebagainya. Sila jadikan aktiviti bersenam ini anda lakukan sekurang-kurangnya 3 hari seminggu. Untuk permulaan anda lakukan dulu 10 minit untuk minggu pertama. Naikkan tempoh masa anda untuk minggu seterusnya sehingga minimum 30 minit.
Waktu pagi adalah waktu ideal untuk anda bersenam tetapi waktu yang paling bagus adalah waktu di mana anda ada keinginan untuk bersenam.
Selain itu jangan dilupa solat lima waktu. Selain mendekatkan kita kepada Ilahi, secara fizikalnya solat turut memainkan peranan. Ia melatih anggota badan kita untuk bergerak secara teratur. Contohnya semasa sujud, aku dapat merasakan darah semua mengalir ke otak. Bila aku bangun, aku rasa amat lega. Antara lain kebaikan sujud anda cuba baca di sini. Sila fokuskan pada perkara nombor 12.
3. Minda
Sila ambil perhatian. Untuk tempoh masa anda dalam proses menjadi kurus, jangan sesekali keluar kata-kata “Gemuk“, “Tembam”, “Montel” dan yang seangkatan dengannya. Tulikan sahaja jika ada manusia yang memanggil anda dengan perkataan seperti itu. Anda perlu ambil gambar muka anda dan lekatkan dengan gambar badan model atau selebriti yang menjadi pujaan anda.
4. Disiplin
STOP!!
Anda merugikan masa anda membaca entri yang membosankan ini jika anda tiada disiplin. Maaf, kalau anda tiada kesungguhan mendisiplinkan diri anda, semua ini cumalah mimpi terindah. Sila tamatkan pembacaan anda di sini. Terima kasih.
Terdapat beberapa petua yang aku amalkan antaranya :
Kuatkan tenaga dan elakkan perut boroi.
Semasa makan janganlah sesekali minum air semasa makan kecualilah anda tergigit cili api. Aku minum air paling kurang 5 minit selepas makan dan selalunya aku akan ambil masa 10-15 minit barulah aku minum air. Memang sedap lepas makan kita terus minum air tapi selepas itu anda akan terasa keboroian perut anda selepas makan, betul tak?
Sebelum tidur aku minum 3/4 gelas air kosong. Selepas bangun tidur aku minum segelas air kosong.
Setiap kali bangun tidur aku akan meregangkan otot-otot terutamanya di bahagian kaki dan tangan aku. Penting untuk melancarkan peredaran darah setelah tidur. Untuk lebih advance aku syorkan anda cuma amalkan Yoga yang simple-simple ataupun senaman-senaman Melayu seperti senaman Harimau.

Segala penyataan di atas ditulis berdasarkan pengalaman dan pembacaan. Penulis bukanlah seorang yang layak untuk menentukan segala nasihat di atas benar-benar berguna untuk anda. Segala risiko adalah bergantung kepada diri sendiri.
Jika kalian suka, aku mungkin akan menulis tentang bagaimana untuk menambah berat badan pula…
Popularity: 58% [?]






[…] entri aku pada pukul 30 May 11.59 pagi waktu Malaysia. 360 TechnologyShare and Enjoy:These icons link to […]
Disiplin diet lah yang paling ssh sekali nak jaga. Lagi satu, nafsu makan aku ni tak menentu, kadang sebulan x makan nasi pun x apa, tp kadang sekali makan 2 hidangan. kalau balik kampung pulak, mmg habislah.
kalau metabolisma badan ko tinggi tak kesah sgt. makan banyak2 pun susah nak naik badan
gaga… masalahnya metabolisme aku rendah. rendah sangat. makan lebey sekt jek komfem naik nyerlah.
hehe.. naik menyerlah takpe,janji isteri sayang .
saya punya metabolism lagi la selowww mentang2 laa dah tua bangka nie buat apa pun tak larat. tp tua2 pun nak laa kuruskan badang untuk memudahkan pergerakan spt solat dll. tp akasyah ni bagi tips pendek sangat aaaa
Malaysia agak sukar untuk mencari makanan lengkap yang kurang karbohidrat & lemak
Semua makanan yang ready made kat restoran selalunya akan mengandungi 2 benda ni pada kadar yang tinggi.
Bagus entri ni. Thanks.
Lebih baik masak saje dari membazir kat kedai mamak.
Duit pun jimat.
