Jun
04
2007

Aku raja dalam rumah

Hari ini bermulanya aku tinggal di rumah bersama sepupu aku. Abah, ibu dan adik-adik aku semuanya pergi ke Kelantan. Abah ada mesyuarat di sana dan mereka mengambil kesempatan untuk bercuti sekali. Mula-mula aku mahu tinggal seorang juga tetapi ibu menyuruh ada orang temankan. Okaylah aku ajak Uni temankan aku seminggu ini.

Im King

Hari ini seperti biasa ibu sudah siapkan sarapan pagi merangkumi makan tengah hari. Bagi aku, aku rangkumkan sekali untuk makan malam. :P . Ibu sudah berpesan siram pokok bunga dan beri ikan makan. Okay boleh saja. Nasib baik ada Uni, aku akan buat giliran dengan dia. :P

Sekarang sudah petang, hujan masih belum berhenti. Sudah bagus, aku tidak gusar untuk siram pokok di luar. Oh pokok di dalam aku suruh Uni siram dulu..haha. Ikan aku sudah makan ke belum? Biarkan saja, hari ini mereka berpuasa. Aku malas mahu turun ke bawah kerana lebih seronok dengan bantal empuk di sini.

Malam ini aku mahu tambah lauk apa? Ikan? ayam? Nanti aku cari dalam fridge jika ada nugget atau hotdog. Goreng telur pun sudah cukup. Maggi? Tidak berminat kecuali aku dalam kesempitan wang yang kronik..hehe

Hari ini aku sudah cuci tandas dan kemas bilik. Seperti biasa jika aku bercuti lebih dari 3 hari dan kembali ke rumah, bilik aku akan menjadi taman permainan adik-adik aku. Bilik air aku menjadi Sunway Lagoon. Aku tidak memahami kenapa bilik aku menjadi kesukaan mereka sedangkan banyak lagi bilik lain mereka boleh selongkar. Adakah kerana haruman Ambi Pur yang aku ‘on’ dalam bilik ini?

Aku tidak mahu keluar dari rumah minggu ini. Aku mahu menjadi raja dalam rumah. :D

Diary Family My Documentary

Popularity: 2% [?]

Written by kaSyah in: Life Documentary |

11 Comments »


  • Fatal error: Call to undefined function get_avatar() in /home/kasyahc/public_html/wp-content/themes/aeros/comments.php on line 24