Selalulah minum jus buah. Selalunya aku blenderkan buah tembikai. senang,sedap dan jimat.
berat aku was 99KG? amacam .. was .. tapi sekrang pun berlegar di atas 90 gak
kalau sesuai dengan ketinggian badan ok la.
try check bmi ko sekarang kat
http://www.nhlbisupport.com/bmi/
Dah over dah pun .. tahop obesiti
hehe.. orang dah kahwin makan sedap2.. tu yang terlebih tu
kalau perempuan, cuba brestfeediing.
gerenti kurus.
percayalah.
aku dr 56kg sekarang jadi 49kg sahaja.
Satu info yang menarik. Tapi aku selalu dengar perempuan yang taknak breastfeeding ni kerana takut brest jatuh.. yeke?
mail, harap maklum, wawa dah berpunya.
bukan semua perempuan boleh breastfeed woh… x semua…
mana ada bole kurus aku anak yg ketiga menyusu badan sampai umur dia 4tahun mana ada kurus….makin naik adalah….huhuhuhuhuu………aku pernah diet nasi tak jamah nasi pun selama 2 bulan pastu aku jlan melayang pening kepala…….pulak tu timbul penyakit gastrik pulak……dan skrg ni bila makin aku cuba nak diet makin aku byk makan
aku nak tips kuruskan pipi..
aku bdn mmg kurus,tp muka aku cam bulat cket..huiii:I
muka tembam la bagus. ramai lelaki geram ..hohoho
owh ye ke ? hurm..hehe..
tak caya tanya mohdismail..ngeh..ngeh
hoho..mmg betul kat malaysia nie makanan tinggi in carbo and fat..tp kita sendiri boleh control..
Ape yg saya buat is for the first 3 months..kurangkan makan half dari ape yang saya selalu makan..then bila dah biasa kurangkan lagi setengah untuk another 3 bulan..and cont je..by doing so..we will be taking less carbo and fat..
tapi ni semua di ikuti dgn exercise..kalo diet je nnt kulit gelebeh woo..not nice..tiap2 pagi..before 8am jog for at least 15-20 mins..
believe me it works..sbb i lost weight from 51-44..huhu.. ^^
i mean from 51 to 44kg..
andowh yattie..my pipi pun tak chubby by doing so.. ^^
so gud luck kat sesape yg nak kuruskan badan ! Gambate !!
tq irdza. good tips.
tapi jangan tak exercise..nanti kulit menggelebeh … jgan tak makan lak.
banyak juga turun ye…
ur welcome..betul..diet bukannye maksud tak makan langsung but actually the food intake..ramai selalu salah faham..
hehe..byk jugak la..
mungkin boleh berkongi ambil makanan apa masa diet. Tapi kuat juga ye, tahan makan separuh dari kebiasaan.
hehe..mail..nape ye mail ?
kerana mohdismail ialah jejaka paling macho bulan ini!
seblom kawin, aku maintain 26 je pinggang. nak beli sluar pun susah. aku igt lagi - nak beli sluar jeans kat pasar malam. aku cakap la nak yang saiz 26 - skaali dier ckp: sluar saya jual xde 26 bang. kalo kiki lala ader la.. waakaka!! siot tol
skang maintain 30 ar hehe
26.. wah antara saiz idaman wanita.
memang laki susah nak cari seluar saiz 26.. paling koman pun 28 la yg selalu aku jumpw…
welkem here affuan!
ermm bagus ni. hehe. akan ku praktikkan.
Sila-silakanlah..hoho.
Aku selalu terkeliru kerana ada dua Wawa yang selalu memberi komen…
hohoo..entry ni cam terkene batang idung Q sendiri jer ni! nyehnyehneyh..
yelah3..nnt Q akn cube turunkan skit berat badan Q ni..muahahaa..
Yakin Boleh!!!
Yosh!
Sori kalau terkena.. dulu saya pun pernah naik berat badan. Semua member ternganga.. haha.
Jangan pula lepas turun berat awek lari..
Yosh yakin boleh!!
hohoo..belum penah lagi Q dengar cite awek lari psl bf dia turun berat badan ?! hehee..
Insyaallah..
ada gak awek yang tak suke bf die turun berat badan..ni cerita benar ni. dia kata lagi cute..
Amin
setelah menscroll komenan anda semua.. ingin saya melafazkan ucapan ALhamdulilah kerana pipi saya tembam.. hahaha *gelak guling2 pliss
precaution mengenai high protein diet nih kalo tk silap is that kidney boleh rosak.. so kena rajin minum air at the same time supaya kidney tak overworked..
pastuh, kalo ikut sunah Nabi.. minum air best after half an hour kan?
akhir sekali.. sekiranya encik kasyah ada kelapangan.. buatlah entry pasal ’senaman harimau’.. tk pernah2 aku dgr… hehehe
yes. kidney boleh rosak kalau tak ambil langkah2 yang betul. lupa lak nak tambah kena minum air banyak2. thats why bodybuilder kena selalu check doctor sebab mereka diet high protein + ambil hormone .
tapi air yang ada sekarang pun kadang-kadang kurang bersih dan sihat. disyorkan juga blenderlah apa2 buah yang ada kat dapur dan jadikan sebagai pengganti air.
ya..ikut sunnah Nabi half an hour la…tapi jarang orang buat
nak buat entri pasal senaman harimau ni boleh tapi kena letak password la.. only for the guy.
kalau perempuan ada satu senaman tu tapi tak ingat la.
tapi yoga pun best gak. :DD
azam kena kuat beb macam aku.darjah 4-5 debab darjah 6 and tingkatan 1 kurus gile..tingkatan 2-5 jadi tough
wah..bagus2.. dah ada contoh ni.
“2-5 jadi tough” . ni mesti dah ada sixpack ni..
penuh bermakna artikel ni.. mcm mana mau turun 20kg dalam masa sebulan? bole ker?
20kg dalam sebulan ada tapi keje gila sikit la.
Kalau orang tu nak lawan tomoi dia akan kena timbang dulukan. Kalo terlebih berat dia kena kurangkan secepat yang mungkin. So apa yang dia buat?
Anda perlukan:
1.Baju hujan
2.Tempat untuk berlari
3.Cuaca tengah hari yang panas (taknak mendung atau hujan)
4.Hati yang kuat dari tohmahan dikatakan “GILA”
Silakan anda berlari dengan memakai baju hujan pada pukul 1 tengah hari di mana matahari tengah terpacak di atas kepala.
Kebiasaan ahli tomoi yang buat akan dapat kurangkan 1kg serta-merta. Kalau kesihatan, itu aku tak tahu la.
-Ini aku dengar dari kawan aku-
Kasyah,
Aku dah memang kuruslah, sekkarang nih tengah nak naikkan badan, ada petua tak? By the way, thanks about the link.
Terima kasih,
Iskandar
u are welcome iskandar.
Ada petua nak naikka badan. Nak toughkan badan pun ada. Nanti aku akan ceritakan untuk entri bulan depan k.
ya tak semua perempuan boleh breastfeed dengan jayanya.
aku berjaya hanya pada kali kedua.
ya wawa yang ini sudah berpunya. mungkinkah wawa yangs eorang lagi belum?
haha
oh..begitu rupanya.
oh yang wawa lagi satu tu kena tanya empunya diri .
utk keraskan perut ade x?
spy xsnang buncit..kurus dan nmpak rata je perut..lawa kn?hihi:)
tip keraskan perut bole je kalo nak.
cuma yg ni kena rajin sikit la. berbanding dgn senaman lain kalo nak bentuk abs, komitmen dia tinggi sikit..
haha.ni msti kene wat sit up kan..
xlarat la..huhu..
sit up antara yg faveret tapi kalau salah teknik akan effect bhgn belakang bdan kita.
disyorkan gunakan bola senman yg besar tu untuk bermula.
[…] mengetahui sinopsis lengkapnya, baca sahaja di sini. Ringkasnya filem ini berkisar tentang seorang gadis berrtubuh besar yang mentransformasi bentuk badan dan personaliti dirinya. Pastinya ada sebab dia berbuat demikian […]
tips yang ko bagi baguuiihhh tapi aku dah kahwinnlah..nak senam pun macam takde masee je..bukannya alasan tapi itulah realitinya…aku baru 26 tahun tapi berat badan aku dan 80kg..malu tu adelah..tapi nak buat camne..nak kate aku tido je tak jugak..hari2 kena melayan kerenah hero2 kat umah tu..hari2 penat je..sepanjang aktiviti harian, kalau aku tak makan nasi..boleh pengsan tau..tapi tak dinafikan nasi tulah penyebab kegemukkan aku..nak pegi slimworld tak cukup budget..ade ape2 nak suggest tak?? yelah..kita nie muda lagi..tapi dah gelebeh sane-sini..
before that..tips yang ko bagi tu baguusss tapi kena ade displin yang kuat..baru boleh beb..!!
[…] beberapa komen dari pembaca kasyah dot com tentang masalah di bahagian perut selepas entri ‘Anda mahu kurus?‘. Hari ini aku mahu kongsikan satu senaman yang mudah untuk anda ‘Must-Do-It‘ di […]
waaa…aku gemukk..sedihnye..nak tau x care nak kurus aku mase aku form 2-3..akau amik bengkung mak aku…aku ikat kat perut.waa..tersikse nyr aku tahap..x tau la..past aku de la wat exercise ptg2..lari keliling uma 5 kali..sit up..pantang mkan telur goreng,sambal, gulai lemak..ayam gorenggg…tersikse giler..tapi..aku berjaye mendpatkan berat badan ideal…65 trus menjunam 52 dalm mase 3 bulan..memanggg!!!! tapi spoil…pipi aku yang bulat ni jadi jatuh gile..x comel la plak..heee..tapi skag…da mcm tong dram…73 laa.. lengan besar la..camne nak kecikkn skit nie… ba la tipss..
ohh dah makin naik ke?
nanti kasyah akan buat post pasal kuruskan badan masa puasa pulak. plg lambat next week.
but keep in mind…”I HAVE PERFECT BODY”!!
[…] Anda mahu kurus? Buncit dan lembik […]
macam minat jerk isu kurus n gemuk nie….macam saya nie susah hati sebab kurus sangat, tinggi 153cm…berat 42.5kg,tengok org lain cantik jer…jeles lakk.
bagi lah cadangan kalau ada cara nak tambah berat badan…dulu lagi teruk…38kg jerk
Orait Lyana, nanti Kasyah buat satu entri untuk naikkan berat badan kay. thanks ya.
thank you cause give me the tips…………
u are welkem
we!salam!berat aku:49
cmne nk kurus haaaaaa.berat aku 49,tgi:158…aku nk kecilkn bahagian punggung dan muker.cmner?tlg bgtau ek.
kalu dia bagi petua kuruskan badan..aku plak nak bagi naikkan berat badan..coz masa dulu aku ni kurus kering..macam penagih dadah..bila beli baju semua gelebah semacam jer..pastu aku survey2 kat farmasi..aku tgk 1 produk dari 21 century”musle and rapid weight gain” sonaku cubalah..harganya pun murah gak dalam rm 20..dlm sebulan aku naik 10 kilo..sekarang dah terlebih naik plak..tengah dok kuruskan badan balik
[…] Check also this entry, Anda mahu kurus? berat badan diet eat kurus badan loss weight mac air metabolisma slim slim fast suddenly slim […]
ada 1 produk kurus yang agak berkesan.. aku sendiri dh gunakannya.. tp baru 1 minggu guna..
wat masa ni baru kurang 1.5kg.. masih blom abis lg produk tue.. produk dr protein mmg berkesan untuk kurgkan berat badan.. 
jeles la tgk org kurus ni..aku dulu pnh gemok..pastu kurus balik..n then now aku gemok balik..caman ni..wisau la mcm ni..tp ms aku kecik2 kan..aku la yg paling kurus dan keding diantara adik beradik aku..
waaa….camana ni..
da sesape yg bole syorkan aku cara untuk kuruskan badan dan diet yg bagus..
lagi satu..camana nk kecikan bhgian peha dan pinggul..
xselesa la..dah mcm2 aku wat..tp susah sgt nk turun berat bdn aku
ni..
saya mmpunyai satu mslah yg paling memeningkan kpala
mslah yg saya hadapi ialah lengan saya terlalu besar padahal
bdan saya sudah sesuai dgn ketinggian sy.perasaan malu
sngt menebal dlm diri saya.kadangkala saya tidak dapat memakai pakaian yang membuatkan bahgian lengan saya terdedah.padahal koleksi baju sy terlalu bnyk mendedahkan lengan.tlonglah bantu sy.
memang susah hati dan tidak konfiden jika mempunyai masalah berat badan dan yang sewaktunya dengannya.
jadi kurus la
aku ade masalh ski..bdn aku x la besar mane,tp aku ade masalh keturunan berpunggung yg agak besar..camne ea nk kecik kan punggung ni?
kelaka la ko ni
Weight loss
Diet Products and Weight Loss Supplements at Discount Prices. Save 50-70% on quality products.